Keluar Keputusan (SPM) 2009 & Diumumkan

by Staff Berita Semasa on February 26, 2010

in Berita Pendidikan

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

madihah Keluar Keputusan (SPM) 2009 & Diumumkan

Keputusan (STPM) 2009 sudah keluar dan diumumkan. Sekarang giliran adik-adik kita yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2009 untuk menunggu keluar keputusan mereka. Biasanya cuti panjang ini, ada yang buat kerja part time, ambil lesen kereta, motosikal, ada yang terkena Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan macam-macam lagi. Anda pula? Atau adik anda? Atau anak anda yang ambil SPM?

Tetapi kebiasaannya masuk sahaja bulan 3,  ramai pelajar-pelajar SPM mula berdebar-debar dan tidak kurang juga yang tidak sabar nak tahu bila keputusan peperiksaan SPM 2009 keluar & diumumkan.

Dijangka pada 11 Mac 2010 bersamaan hari Khamis, keluar keputusan SPM 2009 & diumumkan. Walau macammana pun, tunggu sahaja pengumuman daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) secara rasmi. Biasanya iklan-iklan yang memuatkan biasiswa MARA dan JPA akan disiarkan secara besar-besaran dalam akhbar-akhbar utama pada hari keluar keputusan SPM  2009 diumumkan secara rasmi di seluruh Malaysia. Jadi adik-adik jangan terlepas pandang. Mereka akan terus membuka kaunter pertanyaan mulai tarikh pengumuman keputusan SPM 2009 nanti.

Dalam pada masa yang sama kerajaan dikatakan akan memperkenalkan sistem modular menjelang tahun 2011 untuk menarik minat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke tingkatan enam bagi menggantikan sistem terminal yang dilaksanakan sekarang ini

  1. Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan tiga semester.
  2. Menerusi sistem modular, pelajar hanya menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal, pelajar terpaksa mengulang kaji pelajaran dari Tingkatan Enam Bawah hingga Tingkatan Enam Atas.
  3. Kaedah taksiran modular akan mengambil kira empat komponen iaitu penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan ‘open book’.
  4. Dalam sistem modular, 20 hingga 30 peratus keputusan STPM diperolehi dari tugasan kursus atau projek dan penilaian lain selain kerja amali manakala 70 hingga 80 peratus bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian.
  5. Peperiksaan akhir tahun masih perlu dalam STPM untuk menentukan tahap keupayaan pelajar apabila memohon ke universiti.

P/S : Saya doakan yang terbaik untuk adik-adik yang bakal menerima keputusan (SPM) 2009 nanti. Good Luck. Keputusan terkini akan dikemaskini daripada masa ke semasa.

PP/S : Tahun ini juga sistem baru gred SPM untuk kemasukan ke IPTA diperkenalkan

UPDATE pada 4 Mac 2010!!!!

KUALA LUMPUR 4 Mac – Keputusan (SPM) 2009 dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada Khamis ini bersamaan 11 Mac 2010. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.

Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 November hingga 16 Disember lepas, katanya.

Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Oktober lepas. Bernama

UPDATE pada 11 Mac 2010 !!!

Seperti biasa, keputusan SPM 2009 telah keluar dan diumumkan. Pastinya ia akan lebih baik daripada tahun sebelumnya :

PUTRAJAYA: Seramai 364,046 calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding 347,443 pada 2008 dengan 199,155 calon atau 49.6 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 181,419 (47.4 peratus) sebelum itu. Keseluruhan bagi keputusan SPM 2009 peringkat kebangsaan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

P/S : Semak senarai sekolah terbaik & pelajar cemerlang untuk result SPM 2009 di sini.

  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 39 comments… read them below or add one }

1 Pak Awang March 2, 2010 at 4:24 pm

Tahun ini ada seorang anak buah aku ambil SPM. Doakan dia berjaya. Daia kena jadi best among the best. Sebab sekarang ini dah ramai sangat budak pndai  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

2 ajey March 2, 2010 at 8:42 pm

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

3 Jannatun Naim March 3, 2010 at 2:03 pm

teringat dulu. Zaman ambil SPM. Memang betul. Waktu begini, perasaan berdebar2 tu tak boleh nak elak. Hopefully sukses la ye nanti  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

4 raja March 4, 2010 at 12:03 pm

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

5 i-TECH March 7, 2010 at 1:14 pm

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

6 i-TECH March 7, 2010 at 1:17 pm
7 deanna March 9, 2010 at 10:14 am

adui..macam2 kabo angin dah aku dngar pasl rsult spm nk kuar..mna stu nk pcye nih????? :curiga   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

8 razmi March 10, 2010 at 1:11 am
9 razmi March 10, 2010 at 1:19 am

deanna .. kabo angn pa pla yg k0
ngk0 dng0 ni??  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

10 eida March 10, 2010 at 10:25 am

jap2.cmane na cek rsult gn sms?rsult stpm aritu ley je gn sms  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

11 akak spm09 March 10, 2010 at 12:49 pm

besok result kita kuar… so saya harap kita sume dapat keputusan yang terbaik demi masa depan kita sendiri n yang teristimewa untuk kluarga kita…. pray before taking da result tomorowww…….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

12 g-jah March 11, 2010 at 4:25 am

harap2 adik aku berjaya la dlm SPM ni…….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

13 liza March 11, 2010 at 4:39 am

Kepada anak sedaraku… moga result tahun ini membanggakan seperti result2 yang lepas :peluk   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

14 liza March 11, 2010 at 4:40 am

Don’t cry if u not the best result ok… gd night :jangan   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

15 amirah March 11, 2010 at 8:35 am

good to all student yang nk amik result kul 10 nanti :senyum   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

16 khairulanuar March 11, 2010 at 8:38 am

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

17 wan nyamuk March 11, 2010 at 8:49 am

kepada adikku dan juga adik iparku,abg dan kakak doa kan anda berjaya dalam keputusan nanti  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

18 Maisarah March 11, 2010 at 10:42 am

fuh,,akhirnya tjwb jgk teka teki yg mhantui seme pljr spm 2009..ya allah,,berikan kjayaan kpada hambamu..jauhkan dri kkecewaan..amin ya rabbal alamin..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

19 Imran March 11, 2010 at 10:50 am

Debaran semakin memuncak. Bukan pada calon sahaja, bahkan guru-guru yang terlibat. Anak saudara saya 4 orang tengah tunggu result…gud luck untuk mereka  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

20 Gpink March 11, 2010 at 11:04 am

harap2 aq dapt result yg cemerlang…AMIN!!!!  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

21 Beegoboy March 11, 2010 at 11:16 am
22 Farah Liyana March 11, 2010 at 11:46 am

Zaman la ni keputusan cemerlang pun bukan warranti dapat kerja . Kecuali jika dapa koz medic dan farmasi serta dental . Terus dapat biasiswa…jadi buat pilihan yang bijak. Ini cabaran seterusnya…untuk pilihan pengajian…..yang gagal tu, bukan beerti gagal selamanya…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

23 epy March 11, 2010 at 3:54 pm
24 epy March 11, 2010 at 3:56 pm

erm…………………..susahnye nk dpt rslt molek….kn5………huhu :lambai :sedih   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

25 Cangkung March 11, 2010 at 4:07 pm

Betul….gud luck sape2 yang sukses. Ini baru permulaan….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

26 nakal3080 March 11, 2010 at 4:12 pm

alhamdulilah..anak buah aku dapat 6a1,nk bg adiah ape ea.ummmm :tepuk :tepuk :tepuk :tembak :berangan   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

27 Cangkung March 11, 2010 at 4:16 pm

Anak buah hang tu….laki ker pompuan. Kalau pompuan, aku boleh tolong kasikan hadiah :kacak   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

28 syiffa' March 11, 2010 at 5:02 pm

alhamdulillah student ku lulus subjek yg aku ajar, syukur  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

29 aein cute March 11, 2010 at 5:39 pm

tahniah pada semua,smoga berjaya pda mas hdpn…..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

30 suh@gig's90 March 11, 2010 at 6:10 pm

hallos semikum n salam selamt ptg hari sok hari resut yang mengetar kan diri dan jiwa anda  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

31 akak spm09 March 11, 2010 at 8:00 pm

hola akak cume dpt 2 A je bolehlha dripada x ade  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

32 sabaq March 12, 2010 at 8:47 am
33 sabaq March 12, 2010 at 8:51 am
34 LIEY March 12, 2010 at 11:25 am
35 LIEY March 12, 2010 at 11:27 am
36 yana March 13, 2010 at 1:22 am

hye smua!!!korunk ambil result biler???aq exam spm taON nie… (2010) camne prasaan dh abis spm??best x…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

37 ariel March 13, 2010 at 6:15 am

hai….. :lambai ..kepada smuear enie ade aku nak mintak tlg..ssiapa yg sudi membantu..tlg ajarkan aku cra mengetahui result spm 2009 melalui enternet.. bg aku laman web dyer..he3..thankz alllz………. :berangan   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

38 deanna March 13, 2010 at 4:22 pm

sape2 yg amik spm taun ni try the best k..kdg2 kita selalu dpat result yg x jangka..28.3 ni aku kene gi PLKN lak…kpd adik2 yg bkal menduduki spm tu rjin2 la wt ulangkaji..jangan bercinta je smpai lupa pasl blaja.. :jangan   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

39 qyla March 15, 2010 at 4:00 pm

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: