
Demam pilihanraya kecil datang lagi selepas berehat sebentar selama lebih kurang 5 bulan lamanya. Kali ini, pilihanraya kecil dun Galas mengambil tempat mengantikan pilihanraya kecil Parlimen Sibu sebelum ini. Persoalannya, keputusan pilihanraya kecil Galas akan menjadi milik siapa?
Kalau sebelum ini, walaupun keputusan pilihanraya umum bagi DUN Galas dimenangi oleh pemimpin PAS VS Umno. Tetapi majoriti yang dimenangi agak kecil jurangnya
Keputusan Pilihraya Umum 2008 (DUN Galas)
- Che Hashim Sulaiman (PAS) – 4,399 undi
- Mohamad Saufi Deraman (Umno) – 3,753 undi
- Majoriti – Hanya 646 undi sahaja
Jadi dijangkakan “pertembungan” kali ini akan menjanjikan keputusan yang agak sengit. Mungkin………. jika merujuk keputusan pilihanraya yang sebelum ini. Tetapi….dalam politik, apa-apa boleh berlaku. Satu lagi dalam politik….
1 minggu dalam politik adalah tempoh yang panjang. Pelbagai isu, kejadian yang boleh berlaku dan timbul dalam tempoh tersebut….
Kiranya, mana-mana calon yang bertanding mempunyai peluang 50-50 untuk memenangi semula kerusi DUN Galas. Mungkin calon Umno, mungkin calon PAS. Persoalannya sekarang siapakah yang akan mengetuai jentera pilihan raya Umno mahupun PAS semasa kempen di dewan undangan negeri Galas.
- Tarikh penamaan calon : 26 Oktober 2010
- Tarikh pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan : 4 November 2010
- Seramai 11,553 pengundi (11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas)
- Peruntukkan proses dan perjalanan pilihanraya kecil DUN Galas : RM1.3 juta
P/S : Dan…Pilihanraya Kecil DUN Galas mengikut “jejak” tarikh pilihanraya sebelum ini yang jatuh pada hari bekerja.

{ 11 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
klau kat klantan aku rase2 mcm biasa la,,msti pas yg menang coz umno ssh ckit kat klantan nih~~Allahu akbar,,
jika main secara xde tipu atau penggundi import………..ommp pAs PASti lePAS tangga teratAS.
Parti Pas akan berdepan dengan Kerajaan Malaysia sekali lagi nampak nya…Apa tak nya segala jentera kerajaan akan di kerah kesana untuk memastikan kemenangan milik mereka…..menang atau kalau bagi aku PAS lah parti yang benar-benar di hati ini….. :hormat
Aku tak tahu kenapa hanya PAS pilihanku, Allah Maha Besar
….mengikut hadis, akhir zaman sudah dijanjikan Islam akan kembali Gemilang buat kali kedua. Diperingkat global, hati manusia khususnya umat Islam meruntun2 untuk mencari kebenaran, membesarkan Tuhan dan kembali mengamalkan ajaran Islam. Oleh kerana tidak ada pilihan lain lantaran Tuhan belum mengizinkan untuk tertonjolnya Cahaya Kebenaran Islam sebenar, parti2 politik yang berjuang atas nama Islam dan berusaha untuk mendapat kuasa mendapat manfaat dengan mandapat sokongan umat Islam.
saya memohon dan berdoa kepada Allah s.w.t agar pilihanraya di galas di menangi oleh calon PAS.kpd penduduk Galas pilih lah calon PAS yang sememangnya berjuang unt kemenangan islam.jangan kita undi parti umno yang sememangnya tidak suka kpd islam.
kebenaran akan kalah oleh kebatilan sekiranya tiada perancangan yang tersusun oleh itu kita semua tahu PAS adalah wadah yang paling tepat untuk mendekatkan diri kepada allah melalui amal menegakkan kalimah allah ,perlulah sentiasa bersedia dan berhati-hati dengan setiap tinadkan parti llawan. ALLAH HUAKBAR!
byk kemungkinan yg akan berlaku…
InsyaAllah tuhan akan tunjukkan kebenarannya
islam,islam,islam,agama laen camner???pa islam nie mmg penting kan diri sendiri ker??
Islam agama rasmi kat negara malaysia…tapi penganut agama lain bebas menganut agama masing2 …kuil/church/etc ada je kat mana2 aku tengok…kalau malaysia ni ditadbir 100% ikut ajaran islam sebenar, manfaat nye bukan untuk orang islam je, orang bukan islam pun akan dapat manfaatnye (keadilan ekonomi/politik/sosial)…nak tau detail ko google ke syariat islam/tanya kawan2 yang pandai agama islam, bukan yang memandai…kalau kau taknak tau detail baik ko amalkan je ajaran agama ko sekarang, dari komen kau boleh la aku assume kau ni non muslim…sekian terima kasih…
kesian PAS ..sekarang ni bukan PAS lawan UMNO tapi PAS terpaksa berdepan dengan kerajaan Malaysia ..
HIDUP PAS