Kejatuhan Ringgit Malaysia, mengimbangi penurunan terbesarnya dalam jangkamasa 12 tahun, setelah pelabur-pelabur telah menjual saham-saham yang lebih lemah daripada jangkaan yang telah dibuat menerusi tinjauan dan juga menerusi kadar pemulihan kejatuhan ekonomi global.
“Pelabur-pelabur hendak melihat satu pemulihan yang lebih cepat, dan data menunjukkan ia akan mengambil beberapa tahun daripada beberapa bulan, ” ulas Calbert Loh, Ketua Perbendaharaan di Bangkok Bank Bhd di Kuala Lumpur. “Jika saham menjunam, ringgit Malaysia dan mata wang serantau mungkin terjejas sama.”
Apa yang mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menjual saham-saham mereka sehingga menyebabkan kejatuhan ringgit Malaysia?
- Kenaikan mata wang tidak berubah selama dua minggu oleh kerana ekuiti-ekuiti Negara serantau juga, mengalami kejatuhan.
- Harga minyak mentah jatuh dan matawang Kesatuan Euro mencapai tahap paling rendah sejak Mac 2006.
- Kedudukan aliran tunai Amerika Syarikat dan jumlah eksport Malaysia meningkat lebih perlahan berdasarkan daripada apa ahli-ahli ekonomi ramalkan pada laporan 4 Jun yang lalu
- Hasil pengeluaran kilang-kilang di Malaysia juga telah berkurang pada April lalu kesan kelembapan dan juga dagangan dari luar Negara yang bergerak perlahan.
Ringgit Malaysia jatuh sebanyak 1.7 peratus untuk 3.3310 mulai jam 9:24 pagi( 7 Jun 2010) di Kuala Lumpur, menurut data yang dikeluarkan oleh Bloomberg. Ini merupakan kejatuhan ringgit Malaysia paling serius sejak Jun 1998. Ringgit Malaysia telahpun menurun 2.1 peratus pada bulan ini, pertambahan 2.4 peratus pada bulan Mei. Saham MSCI Asia- Pasifik juga jatuh 2.7 peratus.
- Pengeluaran perindustrian berkemungkinan naik 12.6 peratus, berbanding 14.1 peratus keuntungan pada Mac, menurut tinjauan Bloomberg News sebelum Laporan Jabatan Perangkaan pada 10 Jun ini.
- Eksport meningkat kepada 26.6 peratus pada April dari tahun lepas, berbanding 36.4 peratus pada bulan Mac.
- Minyak mentah, eksport komoditi kedua terbesar di Malaysia selepas minyak sawit, jatuh 2 peratus kepada US$70.10 setiap tong untuk kontrak penghantaran pada Julai ini.
Morgan Stanley and Royal Bank of Canada membuat rumusan bahawa kesan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia ini adalah disebabkan impak krisis hutang Eropah yang nampaknya memberikan kesan secara tidak langsung. Namun begitu, apakah langkah yang patut diambil oleh Bank Negara Malaysia untuk mengawal kejatuhan nilai matawang Ringgit ini? Adakah perlu untuk menambat semula nilai Ringgit seperti tahun 1998 yang lalu?
P/S : Walauapapun, inilah realitinya senario sebenar yang berlaku terhadap Ringgit Malaysia kita sekarang ini.



{ 2 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
ohhh… harap2 penurunan ringgit malaysia kesannya x seteruk 1998/97… or us 08!!!
nilai duit jatuh, BLR naik… inflasi naik..
gaji je tak naik²….
maknanya secara teorinya kita makin miskin la kan???