Malaysakini BM : Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa, masyarakat Cina menghadapi masalah berhubung pendidikan di Malaysia semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran.
Beliau mendakwa, semasa Anwar memegang jawatan tersebut, masyarakat Cina sukar bagi mendapatkan kemasukan ke IPTA kerana bekas menteri kewangan itu hanya mengutamakan bumiputera.
“Kami menghadapi masalah semasa Anwar menjadi menteri dulu. Ramai yang memohon taraf penduduk sementara di sesebuah negara semata-mata untuk pendidikan kerana semasa Anwar menjadi menteri pelajaran dan timbalan perdana menteri, dia mengehadkan bukan bumiputera untuk masuk ke universiti,” kata Chua.

{ 6 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
kita perlu pemimpin yang boleh membawa ke masa depan yang cerah,
betul .
buka mata ..buka hati ..untuk membuat pilihan yang terbaik….
dulu mahathir kata melayu mudah lupa, sekarang cina pulak jadi mudah lupa!!!
Seeloknya pakai sistem kuota perlu dikekalkan.
Masa tu pakai sistem kuota sudah tentu melayu lebih.
Masa sistem ikut merit melayu lagi lebih.
Hampir 65 peratus melayu.
Kalau sistem kouta 45 peratus saja melayu.
Isu ini cuba mengadu domba anuar dengan orang cina.
Sistem merit mahathir perkenalkan.