BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

Kenaikan Harga Rumah Di Bandar, Kerajaan Tak Bercadang Wujud Akta Kawal Harga Rumah?

by Staff Berita Semasa on December 1, 2011

in Berita Ekonomi

kenaikan harga rumah 2 Kenaikan Harga Rumah Di Bandar, Kerajaan Tak Bercadang Wujud Akta Kawal Harga Rumah?

Sebenarnya kenaikan harga rumah boleh dibendung dan dikawal manakala harga boleh dikekang daripada naik sesuka hati. Boleh, bukan tidak boleh. Undang-undang untuk rakyat Malaysia sebagai pengguna cukup banyak, tetapi semacam satu kesukaran melaksanakan satu undang-undang untuk mengawal masalah kenaikan harga rumah yang kami fikir sudah berada dalam paras yang semakin parah.

Sehingga membuatkan kami tertanya-tanya :

  • Kenapa kerajaan masih dilihat sukar untuk tutup semula milikan rumah kepada warga asing? Okey itu yang pertama.
  • Yang keduanya, kuota bumiputera untuk pembelian rumah sepatutnya dihapuskan sahaja. Banyak keburukan daripada kebaikannya.
  • Dan…yang ketiganya, perketatkan lagi syarat rumah oleh PR

Cara Kawal Kenaikan Harga Rumah : Hapuskan Kuota Bumiputera

kenaikan harga rumah 3 Kenaikan Harga Rumah Di Bandar, Kerajaan Tak Bercadang Wujud Akta Kawal Harga Rumah?Kuota Bumiputera ini sebenarnya pada asasnya sangat membantu Bumiputera memiliki rumah. Kami akui. Bagus asalnya tetapi dan malangnya, pemaju-pemaju rumah masa itu boleh dikatakan 100% pemaju hartanah atau kontraktor-kontraktor bukan Bumiputera. Jadi apa yang berlaku?

Tiada siapa nak berniaga rugi bukan? Kalau boleh nak pulun untung yang lebih, mereka akan pulun lebih. Katalah ada pemaju nak jual sebuah rumah harganya RM200,000.00 dalam pasaran, kos buat sebuah rumah tu katalah RM100,000.00. OK. Kalau di sini diskaun Bumiputera (7%-10%) di sini kami ambil contoh 10%.

Kalau pemaju nak bagi bagi diskaun 10% daripada harga asal, mereka akan rugi bukan? Jadi bagimana mereka nak tampung kerugian yang bakal mereka hadapi? Diskaun bukan sikit tetapi 10%, banyak bukan? Pemaju akan kerugian RM20,000.00. Siapa mahu rugi? Jadi adakah mereka akan jual pada harga RM180,000.00? Tidak….”bertuah badan” kalau mereka nak buat macam itu.

Jadi, daripada mereka rugi “buta-buta begitu”, lebih baik mereka bertindak menaikkan harga rumah asal sehingga melonjak daripada RM200,000 kepada RM222,220,000.

  • Harga asal : RM200,000
  • Harga asal dinaikkan sekitar 10%-11% : Menjadi RM222,220,000
  • Harga untuk bumiputera (10% diskaun) : RM180,000 -harga yang sepatutnya
  • Harga jualan untuk bumiputera (10% diskaun) : RM200,000 – lebih begitulah harganya.
  • Jadi, agak-agak pemaju rugi tidak? Malah mereka ada banyak loophole yang boleh digunakan bagi mengambil kesempatan untuk “mainkan harga rumah”. Pada akhirnya pembeli akan tetap teruja untuk membeli sebab ada perkataan diskaun 10% atas nama bumiputera

Bangsa lain selain kita bumiputera tetap bertungkus lumus bayar lebih. Yang untung siapa? Pemaju tetap untung 100% dan bank juga tetap akan untung 100%. Inilah kuota bumiputera yang digunakan selama ini.

Cara kawal Kenaikan Harga Rumah : Tutup Pemilikan Rumah Kepada Warga Asing & Ketatkan Syarat Rumah Untuk PR

Berkenaan pemilikan rumah oleh warga asing kenapa kami minta ditutup buat masa ini dan juga mengetatkan syarat rumah untuk PR. Undang-undang yang ada sekarang ini masih lagi longgar sekaligus menarik peluang warga asing untuk mendapat hartanah di Malaysia sehingga memberikan kesan besar kepada rakyat Malaysia. Akhirnya, nilai hartanah di Malaysia terus melambung tinggi sehingga berada jauh di luar kemampuan sebahagian besar rakyat Malaysia.

Jikalau kerajaan benar-benar serius fikirkan tentang masalah rakyat dan berhajat benar nak menurunkan harga rumah di Malaysia, itulah caranya. Di bawah ini jawapan Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan bagi menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) berdasarkan hansard parlimen Parlimen tempih hari.

Adakah kerajaan bercadang mewujudkan satu akta bagi mengawal kenaikan harga rumah di kawasan bandar supaya tidak dieksploitasi, sekali gus membolehkan rakyat memiliki rumah idaman pada usia muda?

kenaikan harga rumah Kenaikan Harga Rumah Di Bandar, Kerajaan Tak Bercadang Wujud Akta Kawal Harga Rumah?

Skim Rumah Pertamaku (Program Perumahan rakyat 1Malaysia) dah sedang-sedang elok nampaknya idea untuk membantu golongan muda membeli rumah pertama mereka. Tiba-tiba kerajaan naikkan pula pembiayaan sehingga RM400,000. Geleng kepala kami dibuatnya. Akhirnya yang kaya siapa? Bank!!

Realitinya, kalangan yang beli rumah atau hartanah hari ini bukannya orang perseorangan tetapi mereka ini sebenarnya spekulator atau flipper daripada syarikat dan persatuan kaya. Mereka beli rumah dengan harga murah dan menyimpannya untuk jangkamasa tertentu dan menjualnya dengan harga rumah yang berlipat kali ganda. Kemudian REDHA tampil ke hadapan untuk maklumkan bahawa permintaan hartanah melebihi penawaran.

Hakikatnya? Hakikatnya tidak benar sama sekali. Memang harga rumah habis sebab dah kena “sapu” oleh golongan spekulator yang kaya-raya ini. Spekulator mampu untuk menyimpan rumah dalam jangkamasa lama sebab semakin lama semakin mahal nilainya.

Kepada yang masih mengharapkan property buble akan berlaku, dilihat sukar untuk berlaku walaupun tidak mustahil. Hakikatnya, harga rumah naik 30-40% sejak 2 tahun lalu. Kalau tambah yang 5 tahun lalu kenaikan harga rumah telah berada pada paras sehingga 70-80%!

P/S : Apa cadangan& pendapat daripada anda bagi mengawal kenaikan harga rumah di Malaysia sekarang ini terutamanya di kawasan-kawasan bandar?

Pilihan Cadangan mengawal Kenaikan Harga Rumah?

View Results

loading Kenaikan Harga Rumah Di Bandar, Kerajaan Tak Bercadang Wujud Akta Kawal Harga Rumah? Loading ...

Sudah memiliki rumah sendiri?

View Results

loading Kenaikan Harga Rumah Di Bandar, Kerajaan Tak Bercadang Wujud Akta Kawal Harga Rumah? Loading ...

{ 42 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 abe mat December 1, 2011 at 9:30 am

memang patut pun kerajaan kena kwal harga rumah kat malaysia ni…..anaa setuju…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 fasha sandha insaf December 1, 2011 at 6:37 pm

nak harapkan pagar, pagar makan padi..
fasha sandha insaf menulis Berita Terkini….perkara yang perlu dilakukan jika terlanjurMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Pulau Kundur January 27, 2012 at 3:24 pm

BUKAN PAGAR LAH.PEGAR PEGAR PEGAR

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 mamang December 1, 2011 at 9:47 am

krajaan kena kawal dan bertegas, pendapatan rakyat malaysia rendah ttap harga rumah tinggi . mcmana nak memiliki rumah. ramai lg la yg tdur d tepi jalan.keraj6aan kena brtegas dengan syarat – syarat pembinaan rumah. di sabah rumah sangat mahal, apartment tanpa lift bersize 660′ di jual melebihi 150K.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Anti Kapitalis December 1, 2011 at 9:49 am

dalam kes ini, kalau tanya aku kenapa kerajaan pusat tak mengetatkan lagi syarat2 utk foreigner beli properties di malaysia?
jawapannya, orang2 politik yg menjadi menteri2 tu pun enggan properties tak dibeli oleh foreigners
dan pasal mereka pun pegang byk properties dlm tangan, jadi, mereka harap ada investment daripada oversea supaya properties dlm tangan sendiri dapat keuntungan yg lebih besar…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 brrrr December 1, 2011 at 9:51 am

ekonomi jepun jatu 80an sbb harga hartanah, ekonomi amerika jatuh sbb kredit hartanah….pcaya la yg kaya x akan dengar, sbb mereka nk brtambah kaya..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 starscream December 1, 2011 at 9:58 am

Ko no tali barut DAP nk hapuskan diskaun bumiputera ? punya busuk hati..kalau hapus diskaun bumiputera pun pemaju tetap manipulate..ko kena igt pemaju2 perumahan tu dari kelompok mana ???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 rakyat makin kecewa December 1, 2011 at 10:02 am

Kalau berterusanbeginilah alamatnya 80% rumah area lembah kelang akan hanya dimiliki oleh 20% population lembah kelang.

Population selebihnya mampu menyewa je. Aku tak terkejut kalau perkara ni berlaku dalam 30-50 tahun mendatang. Ini dah berlaku kat Tokyo, Seoul etc. Gaji naik average 4-6% je per year, harga rumah naik peratusan yang amat tinggi kat area lembah kelang ni. Kawan aku beli semi-d 550K in 2009, sekarang rumah tu boleh dijual dgn harga hampir 800K, baru 2 taun je. Semi-d baru bukak pun start at 800K dah, double storey link kat Mantin pun depa berani bukak at 250K..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 tak faham December 1, 2011 at 10:12 am

PR tu apa? pakatan rakyat ker?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 gomotech December 1, 2011 at 12:44 pm

public relationship.haha
gomotech menulis Berita Terkini….Iphone 4S Maxis pada 13 Disember?My Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Junta December 1, 2011 at 12:55 pm

haha…bukanlah bro
PR ni Permanent Resident – maksudnya siapa2 yg dah menetap untuk jangkamasa tertentu atau menetap atas syarat2 tertentu yang tidak diberi kerakyatan lagi
harap membntu ye…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Genki7 December 1, 2011 at 1:16 pm

PR tu Permanent Resident..atau nk senang fhm Taraf penduduk tetap yg mcm kita bg kt Rexi maniacky tu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Blog Berita Online December 1, 2011 at 10:23 am

aku sokong benar kalau kerajaan kawal harga rumah. sekarang ni harga punya la mahal. kalau nk beli jgk kena buat pinjaman bank. dh la ptptn x lepas lg ni nk tmbah hutang rumah pulak. pendek kata smpai mati la dikelilingi hutang
Blog Berita Online menulis Berita Terkini….Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100 Plus 2011My Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 mkh December 1, 2011 at 10:28 am

perlu la kawal harga rumah. Sbg contoh, kawasan perumahan Jade Hill, sebelum ni 200k++ tak smpi 300k… tp bile agen rumah masuk, harga jadi 450k… gilerrrrrrrrrrrrrrrr … tak masuk akal..rumah kecik harga nak dekat setengah juta…bengong

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Granade December 1, 2011 at 10:58 am

kerajaan memang patut sgt kawal harge rumah…harge rumah biar lah berpatutan mengikut keluasan lantai rumah… pernah nampak rumah 20′x75′ rm280k…(kualiti blh tahan) kawasan pinggir bdr….dgr citer harge rumah akan naik lg 20% thn depan…kalau la perkare mcm ni berterusan..jwp nye golongan sederhana & kurang mampu x kan dpt beli rumah…yang KAYA akan terus kaya..dan yg kurang kaya akan jd statik…sbb brg2 keperluan harian naik…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 ohms December 1, 2011 at 11:11 am

pelik aku..gaji rakyat malaysia sekitar 3-4k kebanyakan..tapi harge rumah 400kharga kete 40k..mcm mane nk pk bayar hutang duit bnyk tu..org UK gaji mcm kita jugak 3-4k pound..tapi harga kete pn x sampai 10k pound dh dpt yg bagus.pk2 lah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 Peace Eco December 1, 2011 at 11:24 am

Segala masalah ini boleh dikurangkan sekiranya gaji semua pekerja di malaysia dinaikkan minimum RM5000 (gaji pokok belum campur elaun). Keduanya Bila gaji dah naik, simpan atau laburkan sejumlahnya (bukan buat pinjaman dengan bank pulak). Berbelanja pulak kena berhemat hanya yang perlu sahaja. Cont…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 sham December 1, 2011 at 11:29 am

Tula, x sepatutnya pinjaman skim rumah pertama dinaikkan sehingga RM400k. Sebab nyata2 pemaju yg akan menaikkan harga rumah. Yg kaya bank jugak.

Mampu ke rakyat nak buat pinjaman smpi RM400k? Aku beli umah loan RM200k pun bulan2 dah RM1200, nikan pula RM400k. Camno tu?

Ntahla, benda cegini pun dia orang takleh nak pikir. Aku yg tahap spm pun boleh fikir jauh benda nih.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 Saufi December 1, 2011 at 12:14 pm

ikut aku senang je
fokus pembangunan ke luar lembah kelang
seremban and south, bentong and east, tanjung malim and north
gerenti harga rumah turun
aku memang sokong kuota bumi dihapuskan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Junta December 1, 2011 at 12:37 pm

Masalahnya, RPGT ini diturunkan oleh federal sendiri beberapa tahun yg lepas utk merangsang ekonomi negara
tapi, adakah federal berani naik balik (peak dulu ialah 30% dalam sejarah)?
kena masih takut lagi kerajaan nak bertindak?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 org awam December 1, 2011 at 1:54 pm

harga rumah mmg tak masuk akal skrg ni.. tapi yg heran bin ajaib..asal launch jer habis.. entah.. rakyat msia mmg byk duit kot.. permintaan melebihi penawaran..tu yg naik mendadak tu.. sistem kapitalis mmg mcm tu.. harga ditentukan oleh pasaran.. siapa yg kaya bertambah kaya.. yg miskin boleh jugak jadi kaya tapi dgn usaha keras dan berjimat..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 fizoo December 1, 2011 at 3:49 pm

alhamdullilah dalam 3 thn rumah aku dah naik 70k
harap2 5 thn lagi harga rumahku jadi double
bestnya…ini zaman aku
clue dia beli prime area biar mahal membeli, tapi jadi rebutan
ni beli area jin bertandang@bkt beruntung/lembah beringin kadang beli 80k lepas 5thn jual 70k pun tak laku
kita jangan asik nak komplen aja
kadang kita sendiri kena usaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 pak tgk!! December 1, 2011 at 4:17 pm

bro!
salam 1 malaysia!
dah beli awal memang selamat n happy sebab perlaburan naik! tahniah harga rumah yg dibeli naik dikawasan anda!
tapi bro walaupun harga naik dr segi value kat kawasan anda tapi value jual belum tentu dapat untung yg dijangka sebab kalau harga rumah anda naik tapi pembanggungan dikawasan anda tetap ada yg terkini baik beli br kenapa beli yg lama betul tak bro!
macammanapun bro tetap beruntung sebab dah beli dulu tapi yg lain sedih sebab bajet dah jatuh kena le tunggu n sabar ya….salam.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 pak tgk!! December 1, 2011 at 3:59 pm

salam 1 malaysia!
harga rumah naik selagi ada pembeli!
tapi sabar jangan beli dulu biar slow down br harga akan stabil!
pemaju skrg buat byk n cepat sebab takut pembelian slow down jadi buat tak henti2 tak habis jual nanti akan ada company bankcrap!
kerajaan tak nak kacau sebab baik utk ekonomi negara n membantu pembanggunnan negara selari dgn wawasan 2020 jadi baik utk negara masa depan tapi memang susah buat rakyat yg tak mampu!

jadi salution:
pendapatan rakyat mesti naik!!!
gaji rakyat dlm minimum rm1000!!!
product dlm negara kena tingkat bukan harap brgan luar dpt kurangkan cost pembeli!!
kilang negara kena tambah n product!
rakyat kena kurangkan pembelian brgan luar sebaliknya beli brgan keluaran negara sdr baik buat ekonomi negara!
rakyat kena ubah beli brgan murah n tak berkualiti hanya sebab nak value kan ringgit n dpt lebihkan ringgit beli brgan lain tapi wang tetap habis tapi simpan brgan buruk dirumah lepas tu dlm sampah n negara kena tambah pembelanjaan utk sampah yg dibuang jadi rugi rakyat n negara.
yg untung negara luar terutama china buy n sale to malaysia be a stupid buying product from china n tambahkan sampah kat malaysia yg susah siapa pd masa depan???
nak cerita byk tapi setakat ni je ya!
fikir2kan lah…where is malaysia will go for future!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 LOLOU December 1, 2011 at 4:51 pm

aku pembantu am pejabat…gaji basic rm730….mcm mana nak beli rumah….jadi terpaksa la saya sewa rumah. rm 400 sebulan dan duit balance bayar motot kapcai dan makan megi tiap hari…..ko orang memang senang sbb gaji besar rm2k…..cemburunya aku….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 antoo December 1, 2011 at 5:26 pm

Sabar Lolou.. aku faham perasaan ko sebab kita serupa.. apa boleh buat, suara golongan mcm kita mana ada sape nak dengar.. semua orang yg byk duit dok sibuk melabur hartanah sbb nak dpt untung.. tak leh nak buat apa la sebab itu hak diorang.. tapi secara tak langsung ianya menyuburkan lagi ekonomi kapitalis yang akan memberi kesan jangka masa panjang.. yang kaya akan jadi super kaya manakala yang kurang berkemampuan akan jadi papa kedana.. kesannya, negara akan mengalami huru hara dek rusuhan pihak bawahan yang hidup melarat ni.. ini yang aku harap golongan2 pelabur ni boleh consider perkara ni sbb ianya akan memberi kesan pada generasi cucu cicit diorang gak nanti.. kaya kat dunia ni sementara jer..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 pak tgk!! December 1, 2011 at 6:18 pm

salam bro!
jgnlah sumpah org kaya n yg berkuasa!
ini rezeki mrk kita cuma boleh berusaha mana yg mampu.
sebenarnya kekayaan dunia byk cuma kita tak tahu mana nak mula mana nak cari!
n kerajaan kena cari jln bahagikan kekayaan negara biar semua rakyat dpt merasa walaupun sedikit kekayaan dunia n rakyat kena le berbelanja dgn cara yg betul bukan berjoli habiskan peluang yg diberi.
bagaimanapun kita kena berusaha bila ada peluang n berjimatlah masa ada beli mana yg patut.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 pak tgk!! December 1, 2011 at 6:07 pm

salam bro!
sabar n sabar! berusaha sikit pasti dpt apa yg nak tu!
cuma jgn le impian tinggi sgt cukup apa yg mampu.
tapi dgn gaji rendah mcm tu baik tinggal kat kpg cari rezeki kat kpg lg selamat bro.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 Hamba Allah December 1, 2011 at 5:22 pm

sewa je…x payah beli rumah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 Gurkha Pencen December 1, 2011 at 8:23 pm

Perak Hanjung tu dulu bukan ke hakmilik PKNP yakni hak milik kerajaan negeri Perak. Simen ni salah satu faktor harga rumah naik pasal kilang simen dah di monopoli oleh taikun yang membuat rumah. Kalau kerajaan negeri yang menjalankan urusan pengilangan simen, dah tentu boleh kawal harga rumah. Pasal nak untung cepat habis semua kena jual, Akhirnya taukeh kilang simen boleh main harga… Gunung Pondok kat padang Rengas tu pun dah dijual oleh puak songkok tinggi ini. Kemungkinan 20 tahun akan datang orang Melayu duduk kat rumah rakit jer…pasal dah tak mampu nak beli rumah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 Rumah Putih December 1, 2011 at 10:07 pm

berusaha camne pun kalau dh harga umah sampai ke pencen nk bayor lemau le…cukup ke duit pencen nk cover…umo dh le makin meningkat nk wat pinjaman satu hal jugak..lepas ke idak…? peruntukkan utk develop rumah low cost lak tak byk permohonan cecah ribuan manusia….developer ni pun satu….wat rumah cam istana…dh la ukuran rumah besar…mana idak rega tinggi….yg buyer pun asyik2 org yg tertentu je…dia beli kemudian dia jual balik kt org2 cam kita….jadi lah harga 2 x ganda…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 Ala kampung sket. December 2, 2011 at 4:43 am

Smua org brtumpu kat kawasan y sama. Tinggalkn negeri y nampak mcm x leh hdup kat sana 2. Harga mlonjak naik sbab memang ramai y nak rumah. Y kaya ambil pluang utk beli n sewakan. Penyewa bukan msalah lagi. Memang ramai. N pmintaan ada. Harga rumah msti naik tmbh pulak org hartanah nak untung lg. Comfirm naik. Ni smua sbab pmbangunan y x seimbang di malaysia ni. Ada negeri maju ada pulak air bersih pun payah. Salah siapa? X yah tanye lah. Bg y nak strugle hdup kat bandar 2 tabahkanlah hati n jiwa anda. Smoga brjaya hendaknya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 scid December 2, 2011 at 9:08 am

salah satu sbb kenapa mahal kadang2 sbb tanah tuh sendiri mahal..sepatutnyer sblm harge rumah dikeluarkan dan permit utk pengiklanan dikeluarkan oleh PBT pemaju spttnyer menghantar laporan berkenaan kos pembinaan rumah itu sendiri…kadang2 rumah kualiti mcm haram tp harge pon jd mcm haram tingginyer..harge tanah pon kadang2 boleh jadi tak masuk akal..sepatutnyer Jabatan Penilaian Hartanah spttnyer boleh dijadikan sbg agen utk kawal harga tanah kat sekitar lembah klang nih..takde ar over sgt tingginyer

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 dany ampang December 2, 2011 at 3:30 pm

rakyat yang di dahulukan…apa-apa pun rakyat yang kena tanggung dulu
tak mampu nak beli…nanti bank cari..kerajaan tak mampu nak tolong kita semua..simpan lama2 jadi bukit..tapi bukit tak jadi bukit dah..habis kena sondol..runtuh sana..sini…harap yang berkenaan tolong ambil tidakkan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 hafiz December 10, 2011 at 11:09 pm

Berdasarkan kajian, Malaysia merupakan ke-5 harga rumah yang termahal dalam kategori kawasan Asia Pasifik iaitu Hong Kong, Taiwan, Singapura, China, Malaysia dan dikuti oleh Indonesia.. Walau ekonomi dunia di Eropah dan Amerika yang kurang memberangsangkan dan menunjukkan kejatuhan harga rumah yang mendadak tetapi harga rumah di malaysia masih lagi boleh dikatakan agak mahal… 2012 pinjaman perumahan lebih sukar dan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pembelian rumah. Hal ini, menggelakkan gologan muda bankrap pada usia yang muda… Berdasarkan trend kenaikan harga rumah selepas kemelesetan ekonomi 1997/1998, ada pendapat mengatakan harga rumah di Malaysia sudah berada di kemuncak kenaikan dan akan kembali semula kepada harga sederhana seawal pertengahan 2012…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 Norzikri Bin Sairi December 12, 2011 at 1:14 am

senang cerita kerajaan patut wujudkan syarikat syarikat pembuatan barangan binaan sendiri…. seperti contoh kilang simen, batu bata dan sebagainya…. jadi kerajaan boleh mengawal harga barangan ini dengan mudah… lepas tu wujudkan pula beberapa syarikat pemaju milik penuh kerajaan… ambil usaha sama dengan pemaju kerajaan negeri…

tapi apa yang penting, amanah dan jujur… kalau tak jujur, buat benda2 diatas takkan murah gak rumah kalau yang menjaganya tu asyik ingat perut dia dan kroni….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 -Aku- December 22, 2011 at 5:28 pm

Kerajaan patut mengambil serius hal ni dan pantau pembeli rumah. kalo dah ada rumah 2 buah, x payahlah beli rumah lagi. bagilah orang yang betul2 nak beli rumah peluang untuk miliki rumah sendiri. ini yg kaya2 tuh beli jer rumah pastu juaal balik dengan harga melambung2 x pon buat sewaa. sekarang ni harga kalo kat putra height 2tahun lepas harga 200k sekarang harga dah naik 450-500k? apa kesss??? kalo harga rumah 450k bulan2 2ribu bayar rumah jer habis tu nak makan apa??? sungguh teraniyaaa!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 pasrah December 25, 2011 at 11:12 pm

salam all..harga rumah kat bintulu amatla tidak berpatutan..kjaan patut melihat pkara ni..rumah single stories pun 200k lebih.double story jangan citer la,sure 400k n above..camner la nak beli klu gini..kesian kat org local,nak beli pun xmampu..skadar jadi setingan d tmpt sndiri..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 Pulau Kundur January 27, 2012 at 3:40 pm

RUMAH MAHAL,GAJI CIPUT.MENTERI BODOHKAN RAKYAT,KALAU MENTERI TAK BODOHKAN RAKYAT,TENTU RAKYAT MALAYSIA YANG SUDAH MEMPUNYI KERJA TETAP MAMPU BELI RUMAH.NI YANG DAH BEKERJA TETAP MASIH TAK MAMPU BELI RUMAH,!!KENAPA DAN MENGAPA? SURUH MENTERI JAWAB,KALAU MENTERI ADA AMBIL TAHU HAL RAKYAT MALAYSIA YANG MISKIN SUSAH,TENTU MENTERI BOLEH JAWAB.TAPI KALAU MENTERI TAK BOLEH JAWAB,????????????????????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 Pulau Kundur January 27, 2012 at 3:47 pm

ESOK ESOK ORANG CINA DUDUK DALAM RUMAH,ORANG MELAYU DUDUK LUAR RUMAH,SEBAB KERAJAAN TAK NAK AMBIL TAHU MASALAH ORANG MELAYU,SEBAB SEBAB SEBAB DENGAR BOLEH BANTU TAK BOLEH.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 sampah_to_money March 7, 2012 at 2:47 pm

kena cari duit tambahan kalau gini. jom tukar sampah kepada duit

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 aku March 26, 2012 at 12:17 pm

As salam semua,
aku termasok dalam golongan membuat belian panik. harga rumah di johor naik dalam masa dua minggu. cuba bayangkan untuk minggu yang berikutnya. Nescaya akan terus naik.

pendapatan kecik, kos overhead tunggi, so ape boleh buat.

sebagai orang biasa hanya mengeluh je la. aku bukan ade ‘kabel’ dengan menteri, DO mahupun ketua kampung.

tapi alhamdulillah aku masih hidup dibumi bertuah ni.

p/s: ANDAIKAN OKSIGEN ATAS BUMI NI KENA BAYAR. MAMPU KE TAK?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: