BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Kadar Tol di Malaysia Akan Diturunkan @ Mungkin Dimansuhkan!! Apa Respon Pengguna Tol Di Sini?

by Staff Berita Semasa on May 7, 2012

in Cadangan & Dasar Kerajaan

Pastinya, tiada siapa yang tidak bersetuju jika suatu caj yang selama ini membebankan penggunanya, tiba-tiba ada laporan berita yang melaporkan cajnya bakal dikurangkan atau mungkin “suatu keajaiban” akan berlaku di mana ia akan dimansuhkan. Inilah kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Yang menarik perhatian kami adalah kenyataan Datuk Seri Shaziman Abu Mansor sendiri yang mengatakan :

“Saya gembira kerana syarikat konsesi lebuhraya telah menunjukkan sikap positif dengan tampil mengemukakan cadangan

Cukup memeranjatkan dan ada sesuatu yang tidak kena di sini jika merujuk semula trend “iklim di Malaysia”. Baik sungguh “budi bahasa” syarikat konsesi lebihraya? Inikan periuk nasi mereka? Mengapa mahu….

Kenapa syarikat konsesi yang berikan cadangan, bukannya kerajaan? Sudah terbalik pula? Kami harap benarlah cadangan seperti ini menjadi realiti.

Jangan sampai, semata-mata mahu mengurangkan kadar tol di Malaysia, akhirnya tempoh konsesi dilanjutkan. Pimai-pimai tang tu juga. Akhirnya, pusing-pusing pun yang untung besar, siapa sebenarnya?

Sila baca semula beberapa beberapa usul dan cadangan mengenai pengurangan/memansuhkan beberapa tol di Malaysia :

  1. Beberapa buah syarikat konsesi telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi memansuhkan atau mengurangkan kadar tol di beberapa buah lebuh raya
  2. Membekukan kenaikan kadar tol dan mengekalkan kadar tol sedia ada untuk tempoh yang lebih lama

Seperti laporan berita yang telah kami keluarkan sebelum ini, Hapus Tol PLUS “Bakal” Dilakukan Kerajaan Sekarang VS Malaysia Boleh Muflis!! Perniagaan konseasi lebuhraya ini adalah satu lapangan perniagaan adalah yang paling kurang berisiko dan sangat menguntungkan di Malaysia :

  1. Jika dibuatkan perbandingan antara kos pembinaan dan pendapatan yang diperolehi sejak dibuka, pulangan pelaburan yang telah dilakukan adakalanya mampu melebihi 900%
  2. Syarikat konsesi tol boleh dikatakan hampir mustahil untuk tidak balik modal. Jauh….sekali untuk rugi. Jikalau aliran kenderaan kurang, kerajaan kena top-up, akhirnya kerajaan kena beli semula lebuhraya yang “tidak laku”
  3. Syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar tol mengikut tempoh yang dipersetujui. Tetapi sekiranya kadar kenaikkan tidak dipersetujui, maka kerajaan terpaksa membayar pampasan atau ganti rugi kepada syarikat konsesi

Jikalau hanya mengurangkan kadar tol dan dalam pada masa yang sama pengguna tol akan terus-menerus “berkhidmat” dan menghulurkan sumbangan di setiap hentian yang diletakkan, kami kurang bersetuju. Yang untung sebenarnya konsesi tol juga.

  1. kadar tol turun : tempoh konsesi tol dipanjangkan
  2. tol hapus : kerajaan akan bayar pampasan

Bagi kami adalah lebih baik syarikat-syarikat konsesi yang sudah untung besar, dihapuskan sahaja. Kerajaan kena tampil berani daripada biasa dalam soal ini bagi membela nasib pengguna tol di Malaysia. Mereka sudah untung besar di atas satu “skim cepat kaya” yang dinamakan tol ini. Mengapa mahu “dibela” mereka lagi? Cukuplah…..

Dalam erti kata lain….

Sepatutnya mana-mana konsesi tol yang sudah melepasi “break-even cost” dan telah memperolehi keuntungan besar, kerajaan sepatutnya perlu mengambil alih konsesi tersebut. Takkanlah sampai 20-30 tahun pengguna tol harus terus menyara “syarikat konsesi tol ini”?

Kami yakin kerajaan boleh melakukannya jika slogan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mahu direalisasikan…Insyaallah.

P/S : Apa kata pengguna tol di Malaysia dengan cadangan terbaru mengenai penstrukturan semula tol-tol di Malaysia ini? Tol manakah yang membebankan anda selama ini?


{ 95 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 amboi May 7, 2012 at 10:07 am

‘Besar’ punya umpan BN kasi sama rakyat, makin besar umpan makin kuat la dia sentap nanti.
1. Kalau tol dikurangkan….tempoh kutipan akan dipanjangkan.
2. Kalau tol mansuh ( dunia nak kiamat agaknya)…. KERAjaan akan guna duit rakyat untuk bayar pampasan. Nak buat macam mana, dah perjanjian macam tu. Perjanjian berat sebelah. Sebab itu sampai sekarang KERAjaan BN takut untuk pamerkan butir2 perjanjian dgn konsesi tol untuk tatapan rakyat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Otromen Taro May 7, 2012 at 10:14 am

syukur lah klu btl dimansuhkan…jgn bnyk ckp klu org dh nk bg mcm 2.kena blaja cara bersyukur

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Pendekar May 7, 2012 at 10:24 am

wooi kerajaan dah bagi tu ambil jelah
banyak pulak songeh pulak
kalau tak suka duduk malaysia, keluar pergi cari negara lain yang sesuai dgn citarasa kau tu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 UMNGOKLEMBU May 7, 2012 at 3:49 pm

PRU nye psl…UMPAN BODOH YG LEH BG RAKYAT UNTUNG…GOOD LAA..TP JN HARAP LAA RAKYAT NK SOKONG G UMNGOK NIE…G MAMPUS!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Reduan May 7, 2012 at 9:38 pm

Umpan terbaik sempena PRU 13 ni. Sape yang akan makan umpan? fikir2 kan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 shehdilanun May 7, 2012 at 6:13 pm

teman paling benci media yang berkonotasi. apa maksud berkonotasi? maksudnya mendahulukan predikat daripada subjek atau langsung mengetepikan subjek. contohnya: “Abu (bukan nama sebenar) kata dia tak makan daging sebab ada darah tinggi.” tapi yang dilaporkan adalah “kalau darah tinggi jangan makan daging.” mana hilangnya Abu?
fuuuuuuuu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 Pendekar May 8, 2012 at 12:46 am

Ni la dia typical melayu…. Apa ade depan mata, sebat… telan. Kesah apa kerajaan tu jahanam ke tak.

Agak2 kalau kerajaan suru ko bayar RM10 tol pon ko bayar je… eh silap, ko tak lalu tol, sbb tu ko x kesah.

Pakai otak la weih! Ada akal guna la! Cost da cover pon apsal still tak transfer??!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Pendekar Bangang May 12, 2012 at 4:35 pm

woi b.o.d.oh… bukan bapak ko sorang jer yang bayar income tax.. kepala bapak ko lah… b.o.d.o.h… aku ni tiap2 tahun bayar tax lah… bangang.. ko takde hak nak suruh org lain keluar dari negara ni.. even kalau bapak ko yang punya negara ni pun, aku still bayar tax..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Mak minah May 18, 2012 at 5:43 pm

awat… hang ingat malaysia tu bapak hang punya ka??

Boleh main halau-halau…??

Yg kena halau adalah penderhaka raja dan rakyat..
sapa lagi kalau bukan BN, polis, imigrasi , jpn dan konco konco haram jadah!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Mak minah May 18, 2012 at 5:41 pm

macam tak iklas aje.. dah untung billion2 baru nak bagi diskaun.. ape halll..

sepatutnya dah jadi FREE…

tapi tak buat lagi sampai sekarang..

WTF!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Joey May 7, 2012 at 10:32 am

belum menang kalu, kasi turun itu harga, sudah menang kalu kasi naik harga…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 shah May 7, 2012 at 10:55 am

jangan isu Kadar Tol di Malaysia Akan Diturunkan @ Mungkin Dimansuhkan!! hangat2 tahi ayam lepas [ilihan raya terus senyap…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Junta May 7, 2012 at 12:08 pm

biasa la..pilihanraya nak dekat…
dah habis pilihanraya…
naik la semula…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 ustaznizam May 7, 2012 at 9:27 pm

salam for all

terbukti dan jelas betapa hanya BN yang benar2 prihatin nasib rakyat. Turunnya tol membuktikan konsep wasatiyyah yang diamalkan oleh kerajaan Islam BN amat berkesan dan disegani semua umat islam.

perjuangan BN utk meurunkan tol selama ini jauh berbeza dari pembangkang yang hanya tahu ingin kuasa sahaja.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 PETAICABAI May 8, 2012 at 3:20 pm

BODOH PUNYA KENYATAAN… SEMUA PENGENDALI TOL ADALAH GLC, SO APA MASALAHNYA KERAJAAN B.N NAK TURUNKAN TOL… BILA PIHAK PEMBANGKANG BAGI CADANGAN NAK TURUNKAN TOL BILA PR MEMERINTAH, KENAPA BN BARU NAK TERHEGEH-HEGEH BUAT CADANGAN NAK TURUNKAN HARGA TOL,

BUKAN KAH HASIL DARI TOL BOLEH MENAMPUNG KOS PEMBINAAN TOL, KALO YE PUN NAK SOKONG B.N, PIKIR LAH DENGAN OTAK, JANGAN SOKONG MEMBABI BUTA

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 Mak minah May 18, 2012 at 5:44 pm

Ustaznizam memang konpom munafik tahap gaban!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 sytecx May 8, 2012 at 1:32 pm

jangan hapuskan TOL!!!!
nanti malaysia akan BANGKRAP!!!!!

*malaysia tu sila ganti dgn KRONI..utk lebih tepat lg.
sekian, terima kasih

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 CMI Panel May 8, 2012 at 2:53 pm

KERAjaan BN?
kalo PR memerintah pun nnt jdi KERAjaan PR..

so puak2 PR pun KERA la jugak naa!

hahahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 alip mim nun waw sarkis May 12, 2012 at 4:39 pm
20 Anti tipu May 18, 2012 at 11:28 am

Betul tu kakanda bro. Pencuri takkan nak britau satu kampung berapa dia dah sapu masuk poket. Kalau orang kg tau mestilah orang kampung (rakyat) belasah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 Mansor May 7, 2012 at 10:15 am

tahniah kerajaan kerana usaha murni seperti ini. Kami semua sokong. kami rasa cadangan kerajaan ini lebih baik. ada ker si pakatan haram nuar berahi nak hapuskan semua tol kat msia ni. habis tu orang melayu nak kerja kat mana? ini semua agenda tersembunyi DAP

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 5050 May 7, 2012 at 10:52 am

dah nama pun build, operate, transfer..once dah balik untung kena bagi balik kt kerajaan..so ape yg hebat sgt ?? dah mg sistem dia gitu..kerajaan nak kurang kos perbelanjaan, so bagi syarikat swasta buatkan jalan..tp once dah balik untung syarikat swasta tu, dah la..boleh blah dan bagi balik kt rakyat jalan tu..xde kaitan dgn kerja org melayu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Junta May 7, 2012 at 12:06 pm

time pilihanraya ni lah baru nak turun tol. lepas pilihan raya naik balik la tol tu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 noq May 7, 2012 at 12:11 pm

tiada kene mengena kot statement anda.. merapu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 UMNGOKLEMBU May 7, 2012 at 3:50 pm
26 UMNGOKLEMBU May 7, 2012 at 6:28 pm

MANSOR BONGOK…NIE MESTI MAK PAK KO MAIN DLM JAMBAN…TU YG BODOH NK MAMPOS…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 Mansor May 7, 2012 at 9:11 pm

Sekarang orang Hulu Langat, Kajang, Balakong dan sekitarnya sudah senang
jalan pun dah besar dan cantik
tol pulak ada yang dah dihapuskan dan diberikan 50% diskaun.

Dulu sekitar tahun 80an 90an
jalan di Batu 9 Cheras, Lok Yew, Jalan Cheras tu punya la sesak..sekarang dah mudah sikit dah
syukur dan terima kasih BN..
yang tak reti bersyukur kat atas tu, kerajaan patut ambil tindakan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 myvitrd May 7, 2012 at 10:43 am

setuju dimansuhkan terus..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 saper2 je... May 7, 2012 at 10:49 am

BN wat aper pun.. Tetap dipandang negatif dek sesetengah makhluk kat malaysia ni.. Dah hati dan pemikiran cam gitu… X blh wat ape dah… Bsgi pun salah x bg pun salah ada je wasangka. Apa yg dorang mau pun x tau.. X reti bersyukur.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 5050 May 7, 2012 at 10:54 am

BN tido ke sampai syarikat konsesi dah untung 900%?? kang buat demo korang jugak yg bising..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 mak nick May 7, 2012 at 5:44 pm

bkn cmtu bro….mmg bagus la BN buat cmtu…yg untung pasti rakyat mcm kita nie….yg jdk persoalannya kenapa baru skrg nk diberikan???….knp xbuat masa BN menang majoriti PRU tempohari??? masanya tu xkene…nie la dinamakan GULA-GULA utk rakyat bro….lu ada otak lu pikir la…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 noq May 7, 2012 at 11:02 am

kalo kurangkan pun ok juga… tak bebankan rakyat sgt…
jgn dinaikkan cukup la…
sebab kenderaan makin bertambah.. sepatotnya kadar tol boleh dikurangkan.. bukan makin bertambah.. kalo mansuh pun lagi baik.. dua2 cadangan tu bagi aku ok jer.. baik… jgn makin bertambah dah la,, tu jer..
sebab byk tol sepatotnya makin dikurangkan kadar dia.. tapi makin byk plak dinaikkan… tak masuk akal…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 beratnanang May 7, 2012 at 11:09 am

Tiada yang pelik dan mustahil bila dh dekat PRU13…umpan besar…sentapnya pun nnt amat ganas….

Ni semua helah dan gula2 utk pancing undi je…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Yok May 7, 2012 at 9:12 pm

INILAH JASA DAN PENGORBANAN PEMIMPIN PR YANG SELAMA INI MENYUARAKAN BANTAHAN KUTIPAN TOL TETAPI DITOLAK BN………………….KINI BARU MEREKA BERTINDAK UNTUK MEMANCING UNDI RAKYAT

TAPI INGAT INI BOLEH BERUBAH JIKA MEREKA MENANG NANTI. ABU TETAP ABU (ASAL BUKAN UMNO) MASA PRU NANTI

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 Tol-OL May 7, 2012 at 11:12 am

Tol Batu 3 dan Sg Rasau Federal Highway (rm1.10 dan rm1.00) patut dah dihapuskan sebab dah terlalu lama makan duit rakyat tambahan pula kesesakan pada federal highway macam haram. so free saja sepatutnya!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 noq May 7, 2012 at 12:09 pm

betol tu…tol dibina sepatotnya mengurangkan kesesakan jalan raya.. tapi makin bertambah sesak.. pelik.. sistem jalan raya kat malaysia ni masih lagi bukan pada kadar terbaik…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 Dol sebatu May 7, 2012 at 11:14 am

setuju kurangkan harga tol…
mansuhkan tak payah la…mcmana maintanaince nnti? skang pd tahap tebaik etc r&r

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 ostadnijam May 7, 2012 at 11:31 am

Tumbangkan umno be end, terhapuslah serba sedikit kadar tol yg menjerut pengguna lebuhraya yg selama ni dok bayar pada kroni depa.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 Otromen Taro May 7, 2012 at 11:38 am

aku xnk sokong mne2.janji tol dpt dikurangkan atau dihapuskan.2 je.tp jgn la ckp BN yg jerut pengguna jalanraya dgn kadar tol.nanti klu PR ditakdirkan perintah Malaysia. dorang blh hapuskan tol ke x.mcm kat penang, kate nak hapuskan tol klu PR menang, tp smp skang x hapus2 pon?2 je….doa2 je la tol dihapuskan atau dikurangkan..2 jer…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 noq May 7, 2012 at 12:07 pm
41 ranjan May 7, 2012 at 7:03 pm

Sorry brother…Penang Bridge tu bawah kerajaan Pusat..macam mana kerajaan negeri nak hapuskan tol…bangang..bangang..!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 Tompios May 7, 2012 at 11:35 am

Jgn terlalu berharaq sbb siapa yg tak kenai datuk najib cakap mcm pasir dipantai.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 asr May 7, 2012 at 11:38 am

semestinya kita patut happy lah…tapi kalau dimansuhkan dan diberi pampasan yg sgt lumayan kepada pihak konsesi, dan affect nya adalah sama, yg bezanya adalah bawa hutang kedepan…contohnya, tol cheras kononnya dihapuskan tetapi sebenarnya pihak konsesi diberi RM124 million dan konsesi dilanjutkan 15 tahun….lagilah untung berlipat kali ganda…

lagi satu, sebab itulah rakyat tidak boleh memberi kemenagan kepada mana mana pihak pemerintah lebih dari 2/3 kerana rakyat akan dibuli…..kuat pembangkang kuat rakyat lemah pembangkang lemah rakyat..sejarah telah membuktikan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 azriMy May 7, 2012 at 11:43 am

tidak bagus juga kalau tol dihapuskan dan duit rakyat pula digunakan untuk back-up… kan lebih baik kalau hapus tol dan tiada agenda tersembunyi di sebaliknya..

kalau ya pun nak pancing minat dan sokongan rakyat, usahlah berselindung disebalik topeng kebaikan… tak baik woo, orang marah, tuhan lagi marah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 kakak ita May 7, 2012 at 2:24 pm

en azrimy…kakak cadangkan masuk kelas agama, sebab, kenyataan kamu tu kata,,tuhan lagi marah,,
tuhan pengasih la sayang,,yang maha suci ALLAH tidak bersifat cam manusia,(pemarah,dendam,), tak perlu lah nak iklankan blog kamu ni..kakak nasihat sokonglah umno.!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 ranjan May 7, 2012 at 7:05 pm

Hello kak Ita…Lu nak sokong UMNgok Lu sokong lah…Tak hal akunak sokong yahudi ni….piiidahhh..!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 ataspagar May 7, 2012 at 8:22 pm

kak ita woi,tuhan memang pengasih lg penyayang…tapi bg golongan yg menindas ni,tuhan marah…cuba tunjukkan 1 dalil atau nas atau hadis yg mengatakan tuhan pengasih dan penyayang kepada golongan atau pemimpin yg menindas rakyat…tak salah kalau nak sokong umno,sebab umno sebuah pertubuhan…tapi salah kalau sokong pemimpin yg tau menindas rakyat,curi duit rakyat,guna wang zakat,amalan rasuah,mcm2 la..ni org umno sendiri yg cakap…kalau tak caya,cer dengar apa yg tan sri kadir cakap…org kuat umno tu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 zaharUPM May 8, 2012 at 11:29 am

pada aku…lagi ok die iklankan blog die dari pada ko
nasihat sokong umno!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 zue May 7, 2012 at 11:48 am

saya sokong pandangan Saper2 je……….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 muniandy May 7, 2012 at 12:04 pm

Saya sangat berbangga mempunyai seorang Perdana Menteri seperti Dato Sri Mohd Najib, yang hanya baru 3 tahun mentadbir kerajaan Malaysia, telah menunjukkan hasil pentadbirannya yang positif, sangat prihatin keatas kebajikan raayat,,tidak keterlaluan jika saya katakan beliau adalah di taraf `A1`, cemerlang.

Pada pandangan saya, hanya beliau sahaja yang paling layak untuk memegang jawatan perdana menteri malaysia ketika ini dan untuk tempoh yang akan datang. saya belum nampak ada mana-mana individu yang dapat menyaingi beliau, kecuali mantan Tun Mahathir. Tun Mahathir saya anggap `sifu` kepada Dato Sri Najib.

Berita gembira terbaru adalah penghapusan kadar tol dibeberapa lokasi. Tidak kah kita jelas betapa prihatinnya beliau keatas kebajikan raayat, walaupun fahaman politik berbeza?

Dato Najib sangat memahami keperluan raayatnya..saya pasti beliau akan berikhtiar untuk memenuhi apa jua keperluan raayat dari masa kesemasa..kita harus faham, bukan semua permintaan mesti dipenuhi didalam satu masa.. kita harus bersabar..Bagi Muslim sabar itu sebahagian dari iman.

Nasihat saya kepada semua raayat malaysia,,kita bersama sama beri 100% sokongan kepada kerajaan BN yang dipimpin oleh Dato Sri Najib,,Insya`allah, kita akan aman, dan senang.

Bagi mereka yang sebelum ini tidak memberi sokongan pula,,baliklah kepangkal jalan,,berilah sokongan kepada Dato Najib yang kita kasehi untuk kesejahteraan keluarga, negara dan agama.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 mak nick May 7, 2012 at 5:51 pm

nak menangis wa dgr ayat lu nie der….ayat cmnie lu leh cite kt bdk2 sekolah rendah kt felda2….mane tau leh masuk dlm pale dieorg….dpt gk lu komesyen lebih dr kak ros…kompom kak ros terharu klo dgr ayat2 lu nie…hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 ranjan May 7, 2012 at 7:07 pm

Hello thambi…!!Lu mabuk kahh..!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 Asnor May 7, 2012 at 12:10 pm

politik..politik..anwar tu yang belum memerintah pun dah mcm2 janji nak hapuskan itu ini….asik nak duit petronas..entah2 duit petronas tak cukup untuk dia..nak songlap lagi adalah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 cikgu sekolah May 7, 2012 at 12:37 pm

hahahaaha…
mungkin kerajaan Bend baru nak sedar apa rakyat nak kot…
takper nanti boleh ulang dalam tv mmg dah lama kita kaji nak mansuh tol..
bukan isu baru…

inilah isyarat2 terakhir PRU semakin hampir..yang penting tumbangkan dulu BN
lepas tu kita develop balik negara ni ikut cara PR
kalau cam cibye gak PR buat lagi
next PRU kita tukar lagi
bukan nak experiment
tapi Bangang Nasional ni memang tak boleh diterima dah di bumi Malaysia ini

btw LDP tu tengah tunggu masa nak naik harga
itu konsesi sudah lama tunggu untuk dihapuskan
lepas PRU naik 50sen lg jadi RM2.10……..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 angahku May 7, 2012 at 12:59 pm

kita tunggu dan lihat… klu terjadi pun sampai bila???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 Laser May 7, 2012 at 3:59 pm

sebenarnya temberang je lebih
lepas pilihanraya, rancangan tersebut disimpan elok2 untuk dijadikan modal pilihanraya berikutnya. Time tu lah keluar segala macam juta-juta peruntukan dan mega-mega project on the spot

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 MataHATI May 7, 2012 at 1:46 pm

Setuju … Najib memamahami keperluan rakyat … tengok dia bagi RM500 untuk belanja hidup selepas RM400K untuk harijadi, Bagi RM100 untuk belanja sekolah selepas RM250 juta untuk tak bela lembu … kurangkan tol selepas panjangkan konsesi ( pada PLUS = UEM = UMNO ) dan bla, bla, bla ………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 kakak ita May 7, 2012 at 2:42 pm

sesuailah rm500 tu..sesuai juga hari jadi rm400k tu,,nama pun orang kenamaan, dikenali ramai, jemputan pun orang2 kenamaan.
kakak nikah 3 tahun lepas pun dekat rm80k, hari jadi anak akak belanja kat rm12k..itu pasal kakak bukan orang kenamaan.
kalau kakak orang kenamaan cam Dato Siti, sudah pasti kat rm1 juta belanja kahwin kakak.
sebenarnya bukanlah itu pokoknya….kita mesti faham perbezaan cara berbelanja antara kita ngan orang2 besar ni.
pru13 jgn lupa undi BN ye..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 akak la sgt... May 7, 2012 at 4:44 pm

betol tu kak..
tapi undi hak masing2 atas pahaman masing2…
sape pun diorg nak mengundi hak diorg..
BN atau PR hak rakyat…
yg penting bukan jgn lupa mengundi BN.. tapi jgn lupa mengundi jer..
lupa plak akak..
kesederhanaan tu penting.. jgn sampai boros sgt tau…
akak kira org kaya la kan.. sampai 80k belanja kawen.. lalalala…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 mak nick May 7, 2012 at 6:01 pm

kak ita….hebat tu blanje kawin sampai 80k abih….lg blanje hari jadi anak kak ita pun dah abih 12k….tu belom cite beli umh,kereta,pakaian dan bla bla bla lg….mmg kaye la kak ita nie….tp kak nti dah mati nak tanam kain kapan semua sama….xde beza pon…lubang kubur pon sama besar….dpn tuhan kita sama kak….amalan jer yg tentukan segalanya….fikir2kan dan renungkan….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 kak ita May 7, 2012 at 8:06 pm

Mak nick. tk atas respon tu,,saya cuma nak jelaskan perbezaan belanje antara orang kenamaan dgn kita orang biasa ni..sebenarnya belanja kahwin dan birthday anak sulung saya tu ayah yang belanja.orang berniaga, ..lupakanlah itu..kata2 maknick tentang mati,kubur, amalan tu saya stuju.saya pun tengah2 belajar ugama sekarang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 sytecx May 8, 2012 at 1:42 pm

nak belanja sakan tu kalau duit sendiri ikut sukati lah!

ni pegi claim balik kat jab.PM watpe?apsal lak gomen nk kena tanggung sume party yg xde kaitan ngan negara tu…

tu je maksudnya..mengjolikatakan wang negara=wang rakyat=wang kita semua!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 MataHATI May 10, 2012 at 8:49 am

belanja duit sendiri tak pa … kita tak kisah … tp bil semua hantar kat Jabatan Perdana Menteri ni apa hal …. duit rakyat tu .

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 MataHATI May 10, 2012 at 8:51 am

kalau akak boleh hantar bil akak kat Jabatan Perdana Menteri ok la tu … saya tak kisah … ada ku kesah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 ataspagar May 7, 2012 at 8:42 pm

tak salah kalau dia nak belanja berapa juta sekalipun…tapiii…jgn guna duit rakyat,guna duit sendiri..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 rakyat sarawak May 7, 2012 at 2:18 pm

kerajaan patut bersifat adil kerana ianya melibatkan bayaran pampasan yang banyak

jangan hanya mansuhkan tol-tol di semenanjung sahaja
semua benda nak pilih kasih
asik semenanjung ni dilebihkan
tapi bila sarawak dan sarawak, kerajaan buat tak kisah je
just gula-gula politik, tapi bila ambil hasil sarawak
nak kaut banyak pula
cuba la mansuhkan tol-tol jambatan di Sarawak sama. Tol di Sg. Sarawak, Tol jambatan Lanang di Btg Rajang Sibu dan Tol Asean Brigde di Miri tu bila pulak nak dimansuhkan?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 PETAICABAI May 8, 2012 at 3:32 pm

BETUL APA YANG SAUDARA PERKATAKAN JANGAN HANYA PIKIR NAK MANSUHKAN TOL DI SEMENANJUNG SAHAJA, JUGA FIKIRKAN TOL DI SARAWAK, KALO DI SEMENANJUNG MEMBAYAR TOL… DGN KADAR JARAK YANG JAUH, TAPI DI SARAWAK, BAYAR TOL CUMA NAK MENAIKI JAMBATAN DENGAN KADAR YANG MAHAL, CONTOHNYA KADAR TOL YANG DIKENAKAN UNTUK JAMBATAN LANANG BERJUMLAH RM3.00 SEHALA, BAYANGKAN MEREKA YANG BERULANG ALIK DARI SIBU KE BINTANGOR DAN SARIKEI… SEBULAN SAHAJA HAMPIR RM300 DIPERUNTUKAN UNTUK MEMBAYAR TOL, KENAPA ISU MENGHAPUSKAN TOL HANYA TIMBUL APABILA MENJELANG PILIHANRAYA, BEGITU JUGA ISU TOL JAMBATAN LANANG, NAK DIMANSUHKAN SEMASA PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK PADA TAHUN 2011.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 anti tol May 7, 2012 at 2:48 pm

aku tak peduli la sapa perintah..janji tol dihapuskan…menyusahkan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 Puan Syikin May 7, 2012 at 3:05 pm

please kurangkan harga tol kesas
dulu RM1.20 je..sekarang RM2.20 …masak jugak kalau kena guna hari2..hehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 Leeya May 7, 2012 at 3:26 pm

asal nak dekat p/raya je semua nak diturunkan… tapi lepas p/raya habuk pun x de. cakap je lebih.. hurmmmm..
sory lah ye, teremo sikit. huhu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 akak la sgt... May 7, 2012 at 4:44 pm

tgkkan jer la tahun ni.. harap2 dikotakan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 Anti Kapitalis May 7, 2012 at 4:11 pm

Tol di Malaysia mahal dan cekik darah… Tol kat Afrika Selatan yang sejauh 1200 KM hanya dikenakan kos RM2.10 sahaja… Tol kat Venezuela 0.3 sen setiap kilometer.

Kerajaan Mmg cekik darah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

73 Pak Syeikh May 7, 2012 at 4:22 pm

saya sedang tunggu tol sg penchala, puchong barat dimansuhkan

Ini lah kesan mamak kutty dan samy vellu diberi mandat menjaga jalanraya habis semua existing road dinaiktaraf lebuhraya bertol sehingga menyusahkan pemimpin sekarang utk memansuhkannya..

Lihatlah besraya, LPD, Federal Hway, Grand Saga, NPE, Sprint Sec16, BORR
ini semua jalan sedia ada yang dinaik taraf
ini lah yang menimbulkan kemarahan rakyat sebenarnya.. betul2 menganiaya rakyat jelata..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

74 Ahmad Rusdi May 7, 2012 at 5:32 pm

Tolong la mansuh tol AKLEH. Mahal sangat le! Ingat semua orang Ampang kaya-raya ke macam menteri UMNO 1 Malaysia??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

75 brg ttu May 19, 2012 at 10:14 pm

tol mansuh, alamat pki keta kancil la dia org…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

76 ku May 7, 2012 at 5:34 pm

klau btul,ape salahnya….janji mengurangkan n memberi manfaat…klau jd kenyataan,bgsla….klau x jd kenyataan,cmne plak?…contoh?….BN ke,PR ke ade contohnya….sudahkah tunaikan?….lalalala…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

77 shehdilanun May 7, 2012 at 6:21 pm

janji tak ditepati—————> munafik!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

78 Petai May 7, 2012 at 9:09 pm

Khalipah Umar amal makruf nahi mungkar tu bila pulak nak tutup tol di Penang spt yg dijanjikan pada PRU12 dulu?
sembang je lebih rupanya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

79 SONDOL May 8, 2012 at 12:10 pm

Dia sekarang mana ada masa nak fikir hapus tol,sekarang dia dok tengah sibuk cari komisen melelong tanah dekat Penang…!!!!!!!!!!!!!!…….Ratus juta juga bro…baru 3 tahun pegang………kalau 30 tahun…..,…….mau ratus billion tu broooo….kulapah khurafat khafirin lah katakan…lidah mestilah lidah bewak…….sembang lebih bolehlah………………….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

80 Chemau May 7, 2012 at 7:39 pm

tol yang paling tak logik adalah KAJANG-SILK
hapuskan ajer
kat seremban kalau dari ampangan hingga ke rasah jaya
punyalah tinggi flyover…satu sen tol pun tak kene

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

81 Lala May 7, 2012 at 9:06 pm

Nice bait!
You may feels really good to hear this, but this is just a bait for the upcoming election.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

82 Jai May 7, 2012 at 9:31 pm

bila la tol tepi sunway pyramid tu nak kena roboh
buang duit aku bayar RM1.60 hari2
jalan jam jugak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

83 mamaaish May 7, 2012 at 10:47 pm

klu mansuh x mgkn…dikurang ya…aku terfikir klu mansuh,brp ramai manusia yg akan tanam anggur…lps tu tandas dh pastinya kotor sbb lebuhraya ni ramai manusia yg luar dr malaysia yg menggunaknnya…btl ke apa yg aku katakan ni….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

84 sytecx May 8, 2012 at 1:47 pm

x mungkin la..syarikat konsesi tol yg ade skg ni buleh je kasi tukar jadi konsesi utk mentainance..so dorg la jaga utk maintanence.tol x payah kutip.jadi org masih boleh ade kerja, bisnes pon masih ade,kroni pon masih boleh maintain kaya cume x raya je lah

mansuh semua tol2 yg dh lama tu kesemuanya!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

85 udin cayo May 8, 2012 at 8:49 am

ni nak sontap rakyat lopeh PRU ni

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

86 KENIT May 8, 2012 at 1:39 pm

elok la kalau dimansuhkan..boleh cuti2 satu malaysia.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

87 KENIT May 8, 2012 at 1:41 pm

pada suatu hari ahmad telah menghadiri seminar disekolah..kah3

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

88 ubi kayu May 8, 2012 at 2:47 pm

jgn kita dibuai mimpi disiang hari dh lerr..lps PRU senyap terus cite nie….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

89 PETAICABAI May 8, 2012 at 3:37 pm

JANGAN TERPEDAYA ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN MENJELANG PILIHANRAYA, CONTOH TAHUN 2008, PAK LAH KATA, XNAK NAIK KAN HARGA MINYAK., SBAIK SAHAJA JE BN MENDAPAT KUASA MEMBENTUK KERAJAAN HARA MINYAK DINAIKKAN SEDANGKAN HARGA MINYAK DUNIA KETIKA ITU TURUN.

BETUL KATAN MANTAN PM TUN MAHATHIR… ORANG MELAYU MUDAH LUPA DAN MUDAH MELATAH

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

90 Adi Hanif May 8, 2012 at 4:31 pm

kalau tol dimasnuh kan sungguh kan bagus!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

91 muawin May 8, 2012 at 6:39 pm

Realiti Tol

Sebelum kita membincangkan lebih lanjut tentang hukum-hakam yang berkait dengan isu tol ini, perlu difahami dahulu apakah ‘status’ tol itu sendiri. Adakah tol ini sekadar kutipan wang, atau merupakan harga kepada perkhidmatan, atau umpama harga barang dagangan ataupun satu bentuk cukai yang dikenakan kepada rakyat? Jika diteliti dengan pemikiran yang sederhana sekalipun, setiap orang akan tahu bahawa tol adalah satu bentuk cukai yang dikenakan kepada pengguna lebuh raya dalam sesebuah negara. Ia bukan harga kepada perkhidmatan sebagaimana ‘bayaran’ kita menaiki teksi atau bas. Ia juga bukan harga barang dagangan untuk disamakan dengan harga bawang atau gula. Ternyata, tol hakikatnya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan cukai dan ia adalah bentuk cukai yang dipungut ke atas seseorang yang melalui jalanraya/jambatan. Cuma bezanya, tol ini dikutip oleh individu (syarikat swasta) dan bukannya oleh negara (pemerintah). Apa pun, ia dikutip dengan izin/persetujuan dari negara. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan konsep tol ini tidak ada bezanya dengan cukai jalan/jambatan yang dikutip oleh kumpulan-kumpulan samseng zaman dahulu kala yang memeras wang daripada orang ramai yang melaluinya.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa syarikat-syarikat swasta tersebut telah mencurahkan modal mereka dalam membangunkan infrastruktur lebuh raya yang ada, maka sewajarnyalah mereka mengenakan bayaran sepertimana seorang pengusaha hotel yang mengenakan bayaran kepada mereka yang menginap di hotelnya. Inilah kesalahan pandangan orang yang tidak memahami hakikat tol. Di sinilah pentingnya umat Islam memahami realiti tol, dan seterusnya merujuk pula kepada dalil-dalil syara’ untuk melihat sama ada cukai jalan yang dipungut oleh ‘samseng jalanan’ ini halal atau haram.

Hukum Syara’ Tentang Kemudahan Awam

Islam telah mewajibkan ke atas negara (pemerintah) agar menyediakan segala bentuk kemudahan awam untuk kemaslahatan rakyat. Jalan raya adalah salah satu darinya. Segala infrastruktur lain seperti sistem pengangkutan, bekalan air, elektrik (sumber tenaga), hospital sekolah dan sebagainya wajib disediakan oleh negara secara percuma untuk setiap warganegara. Negara tidak boleh melarikan diri dari tanggungjawab ini atau mengalihkannya kepada individu atau pihak swasta untuk disempurnakan. Islam berbeza sama sekali dengan sistem Kapitalis yang diamalkan pada hari ini di mana sistem Kapitalis membenarkan mana-mana individu atau pun syarikat swasta untuk menyediakan infrastruktur-infrastruktur asas negara dan mengaut keuntungan darinya. Dalam sistem Islam, pemerintah itu bertugas untuk melayan rakyat dan salah satu bentuk pelayanan terhadap rakyat adalah penyediaan kemudahan-kemudahan asas ini. Perbelanjaan untuk membina dan menguruskannya diambil dari Baitul Mal. Di sinilah Baitul Mal berperanan dalam menguruskan perbelanjaan negara dalam melaksanakan semua kewajipan negara yang diperuntukkan oleh syara’.

Perlu difahami bahawa dengan mengatakan segenap keperluan ini menjadi tanggungjawab negara tidaklah bermaksud negara perlu membina semua kemudahan tersebut dengan sendiri. Negara dibenarkan mengupah syarikat-syarikat swasta untuk membina kemudahan-kemudahan tersebut bagi pihak negara dan mereka berhak untuk mendapat upah membangunkan infrastruktur tersebut. Mereka juga dibenarkan untuk mendapat upah atas kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan. Apa yang tidak dibenarkan oleh syara’ adalah syarikat-syarikat tersebut ‘memiliki’ kemudahan tersebut dan mendapat keuntungan daripada bayaran yang dipungut dari rakyat yang menggunakan kemudahan yang disediakan. Inilah yang salah (sebagaimana di amalkan sekarang). Ini kerana pada asasnya, ia menjadi kewajipan negara untuk menyediakannya dan rakyat telah diberikan hak oleh syara’ ke atas kemudahan-kemudahan untuk dinikmati secara percuma. Pemberian hak kepada syarikat swasta untuk ‘memperniagakan’ kemudahan-kemudahan ini adalah satu pencabulan ke atas ketentuan syara’. Tindakan seperti ini tidak ada bezanya dengan seorang bapa yang mengupah seorang tukang rumah membina rumah mereka, lalu mengenakan bayaran kepada anak isterinya selama mana mereka tinggal di rumah tersebut!

Di sinilah umat Islam perlu memahami dan membezakan di antara hak dan kewajipan. Menyediakan kemudahan asas adalah kewajipan/tanggungjawab pemerintah dan menikmati kemudahan tersebut adalah hak rakyat. Apabila disebut kewajipan, maka ia adalah berkait dengan soal hukum syara’ (dan wajib merujuk kepada hukum syara’) dan nas syara’ dalam hal ini menjelaskan bahawa ia wajib disediakan secara percuma oleh orang yang ditaklifkan kewajipan tersebut (pemerintah). Jadi, haram bagi pemerintah memungut apa-apa bayaran di dalam menunaikan kewajipan ini. Ia umpama kewajipan/tanggungjawab seorang bapa untuk menyediakan rumah, makan dan pakai kepada anak isterinya. Haram bagi si bapa (yang ditaklifkan kewajipan tersebut) untuk memberi makan atau membeli baju untuk anak isterinya, kemudian mengenakan bayaran terhadap mereka. Haram juga bagi bapa/suami yang tinggal sebumbung dengan anak dan isteri, kemudian mengenakan bayaran sewa rumah kepada orang yang wajib dipeliharanya. Tempat tinggal dan nafkah adalah hak anak/isteri yang wajib di beri secara percuma. Begitulah haramnya bagi kerajaan membina segala kemudahan asas, kemudian mengenakan bayaran terhadap rakyatnya, walhal itu adalah kewajipan/tanggungjawab kerajaan di dalam melayani orang yang wajib dipeliharanya (rakyatnya) dan bagi rakyat pula, ia adalah hak yang mesti dinikmati secara percuma.

Tol Dari Perspektif Syara’

Adalah teramat jelas di dalam Islam bahawa tugas dan amanah yang diletakkan oleh Allah ke atas bahu pemimpin adalah untuk menjaga/memelihara rakyat. Di dalam sektor kemudahan awam, negara bertugas untuk membina segala infrastruktur dan menyelianya dan tidak boleh sama sekali bagi negara untuk menjadikannya sebagai milik swasta/negara, apatah lagi mengambil untung darinya. Dalam sesebuah pemerintahan yang mengamalkan ideologi Kapitalis (termasuk Malaysia), kerajaan dan kroni kerap menjadi penghisap darah rakyat. Kerajaan dan kroni semakin untung dan kaya raya manakala rakyat semakin menderita dan sengsara. Kerajaan bukan lagi menjadi pemelihara rakyat, namun menjadi pihak yang menzalimi dan menindas rakyat. Ada pun di dalam Islam, hubungan kerajaan dengan rakyat bukan merupakan hubungan pengaut untung sebagaimana antara penjual dan pembeli ataupun hubungan antara pemungut cukai dengan pembayar cukai, apatah lagi hubungan ‘penghisap darah’ dengan mangsanya. Hubungan yang wujud adalah satu ikatan yang mulia yakni hubungan antara pelayan/pemelihara dengan orang yang wajib dilayan/dipelihara. Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam,

“Imam (pemimpin) itu adalah pemelihara, dan dia akan dipertanggungjawabkan dari apa yang dipeliharanya (rakyatnya)” [HR Bukhari].

Pemerintah kaum Muslimin yang zalim dan jahil cuba menjelaskan kepada rakyat bahawa mereka memungut cukai bukan untuk kepentingan mereka tetapi untuk kepentingan rakyat. Alangkah pelik dan naifnya dalih ini! Bukan setakat itu, malah pelbagai dalih lain lagi terus-menerus diberikan untuk ‘mengindahkan’ kezaliman mereka. Mereka berdalih atas alasan pembangunan dan kesejahteraan, mereka berdalih bahawa mereka tidak pernah mengambil untung, ia adalah milik syarikat konsesi. Kerajaan menyatakan bahawa mereka telah banyak memberi subsidi dan menanggung rugi. Persoalannya, jika demikian, kenapakah kerajaan menandatangani satu perjanjian yang nyata-nyata boleh merugikan mereka? Kenapakah kerajaan membuat satu perjanjian yang mereka tahu bahawa ia adalah berat sebelah dan menyengsarakan rakyat? Dalam menandatangani perjanjian tersebut, kepentingan siapakah yang dijaga oleh kerajaan, kepentingan rakyat atau kepentingan para kapitalis yang sudah sememangnya kaya? Lebih buruk, mereka menyatakan bahawa di dalam Islam tidak salah untuk memungut cukai malah dibolehkan untuk tujuan pembangunan dan sebagainya. Nampaknya mereka ini tidak pernah merujuk kepada hukum syara’ di dalam membuat perjanjian, tapi hanya mengikut hawa semata-mata.

Sesungguhnya memungut cukai adalah satu perbuatan yang jelas-jelas haram di sisi Islam dan terdapat banyak nas yang mengharamkannya. Sabda Rasul Sallalahu ‘alaihi wa Sallam,

“Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)”
[HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].

Rasulullah juga bersabda,

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].

Kita mesti ingat bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam adalah orang yang paling menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat, namun tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda memungut cukai atas alasan untuk memperoleh pendapatan negara, untuk kepentingan rakyat, untuk pembangunan negara dan sebagainya. Tidak pernah terjadi bahawa Rasulullah melakukan hal ini, malah yang berlaku adalah sebaliknya, bahawa apabila mendengar sahaja ada pungutan cukai ke atas barangan yang diimport di sempadan, Rasulullah terus melarangnya. Sabda baginda,

“Sekiranya kamu mendapati pemungut usyur (cukai yang dipungut di sempadan @ cukai import-export), maka bunuhlah dia” [HR Ahmad].

Begitulah jelasnya nas yang mengharamkan cukai di dalam Islam.

Selain nas haramnya memungut cukai, terdapat nas lain yang menjelaskan bahawa tidak boleh mengambil harta kaum Muslimin tanpa izin mereka. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Harta seseorang Muslim itu tidak dihalalkan (bagi orang lain) selain dengan kerelaannya.”

Rasulullah juga bersabda,

“Harta, kehormatan dan darah seorang Muslim diharamkan ke atas Muslim lainnya”
[HR Abu Daud & Ibnu Majah].

Di dalam al-Qur’anul Kareem, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu…”
[TMQ an-Nisa’ (4):29].

Tindakan mengenakan tol (cukai) adalah jelas merupakan satu tindakan di mana harta seseorang Muslim itu diambil secara paksa dari mereka dan perbuatan ini nyata-nyata haram di dalam Islam.

Orang-orang jahil sering melontarkan pertanyaan – jika tidak dipungut cukai, dari manakah negara akan memperolehi pendapatannya? Jika mereka ini benar-benar ikhlas di dalam pertanyaan, maka mereka sepatutnya belajar Sistem Ekonomi Islam (Nizamul Iqtisad Fil Islam) dengan betul dan benar (bukan mengikut acuan Kapitalis), yang mana mereka wajib merujuk kepada sistem ekonomi yang dijalankan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin. Insya Allah mereka akan dapati bahawa Islam telah lama menyelesaikan masalah ekonomi manusia dengan tuntas dan sempurna. Mereka akan dapati bahawa dalam ekonomi Islam, pendapatan negara diperoleh dari Anfal, Ghanimah, Fai’, Kharaj, Jizyah, ‘Usyur, Khumus, Rikaz dan beberapa sumber lain yang diizinkan syara’ termasuk Dharibah. Selain daripada harta yang diizinkan oleh Allah untuk mengambilnya, maka secara mutlaknya harta yang lain tidak boleh diambil (haram). Ini kerana harta seseorang Muslim itu tidak boleh diambil walaupun sedikit melainkan dengan cara yang hak mengikut ketetapan syara’, sepertimana yang telah ditunjukkan oleh dalil-dalil secara terperinci. Sementara itu tidak ada satu dalil pun yang menjelaskan bolehnya mengambil cukai daripada seorang Muslim selain daripada mekanisme yang telah ditetapkan oleh syara’.

Inilah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul dalam menjelaskan bentuk harta yang boleh dipungut dan yang tidak boleh dipungut daripada rakyat. Dalam permasalahan tol ini, secara mutlak, pungutan tol (cukai) adalah satu aktiviti yang diharamkan oleh syara’ tidak kira sama ada ianya dilaksanakan oleh negara ataupun oleh pihak swasta (syarikat konsesi). Ini kerana lebuh raya, jambatan dan sebagainya adalah termasuk infrastruktur negara yang wajib disediakan oleh negara dan dinikmati oleh setiap rakyat secara percuma. Tidak timbul persoalan bahawa mereka yang tidak mahu atau tidak mampu membayar tol boleh menggunakan laluan alternatif yang tidak dikenakan tol. Ini kerana, dalam pemenuhan tanggungjawab ini, syara’ tidak membezakan kelayakan mereka yang boleh menikmati kemudahan tersebut. Kaya atau miskin, mampu atau tidak masing-masing mempunyai hak yang sama untuk menikmati prasarana ini. Malah, membezakan penyediaan infrastruktur bagi orang-orang yang mampu dan tidak mampu hanyalah satu bentuk kezaliman, penindasan dan diskriminasi, malah ia akan menyuburkan nilai kasta di dalam masyarakat.

Kedudukan Baitul Mal & Dharibah

Baitul Mal adalah sebuah autoriti yang bertanggungjawab terhadap setiap pendapatan dan perbelanjaan negara yang menjadi hak kaum Muslimin. Oleh itu, setiap harta sama ada tanah, bangunan, bahan galian, wang atau barangan apa pun yang mana kaum Muslimin berhak ke atasnya mengikut hukum syara’, maka ia menjadi hak Baitul Mal (untuk diuruskan). Apabila suatu harta telah diambil, maka dengan penerimaan ini, harta tersebut akan dikategorikan sebagai hak Baitul Mal, tidak kira sama ada harta tersebut telah dimasukkan ke dalam tempat simpanan harta ataupun tidak. Ini kerana yang dimaksudkan dengan ‘Baitul Mal’ adalah suatu ‘autoriti’, bukan sahaja sekadar sebuah ‘tempat simpanan’. Jadi, keseluruhan hak harta yang perlu diuruskan bagi kaum Muslimin merupakan hak (atau autoriti) Baitul Mal.

Sesungguhnya Islam telah menjelaskan sumber pendapatan dan perbelanjaan Baitul Mal dengan terperinci. Rasulullah dan Abu Bakar adalah orang yang senantiasa memungut dan membelanjakan harta Baitul Mal untuk kepentingan kaum Muslimin, mengikut ketentuan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab pula, apabila Daulah Islam telah semakin besar dan jumlah orang yang memasuki Islam semakin ramai, beliau telah memperkemas dan mensistematikkan lagi kedudukan Baitul Mal demi untuk mengatur kemaslahatan kaum Muslimin dengan sebaik-baiknya. Di dalam mengurus ekonomi negara, pemerintah wajib terikat dengan hukum Allah di mana segala perbelanjaan yang perlu dikeluarkan dari Baitul Mal hendaklah sesuai dengan tuntutan syara’. Dalam menguruskan keperluan rakyat, syara’ telah mengklasifikasikan perbelanjaan Baitul Mal kepada dua; Pertama, keperluan yang dituntut dari Baitul Mal (yang mana perbelanjaannya mesti diambil daripada sumber-sumber tetap Baitul Mal yang dinyatakan tadi) dan kedua, keperluan yang dituntut daripada semua orang Islam yang mana negara diberikan hak untuk memungut sebahagian daripada harta orang-orang Islam untuk pemenuhannya. Pengambilan harta (dari orang Islam) inilah yang disebut sebagai dharibah (sejenis pungutan) yang dibenarkan oleh syara’ untuk dipungut oleh negara dan menjadi tanggungjawab negara untuk membelanjakannya dengan hak.

Perlu ditegaskan bahawa dharibah bukanlah ‘cukai’ sebagaimana yang sering disalahtafsir atau yang dijadikan hujah oleh mereka yang jahil untuk membolehkan cukai. Dharibah adalah satu bentuk ‘pungutan khas’ yang dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak sahaja, itu pun hanya pada keadaan Baitul Mal mengalami defisit atau tidak cukup untuk melaksanakan apa jua kewajipan oleh negara. Tidak boleh memungut dharibah jika Baitul Mal negara masih mencukupi. Ia hanya dipungut di dalam keadaan negara yang amat terdesak (urgent) sehingga jika tidak dipungut, maka sebuah kewajipan akan terabai. Dharibah hanya boleh dipungut dalam keadaan-keadaan berikut sahaja, (i) Untuk memenuhi keperluan asas (makan/pakai/kediaman) orang-orang fakir dan miskin (ii) Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran (iii) Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya (iv) Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan seumpamanya (v) Untuk keperluan jihad fi sabilillah.

Dharibah bukanlah seperti cukai yang ada sekarang (dalam sistem ekonomi kapitalisme) kerana (i) Ia bersumberkan wahyu dan diambil dari hadis Rasulullah Sallahu ‘alaihi wa Sallam dan juga Ijmak Sahabat (ii) Ia bukan sumber tetap pendapatan negara kerana ia dikutip hanya ketika Baitul Mal mengalami defisit serta berdepan dengan situasi yang kritikal sahaja dan ia tidak dikutip secara berpanjangan (iii) Ia hanya dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak mengikut kadar yang ma’aruf sehingga mencukupi kadar yang diperlukan sahaja (iv) Ia diguna untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat/negara, bukan untuk kepentingan peribadi pemerintah ataupun kroni.

Berbalik kepada perbincangan tentang jalan raya sebagai sebuah prasarana awam, sekiranya satu lebuh raya dibina atas dasar untuk menambah jalan raya yang sedia ada sedangkan jalan raya alternatif masih boleh digunakan, maka hal ini mengikut ulama fikih, termasuk dalam kategori pertama, iaitu ia termasuk dalam kewajipan Baitul Mal yang hanya dilakukan bila tabungannya ada. Jika tabungan tidak ada atau tidak mencukupi, maka projek ini tidak akan dilaksanakan. Jika tabungan Baitul Mal tidak mencukupi dan jalan raya yang sedia ada masih boleh digunakan, namun jika negara tetap membina jalan raya yang baru dan mengenakan cukai kepada rakyat, maka negara sebenarnya telah merompak kekayaan rakyatnya dan ini adalah satu kezaliman. Jika lebuh raya yang ada tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak dan negara memandang bahawa demi kemaslahatan rakyat, rakyat perlu kepada lebuh raya baru, maka negara perlu membinanya dengan duit dari Baitul Mal. Dalam keadaan ini, jika Baitul Mal telah kehabisan wang, maka negara bolehlah memungut dharibah dari rakyat, tetapi hanya sekadar untuk mencukupkan perbelanjaan tadi sahaja, bukan untuk mengaut keuntungan atau menghisap darah rakyat. Tugas negara di sini hanyalah untuk menghilangkan kemudharatan rakyat, sesuai dengan hadis,

“Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh memudharatkan” [HR Ibnu Majah dan Daruqutni].

Kewajipan ke atas negara adalah untuk mencabut/menghilangkan kemudaratan dari kaum Muslimin, bukannya ‘memudharatkan’ lagi kaum Muslimin dengan memungut cukai yang haram itu [Ringkasan dari kitab Nizhamul Iqtisad Fil Islam, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sudah sekian lama kita dizalimi oleh para pemerintah kaum Muslimin dengan peraturan dan undang-undang kufur yang mereka terapkan. Sesungguhnya tol/cukai itu adalah satu bentuk kezaliman yang dikenakan ke atas kita. Tol itu adalah cukai dan sesungguhnya cukai itu adalah haram. Justeru, tugas kita bukanlah untuk menuntut agar kerajaan tidak menaikkan harga tol atau mengurangkan kadar tol, namun kita bertugas untuk memuhasabah kerajaan agar menghapuskan terus tol dan segala bentuk cukai yang ada. Tol dan cukai wajib dihapuskan. Segala keharaman dan kezaliman wajib dihapuskan. Inilah tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim yakni memuhasabah pemerintah agar mereka menunaikan hak kita – hak untuk menikmati segala kemudahan asas, termasuk jalan raya secara percuma. Jika tidak dimuhasabah, maka nescaya pemerintah sekular yang ada sekarang akan terus menerapkan hukum buatan sendiri mengikut hawa nafsu mereka, tanpa mempedulikan lagi hukum-hukum Allah.

Wahai pemimpin kaum Muslimin! Sampai bilakah kalian akan terus menyeksa dan menindas rakyat? Kalian hidup mewah dikelilingi harta dan wang berjuta, namun rakyat terus menderita dan sengsara. Sampai bilakah kalian akan terus bergelumang dengan maksiat dan dosa mengenakan cukai ke atas rakyat yang sepatutnya kalian jaga? Sampai bilakah kalian ingin mengundang azab Allah ke atas diri kalian kerana kalian tidak berhukum dengan hukum Allah? Sampai bilakah kalian mahu sedar akan tanggungjawab kalian? Sampai bilakah kalian akan menginsafi dosa-dosa yang kalian telah lakukan? Tidakkah kalian sedar bahawa menanggung beban tanggungjawab itu adalah jauh lebih baik dan lebih mulia dari menanggung beban dosa? Sesungguhnya Allah sedang melihat kalian, sesungguhnya Allah sedang memerhatikan kalian dengan sungguh dekat dan sesungguhnya Allah akan mencabut nyawa kalian. Kalian pilihlah sama ada ingin berjumpa Allah dengan membawa segunung pahala atau menemuiNya dalam keadaan selautan dosa. Buatlah pilihan sebelum tiba hari di mana kalian tidak lagi dapat memilih!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

92 mattorazi May 21, 2012 at 2:40 am

Banyak-banyak hujah… Hujah saudara mencakupi segala aspek… Alhamdulillah.. teruskan bertabligh..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

93 dang May 8, 2012 at 11:00 pm

tol mungkin tak di mansuhkan, tapi mungkin dikurangkan. grand saga tinggal 1 tol juga amat menguntungkan bagi saya yang sering menggunakannya. harap di teruskan, jangan janji kosong saja.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

94 fj May 8, 2012 at 11:23 pm

bab tol ni susah ckt nak kata… aku kalau kt semua tol boleh mansuh tu memang kata2 temberang dari seorang penipu la tu sempena pilihanraya.. tp kalau kt turunkan harga tol dan mansuhkan tol dibeberapa kawasan yang tidak logik dikenakan tol boleh la aku setuju … tak kisah la samada dari BN ka atau PR ka yang cakap…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

95 anti pendatang May 9, 2012 at 12:43 pm

ayat-2 biasa di dengar…kerajaan menangung hutang besar …malaysia boleh bankrap….kerajaan menangung subsidi yang tinggi…malaysia boleh bankrap….klu tak laksana gst pun malaysia boleh bankrap……bn menang….barang naik….klu x caya undi lah bn….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: