BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

Kemasukan ke IPTA. Pelajar Lelaki vs Wanita

by Staff Berita Semasa on July 1, 2010

in Berita Pendidikan

kemasukan ke ipta Kemasukan ke IPTA. Pelajar Lelaki vs Wanita

Seperti biasa kiasan ini akan kita dengar setiap kali tibanya kemasukan ke IPTA. Mana ramai, pelajar lelaki ker atau pelajar wanita? Semestinya pelajar wanita lebih ramai. Tetapi yang menjadi persoalannya adalah peratusan bilangan pelajar wanita semakin berkurang atau semakin bertambah. Sedar atau tidak pelajar wanita sendiri seringkali melalui sistem meritokrasi secara halus akibat persaingan sengit dikalangan pelajar-pelajar wanita itu sendiri. Jadi…di mana hilangnya pelajar lelaki ini?

Walaubagaimanapun, apabila di alam pekerjaan graduan wanitalah yang lebih ramai yang kecundang….

KUALA LUMPUR 29 Jun – Seramai 32,000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, statistik Kementerian Pengajian Tinggi itu menunjukkan graduan wanita lebih ramai gagal mendapat pekerjaan iaitu sebanyak 21,760 berbanding lelaki seramai 10,240 orang.

“Antara sebab graduan gagal mendapat pekerjaan adalah kerana bidang kelulusan mereka kurang mendapat permintaan daripada pihak majikan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah graduan menganggur, peratusan mereka mengikut jantina, kumpulan pendapatan keluarga rendah dan jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sebab mereka tidak diambil bekerja serta cadangan untuk mengatasi masalah itu. Subramaniam berkata, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan pembiayaan untuk pinjaman PTPTN kepada 1.5 juta pelajar dengan jumlah RM32.62 bilion sehingga 30 April lalu.

Dalam pada itu katanya, trend pengambilan pekerja masa kini yang tidak menumpukan perhatian kepada kelulusan calon semata-mata boleh membantu mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan di negara ini.

Berlainan pula, apabila tibanya musim kemasukan ke IPTA, pelajar lelaki lebih banyak memberikan ruang kepada pelajar wanita….

KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan ke universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini.

Jumlah mereka juga melebihi lelaki bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang akan mendaftar pada tarikh sama dan 23 Mei lalu dengan 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45 peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan. Hanya 35.2 peratus atau 14,277 pelajar lelaki mendapat tempat dalam program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) dan 41.55 peratus atau 15,333 untuk kemasukan program lepasan SPM atau setaraf. Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah penawaran tempat kepada pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi semua kategori kaum bagi kedua-dua peringkat program pengajian.

Katanya, dominasi kemasukan pelajar perempuan untuk kemauskan ke IPTA selari jurang gender yang amat ketara antara pelajar perempuan dan lelaki dalam permohonan untuk kemasukan program lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama), tahun ini. Beliau berkata, sebanyak 67 peratus atau 41,046 daripada keseluruhan 61,228 permohonan diterima adalah daripada pelajar perempuan dengan jumlahnya melebihi sekali ganda berbanding hanya 33 peratus atau 20,182 calon lelaki.

Malah, bilangan pemohon perempuan pada kemasukan ke IPTA tahun ini meningkat berbanding 40,886 tahun lalu,  melebihi sekali ganda daripada 20,141 permohonan oleh pelajar lelaki.

Jangan kata, di IPTA di IPTS pun senario pun serupa juga. Untuk jurusan teknikal sahaja bilangan antara pelajar lelaki dengan pelajar wanita nampak seimbang. Agak-agaknya,  apa sebab pelajar lelaki kurang di universiti?

  1. Mentaliti pun menyumbang jugak dalam hal ni. Pelajar tidak kisah kos apa yang mereka dapat, asalkan mereka dapat masuk ke IPTA
  2. Pelajar lelaki itu berasal daripada keluarga miskin da kebanyakan memilih untuk membantu keluarga menyara keluarga
  3. Ramai yang terkorban di jalan raya contohnya dan gagal dalam hidup
  4. Kebanyakan pelajar lelaki lebih minat kepada bidang-bidang kemahiran yang tidak memerlukan mereka belajar teori semata seperti di universiti
  5. Dahla..lelaki kurang tambah pula yang jadi “sotong”
  6. Ada nak tambah?

Saya suka berkongsi pandangan pakar dalam dasar kepimpinan Prof Madya Dr Azahari Ismail pernah menyuarakan pendapat tentang isu lambakan pelajar wanita setiap kali kemasukan ke IPTA pada bulan Julai adalah berpunca daripada kurikulum sistem pendidikan negara yang secara tidak langsung menyerap sistem pendidikan moden barat yang lebih kondusif kepada pelajar wanita sebagai faktor menyumbang kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki di universiti itu.

Beliau berkata sehingga tahun 1800, sistem pendidikan barat moden dicipta bagi memenuhi keperluan masyarakat yang dikuasai lelaki pada ketika itu sehingga berlakunya pergerakan mendapatkan hak sama rata untuk wanita di Amerika di mana pakar-pakar akademik perempuan mencari jalan mengimbangi gender dalam pendidikan.

Dr Azahari berkata kajian yang beliau lakukan pada 1978/1979 menunjukkan kecenderungan budak lelaki untuk menjadi ‘pondan’ berasal daripada pengaruh guru dan majoriti guru di sekolah dan tadika adalah guru perempuan.

  • Budaya komunikasi pelajar lelaki bergantung pergerakan atau penggunaan visual dan grafik dalam pembelajaran.
  • Pengajaran secara lisan lebih membantu pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang memerlukan elemen bukan lisan dalam meningkatkan keupayaannya memahami sesuatu subjek
  • Bagaimanapun fakta bahawa ramai perempuan dalam universiti bukan masalah, atau gelaja tidak baik. Itulah satu rahmat besar sebab masa merdeka dulu berapa ramai perempuan belajar tetapi yang menjadi masalah ialah semakin pantas kadar kekurangan pelajar lelaki itu

{ 27 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 beejan July 1, 2010 at 2:14 pm

tambahan..
7. Graduan lelaki lebih ramai memilih memasuki pusat serenti/PUSPEN.. haha..
8. Graduan lelaki ramai memilih memasuki sekolah PONDOK
9. Graduan lelaki ramai memilih untuk tidak ke sekolah
10. Kepupusan kaum lelaki menyumbang kepada kemorosotan kemasukan IPTA

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 mrjam July 1, 2010 at 2:20 pm

aku rasa ada lagy sbb dy laki kurang kat IPTA or IPTS..antaranya…

1.lelaki xyah ramai2 masok U,sbb laki mmg pemimpin..so,sorang lelaki boleh pimpin 100 pompuan atau mungkin lebeyh lagy.so,kalau ada sorang laki yang hebat di antara 1000 pompuan pon sudah cukup bagus.

2. hakikatnya…jumlah pompuan lebeyh ramai daripada lelaki.so mestilah pompuan ramai.tapi pompuan bnyk kecundang kat alam pekerjaan sbb pe??
simple je formula dy…

mcm air dalam cawan , kalau banyak air,banyak la tumpah..kalau sikit air,sikit la tumpah..

mcm laki dan pompuan..pompuan kat U ramai,so ramai la kecundang..laki mmg sikit kat U.so yang kecundang pon skit la.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 jack July 1, 2010 at 3:09 pm

xpyh susah2 nak bandingkan lelaki atau perempuan bab2 cari ilmu ni. kita masing2 nak nak mengejar masa hadapan. xkesahla saper ramai masuk uni. klo x praktikan ilmu tu xde maknenye pon

jack menulis Berita Terkini….Nak Kuruskan Badan Tungganglah BasikalMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 FARAH July 1, 2010 at 3:27 pm

secara jelasnya kaum prmpuan lebih rajin belajar-seterusnya mampu emncapai keputusan yg lebih cemerlang drpda lelaki smada dlm SPM, Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana, etc
saya sdri pernah menjadi mangsa sistem “meritorasi” gender ini, di mana saya tidak mendapat tawaran ke mana2 IPTA pada 1st intake walaupun mendapat kptsn exam yg pada ktka itu cemerlang. tapi alhamdulillah sy bernasib baik berjaya dlm rayuan ke IPTA.

Tp tdk dinafikan lelaki bukan kepada teori, dan kebanyakan kwn2 lelaki sy di universiti lebih memiki “general knowledge” yg luas berabanding prmpuan dan lebih confident dalam sesi pembentangan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 elle July 1, 2010 at 5:37 pm

actually perempuan lebih ramai dr lelaki ke apa??? yg penting bila kerja kualiti ada… masuk tetapi menganggur buat apa??? sia-sia 3tahun diploma+3tahun degree(MAYBE)… jika keluar tiada kerja…
.
.
.
mahasiswa berkualiti dilahirkan bagi menjana ekonomi dan menjadi modal insan yg berguna!!! itu saja… lagi pun mmg dah lumrah alam lelaki akan kurang!!! x gitu admin… heheheh!!! bak kata org dunia dah ujong dunio…
elle menulis Berita Terkini….Episod 3- Jalan-Jalan Sebelum Naik Sem- AKHIRNYA KAU PULANGMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 abe July 1, 2010 at 7:29 pm

…pompuan jugak laaa yang banyak kena tipu….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 3a July 2, 2010 at 9:58 am

Sy sokong mmg pompuan lebih ramai masok U…krena gurl nie suka blajar..mcm lelaki pula more on praktikal…so bila gurl dpt masuk U cumew adew teori ssh nk kerja nnty..sekurang-kurangnye mesty adew penagalaman bekerja atau pun buat sijil yg boleh pekerjaan terima..sbb dr situ lelaki membuat hasil mcm tu..sng jew dpt kerja..sbb adew pengalaman..so gurl jgn ke teori sgt imbangkn k..for lelaki kitew bleh membgn kn industri negara..kn lelaki sbg pemimpin or ketua..k..kitew bkn x kasi gurl jd ketua..gurl boleh jd penasihat kepada pemimpin…ini lah kitew mesty bersamew utk negara k..Go On Malaysia jgn Bankrap..

Hidup Pakatan Rakyat!!! :joget

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 tukang tengok... July 2, 2010 at 11:56 am

cuba tgk institut kemahiran la… kebanyakkan lelaki….. institut serenti… institut rempit… ha… satu lagi imam muda.. huhuhu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 jat_jat July 2, 2010 at 4:15 pm

bab ‘sotong ‘ tu yg wat aku tglak skjap… hehea
btul ke pnce dari guru dari tadika n skola rendah? sbb guru tu perempuan? aku rase tak lah… niat guru tuk mngajar ilmu je pun, cmne leh efek smpai kesotongan tuh… aku rase sbb adk bradik dy sume perempuan kot… lg keadaan skeliling dy, kwn dy cume perempuan… wuhuu… cmne nk elak yea…?

saje nk bg pndapat, kawan2 yg ade kawan lmbut tu tolong2 la keraskan sikit kaum lelaki kite…. takut la akuu… :hormat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 naza July 4, 2010 at 8:47 am

bg ak la… diorg jd cm 2 mst bersebab.. xda lam dunie ni xbersebab.. antare sbbnye… masyarakat.. masyarakat slalu pndng rndh n kutuk2 diorg… cmane diorg nk ‘pulih’ kalo asyik kne :tembak … sesame la kite pk…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 aisyah July 8, 2010 at 2:38 pm

3a: Sy sokong mmg pompuan lebih ramai masok U…krena gurl nie suka blajar..mcm lelaki pula more on praktikal…so bila gurl dpt masuk U cumew adew teori ssh nk kerja nnty..sekurang-kurangnye mesty adew penagalaman bekerja atau pun buat sijil yg boleh pekerjaan terima..sbb dr situ lelaki membuat hasil mcm tu..sng jew dpt kerja..sbb adew pengalaman..so gurl jgn ke teori sgt imbangkn k..for lelaki kitew bleh membgn kn industri negara..kn lelaki sbg pemimpin or ketua..k..kitew bkn x kasi gurl jd ketua..gurl boleh jd penasihat kepada pemimpin…ini lah kitew mesty bersamew utk negara k..Go On Malaysia jgn Bankrap..Hidup Pakatan Rakyat!!!   (Balas Komen Ini)

KOMEN YANG BAGUS, TP TAK SUKA DENGAN SHORT FORM YANG DIGUNAKAN. cth: adew, kitew, jew.
Nanti rosak bahasa kita

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 3a July 8, 2010 at 4:08 pm

aisyah: KOMEN YANG BAGUS, TP TAK SUKA DENGAN SHORT FORM YANG DIGUNAKAN. cth: adew, kitew, jew.Nanti rosak bahasa kita  (Balas Komen Ini)

ahaha..boleh..sudah biasakan dengan ayat ringkat (SMS)..ahaha..so apa yang penting kerjasama..okay.. :ketawamanja

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Anwar Ibrahim August 5, 2010 at 10:46 pm

dunia akhir zaman pompuan pijak kepala lelaki…..dunia hampir kiamat pham!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 Anwar Ibrahim August 5, 2010 at 10:48 pm

kutip bhasa short form untuk owg yang tak pndai bace kesian bodo bahase short form… :setan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Anwar Ibrahim August 5, 2010 at 10:50 pm

setakat blajar pandai last skali kene cekup kat pub,tgah buat maksiat tanye2 bdak mane???Bdak U

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 hazif February 2, 2011 at 12:51 pm

Mari lah kita seru semua kaum lelaki….supaya buat satu Univesiti khas untuk lelaki aje…..yang lain2 tu bagi je kat perempuan……..sebab keseluruhan lelaki yang masok Universiti….tak sampai pon 15%…..jadi cukup 1 Unversiti sahaja…..keje pon macam tujga bagi..je semuakat perempuan….lelaki dok rumah….sebab, mak keje, kakak keje, adik perempuan pon keje….lelaki minta keje tak dapat….lelaki nak masok Unversiti tak dapat, keje tak dapat…..dok rumah je lahhhhhhhhh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 hazif February 2, 2011 at 1:00 pm

Pompuan ni untung…..terutama Syarizat Jalil….dia buat macam2 enakment, dan prosedur….nak manipulet….sebab dia Menteri Wanita, undang2 masok U….misti bagi wanita 30%, naik Pangkat Jabatan Kerajaan 30%, undang2 kawin cerai….ikut kehendak wanita 100%…..sebab takut suami2 kawin 2, tetapi apa yang kita nampak sekarang bukan lagi 30% hampir….85% wanita dah manipulet 1Malaysia…….bijak-bijak…..tapi jangan lupa kes buang anak pon dah meningkat tak tau pulak berapa peratus……nak tanya sharizat jalil…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 hazif February 2, 2011 at 1:06 pm

perempuan ini bijak-bijak belaka….seperti bijak melabur(Pelaburan) dan bijak juga menabur budi…….tetapi bila pelaburan tak menjadi dan taburan budi tak jadi……dia kata lelaki tak guna dan kenang budi……….sebab masok Univesiti pompuan telalu ramai…..ramai sangat…….lelaki macam melukut ditepi gantang……..berebut……abang…..eh..eh…silap cakap pulak…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 joe February 2, 2011 at 1:52 pm

nak control pelajar perempuan ni masuk u ni x boleh coz diorang ni bijak dari lelaki . so cara nak seimbangkan ialah…ujuka quata cth kursus yang biasa di domnasi kerja lelaki cth engineering (70lelaki/30 perempuan),pendidikan(50 lelaki/50 perempuan),akauntant(tiada quata),economi(tiada quata)..tidak guna jugak kerajaan ambil pelajar ambil ramai pelajaran perempuan untuk kursus yang xsesuai dengan fizikal @biologi@fitrah kerana dlm engineeering cth kerana tidak kene dgn firahnya.akhirnya menganggur..kerana tugas perempuan bila dah graduat ,berkahwin, melahirkan anak,menjaga baby..so kerja akan dipilih mereka adalh bersesuaian dgn situasi merka waktu itu….bukan pada minat lagi….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 fam March 26, 2012 at 6:09 pm

saya setuju. sebab sy sendiri, sebagai student engineering, terdapat segelintir syarikat yg tidak mahu mengambil kami bekerja, terutamanaya yang sudah berkahwin dgn alasan komitmen krg thdp kerja. hal ini sepatutnya dibanteras dari awal, agar semua orang mendapat hak yang sewajarnya dalam menuntut ilmu, dan mendapat peluang pekerjaan yang setimpal dgn ilmu yg dimiliki. wallahualam (^_^)v

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 geng utara February 17, 2011 at 11:00 am

ahaha…yang bab sotong tu aku suka..masa aku duk u diorg siap leh tubuhkan satu kelab lagi tuu, sewa bas jalan2 round penang .tapi nak wat cmne ,dah terrrjadi macam tu. isu lelaki kat u kurang berbanding perempuan harus dicari jalan penyelesaiannya. malu la beb, kalau suami lepasan UPSR isteri lepasan degree,hehehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 budak uum March 26, 2011 at 3:37 pm

pompuan belajar tinggi2 pun akhir nya balik ke corot dapur jugak kena kawin dengan lelaki dan laki yng tanggung

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 fido armando March 29, 2011 at 3:53 pm

kaum laki lebih cenderung kpd kebijaksanaan praktikal, bukan teori. kat oversea dah laksanakan benda ni semua.kita je masih di takuk lama. asal nak “pandai” je mesti nak kaitkan dgn akademik.come on laaaa… . org laki bukan mau sgt buat benda2 akademik yg teori semata2 tanpa physical challenge, terikat dgn jadual waktu, protokol, terikat itu ini..akademik ni lebih berteraskan kewanitaan…itulah hakikat sebenarnya. transformasi pendidikan negara (mahupun duania) kini lebih adil, menekankan kebijaksanaan/genius seseorang x semestinya bersandarkan AKADEMIK yg membosankan itu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 rg May 20, 2011 at 9:59 am

bagus gak laki kurang nanti kuranglah kes ngorat sbb xde geng malu wo.. hahaha gurau je..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 bujangbakong July 27, 2011 at 8:16 am

saya tak setuju dgn istilah pelajar lelaki jadi sotong adalah punca kurangnya pelajar lelaki di IPT…sedangkan kta tengok sotong itulah yang banyak di universiti..apa pandangan penulis apabila dia jadi sotong, jantinanya dikira perempuan kah? tidak kan.. kerana apabila dia mengisi borang dia tetap meletakkan jantina dia sebagai lelaki…. jadi kalau begitu pelajar sotong yg masuk universiti tidak dikira dalam kouta lelaki lah..sebaliknya dalam kouta perempuan… pakai la otak… elok2 Tuhan bagi otak jangan letak di lutut letak di tempurung kepala…. please…masyarakat mcm awaklah yang mengucar-kacirkan masyarakat satu masa nanti….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 e-rul December 14, 2011 at 10:27 am

Pada pendapat saya isu kenapa kemasukan lelaki berbanding dengan perempuan kerana mungkin lelaki tidak minat dengan bidang berasaskan teori dan mungkin juga mereka yg ingin menyambung pelajaran ini tidak mendapat bidang yg sepatutnya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 triple h March 5, 2012 at 4:43 pm

pompuan byk tulih msg… kitew..ittew…aqu…gegurl, beboiboy…huiii menyampah aku nak baca…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: