BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Keputusan) Satria Neo S2000 Menang Di Rally De Nouvelle Caledonie

by Staff Berita Semasa on June 21, 2011

in Berita Automatif

Pasukan PROTON sekali lagi membuktikan kecemerlangan jentera Satria Neo S2000 apabila memenangi tempat pertama dan ketiga dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) 2011 pada Rally De Nouvelle Caledonie yang berlangsung kelmarin.

Kemenangan ini mengingatkan kembali kejayaan PROTON pada Rali Malaysia April lalu apabila Chris Atkinson dan juruarahnya, Stephane Prevot berjaya menduduki tempat pertama dalam saingan yang berlangsung selama tiga hari itu.

Turut membanggakan PROTON dan Malaysia ialah rakan sepasukan Atkinson, Alister McRae apabila berjaya meraih tempat ketiga walaupun terpaksa berhempas-pulas meneruskan perlumbaan di sebalik masalah teknikal yang dihadapi sewaktu perlumbaan.

Kemenangan di Rally De Nouvelle Caledonie menyaksikan pasukan PROTON kini menduduki tangga teratas dalam kejuaraan APRC 2011 ketika ini, selain tempat teratas kategori Piala Pasifik, dan memenangi Trofi Berpasukan APRC.

Apa pemdapat anda mengenai pencapaian pasukan Proton ini?


{ 14 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 donnyien June 21, 2011 at 8:07 am

tahniah kpd proton..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 DIA June 21, 2011 at 8:43 am

SYABASS…..PROTON!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 BorgWarner June 21, 2011 at 9:01 am

Tahniah. Diharap kecemerlangan ini diteruskan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 sazz June 21, 2011 at 9:27 am

tahniah la proton…..tapi kan lagi bagus kalau kereta pasaran tempatan pun dapat diperteguhkan pembuatannya setanding macam kereta rally tu……bukan apa untuk keselamatan jugak……..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 MYVI JAMBU June 21, 2011 at 11:40 am

PERODUA bila lagi. Takkan setakat jaguh kampung kot !!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 NASIBADAN June 21, 2011 at 4:36 pm

tahniah je kat PROTON, tp dok yg melambai atas podium tu semua MAt SALLEH… org kite sendiri bila lagi??? xkan harap jenama je….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 akok June 21, 2011 at 11:28 pm

NASIBADAN:
tahniah je kat PROTON, tp dok yg melambai atas podium tu semua MAt SALLEH… org kite sendiri bila lagi??? xkan harap jenama je….

Org kite biasaler, pandai ckp dan komen jerrr….jaguh merempit byk ler…..masuk trek/rally kantoii…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 rauna June 22, 2011 at 10:22 am

akok: Org kite biasaler, pandai ckp dan komen jerrr….jaguh merempit byk ler…..masuk trek/rally kantoii…..

betul… betul… betul….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 ANON June 22, 2011 at 11:00 am

NASIBADAN:
tahniah je kat PROTON, tp dok yg melambai atas podium tu semua MAt SALLEH… org kite sendiri bila lagi??? xkan harap jenama je….

Macam tue lah mentaliti org kita. Mat Salleh ker org kita ker yg penting punya rasa bangga dengan kejayaan produk kita. Kalau mat salleh dok kutuk produk kita, kita gak menyalak. Kalau asyik berfikiran negatif macam ni, sampai bila pun kita xkan maju.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 saudagar air liur June 22, 2011 at 2:23 pm

proton..huhu…yg ke eropah buatan agak ok..nak jual kat cni…alahaiiiiiiii

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 rg June 23, 2011 at 11:11 am

Tahniah pada proton.. jgn sedih..orang kita pn ada jgk kt moto gp.. xkan dah lupa zulfahmi kot walaupun dia bukan juara tp sekurang-kurangnya dia ada kt moto gp.. moto gp (dunia) lg hebat drpd rali asia ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 mung gil lor... June 23, 2011 at 12:19 pm

kulit proton,isi (enjin) dlm proton gak ker????…kalaw kncil, kulit pro2,tp bla bkak bonet, stndrd 660cc ada cop DAIHATSU…….tp xtaw la plak…huhuhuhuh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 mohamadazhan June 23, 2011 at 12:42 pm

tahniah! tapi rally ni guna engine proton ka? S2000 tu macam model mitsubishi ja…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 getrag June 24, 2011 at 8:30 pm

yup memang body satria neo tapi……………..
enjin renault lagi

enjin campro/cps confirm berkecai kalau masuk rally

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: