BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Kenaikan Tarif Air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) : Barisan Nasional & Pakatan Rakyat Boikot?

by Staff Berita Semasa on July 12, 2012

in Malaysiakini BM

Malaysiakini BM : Pembangkang Selangor menawarkan sokongan untuk menentang sebarang usaha kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sekiranya membebankan rakyat. Ketua pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman (kiri) menyatakan sokongan itu ketika penggulungan perbahasan rang undang-undang perbekalan tambahan hari ini.

Mohamad Satim berkata demikian dalam celahannya semasa ucapan penggulungan oleh Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Xavier Jayakumar. Xavier menjawab soalan yang dikemukakan berhubung loji rawatan air Langat 2 dan bekalan air di Selangor, yang kini bawah pengurusan SYABAS.

Ketua pembangkang tersebut, yang juga ADUN Seri Serdang berkata kerajaan negeri boleh meluluskan loji berkenaan dengan syarat, sekiranya bimbang tarif air dinaikkan sehingga 75 peratus bagi menampung kos Langat 2 sebanyak RM4.8 juta.

Katanya, kerajaan negeri boleh mensyaratkan supaya SYABAS tidak dibenarkan menaikkan tarif air. Beliau seterusnya berikrar bahawa pembangkang akan menentang sebarang usaha untuk menaikkan tarif air tersebut.

Xavier bagaimanapun mempertikaikan keghairahan BN untuk melihat projek berkenaan diluluskan.

“Mungkin seseorang menerima sesuatu daripada konsortium yang mendapat projek?,” katanya. [Malaysiakini BM]


Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: