Statistik kadar kematian jalanraya yang baru dikeluarkan melalui Forum Pengangkutan Antarabangsa, menyenaraikan Malaysia sebagai jaguh dan juara daripada nisbah bilangan kematian bersandarkan kepada setiap 100,000 bilangan penduduk. Sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara paling banyak mencatatkan bilangan kadar kematian jalanraya paling tinggi untuk setiap 100,000 penduduk bagi tahun 2009.
Kadar kematian di jalanraya untuk setiap 100,000 bilangan penduduk bagi 2009 :
1. Malaysia – 23.8
1. Argentina – 18.4
2. Greece – 13.8
3. Cambodia – 12.6
4. Korea – 12.0
5. Poland – 12.0
6. US – 11.1
7. Lithuania – 11.0
8. New Zealand – 8.9
9. Belgium – 8.9
10. Czech Rep – 8.6
11. Slovenia – 8.4
12. Hungary – 8.2
13. Portugal – 7.9
14. Italy – 7.9
15. Austria – 7.6
16. Luxembourg – 7.2
17. Australia – 6.9
18. France – 6.9
19. Canada – 6.3
20. Spain – 5.9
21. Denmark – 5.5
22. Ireland – 5.4
23. Iceland – 5.3
24. Finland – 5.3
25. Germany – 5.1
26. Japan – 4.5
27. Switzerland – 4.5
28. Norway – 4.4
29. Israel – 4.2
30. Sweden – 3.9
31. Netherlands – 3.9
32. UK – 3.8
Kiranya boleh juga dianggap statistik yang dipaparkan di atas ini menunjukkan betapa kroniknya situasi yang berada di Malaysia dalam masa yang sama penguatkuasaan undang-undang jalanraya perlu dipertingkat. Ada beberapa sebab senario yang mengakibatkan angka-angka kematian jalanraya terus meningkat dan merujuk juga kepada angka kematian semasa Ops Sikap yang dilancarkan semasa musim perayaan kali ini :
- Apabila kita menegur, dianggap golongan seperti kami ini tidak patriotik. Kononnya asyik menghentam kereta Nasional sahaja. Masalahnya, mereka masih tak mahu berubah. Ciri-ciri kereta keselamatan tempatan seperti Perodua dan Proton tidak ade airbag. Disebabkan nak untung cepat atas dasar nasionalism, ciri-ciri keselamatan dikorbankan dan secara tidak langsung rakyat Malaysia menjadi korban. Bagaimana nak menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya ini? Salah satu caranya, turunkan cukai kereta yang melampau kereta dan turunkan harga kereta import seperti honda, toyota, mercedes, bmw. Kereta-kereta ini memang terkenal dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Dalam masa yang sama kereta-kereta yang ingin dijual mendapat ANCAP atau NCAA yang mana ratingnya 4 binttang dan ke atas.
- Gagalnya sistem pengangkutan di Malaysia. Janji sebelum ini nak buat transformasi untuk sistem pengangkutan di Malaysia. Malangnya, janji tinggal janji. Realitinya, rakyat Malaysia apabila berada dalam keadaan terdesak, barulah mereka memilih utuk menggunakan pengangkutan awam. Tidak seperti yang berlaku di negara-negara maju, pengangkutan awam menjadi pilihan utama rakyat di sana.
- Ini satu lagi. Isu jalanraya. Jalanraya di Malaysia selalu sahaja “under contruction”, sehinggakan jalan raya hari ini sudah jadi bertingkat-tingkat. Ini juga menyumbang kepada kadar kemalangan seterusnya bilangan kematian jalanraya di Malaysia
- Sekali lagi, ada nak tambah sikit berkenaan, kereta tempatan dan jenis CKD yang patut menggunakan standard global spesifikasi. TOP GEAR contohnya selalu sahaja kutuk kereta Malaysia. Sedangkan kereta paling murah di dunia, TATA Nano buatan India pun dapat rate 5 lulus dalam ujian Euro NCAP. Ambillah iktibar
- 70% kemalangan maut di Malaysia sepanjang tahun adalah membabitkan penunggang motosikal seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia pada 1 Mac 2010 melibatkan mat rempit ataupun menunggang secara berbahaya serta juga tidak menggunakan topi keledar yang mendapat kelulusan SIRIM
- Walaubagaimanapun, Kejayaan KTM membuka laluan ETS Seremban-Kl-Ipoh adalah satu langkah yang bagus, dan sepatutnya diperluaskan laluannya ke bandar-bandar seluruh semenanjung. Tidak lupa di Sabah dan Sarawak.
- Akhir sekali, buatlah macam-macam perubahan sekalipun jikalau pemikiran dan kesedaran dikalangan pengguna jalanraya di Malaysia terutamanya tidak berubah, tidak guna juga.




{ 24 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Should we be proud??? huhu….Jangan beli kereta tempatan yang hampeh
Dulu org xnak beli keta Jepun sebab org ckp body buat dgn tin milo,tak selamat,nak kereta Mat Salleh, habis sekrg apasal beli kereta nasional yg bodi mcm soft boad,kalau accident hancur mcm sambal belacan, sebab murahlah boleh jimat duit tapi nyawa tak jimat tak pulak ambik kira, so apadah jadi dgn komen pasal kereta jepun zaman dulu?
Malas dah nak komen pasal harga kete nasional dgn harga kete luar… penat dah.. sape yg nak dgr..??
Rakyat takde pilihan dah.. setakat gaji bersih 3k sebulan ke bwh, toksah berangan nak pakai kete lua…
Itulah realitinya… Harga kete nasional pun yg mana kualiti baik sket dah 55k ke atas… so? malas nak komen panjang2, ckap byk pun kete tak turun pun harga….
Petrol murah dibandingkan dgn thailand? Kereta taknak bandingkan dgn thailand?
cuma nak tambah senarai faktor tuan rumah tu,
perangai pemandu & pengguna jalan raya sgt beza dgn org luar
peraturan ada, tp tak dilaksanakan dgn berkesan penguatkuasaan ala kadar je
tiada inisiatif kerajaan nak tetapkan piawai kenderaan yg boleh digunapakai
sekian
dah tau kete nasional x berkualiti jgn la bwk laju2
bwk jek mkn angin buat round2 kat area umah
opsss lupe nk ckp, dh kemampuan takat pkai kete nasional so… beli jek la yg gitu… nk buat camne
walau apapn jenis kereta… punca utama kemalangan ialah sikap pemandu… habis cerita…!!
….jangan salahkan kereta. sikap pemandu yang tak mahu membaiki diri…itulah punca…
Betul tu.. sikap pemandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan…. Dah pelbagai kempen keselamatan di jalankan, tapi kalau pemandu buat sikap tak peduli tak guna juga….
GARIS PANDUAN, KERAJAAN DAH SEDIAKAN…USAHA KERAJAAN PUN LEBIH DARIPADA CUKUP………………….
INI GAMBARAN RAMAI RAKYAT MALAYSIA KURANG DISIPLIN DALAM PELBAGAI SEGI…PERLU DIPERBAIKI DISIPLIN JAK..HABIS CERITA!
tapi klu tgk keadaan jalan d negara kita ni pun bleh tahan jgk…jgn salahkn pemandu mahupun kereta pe yg d guna,tp tgk sndiri keadaan jalan raya d negara tercinta ni..alangkan highway MEX pn klu hujan dah huru hara…hahahaha…sendiri mau pikir :tembak
Betul, sikap pemandu…Tapi Percentage accident bagi kereta nasional almost 99%
btol2..g r nane..klau on d way blk kg tu, korg tgk ler kreta2 yg tebalik,eksiden,tersenget kat hiway tu, sume pun kreta nasional..takkan r sume yg driver2 yang kaki pecut nie pakai kreta nasional jek..yg pakai honda,toyota,suzuki tu x pecut ke?
kadang2 bkn sikap pemandu je yg kene ambil kire,kreta yg digunakan pun kne tgk gak..klau nk blk jb ke kl,pastu nek kelisa, xpun myvi, xpun proton blm tu..bkn r xbagos, tp kurang selesa.. bila xslesa, kita akan penat dan kosentrasi kite akan terganggu, dan berlakula eksiden..
tu satu hal..ade yg perangai cam len lak..bile nk jln jauh,pastu naik kreta yg xberape nk selesa, keje dye nk tekan je minyak tu..yela, nk cepat smpai,sebab xnk sakit pinggang..tp kreta mesia nie,bile bwk laju tu la die.. break xbape nk abs.. airbag lak bole pilih..klau syg nyawe kuar la duit lebih sket..kalau x syg nyawe bli je yg xde airbag..
tension beb bwk kreta mesia nie..bwk 100km/h je..tp bunyik angin dengar, bunyik tayar dengar,tu belom campor bunyik dashboard g..klau takat g bli okok xpe r..nie klau g kl – jb??xbingit telinge??
bile kite ckp mcm nie,nnt org kate kite xsedar diri..”da tu yg mampu,pakai yang tu jela.”mmg ler yg tu je yg kite mampu, tp 50k bkn sket..contoh ler, honda civic 1.8 tu mahal sket je dr myvi sblm tax..kat cni kite bkn nk cite pasal tax r…kang da mcm wat thesis r lak..tp nk crite kualiti..
apsal honda bole wat kreta yg kualitinye 2X lg bagos tp harga lebih kurang ngn kereta kita??diorang pun bisnes gak,nk untung gak..da tu kite nie pembeli dan pengguna tak macam kene tipu lak..mcm mkn nasik goreng kat kedai mat ade sayur ngn nasik jek..kat kedai abu lak nasik goreng dye sayur, ayam, sotong, udang, daging bagai.. TETAPI, harga dua2 kedai same jek 5ringgit..
korang pikir2 kan la…
yela..bkn kite tak nak sokong kreta nasional ni. tp mahal sgt kalau nk dibandingkan dgn kualitinya.. kualiti rendah, harga pun rendah la.. klau tak rendah kan tax kereta import, time tu barulah mereka2 ni menggagau rendahkan harga atau naikkan kualiti kereta mereka.. hahaha!!! :ketawa
…rasanya banyak kereta nasional yang kt jalanraya adalah secondhand. pembelinya dr yang kurang kemampuan…kurang mampu tu biasala….tp jagalah sikap…jangan nk speed macam kereta mewah (tu rezeki depa)…untuk keselamatan, jangan rasa malu atau tercabar dengan kereta yang lebih laju.. kita bawak kereta kecil, perlahanlah… jeling2lah anak isteri kt belakang. pikir keselamatan semua dari nk pikir ego kita sorang yang kononnya akupun oleh laju…maksudnya tk boleh salahkan kereta 100%. pemandu yang baik akan mengambil kira keadaan kereta dan disesuaikan dengan kelajuan…
Kerajaan UMNU buduh…………….
hy
sy kurang pasti jika kita patut salahkan kenderaan. coz kenderaan hanyalah alat yg digunakan. pemandu adalah kapten bg kenderaan. tanggungjawab kapten utk memastikan kenderaan itu berada dlm keadaan yg baik.
sy pasti, jurutera proton melakukan yg terbaik. coz subcon bg proton sering dihadapkan dgn pelbagai respon dari jurutera QA proton dlm meeting.
jika salahkan kenderaan, maka princess diana pun tak mungkin mengalami kemalangan bukan? sehingga hari ini kesan merc fully custom dgn pelbagai tech yg diiktiraf bg ciri keselamatan masih lg di bwh terowong jambatan di paris.
bg sy, pendapat kereta nasional tidak bagus bukan untuk artikel ini. kerana, semasa sy di uk dan jepun, pemandu mereka amat berhemah. jepun dan uk, mempunyai tech yg bagus dlm kenderaan. tech ini diguna di atas track yg sepatutnya. hanya segelintir yg mungkin abuse dan membawa kpd kemalangan.
selagi rakyat msia tidak melihat apa erti berhemah dan sabar serta bertolak ansur di atas jalan raya tak mungkin kemalangan boleh dikurangkan! pakailah kereta apa pun sama juga….
itu tahun lepas punya,bagi tahun 2010 ada penurunan,
kadang2 kemalangan disebabkan oleh lori dan bas…cuba tengok bas yang dipandu pd waktu malam..agak2 brp kelajuannya..yg di siang hari pun tak kurang jugak..walaupun tak semua tp kebanyakannya macam tu lah..
jgn salahkan sistem sgt… kdg2 kereta malaysia, jalan malaysia, apa2 yg boleh jd faktor 2 x blh disalahkan… cb pandang diri sendiri!!! MASING2… konon nak salahkan KERAJAAN… bukan main mcm nak mampos kerajaan buat OPS…
.
.
.
pas2 adew lg pemandu yg nak guna lane kecemasan… speed memBABUN buta… pas2 eksiden… salahkan lain…
.
.
.
komen nie pandangan saya… tak kira kereta, motor, lori… ape2 je larr… mana goyangnya pokok kalau x ada angin!!!
keta pun satu….jln pun satu….kdg2 bila benda dah berlaku dekat btg hidung sendiri…ada kebenarannya tau…mcm kes aku…dlm bln puasa ni keluarga aku accident dkt kaw bukit yg berselekoh…keluarga aku pakai keta tmpatan aje…tup2 kena langgar oleh keta toyota hilux dari arah bertentangan yg hilang kawalan dan menghempap keta keluarga aku…kesian keluarga aku…kakak aku patah tengkuk dan skrg mcam org dah separuh lumpuh…keluarga aku yg lain cedera…berjahit sana-sini….tapi yg bestnya..pemandu dan penumpang dlm toyota hilux tu tak ada apa2 kecederaan pun…keta keluarga aku….confirmlah remuk….mmg tak blh pakai lagi pun. Kiranya keluarga aku jadi mangsalah…sdgkan dah baik2 bawa keta…mcm mana tu…nak kata keta…iya jugak…nak kata jln …iya jugak….nak kata sikap pemandu…pun iya jugak.
Bawak kenderaan (Keta ,Lori,Bas,Moto…) mcm Hantu bila accident salahkan Hantu…salahkan kenderaan …salahkan Kualiti….X plak salahkan DIRI SENDIRI..bagi yg masih hidup la….Kenderaan tu X ada AKAL…manusia plak X mau guna akal. Kat IRAQ keta KEBAL pun hancur terlanggar piuk api…sapa salah? keta kebal salah atau pemandu yg salah? keta kebal X ada akal..yg ada akal pemandu tu..Sooooo..gunakan akal pada tempat & waktu yg betul. Kalau X jadi lah orang yg X betul….Salah kan orang itu lah …sat lagi salah kan kenderaan lah…..X de kualiti lah……sabenar nya kita yg X de kualiti .
0oo..princess diana x selamat nek keta luar ek???yg 2,bwu 1 jer case..tpi kt mlsia dh brlonggok case accident n kreta nasional nie…2 faktor utama…fine pemandu is a capten…take it easy..bygkn sorang pilot yg hebat nk mampos,bwak kpal trbang buat dri cadboard..rse2 slamat x nyawa dia n kapal trbang cardb0ard 2??msti x kn..so sma la dgn kereta..kapten dok kt dlm..ibarat otak..yg kawal semuanya..tpi kereta ibarat badan msti kna kuat..tahan dri apa2 kcederaan.mcm kita klau marah kt org kita hentam badan dy bukan nya otak dy..kn??jdi yg nk kna kuat adalah body dy..bkn otak dy…sye bantah pemandu faktor kemalangan..
bukan apa,malaysian nie bkan buruk sgt attitude..tol x??klu truk sgt x kn kita bley hidup aman smpi skunk tol x??mkna nya,malaysians still have brains to think about polite..
btol2..a’a kn…sume leh jdi faktor..2 lamnusia mrancang je kn..
..BERBANGGA LAH DENGAN BARANG BUATAN MALAYSIA..