BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Lambakan) Keputusan 4D & Isu Lesen Judi

by Staff Berita Semasa on June 8, 2010

in Cadangan & Dasar Kerajaan

(Bapak siapa tu? Minta anak dia tolong pimpin dia balik)

Keputusan 4D ada merata-rata di Berita Harian, Harian Metro tetapi Utusan Malaysia tiada. Mereka ini jaguh dalam memberikan informasi kepada kaki judi dan pelaris kepada jualan akhbar-akhbar tersebut. Kemudian apabila tiba Piala Dunia 2010 nanti, makin ramai kaki Judi termasuk orang Melayu pergi ke kaunter memperdagangkan nasib mereka dengan cara termudah dan terhina. Industri judi di Malaysia semakin meriah. Sampai sahaja di kaunter dengan muka mengharap…………..

“Saya nak betting bola cik”

Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia telah meluluskan lesen judi kepada Kumpulan Berjaya. Tak kisah la apa cara sekalipun, janji boleh kutip cukai dan tambah pendapatan negara. Kalau tidak nanti tahun 2019, Malaysia akan bankrap. Kata seorang Menteri……

Kerajaan Malaysia ada mengatakan yang Malaysia akan muflis dan bankrap sama seperti malapetaka ekonomi yang dialami di Greece. Sebenarnya, Kerajaan Greece bankrap bukan disebabkan pemberian subsidi kepada rakyat dalam erti kata lainnya membantu golongan bawahan dan berpendapatan rendah. Tetapi Kerajaan Greece bankrap disebabkan 3 faktor :

1. Rasuah
2. Tipu angka ekonomi
3. Urus ekonomi dengan cukup lemah sekali

Memetik daripada kenyataan yang diberikan kepada Bernama semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen  judi bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

Isu perjudian haram? Adakah formula judi di Malaysia :

Tanpa Lesen + Judi = HARAM
Lesen + Judi = HALAL

Oh…rupanya kerajaan tiada pilihan dalam erti kata lainnya gagal mencari jalan penyelesaian terbaik walaupun kita ada unit judi dan maksiat contohnya. Oleh itu, siapa yang ada cadangan bernas boleh bantu kerajaan dan diharap kerajaan ALERT!!! Kalau tanya saya senang sahaja….

  • Benda-benda yang merosakkan rakyat Malaysia seperti ini sepatutnya dibanteras habis-habisan. Kalau semasa melakukan usaha banteras pun pihak berkuasa boleh “longlai” selepas dijanjikan habuan dan rasuah, usaha hanya tinggal usaha dan sia-sia sahaja. Yang atas meja, yang bawah meja pun sapu sekali. Gaji polis pun dah naik. Apa nak lagi? Kerja…………………..Itu “sifirnya”. Kalau isu judi tak boleh nak diselesaikan, bagaimana dengan jenayah yang lain?
  • Bayangkan rakyat Malaysia tengah susah sekarang, ditambah dengan lambakan pertaruhan judi bola sepak membuatkan rakyat Malaysia yang sedang susah + pendek akal akan terjerumus dengan masalah hutang. Yang senyum Along!!!!  Siapa nak jawab kalau ada rakyat Malaysia yang dirantai, diancam dengan Along. Punca sebab apa?
  • Adakah judi haram (Pinjam ayat kerajaan walaupun judi sememangnya haram) berkurangan di Malaysia apabila sport toto, Keputusan 4D dan genting memperolehi lesen judi dari kerajaan. Adakah kes judi haram dapat dibasmi?

Lesen judi yang diberikan kerajaan Malaysia kepada Kumpulan Berjaya (di bawah naungan antara individu terkaya di Malaysia : Vincent Tan) bukan sahaja memberikan meliputi pertaruhan bola semasa kejohanan Piala Dunia berlangsung nanti, tetapi juga pertaruhan bagi EPL dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, sebaliknya berlaku apa yang berlaku di dewan parlimen semalam mengenai isu lesen judi ini :

Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan. Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/ memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan di Malaysia.

“Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia. “Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia,” kata kenyataan bertulis itu.

P/S : Mana satu ye?

UPDATe pada 26 JUN 2010 !!

Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi. Katanya,perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malamini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenaiperkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusanberkenaan. Malaysiakini

Tahniah kerajaan. Bagus, nasib baik anda sedar kesilapan, Tetapi saya cuma ingin bertanya, kenapa katakan kerajan tidak akan keluarkan lesen judi bola? Kenapa tidak menggunakan ayat menarik balik. Bukankah kerajan sudah mengeluarkan lesen judi tersebut? Bukan orang lain yang buat pengakuan, iaitu antara orang terkaya Malaysia iaitu Vincent Tan sendiri membuat pengakuan yang mana Berjaya Group telah mendapat kebenaran membuat pertaruhan bola secara berlesan. Lagi satu…

Masih ingatkah kita kenyataan Vincent Tan yang mengatakan keuntungan RM500 juta daripada pertaruhan bola tersebut akan disedekahkan. Jadi kalau tidak lulus, mana datangnya keuntungan tersebut. Kalau tak diluluskan mana datangnya keuntungan yang Vincent Tan katakan tu?

P/S : Walaupun apapun kesimpulannya berfikir dahulu sebelum bertindak….Kalau sudah tersedar baguslah….


{ 16 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 budimanis June 8, 2010 at 10:35 am

ngapa le bodoh sgt berita h….n ni judi 2 hak indibidu sape org yg nak masuk neraka pergi le bjudi tak payah nak salah kn krajaan,lesen judi tuk org kafir yang hang nak kalut watpa,jaga iman sendiri,yang sebenar nya mengat org lagi besar dosa nya,sbb klu kita tak minta maaf bawak sampai alam barzah,tapi klu bdosa dgn org slagi tak mintak maaf berat be……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 tok batin June 8, 2010 at 11:29 am

kerana tak dapat nak hapuskan kegiatan haram maka terpaksalah dihalalkan, dah la tu ikut seronok sama melakukan kegiatan haram berlogo halal.

:ketawa :ketawa haha…baru kena sergah dengan rakyat dah nak terkencing. Baru tahu kuasa rakyat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 de Mahdali June 8, 2010 at 6:24 pm

saudara budimas, bg tau sy agama mane yg halalkan judi ni? semua agama di dunia sepakat judi tu haram.lg satu, di mana tanggungjawab kerajaan pulak dalam menjaga umat islam..kalo mcm tu lepas ni kite bg lesen pd semua pusat2 maksiatkat malaysia ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 alqassa June 8, 2010 at 9:59 pm

Pemberian lesen judi ini untuk masyarakat bukan islam….
Mereka tak de halangan untuk berjudi…
kalau lesen dikasi mereka happy dan kerajaan pun happy kerana dapat duit cukai…
yang sedihnye siapa sebenarnya?…..
siapa eh?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 azrin June 9, 2010 at 4:51 am

apa punya laa mangkuk hayun laa yg pro kerajaan ni… ini bukan soal halal haram… judi & maksiat ni memang kalau boleh dibenteras habis habisan dan tak perlu ada pun dekat M’sia ni… KERANA IMPACT DIA AMAT MERUGIKAN DAN MENDATANGKAN SEGALA JUTA MASALAH … itu je masalahnyer… bukan pasal org islam beli, org kg beli, org cina beli, org india beli…. bila terlalu ramai terjerumus didalam kancah judi dan maksiat ini LEBIH MENDATANGKAN MUDARAT DARI KEBAIKAN… yg baiknye sesapa yg main judi kalau kena bet… yg tak baiknya yg tak kena… dari sejuta org beli yg kena adalah sepuluh org… so lagi 9 juta tu bila dah habis duit buat apa…. so terpaksalah pergi merompak laa… merogol laa… tipu sana sini… pinjam along,,,pinjam mak bapak,, kan banyak mudaratnya….

so sapa yg pro kerajaan ni CUBALAH KORANG PIKIR SKIT:
bayangkan kalau rumah korang kena rompak…
bayangkan kalau adik, mak bapak, isteri kena rogol pastu bunuh..
bayangkan kalau ko jalan kaki kena langgar ngan org mabuk putus plak kaki ko…
bayangkan kalau…..(penat laa nak taip…terlalu BANYAK MASALAHNYA)

SO….. LU, ABG LU, BAPAK LU, MAK LU, NENEK LU, SEMUA MANUSIA YG ADA OTAK… PIKIR LAA SENDIRI….

@pemuda UMNO Bukit Bintang…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 beejan June 9, 2010 at 10:37 am

jom kita ramai- ramai masuk PERKASA!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 umisaidah June 9, 2010 at 12:04 pm

Judi memang haram! kot kot manapun ianya tetap haram!jadi sesat lah kita yang berani mengubah hukum yg tlh ditetapkan allah,negara kita kan kaya dgn hasil bumi,tak perlu hasil judi .cuma kita amat perlukan pemikir ekonomi utk janakan hasil kekayaan negara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 mr.presiden June 9, 2010 at 12:42 pm

Kerajaan ni tak boleh fikir ke, lebih mulia hindar n cegah judi daripada mengHALALkan yang haram… Klo kita HARAM kan judi n banteras semua kegiatan tak bermoral tu, InsyaAllah Allah akan bantu kita.. Dorang ni berfikiran cetek.. Pk dunia jer..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 mr.presiden June 9, 2010 at 12:44 pm

Azrin, wa sokong lu… Bodoh la dorang nih… Judi ni sama je haram cam minum arak, makan binatang kaki pendek, buat maksiat… = HARAM .. HARAM JAD btol la… geram btol aku….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Anti Bodoh™ June 27, 2010 at 1:03 am

budimanis: ngapa le bodoh sgt berita h….n ni judi 2 hak indibidu sape org yg nak masuk neraka pergi le bjudi tak payah nak salah kn krajaan,lesen judi tuk org kafir yang hang nak kalut watpa,jaga iman sendiri,yang sebenar nya mengat org lagi besar dosa nya,sbb klu kita tak minta maaf bawak sampai alam barzah,tapi klu bdosa dgn org slagi tak mintak maaf berat be……  (Balas Komen Ini)

woi BODOHHHHH..
BANGANG oi,orang cakap pasal ekonomi juga..
sory utnuk mod dan wartawan BS..kene cakap kasar sikit dengan die coz kalau cakap dengan orang yang bodoh mesti kene kasar sikit..mukadimah pun dah macam orang BANGANG..kenapa mod tak delete posting mangkuk ni?

akhir kata WATCH UR MOUTH FAGGOT!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 jat-jat June 27, 2010 at 3:04 pm

hoii… sedekah kemane tu yoii… jgn la bg mkn org Islam ngan duit yg HARAM tuu… :jangan aduss…

ape pnye org la xpkir dlu… tau la judi tuk org kapir… tp klu dh dibagi lesen judi tu almt jd mcm halal la tuk org2 yg xsedar Islam tu yott… krjaan pun patot ambil perhatian yg negara nie kan negara Islam… mane tah undang2 Islam yg sepatutnye di ikut… ayat dalih xnk jlnkan undg2 Islam slalunye cmnih… “negare ini berbilang kaum, bngse dan agame” takut la tuuu… huhuhuhuuu :senyum

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 jat-jat June 27, 2010 at 3:05 pm

budimanis: ngapa le bodoh sgt berita h….n ni judi 2 hak indibidu sape org yg nak masuk neraka pergi le bjudi tak payah nak salah kn krajaan,lesen judi tuk org kafir yang hang nak kalut watpa,jaga iman sendiri,yang sebenar nya mengat org lagi besar dosa nya,sbb klu kita tak minta maaf bawak sampai alam barzah,tapi klu bdosa dgn org slagi tak mintak maaf berat be……  

akal pendek :ejek

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 rio February 24, 2011 at 11:35 am

sendiri mau ingat, duit hasil judi kan tak penah diasingkan, i mean masuk dalam akaun disatukan juga.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 Ntah2 April 7, 2011 at 7:19 am

Lau tetap hram tetp hram wlaupn kte sdekah duitnya…tetap hram gk…stu jek pndpat aku..kasik tuko ini krajaan yg lapuk n buruk ni…ejek…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Wenny akane July 4, 2012 at 11:15 pm

TIDAK ada 1 agama pun yang menghalalkan JUDI… So fikir-fikirkanlah…

• Judi Mengikut Ajaran Islam
Segala jenis bentuk perjudian samada loteri, tikam, mesin slot/jackpot atau seumpamanya adalah satu kesalahan dan berdosa besar di sisi Islam.

• Judi Mengikut Ajaran Buddha
Ajaran lama Buddha Hinayana juga, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; “membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”.

• Judi Mengikut Ajaran Kristian
Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang seperti yang disebut di dalam Timothy 6:10 ” Bagi mereka yang mencintakan wang ia adalah punca bagi segala kejahatan. Bagi mereka yang terlalu taksub berlumba mendapatkan wang dan mengabaikan tanggungjawab agama, seolah dia mencucuk dirinya dengan kesedihan di kemudian hari”.

Bagi sesiapa yang taksub judi, ubahlah perangai anda yang tidak baik itu… cari aktiviti yang sihat dan berfaedah :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 toyol September 29, 2012 at 10:47 pm

ala…dh nmpk mmg ramai yg x boleh berenti nk main judi ni…xpayah la nk bising2 pasal sume ni pon sebab diorang pon penyumbang pada pendapatan negara jugak….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: