Lihat sahaja tahun lepas, KDNK Malaysia mencatatkan pertumbuhan negatif 6.2 peratus pada suku pertama 2009. Kalau kita lihat statistik daripada pengeluaran, semua sektor merekodkan negetif kecuali pembinaan. Dalam banyak-banyak sektor, banyak teruk terkena tempias apabila Sektor pembuatan merekodkan penurunan terbesar sebanyak 17.6 peratus. Banyak bukan?
Kesemua subsektor mencatatkan pertumbuhan negatif dan subsektor utama yang menunjukkan penurunan dua digit ialah :
- Produk Peralatan Elektrik & Elektronik (-27.3 peratus)
- Produk Kayu, Perabot, Keluaran Kertas, Percetakan dan Penerbitan (-25.6 peratus)
- Produk Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik (-10.2 peratus).
Apa yang boleh diharapkan pada masa itu jikalau ELECTRONICS sales tinggal 40% untuk beberapa bulan, jadi tidak mustahil di sini jikalau peningkatan pada KDNK Malaysia 2010 akan melonjak pada Q1 10.
PUTRAJAYA – KDNK Malaysia mencatatkan mencatatkan 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini iaitu kadar tertinggi sejak suku pertama 2000 sebanyak 11.7 peratus. Mengumumkan demikian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar pertumbuhan itu adalah lebih baik berbanding suku tahun keempat 2009 iaitu 4.4 peratus. Berikutan pertumbuhan memberangsangkan itu, beliau berkata, unjuran KDNK Malaysia 2010 dikaji semula kepada enam peratus berbanding sasaran 4.5 peratus hingga 5.5 peratus yang dibuat Bank Negara sebelum ini.
”Kadar pertumbuhan memberangsangkan itu disokong oleh pengukuhan permintaan domestik serta sejajar dengan pemulihan ekonomi dunia.
”Dengan pencapaian pertumbuhan menggalakkan itu serta usaha transformasi kerajaan dan ekonomi, sasaran pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak enam peratus bagi keseluruhan 2010 boleh dicapai,”Perdana Menteri berkata, pertumbuhan yang positif juga dapat dilihat di kalangan negara serantau dan pesat membangun seperti China (11.9 peratus), Korea Selatan (7.8 peratus) dan Indonesia (5.7 peratus). Menurut beliau, dari sudut penawaran, kesemua sektor utama ekonomi mencatat prestasi menggalakkan terutamanya sektor pembuatan yang berkembang pesat sebanyak 16.9 peratus.
”Pertumbuhan sektor itu disokong oleh subsektor elektrik dan elektronik (34.4 peratus), kelengkapan pengangkutan (25.3 peratus) serta barangan kayu dan perabot (18.7 peratus),” katanya.
Najib berkata, sektor perkhidmatan turut berkembang kukuh sebanyak 8.5 peratus disokong oleh sub sektor utiliti (16.6 peratus), hartanah dan perkhidmatan perniagaan (14.2 peratus), perdagangan borong dan runcit (9.6 peratus) serta pengangkutan dan penyimpanan (9.2. peratus).
”Sektor pembinaan terus berkembang kukuh pada kadar 8.7 peratus manakala sektor perlombongan kembali pulih pada kadar 2.1 peratus. ”Sektor pertanian pula berkembang 6.8 peratus disokong oleh peningkatan pengeluaran getah, ternakan dan kayu balak,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, dari sudut permintaan pula, pertumbuhan yang menggalakkan itu didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang kukuh khususnya melalui perkembangan penggunaan swasta (5.1 peratus) dan awam (6.3 peratus) yang terus mapan.
”Dalam tempoh ini, kegiatan pelaburan domestik juga cergas pada kadar 5.4 peratus, menggambarkan pemulihan keyakinan pelabur,” katanya. Selain itu, beliau memberitahu, prestasi sektor luaran amat menggalakkan dengan jumlah eksport meningkat ketara sebanyak 19.3 peratus berikutan pemulihan ekonomi dan perdagangan global. ”Jumlah import juga berkembang kukuh pada kadar 27.5 peratus pada kadar 27.5 peratus berikutan peningkatan import barangan perantaraan (37.9 peratus), penggunaan (18.5 peratus) dan modal (9.6 peratus). ”Peningkatan ini mencerminkan aktiviti ekonomi dalam negeri yang semakin rancak,” katanya.
Ditanya mengenai pengurangan subsidi, beliau berkata, kerajaan komited dengan langkah itu dan akan melaksanakannya secara berperingkat. Namun, kata Perdana Menteri, sebarang kajian semula terhadap kadar subsidi akan dipastikan tidak membebankan selain akan menjaga kepentingan golongan yang lemah. Dalam hal ini, beliau menjelaskan, kerajaan akan memastikan pemulihan ekonomi yang kuat berada pada landasannya.
”Dan sebarang peningkatan simpanan akan digunakan bagi pelaburan yang produktif. ”Biasanya dengan kita mengurangkan kadar subsidi secara berperingkat, ia adalah dengan hasrat bagi menggunakan simpanan tambahan itu untuk pelaburan yang produktif dan ia akan menyumbang kepada pertumbuhan yang lebih tinggi,” katanya.
Sekarang ini penyumbang terbesar kepada Gross Domestic Product (GDP) atau KDNK Malaysia adalah daripada sektor elektronik sekitar 30%. Jadi sememangnya ia akan memberikan impak kepada perangkaan KDNK Malaysia.
P/S : Harap apabila tibanya musim sejuk di Hemisfera Utara iaitu pada suku keempat diharapkan minyak dunia akan melonjak, sekurang-kurangnya boleh menyeimbangkan antara petroleum negara dengan sektor elektronik bagi KDNK Malaysia nanti.
UPDATE pada20 Mei 2010!!
PERTANIAN
Sektor Pertanian terus meningkat dengan merekodkan pertumbuhan sebanyak 6.8 peratus. Pengembangan ini disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam subsektor Perhutanan dan Getah. Subsektor Perhutanan melonjak kepada 12.9 peratus disebabkan oleh permintaan luaran yang tinggi terutama dari India, China dan Taiwan. Di samping itu, Pertumbuhan bagi subsektor Getah mencapai pertumbuhan yang tinggi iaitu sebanyak 34.7 peratus, disokong oleh permintaan kukuh dari pasaran dalam dan luar negara.
Aktiviti penanaman semula kelapa sawit memberi kesan kepada pengeluaran lebih sederhana pada suku ini menyebabkan subsektor ini merekodkan pertumbuhan positif yang kecil sebanyak 1.4 peratus. Subsektor ternakan menambah baik kepada 10.0 peratus disokong terutamanya oleh peningkatan dalam pengeluaran ayam & itik dan lembu & kerbau. Subsektor Pertanian Lain dan Perikanan tumbuh lebih perlahan masing-masing pada kadar 5.4 peratus dan 3.0 peratus.
PERLOMBONGAN DAN KUARI
Sektor Perlombongan dan Kuari menganjal kepada 2.1 peratus daripada negatif 2.8 peratus pada suku lepas. Pertumbuhan positif ini adalah refleksi dari peningkatan ketara dalam pengeluaran gas (8.8 peratus). Walau bagaimanapun, pengeluaran minyak mentah dan kondensat kekal merekodkan pertumbuhan negatif masing-masing pada kadar 0.9 peratus dan 9.4 peratus.
PEMBUATAN
Selari dengan pemulihan dalam ekonomi global, Sektor Pembuatan melonjak kepada pertumbuhan dua digit iaitu sebanyak 16.9 peratus pada suku ini. Kali terakhir pertumbuhan dua digit direkodkan oleh sektor ini adalah pada suku ketiga 2004 (10.3 peratus). Prestasi ini disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam subsektor Elektrik & Elektronik (34.4 peratus); Kelengkapan Pengangkutan & Pembuatan Lain (25.3 peratus) dan Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas & Produk Logam Yang Direka (17.2 peratus). Peningkatan subsektor Elektrik & Elektronik didorong oleh permintaan global yang kukuh, sementara pertumbuhan dua digit bagi subsektor Kelengkapan Pengangkutan & Pembuatan Lain disebabkan oleh lonjakan permintaan domestik.
PEMBINAAN
Momentum pertumbuhan bagi sektor Pembinaan berterusan pada suku ini dengan merekodkan pertumbuhan 8.7 peratus. Subsektor Kejuruteraan Awam dan Bukan Kediaman merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan kukuh ini.
PERKHIDMATAN
Sektor Perkhidmatan terus berkembang kepada 8.5 peratus pada suku ini berbanding suku pertama 2009. Prestasi menggalakkan ini disokong oleh aktiviti berkaitan perdagangan dan penggunaan domestik yang kukuh. Subsektor Perdagangan Borong & Runcit terus menjadi peneraju sektor Perkhidmatan dengan pertumbuhan ketara 9.6 peratus. Subsektor Kewangan & Insurans merekodkan pertumbuhan 6.4 peratus hasil daripada peningkatan dalam jumlah pinjaman, deposit dan premium insurans yang tinggi.
Sementara itu, pertumbuhan dalam subsektor Pengangkutan & Penyimpanan mengukuh kepada 9.2 peratus kesan daripada perkembangan aktiviti pembuatan dan perdagangan. Subsektor Komunikasi pula kekal menggalakkan pada kadar 6.8 peratus disokong oleh peningkatan permintaan bagi perkhidmatan jalur lebar dan 3G. Subsektor Hartanah & Perkhidmatan Perniagaan melonjak kepada 14.2 peratus dipacu oleh urus niaga yang aktif dalam pasaran saham.
PERBELANJAAN PENGGUNAAN AKHIR
Perbelanjaan Penggunaan Akhir terus mengukuh kepada 5.4 peratus pada suku pertama berbanding 1.4 peratus pada suku sebelumnya. Pertumbuhan ini dipacu oleh Perbelanjaan Penggunaan Akhir Swasta yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus. Promosi perayaan sempena Tahun Baru Cina mendorong kepada permintaan yang tinggi terutamanya bagi pengangkutan, perumahan & utiliti, perabot & kelengkapan isi rumah dan restoran.
PEMBENTUKAN MODAL TETAP KASAR
Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) meningkat sebanyak 5.4 peratus pada suku ini. Aktiviti pembinaan yang kukuh dan import bagi Jentera dan Kelengkapan yang tinggi mendorong kepada peningkatan dalam PMTK.
EKSPORT DAN IMPORT
Pertumbuhan menggalakkan direkodkan dengan Eksport mencatatkan pertumbuhan dua digit pada kadar 19.3 peratus pada suku ini. Pertumbuhan ini disokong sebahagian besarnya oleh permintaan lebih kukuh bagi produk Elektrik & Elektronik, Petroleum dan Kimia.
Di samping itu, Import mengalami pertumbuhan pesat sebanyak 27.5 peratus berbanding 7.0 peratus pada suku lepas disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap Barang Perantara Modal dan Pengguna.



{ 1 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat Ini. Komen Anda Pula? }
Ha3…. APA NIE BENDA NIE…. BIKIN SAMAK SAJA…. WOHOOO NAJIB… MCM KO??