Setelah bermacam-macam masalah dan kontorversi yang terpalit pada aset pertahanan negara ini, akhirnya kapal selam KD Tunku Abdul Rahman telah dapat menyelam dengan kedalaman maksimum, yang turut dinaiki Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.Kenyataan akhbar di bawah.
KOTA KINABALU – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berpuas hati dengan prestasi dan keupayaan angkatan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengendalikan KD Tunku Abdul Rahman, kata Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar semalam.
Seri Paduka yang menaiki KD Tunku Abdul Rahman semasa kapal itu menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan memuji keupayaan kapal selam berkenaan untuk berada pada tahap kesiagaan yang tinggi.
“Dengan penyelaman yang disertai oleh Tuanku, ini jelas menyangkal tohmahan dan juga kenyataan negatif yang menyatakan kapal selam negara tidak boleh belayar dan tidak boleh menyelam.
“Dalam konteks kapal selam ini, sekali lagi saya mengatakan bahawa kedua-dua kapal selam milik negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah dalam keadaan yang baik dan beroperasi pada tahap optimum,” katanya selepas keberangkatan balik Seri Paduka Baginda di sini.
Jadi, selepas dah boleh beroperasi ini, harapnya agar pembelian 2 kapal selam iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak dapat meningkat pertahanan negara dari ancaman negara luar. Kami menyokong sepenuhnya sekiranya setiap pembelian aset pertahan negara, digunakan dengan bijak dan juga dapat memastikan tanah air kita sentiasa selamat.
Tahniah juga kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang turut sama dalam memastikan aset negara tersebut dalam keadaan yang optimum serta mampu menjalankan tugas.

{ 37 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Setalh aku lihat bagaimana menteri di Jepun,di korea yang letak jawatan,dek kerana skandal ribuan ringgit sahaja..barulah aku sedar,mereka sangat malang kerana tidak menjadi pemimpin Malaysia yang rata2nya berpenduduk miskin,kampung dan dilacurkan dengan sentimen perkauman,dan pemimpin kita sangat beruntung kerana tidak menjadi pemimpin di sana atau memimpin golongan cerdik..ini bukti taraf IQ penduduk kita yang rendah tidak setaraf penduduk mereka..
nway syabas kerana Kapal Selam berjaya selam
xpe..kalo x blh selam..letak dlm muzium jd kapal selam pertama..
haaa….haaa..haaaa…baru blh mnyelam setelah sekian lame menunggu…aritu mungkin anak kapal selam lg kot…tk berani nk mnyelam…skrg dah remaja…bru blajar mnyelam…tu pun stakat paras dada…mcm2 mlysia ni..yg baham duit komisen dah lame dah perabih duit tu…
ku tak paham..tak habis jabis menuduh orang makan duit atas pembelian kapal selam ni.
Tak baik menuduh jika tak ade bukti dan petunjuk. Dosa nya tak habis nak makan.
Selalu yang berperangai macam nji adalah dari kalangan pembangkang…..
halal: haaa….haaa..haaaa…baru blh mnyelam setelah sekian lame menunggu…aritu mungkin anak kapal selam lg kot…tk berani nk mnyelam…skrg dah remaja…bru blajar mnyelam…tu pun stakat paras dada…mcm2 mlysia ni..yg baham duit komisen dah lame dah perabih duit tu…
APA KATA EN. HALAL KLU KD TUN MAHATHIR KITA BAHAM PULA,KITA BAHAM BRG2 XNAIK HARGA KLU DEPA BAHAM TUNGGU DAN LIHAT MINYAK SELITER RM 3.50 LER
lucu plk dgr brita ni…kira baik dlm waranty lg kot kalo x bnyk lg kna kuar duit
KLU XDA WARANTY PUN DEPA NI BLH BAHAM LG…
yey…kapal selam da mnyelm..cian dy msty lme da dtggu nk selam..hek3..baguih2
Tahniah TLDM, pasni kalau rosak cpt2 repair aaa
LEPAS NI TIMBANG KILO
canggih tu~ bleh menyelam~ jangan pasni engine kapal tu kene jual plak~ hehe~ malaysia boleh~ semuanya boleh~ memang boleh~
BLH SELAM PUN LAUT DLM JER KLU SELAM KT SELAT TEBERAU MALU KAT SINGAPURA, SINGAPURA PUNYA BAGAI LANGIT
hahahaaa…dah bolih menyelam lah pulak…..kalo tak bolih menyelam lepas ni kalo rosak lagi…aku nasihatkan agar kapal selam itu dibawa ke Muzium Pahang..tempat Najib….untuk pameran sedunia….burulah ada Ummmm…..
Puas kena sumpah baru boleh menyelam…jangan dah boleh menyelam tak boleh timbul pulak…..
ada perkara lain yg tak bleh dbgtau umum… korang tak pelik ker?… apahal mesti kena ada agong dalam kpl selam tu?… bukan ker risky nak kena bwk agong sekali?…. yer…. jawapannya sebab samada korang percaya atau tak… itulah yg sbnrnya berlaku…bukan suka2 nak bwk agong sekali menyelam… (F.Y.I.. tak silap aku KD Tuah ngan KD Jebat dah kena tukar nama… labuh kat Dek…malam2 berlaga..) KD stands for Kapal DiRaja…. dan yg merasmikan KD hanyalah Permaisuri Agong…. Ini kapal perang… klu singkap sejarah ketuanan melayu, kesultanan melayu… armada perang adalah dibawah kuasa raja-raja melayu….
beleive it…. bukan suka-suka nak bwk agong menyelam sekali….
tang ko ckp ”penduduk kita yang rendah tidak setaraf penduduk mereka” klu aku jumpa ko… aku rasa mcm nak lempang…. bro… gua nak kongsi sket ngan lu…gua dah keje ngan orang jepun…gua dah keje ngan org jerman…gua dah keje ngan org british..gua dah keje ngan org cina..dan gua juga dah keje ngan org melayu…. lu jgn hanya melihat saja dan mudah membuat statement mcm tu…. dlm bnyk2 company international aku keje… org luar seperti org jepun respect kat kita org melayu because kita masih kuat pada budaya… ada respect budaya org lain… honestly bos jepon gua ckp dia suka keje ngan melayu… sbb kita faham budaya timur… ada respect each other … DAN ada jati diri bangsa…. (bukan maksud racist)…. klu lu tak leh nak DEFENCE your own ROOTS… dok baguskan bangsa lain…. then… aku rasa ko tak cukup TENGOK DUNIA luar …
by the way…. ayat pasal ”pemimpin” ko tu …heheheheh…… gua setuju..
pasni jgn plak krew kapal selam ni gatal2 main tembak2 torpedo dgn kapal laut TLDM dah le…boring x tau nk watpe dlm laut…lain le klu dpt skodeng ikan duyung maya karin…
hehheh…kem salam kat maya karin duyung tu yer…
MANA ADA TORPEDO,BROKER BAHAM LBH PD BELI KAPAL, MERCUN ROKET ADA LER
Kalau boleh TLDM/kerajaan buatla post morterm pasal apa haritu tak boleh selam. aka kapal timbul. Rakyat perlu tahu. Samaada kita kurang kepakaran atau ada hiccup masa pembelian.
TLDM/ kerajaan kenalah buat post mortem kenapa tak boleh tenggelam aka kapal timbul. Rakyat kena tahu samaada kita kurang kepakaran atau ada hiccup dalam pembelian.
pembetulan sikit..bkn kd tuah n kd jebat..tapi kd hang tuah dan kd hang jebat…
yang tukar nama hny kd hang jebat je..di tukar jd kd rahmat..
2 2 kapal ni xleh berdekatan..asik cari pasal je..cam khdupan sbnr hang tuah dan hang jebat..
ko merepek ape ni setannnn?
Lepas ni boleh menyelam sambil teguk air lagi…….
1 M’sia, Rakyat dahulukan duit, kami capai masuk poket…he..he..hee
kesimpulanya..sambil menyelam minum air…kene bidalan ni dgn kapal selam…tokey handle beli projek kapal selam ni dah kaya-raya…siap terkorban nyawa dek kerana berebut komisen…dah terlambat…BN dah kukuh sekarang…next election aku rasa Kedah,selangor jatuh kat BN semula…
SORY BRO..SEL NGAN KEDAH XYAH MIMPI..N.S DAN MELAKA PUN BERCICIRAN
Tahniah kawan2 wat komen yang membangun dan teguran yang salah untuk diperbetulkan,akan tetapi kata2 kita ni ada kah diguna pakai oleh pihak berkuasa,atau kita ni sekadar cakap kedai kopi.Luu..pikir la..
hahahaha…. Ajaib kapal selam tapi tak bisa nyelam, itu bukan kapal selam nama nya,,tapi kapal apung, bodoh sangat ni pak cik yang beli kapal,apa tak bisa berbahasa inggeris
Ifiq pak cik rasa kau bodoh,nama nya laian antara selam dgn apomog kau gi sekolah la.bodoh…
samada kerajaan nak dengar ke tidak lantaklah….takde hal..!
tapi sekarang ni caakap2 dan sembang2 kedai kopi bahaya nya lebih kurang jer dgn dimedia2….mungkin lagi bahaya…!
sebab kalau yg bercakap kat kedai kopi tu adalah dua pihak iaitu yg sokong kerajaan dan pembangkang..jika tidak terkawal ia bolih menyebabkan perang dikedai kopi…
bolih jadi kesan nya ada yg dapat bengkak2…
Dan juga pasti ada telinga disebalik dinding dan ada mata yg jeling2 ambil perhatian pada cakap2 kat sini atau sembang2 kat kedai kopi tu….!
sebab hantu ada dimana2..!
bertuah betul kita….
negara lain semua dapat besi yg tenggelam…
tapi malaysia dapat besi yg tak mau tenggelam…
TERLEBIH BAHAN KALIS PELURU DR BESI, TU YG XMAU TENGGELAM
Mereka yang menyeludup masuk PATI dan bersengkongkol dengan tekong darat adalah pengkhianat negara. Sekarang ini kalau di buat serbuan secara gerakan berterusan dan bersepadu, bilangan PATI ini boleh mencecah ribuan orang. Apa peranan kapal selam kalau hanya memantau musuh dan tidak kepada PATI. Antara PAti dan musuh ini kita boleh kenalpastikah? Apa guna kita membeli peralatan canggih untuk memantau sempadan negara sekiranya PATI boleh bolos. Musuh mesti menganggap sempadan negara mudah di ceroboh apabila setiap kali di dada akhbar diberitakan penangkapan beratus PATI. Nasib baik PATI ini cari makan , bukan niat nak menawan. Kalau tak percaya tolong serbu tempat basuh kereta, kedai makan besar,kedai gunting rambut, tapak projek perumahan dan tempat jualan barangan logam lusuh. Kita berharap dengan adanya kapal selam , tiada PATI yang berani menyelam.
KAPAL NI LMBT PICKUP NK SELAM…BL DH BLH SELAM PATI DH SMPI KE PANTAI
Tajuk artikel ni memang kelakar habis, akhirnya berjaya juga kapal selam ni ni menyelam selepas pelbagai kontroversi yang timbul.Syabas Malaysia! Lol.
Menuduh dan mengumpat tu berdosa. Kalau tak dapat buat pahala, jgn lak buat dosa…..