
Semua sedang mengetahui sekarang ini negara dilanda pilihanraya kampus bagi pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar untuk tahun 2010. Pilihanraya kampus 2010 kali ini tidak kurang hebatnya. Ada yang menang, ada pihak yang kalah. Dan ada juga kejutan bagi keputusan pilihanraya di beberapa kampus. Seperti biasa calon-calon daripada pro-Aspirasi akan mendapat tentangan daripada calon-calon pro-Mahasiswa. Tidak mengapa, kita tinggalkan sebentar “pertarungan atas gelanggang” antara Pro-Aspirasi VS Pro-Mahasiswa. Mari kita lihat dan perhatikan kepala surat yang di bawah ini :
- KLik untuk melihat paparan imej yang lebih jelas -
Difahamkan surat daripada Badan Perhubungan UMNO Johor kepada Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin telah pun tersebar luas di universiti. Apa pandangan anda?
Jika anda pelajar universiti mahupun politeknik, boleh kongsikan pengalaman dan suasana pilihanraya kampus 2010 kali ini terutamanya pilihanraya di kampus anda. Bagaimana? Anda juga dijemput mengundi di poll di bawah :

{ 11 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Pentingkah kemenangan ni.saya tak tahu langsung pasal hal ni.
Halamak, kantoi pulak
siapa nak jawab? :ketawamanja
bukan mahasiswa dilarang berpolitik ker? :curiga
kalau untuk umno..bole jer..Zzzz
beri duit untuk dapat kemenangan.UMNO ni tak boleh buat mereka seperti boneka.macam tiada cara lain je. :marah :marah :marah
Biase lah ni… saya mula2 bertanding kat u– mcm tu lah.. saya tengok sendiri surat dari TNC untuk yang nak bertanding, melalui fakulti… tapi mase tu bertanding sendiri2, tak pandai lagi nak gunakan surat tu sebagai bahan bukti.. takpelah ada la hikmahNya tu.. yang penting saya tahu, kebusukan mereka2 tuh.. sabo jelah..
Hikmah, ko bekas MPP ker?
Biasalah jawatan besar ini kalau nak jaga kena kepit dengan orang politik, kalau tak nak kena cantas
hahahar.. sudah terang lg ber’spotlight’.. cmne nak sembunyikan ‘najis’ ni ha… mmg dh lame tau dah, umno m’bantu aspirasi dlm PRK. bukti2 dh de… tp tup2 smpai atasan… hilang cm angin je… :phwitt
ini baru satu kes sahaja
sekarang ini banyak keputusan memihak kepada pro-aspirasi
agak2 pasai apa ya? :ketawamanja
Segala menjadi mudah.jika ada pihak mempunyai kuasa membantu.tidak dapat kita nafikan lagi.
salam.
kalau nak tipu profesional lah sikit. Siapa yang selalu terlibat dengan politik kampus tahu pasal surat-surat seperti ini.
Surat tu pun dah salah. Seandainya dari ghani othman sepatutnya YAB bukan YB. Itulah lain kali cuba profesioan sikit
Kalau betul untung golongan aspirasi universiti ini sebab setahu kita yang lain nak dapat seringgit dari umno pun susah. ni dapat 20 ribu kira oklah tu.
Yang pasti ghani othman tidak sebodoh ‘orang’ yang buat surat seperti ini
Emmm…surat boleh dipalsukan, tp mungkin juga benar…cuma mereka yg berkaitan shj yg boleh memberikan penjelasan sama ada ianya palsu/benar.
Kalo palsu, byk dosa orang yg memalsukan kene tanggung ni.
Kalo benar, byk dosa gak kene tanggung sbb memberi sogokan.
Apa-apa pun, tuduhan berat ni..dan supaya bende2 mcm ni xjadi buruk dan menyebabkan pergaduhan sesama pelajar U..kepada orang yang berkaitan..silalah buat tindakan seperti report polis or BPR jika benar..dan jika palsu…tertuduh (UMNO) kene la wat report polis or saman malu..kalo diam jer..macam orang tua2 ckp…tanda setuju/surat ini betul la..
Dan kepada pembaca mcm saya ni..bende2 macam ni masuk telinga kiri, keluar telinga kanan..xsah gado2 or tuduh2 yg bukan2..peace