BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

Kena Bayar Cukai? Duit Pembayar Cukai Ada Sini!!

by Staff Berita Semasa on May 28, 2010

in Berita Malaysia

pilihanraya Kena Bayar Cukai? Duit Pembayar Cukai Ada Sini!!

Sebelum saya berkongsi belanja pilihanraya yang berlaku sebelum ini termasuk Pilihanraya Kecil Selambau, Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Pilihanraya Permatang Pauh, Pilihanraya Kecil Batang Ai danPilihanraya Kuala Terengganu.

Ada belanja pada kadar realistik, ada yang melonjak tinggi. Walauapapun samada ada anda kena bayar cukai atau tidak, duit-duit pembayar cukai termasuk dalam pilihanraya kecil yang berlaku sebelum-sebelum ini mari lihat data di bawah ini :

Kos sebenar pilihanraya kecil selepas Pilihanraya UMUM ke-12

Kos Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)

PRK  Bukit Selambau – RM400,000
PRK  Bukit Gantang  -  RM600,000
PRK  Permatang Pauh – RM409,000
PRK  Kuala Trengganu -  RM580,000
PRK  Batang Ai  – RM400,000

Kos Polis Diraja Malaysia (PDRM)

PRK  Bukit Selambau – RM5 juta
PRK  Bukit Gantang  -  RM7 juta
PRK  Permatang Pauh – RM2.5 juta
PRK  Kuala Trengganu -  RM11.5 juta
PRK  Batang Ai  – RM5 juta

Jumlah bagi Kos 5 Pilihanraya Kecil (SPR):  RM2.1 juta (dalam tempoh antara 26/8/08 hingga 7/4/09)

Jumlah bagi Kos 5 Pilihanraya Kecil (PDRM):  RM31 juta (dalam tempoh antara 26/8/08 hingga 7/4/09)

Melihatkan perbelanjaan bagi SPR, mungkin boleh diterima lagi dan agak munasabah. Tetapi…………saya cuma nak tanya sikit kepada PDRM, samada pihak berkuasa nak “berperang” atau nak menjaga keamanan semata. Mintak respon. Ramai pembayar cukai di sini, mereka pastinya tidak mahu apabila diminta bayar cukai, tetapi akhirannya berlaku “kebocoran” ketika dibelanjakan

P/S : Sekarang kerajaan Malaysia tengah tenat dalam menguruskan kewangan dan perbelanjaan negara. Jadi mintak pihak PDRM tengok-tengok apa sebabnya melonjak tinggi kos pihak berkuasa  terutamanya mengawal perjalanan pilihanraya kecil

{ 8 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 muslim sedar May 28, 2010 at 3:27 pm

selagi orang yang rakus macam ni ada, selama itulah rakyat
marhaen ditindas, ditipu, dihenyak, dan dizalimi…

ya Allah, kurniakanlah kami pemimpin2 yang adil dan amanah,
pemimpin yang memimpin kami kepada kabaikan,
dunia & akhirat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 melayubuntu May 28, 2010 at 7:28 pm

mengada-ngada btul pdrm nih…mcm pnah berlaku perang pun sblm ni..smua elok jer…mmg xpatut la belanja polis byk camni.. :tembak
.-= melayubuntu menulis artikel blog ..Ailurus 10.05 dilepaskan : Fungsi Computer Doctor =-.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 fik May 28, 2010 at 8:52 pm

kne bli pluru byk2 kot…..nk tembak cm kes adikkt s.alam 2….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 beejan May 31, 2010 at 10:32 am

patutla polis-polis pangkat bawahan gila duit rasuah. depa dengki dengan bos-bos depa banyak duit & kaya raya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 jabatmesra June 1, 2010 at 9:00 am

belanja apa sampai banyak tu. x kan ada elaun tambahan lain kpd anggota sedangkan tugas menjaga keamanan dah memang tugas polis.sprm x sibuk ke siasat kes ni?merugikan duit rakyat je.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 iceman June 16, 2011 at 8:46 am

Askum,saudara2,disini kita jangan nak salahkan pihak Polis,para anggota2 cuma jalankan tugas.tidak ada OT,cuma makan di sediakan dan tempat tinggal.Yang pasti kita nak tahu siapakah URUSETIA dalam tugas2 pengurusan tempat tinggal juga makan minun setiap anggota yang bertugas semasa PR.disini saya tidak nampat salahnya anggota pasukan keselamatan.siapakah yang perlu kita salahkan,bukan sedikit duit dibelanjakan setiap PR.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 iceman June 16, 2011 at 8:57 am

beejan:
patutla polis-polis pangkat bawahan gila duit rasuah. depa dengki dengan bos-bos depa banyak duit & kaya raya…

saudara janganlah pandangan sama rata,ada juga yang seperti saudara cakap
saya seorang kawan sama2 bersekolah,lepas tamat sekolah dia masuk polis,lebih kurang 7 tahun bertugas,dia berhenti,sebabnya satu hari dia telah keluarkan 1 saman,kesalahan,penguna tersebut tiada lesin memandu.selama dua malam dia tidur tak lena,dia cari orang tersebut diberinya duit untuk bayar saman dan kawan saya tersebut meletak jawatan hingga sekarang kawan saya masih ada dan kerja pemandu bas sekolah.disini kita janganlah samakan mana-mana anggota polis ,baik anggota bawahan juga atasan.yang pasti didikan awal dari kedua-dua orang tuanya.IMAN tidak tinggal yang 5 terima ketentuan ALLAH.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Ataih Pagaq December 30, 2011 at 10:23 am

bagi aku kita kena tengok dulu breakdown detail expenses PDRM untuk PR ni, baru kita boleh bagi komen.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: