BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Kementerian Pertahanan (MINDEF) Salahkan Google Google?

by Staff Berita Semasa on January 11, 2012

in Berita Malaysia

Masalahnya sekarang ini, angkara mahu kelihatan “urban”, diri sendiri yang terpalit malu. Bahasa Inggeris mungkin untuk beritahu “dunia luar” bahawa orang akan kagum & lebih memahaminya tetapi akhirnya gelak yang dapat. Kami telah cuba alihkan bahasa menggunakan perkhidmatan Google Translate untuk beberapa perkataan. Hasilnya adalah seperti :

  • Baju cekak musang = football fight foxes?

Pelik bukan? Kenapa tiada sedikit pun inisiatif untuk semak semula sehingga tali leher pun jadi “neck strap”? Kenapa bergantung sepenuhnya kepada Google Translate?

Google Translate atau apa-apa perisian hanya sesuai digunakan untuk terjemahan perkataan bukannya terjemahan ayat sebab struktur dan lenggok ayat antara satu bahasa dengan bahasa yang lain adalah berlainan.

  • Terjemahan yang baik adalah dengan mengambil maksud keseluruhan ayat kemudian diterjemahkan
  • Bukannya, ambil perkataan demi perkataan dan terjemahkannya
  • Bunyi akan jadi amat janggal kerana struktur bahasa yang berlainan

Ya…tatacara berpakaian memang peraturan rasmi kerajaan. Katakanlah tatacara berpakaian di MINDEF agak berlainan dengan kementerian yang lain dan ditambah sebelum ini memang tiada versi bahasa Inggeris. Setelah melalui proses alih bahasa, mesti mendapat kelulusan daripada pihak atasan bukan? 

Apa yang kami sedia maklum, biasanya artikel/pengumuman terbaru yang mahu disiarkan di laman web mesti mendapat persetujuan rasmi daripada jabatan yang berkaitan. Adakah sistem kerja & pengurusan MINDEF sudah jadi kucar-kacir? Tugas & kerja diberikan kepada orang yang tidak sepatutnya. Tidak silap kami, unit media yan mengawal laman web dan segalanya dipertanggungjawabkan kepada UKK (Unit Komunikasi Korporat)

(KLIK untuk paparan imej yang lebih jelas)

Kementerian Pertahanan Salahkan Google Translate Mengenai Kesilapan Terjemahan Bahasa Inggeris

RAWANG: Kementerian Pertahanan bergantung kepada sistem Google Translate secara percuma untuk menterjemahkan kod berpakaian kakitangannya bagi versi Inggeris di laman web kementerian tersebut yang memperlihatkan banyak kesilapan.

“Kami telah membuat pembetulan berhubung terjemahan itu. Ia kini diterjemahkan secara manual,” kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, Isnin. Beliau mengakui terjemahan yang tidak tepat itu memalukan kementerian.

Baru-baru ini, The Star melaporkan bahawa berlaku kesilapan dalam terjemahan berhubung kod berpakaian kakitangannya dalam laman web kementerian itu yang turut disebarkan dalam laman web sosial.

Laman web kementerian itu menyiarkan terjemahan seperti ‘clothes that poke eye’, apabila diterjemahkan secara literal adalah pakaian yang menjolok mata bermaksud pakaian yang mendedahkan dalam Bahasa Malaysia.

Carian lain termasuk: “collared shirts and tight Malay civet berbutang three” di mana dalam Bahasa Malaysia sebenarnya bermaksud “baju Melayu berkolar cekak musang dengan tiga butang”. Selain itu adalah ringkasan sejarah kementerian di laman web yang berbunyi,“After the withdrawal of British army, the Malaysian Government take drastic measures to increase the level of any national security threat.”

Maksud sebenar ringkasan itu dalam Bahasa Malaysia adalah, “Selepas pengunduran tentera British, Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman.”

Kementerian itu telah pun mengeluarkan versi terjemahan Bahasa Inggeris itu dari laman web beberapa jam selepas ia disebarkan secara meluas di Facebook dan Twitter. Jurucakap kementerian itu berkata, satu penjelasan telah dibuat dan diletakkan di laman web tersebut pada Khamis. Penjelasan itu pada laman web berkata, pembetulan sedang dilakukan pada perisian yang digunakan untuk terjemahan lebih tepat diperoleh.

“Kami tidak berniat menterjemahkan perkataan tersebut dalam bahasa Inggeris seperti itu,” kata Zahid ketika lawatan ke kem Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) di sini. Bagaimanapun, pemeriksaan di laman web itu menunjukkan terjemahan bahasa Inggeris itu sudah dikeluarkan.

Geleng kepala kami membaca alasan daripada seorang yang merangkap Menteri Pertahanan. Adakah dah tiada lagi alasan lain yang boleh digunapakai? Mengapa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi masih mahu lagi meletakkan kesalahan kepada perkhidmatan seperti Google Translate yang mana hakikatnya mereka sendiri gunakannya. Mengapa sukar untuk mengakui kesilapan sendiri? Kan lebih baik jika cuba muhasabah diri dan belajar daripada kesilapan yang lalu daripada terus menuding jari kepada yang lain?

Dalam bahasa pasar, ini boleh diistilahkan sebagai :

“Alasan lepas tengkuk sahaja”

Lain kali, kalau kita benar-benar nak memartabatkan Bahasa Kebangsaan, tak perlu terhegeh-hegeh meletakkan peringatan dalam Bahasa Inggeris sehingga terdapat kesalahan pada perbendaharaan kata dan tatabahasa. Letakkan sahaja dalam Bahasa Malaysia. Itu sudah memadai.

Kemudian bagi kami, kalau nak dialih bahasa sekalipun, tidak semua istilah perlu dialihbahasa :

  • baju kurung
  • baju melayu cekak musang
  • lain-lain lagi

Sayang sekali, sebab perkara-perkara sebegini melibatkan imej jabatan itu sendiri. Sangat menjengkelkan membaca ‘direct translation’ yang amat kelakar itu.

P/S : Kalau tak mampu berbahasa Inggeris, berbanggalah dengan Bahasa Malaysia (bahasa kebangsaan)

PP/S : Bagi kami kesilapan tatabahasa ataupun perbendaharaan kata masih lagi boleh diterima tetapi sikap yang suka menuding jari terhadap orang lain & tidak mampu mengakui kesilapan sendiri adalah amat tidak bertanggungjawab


{ 31 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 mampus bn January 11, 2012 at 8:32 am

datuk hamidi tak peduli semua tu, dia nak tunggu komisem(rasuah) daripada projek mega mat monggol….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Pemuda Selangor Benci UmProno January 14, 2012 at 1:15 pm

hai seorg menteri jwb mcm tu. op lupa menteri BN

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Keje kerajaan January 11, 2012 at 8:44 am

Diorang ni makan gaji buta ke aper
buat malu orang kerajaan jer

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 remain_anonymous January 14, 2012 at 7:27 am

tu lah, subjek math dgn sains dah elok2 ajar dlm ahasa inggeris ditukar pd bahasa melayu

pastu sibuk terhegeh2 nak guna bahasa inggeris..

kata nak tegakkan bahasa melayu, nama kementerian pertahanan (kementah), pun nak guna mindef (ministry of defence)… mind x dak ke?

mmg flip flop policy kerajaan…..

cth spt dibawah:

publicinfobanjir.water.gov.my
http://www.health.gov.my
http://www.water.gov.my

bangang tak??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Petai January 11, 2012 at 9:07 am

takpelah bukan ada bagi kesan kepada sistem pertahanan negara pun

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Junta January 11, 2012 at 9:20 am

Dulu masa pegawai pegawai Mindef kebanyakannya dari Federal Military College (kemudian Royal Military College), Bahasa Inggeris dikalangan pegawai pegawai angkatan bersenjata pastinya amat tinggi.
Dari manakah mereka datang kini? Jika dari RMC juga, adakah ini mencerminkan betapa teroknya sistem pendidikan kita?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 adoi January 14, 2012 at 12:56 pm

nak kerja mudah, malang lagi takut laman web dia orang ni pun sub pada syarikat luar

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Anti Kapitalis January 11, 2012 at 9:31 am

Pelik betul aku dgn kementerian nih
Apa takkan dalam ramai2 pegawai gred atasan kat situ yg tak reti bahasa inggeris?
100% nak rely pada software? Takkan takde org yg akan finalize sebelum dirasmikan? Tu lah bahana kalau byk sgt kronisme dlm sesebuah kementerian
Menyampah !!
Org yg betul2 layak bukan main susah nak dapat kerje gomen kalau takde kabel kuat (org dalam)…..

Jangan terkejutlah, lepas ini ada peruntukkan rm 1 Billion diluluskan untuk upah translate lak. Another reason untuk jadi kaya..
Malaysia Boleh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Bigboy January 11, 2012 at 9:52 am

hehehe,bukak tender utk keje translate lak.. ;)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Menteri Gila Harta January 11, 2012 at 11:22 am

Kan dah kena ejek dengan WSJ. Memalukan Malaysia je.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Gurkha Pencen January 11, 2012 at 11:56 am

Bab bahasa ibunda ni sememangnya hangat hati bila dikenangkan. Dulu yang beria-ia nak nak guna bahasa melayu ni adalah pemimpin yang berlambangkan kapal layor. Dari kapal layor tukar pulak gambar timbang kati. Bila dah tukar lambang timbang kati anak cucu pemimpin kapal layor nak tukar balik kepada bahasa inggeris.Pertanda jelas menunjukkan wawasan pemimpin terdahulu bakal dipunahkan oleh anak cucu mereka sendiri. Maknanya wawasan tersebut gagal. Jepun,China dan Korea terus maju dan berjaya hanya menggunakan bahasa ibunda mereka. Kurang nya berjaya bahasa ibunda ini dimata rakyat adalah dirosakkan oleh pakar bahasa yang menterjemahkan bahasa teknologi mengikut lenggok bahasa sendiri. Sepertimana yang terjadi pada kemeterian pertahanan kini. Sebagai contoh mouse pada komputer, pakar bahasa menterjemahkan tetikus padahal benda tersebut bukannya tikus. Sepatutnya ianya dipanggil maus sahaja dalam bahasa melayu. Bila orang melayu nak beli mouse sebut maus, taukeh kedai komputer mesti bagi mouse. Kalau sesuatu benda yang direka oleh kita dan kita sebut ianya gerek, seluruh dunia akan sebut gerek. Tapi kalaubukan benda itu kita reka apabila kita pergi oversea kita sebut basikal itu gerek, sampai matilah mat saleh ni tak tahu benda itu bycycle. Itulah yang terjadi pada isu di atas. Contoh : papan kekunci – key board sepatutnya kibod aja dah cukup. tatah – setting sepatutnya seting aja dah cukup.omboh- piston sepatutnya piston juga. Utamakanlah bahasa ibunda.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 oshin January 11, 2012 at 12:34 pm

bdak skolh lg pndai

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 kartikel January 11, 2012 at 12:59 pm
14 Iffah January 11, 2012 at 1:15 pm

Salam..
Hahaha..lawak pun ada tak sangka negara yg majukan bahasa inggeris pun xda yg blh translate..semangat nak tanamkan bahasa inggeris dikalangan pelajar tetapi pekerja langsung takda..nampak sgt buat kerja lepas batuk di tangga je..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Din Beramboi January 11, 2012 at 3:00 pm

lainkali janganlah beli kapal peronda yg harga sampai RM9 billion tu
sampai benda kecil macam ni pun tak reti nak jaga

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 Pulau Kundur January 11, 2012 at 3:20 pm

PUNCANYA????????????????

COPY PASTE TRANSLATE , COPY PASTE TRANSLATE??????????????????
BUAT KEJA TAK IKHLAS.TU JADI CAM TU.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 kelakor January 11, 2012 at 3:22 pm

ehehehehe
kementerian boleh guna google translate je
mmg kelakorrr
saya selalu saje masuk google translate taip perkataan yang pelik2
dan hasilnye mmg lawak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Pulau Kundur January 11, 2012 at 3:29 pm

PUNCA PUNCA PUNCANYA!!!!!!!!!!!!!!!!!

COPY- PASTE- TRANSLATE!!!!!!!!COPY-PASTE-TRANSLATE.
NILAH PUNCANYA.

dah translate tu baca lah dulu modify sikit,pa lah tak kan nak ajar lagi,kerja sambil lewa tu yang jadi cam ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 teropongkayu January 11, 2012 at 4:26 pm

Amat malang dan malu apabila orang mentertawakan kejadian seperti ini. Ini bukan masalah individu.. ia adalah masalah organisasi yang menunjukkan tidak ada ‘check and balance’ dan ia bukan pula pertama kali berlaku. Dah pelbagai cerita kita dengar sebelum ini. Kita dah baca berita enjin jet yang hilang, trajedi Sauk (betapa mudah orang boleh mencuri senjata), pembelian kepalterbang second-hand yang tidak dibawa pulang (lama dan cerita ni) dan sebagainya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Th3Coll3ctoR666 January 11, 2012 at 4:48 pm

kalau ade kekosongan kat mindef tu bleh aku masuk tolong translatekn ke BI klau da malas sgt yang current staff tu… aku pun xde keje skrg… :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 Adios January 11, 2012 at 11:43 pm

Sudah pasti laman web MINDEF dikemaskini oleh syarikat yg dilantik, bahan yang diberi dalam bahasa malaysia diubah secara terus ke inggeris dan yg jadi mangsa kakitangan MINDEF, kerana Kementerian tak yakin dgn kakitangan sendiri dengan bagi kepada syarikat. Dr Mahathir suruh Matematik dan Sains di ajar dalam bahasa inggeris di sekolah kita marah dan kerana politik ianya dimansuhkan, ini salah satu hasil yg dapat. Fikirkanlah……………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 Zyrontyez January 12, 2012 at 10:44 am

Haish..baju cekak musang tu istilah melayu. Macam baju teluk belanga. Try cari kat Google Translate, confirm hancus!
Tali leher pun tak tau dalam bahasa Inggeris? Kan dok selalu cakap, NECKTIE!

Aduh..sebelum buat PPSMI, kena Inggeriskan dulu minda Kementerian ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Whoamie January 12, 2012 at 1:31 pm

Sepatutnya, dalam semua laman web agensi kerajaan tidak kira di peringkat persekutuan, negeri, berkanun, atau tempatan menggunakan bahasa melayu.. wat per nak guna BI…. ada ker kat england or us or china or taiwan or jepun or german or israel sekalipun guna bahasa lain dari pada bahasa rasmi mereka… so masa nilah nak memertabatkan bahasa melayu…. biar semua pelawat yang datang tu tahu bahawa ada satu bahasa yang digunakan yang menjadi tunggak Malaysia… dan bangsa Melayu… Masihkah kita ingat dengan “Bahasa Jiwa Bangsa”… Bahasa itu melambangkan kita, satu identiti kita… kalau kita tukarkan bahasa kita kita akan hilang identiti kita.. tidak hairanlah kenapa sekarang ini masalah sosial berleluasa sebab bahasa yang digunakan itu adalah bahawa yang melambangkan bangsa yang menggunakan bahasa itu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 zicronz January 12, 2012 at 8:40 pm

bak kata ustaz azhar idrus, ni orang semua yang buat bodo…heheheh

awat hang pi pakai google translate??? berapa ramai guru BI, yang duk ambil TESL dan sebagainya… dan rasanya ada company di malaysia sendiri ada perisian yang tepat untuk translate ke BI(lupa da apa nama software)

ni nampak sangat sapa yang amik projek ini, hanya nak upah/duit sahaja…. dapatlah kat kementerian tu BODO 2 kali… bagi kat orang tak reti translate, pastu main bukak web tanpa semak… tu yang dapat bodo 2 kali….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 wise raider January 13, 2012 at 12:35 am

salah kan google..kah kah..nak tercirit gelak. Tak kan lah kat MINDEF atau paling tak pun sape yg dipertanggungjawabkan utk menulis dlm bahasa inggeris tu apa ke bangang sangat sampai nak guna google..tak kan lah tak de manusia yg boleh translate dgn sebaik & sebetulnya. Gunakan Insitut Terjemahan Negara..hehe. Kalau leh guna google..SEMUA BUDAK SEKOLAH boleh terer belajar SAINS & MATEMATIK guna google.. Tak payah bazir duit guna khidmat orang luar negara dtg Msia dan ajar bahasa inggeris.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 Race22235 January 13, 2012 at 1:00 pm

Ini la yg d katakan orang kampungngan d paksa blajar BI…
Nampak sangat orang2 MINDEF tue semua Kampungan..buat kerja asal ada jak…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 remain_anonymous January 14, 2012 at 9:40 am

menteri lagi bangang….

nak bagi jawapan pun agak2lah…klu betul pun guna google translate, cover lah sket…

penasihat media dia tidur ker?…. cakap lah kesilapan teknikal ke, kurang penelitian ke or staff saya semua buat kerja makan gaji buta ke?…

ni bukan setakat staff bangang guna google translate, menteri pun bangang x boleh nak cover bagi jawapan yg cerdik sikit….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 pijan January 17, 2012 at 4:35 pm

depa ni mmg xreti pon, belit2 tbelit lidah sndri ja..kn dh nmpak kebodohan sendiri..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 Gedebe January 14, 2012 at 5:31 pm

Yang buat ni mesti orang Kelate

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 napi February 2, 2012 at 1:21 am

aku bukan sokong sangat zahid hamidi, tapi cuba hangpa converse dengan dia speaking london..aku pikir hangpa yg tercirit. Sebagai noob, aku rasa itu lebih kepada masalah script auto-translate dalam website kementerian tu. Web yg multilinggual besa employ benda ni..memudahkan kerja supaya boleh ada multiple version, b. Melayu, english, chinese etc..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 Anonymous June 26, 2012 at 9:16 am

hahahaha… lawak gila tahap dewa nak translate guna Google Translate hehehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: