BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Naik) Kadar Faedah Pinjaman Kereta!!

by Staff Berita Semasa on June 3, 2010

in Berita Ekonomi

Musykil juga saya apabila kadar faedah pinjaman kereta Nasional lebih tinggi daripada kereta import. Boleh saya tahu apa rasionalnya? Adakah kereta Nasional lebih baik kualitinya berbanding kereta import?

KADAR faedah pinjaman sewa beli kenderaan akan dinaikkan antara 0.1 peratus dan 0.25 peratus berkuat kuasa Isnin ini sejajar kenaikan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia. Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kenaikan itu oleh bank tempatan baru-baru ini. “Berkuat kuasa 7 Jun, kadar faedah pinjaman sewa beli bagi kereta nasional baru dinaikkan 0.1 peratus, manakala bagi kereta bukan nasional baru pula, dinaikkan pada kadar 0.25 peratus.

“Secara umumnya, bagi pinjaman sewa beli kereta nasional baru bagi tempoh sembilan tahun kadarnya akan dinaikkan kepada 4.1 peratus; tujuh tahun kepada kepada 4.0 peratus dan lima tahun kepada 3.85 peratus. “Bagi kereta bukan nasional, bagi sewa beli dengan tempoh sembilan tahun, kadarnya dinaikkan kepada 3.85 peratus; tujuh tahun kepada 3.75 peratus dan lima tahun kepada 3.5 peratus,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Bank Negara Malaysia 13 Mei lalu, menaikkan OPR, iaitu penanda aras yang digunakan bank tempatan untuk menentukan kadar faedah masing-masing, sebanyak 0.25 peratus kepada 2.5 peratus dalam usaha menaikkan kembali kadar faedah ke paras wajar selepas penurunan drastik dibuatnya tahun lalu bagi menampan kesan krisis kewangan global. Aishah menegaskan, kadar faedah pinjaman sewa beli baru itu akan merapatkan jurang antara kadar yang dikenakan ke atas kereta nasional baru dengan kereta bukan keluaran tempatan yang ketika ini adalah lebih rendah.

Beliau turut melahirkan keyakinan kenaikan itu dijangka tidak menjejaskan jualan kenderaan kerana ia adalah kecil. Justeru, katanya, MAA tidak akan menyemak semula unjuran jualan keseluruhan kenderaan bagi tahun ini sebanyak 550,000 unit. Tahun lalu, jumlah jualan kenderaan di negara ini adalah sebanyak 536,905 unit.

Jumlah jualan kenderaan dalam tempoh kira-kira lima bulan tahun ini pula adalah lebih 196,000 unit, lebih tinggi berbanding jualan dalam tempoh sama tahun lalu iaitu kira-kira 162,000 unit. Perkara sama turut dipersetujui firma penyelidikan, HwangDBS Vickers Research Sdn Bhd. Mengikut firma itu, ia adalah kenaikan kecil dan tidak akan menjejaskan jualan kenderaan.

“Sebagai contoh, bagi kadar faedah pinjaman pinjaman sewa beli kereta nasional sebanyak RM100,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun, kenaikan itu akan membabitkan bayaran tambahan RM9 sebulan. “Bagi pinjaman untuk kereta bukan nasional dengan jumlah dan tempoh bayaran balik yang sama, bayaran tambahannya adalah RM20 sebulan,” katanya.

Mengenai kesannya kepada keuntungan bank, HwangDBS berkata, ia akan memberi manfaat kepada bank yang mempunyai pendedahan besar dalam perniagaan sewa beli seperti Public Bank yang menguasai 26 peratus pasaran, AMMB (21 peratus pasaran) dan Maybank (17 peratus pasaran). Berita Harian


{ 34 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 maui June 3, 2010 at 11:20 am

logiknya kenapa kadar faedah kereta nasional lbh tinggi sbb, rata2, rakyat malaysia hanya mampu utk beli kereta nasional. maka bank mencari keuntungan di situ.. selain mberi alasan harga jual balik kereta nasional sgt la rendah..
kini, keadaan semakin berubah di mana rakyat malaysia sudah mula mampu membeli kereta import (honda, toyota).. trend ni bank dh kenalpasti.. sbb tu kadar faedah yg dinaikkan semakin tinggi.. maka.. rakyat x mampu pakai (proton, perodua) % masih tinggi… rakyat yg br berkemampuan skit (honda. toyota) kene perah lg dgn bank.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 JAZLAN June 3, 2010 at 11:37 am

NAIK LAGI???? APELAH NAK JADI NIE..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 beejan June 3, 2010 at 1:49 pm

peerghh… nasib baik laa aku pakai kereta kerajaan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 gu007 June 3, 2010 at 2:38 pm

di malaysia yg trcinta ini semua benda mesti naik ada satu saje yg akan turun ‘air hujan’

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 tech June 3, 2010 at 5:48 pm

Lepas ni apa lagi trick diorang nak dapatkan duit dari poket kita lagi…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 bee- n June 3, 2010 at 9:33 pm
7 jebon June 3, 2010 at 10:13 pm

nampak nya tak mampu la aku nak beli kereta baru dengan kadar faedah yang tinggi ni…lupakan la… :tembak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 amin June 4, 2010 at 12:10 am

asyik naik jer kite nasional ni…gile ke aper..bayangkan kereta gen 2 yg baru di modified atau upgrade..harga die dh hampir 60k..mmg aku x beli la kete malaysia ni..hampeh tol..mahal sangat compare dari kualiti die..mcm taik.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 w**519 June 4, 2010 at 8:31 am

salam. hak dan perlindungan pengguna tidak diambil kira. persatuan pengguna semua akan setuju apa saja kerajaan naikkan. batal subsidi pun setuju. persatuan pengguna apa macam tu? sedih sebab dengan harga kereta mahal, lagi ramai terpaksa naik motor. bawa anak bini naik motor. berjudi nyawa dan keselamatan sebab polisi naik harga, naik kos pinjaman. akhirnya rakyat juga susah. saya sedih tengok anak-anak kecil naik motor. hari tu ada saya nampak dia tertidur belakang ayah semasa membonceng balik sekolah. nasib baik masa stop traffic light. saya pelawa hantar saja setiap hari termampu. kesian sungguh nasib kita.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Thomas BB February 10, 2012 at 10:13 am

Syabas dengan sifat keprihatinan saudara. Saya pun selalu juga tengok sampai empat sekeluarga naik moto……amat sedih dan bimbang dengan keselamatan mereka.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Joe June 5, 2010 at 3:35 am

Aku masa kat Munich, National Car diorang murah. BMW and Merc lagi, Siap buat public cab lagi. aku tak kesah dia tarik subsidi, but can they reduce Proton car kepada standard harga yang sepatutnye. contoh nye Waja 60k, boleh tak Proton bagi 35k++. Dekat Riyardh Full spec Waja baru 35k++. kat Malaysia mahal. Hujan emas di negeri org, hujan bala dinegeri sendiri. Baik pergi hujan emas.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 PAPE JE June 7, 2010 at 12:26 am

cm ni ker rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. :gelak :gelak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Bee Hand April 26, 2012 at 12:04 pm

Itu lah konsep pemerintahan “Timbangan”…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 chombie June 18, 2010 at 9:33 am

semuanya mau naik.gaji tak naik2.kakitangan kerajaan semua mau naik .kami yg disektor swasta tak ad pun yg nak bela nasib naik gaji.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 neves June 18, 2010 at 11:23 am

dah 2 kerja la kerejaan,,baru dapt subsidi…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 AZMAN July 5, 2010 at 4:49 pm

biasa laa .. diorang mana pernah hidup susah.. nawaitu pun tak betul dah.. first kocek must full, second thing harta laa almaklumlah diorang x kan matinyer..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 haina November 28, 2010 at 9:49 pm

salam..haiz..sy pon pning la..bru pas grad ni..nak bli kete..tp nye mahal je sume..klu pakej grad tu,10 tahun..lme sgt..klu amik myvi SE..rm600+ sbulan..haiz..mahal jgak tu 600+ sbulan.lg2 untuk 10 thn..n klu amik pakej bese,agen bagi 4.25% kadar faedah utk 9 thn..aiyox..x tggi ke 4.25 tu…bg sy tggi la..ssh la nak bli kete m’sia..kwn sy duk mesir,dia ckp kete sane honda, toyota lg murah la dr harga kete m’sia yg d jual d m’sia..huhu.tp,kete m’sia x laku sgt kat sne..huhu..patot nye kerajaan cri jalan utk galakkan rakyat malaysia pakai barangan malaysia..n also kereta buatan malaysia..sme2 la menaikkan taraf hidup n kemampuan rakyat..bru la moden gtu..sume mampu berkereta…huhu

slm

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Marley April 25, 2013 at 7:16 pm

hah…bijak pun kamu memikirkan. :) so? pilihanraya ke-13 ni nak pilih sape yer? :P

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 mcknor April 16, 2011 at 9:27 am

aku berpendapat kita yg semua kena giatkn usaha menuakr kerajaan….
diorg naikkan semua menda coz nak tampung kroni & rasuah pilhan raya..
diorg just pikir gologn yg memeg dah untung bertahun-tahun… rugi sikit beban kan rakyat marhaen nie…ada pilihan raya duit rakyat berjuta dihabiskan…
“doa senjata org yg dizalimi” sama-sama lah kita berdoa bee end jatuh tersungkur…..tangkap semua pemberi n penerima rasuah minta diorg byar balik duiot rakyat yg digunakan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Wafa April 21, 2011 at 10:20 pm

lau x mampu jgn bli, ukur bju bdn sendiri , kt layak pkai apa je, naik pun 0.1 bknnya 1. lau nak untun g bli kete cash , simpan ckit2 lama jd bukit , ni gaji bru 1500 nak pkai pesona atau myvi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 Wafa April 21, 2011 at 11:53 pm

mcknor:
aku berpendapat kita yg semua kena giatkn usaha menuakr kerajaan….
diorg naikkan semua menda coz nak tampung kroni & rasuah pilhan raya..
diorg just pikir gologn yg memeg dah untung bertahun-tahun… rugi sikit beban kan rakyat marhaen nie…ada pilihan raya duit rakyat berjuta dihabiskan…
“doa senjata org yg dizalimi” sama-sama lah kita berdoa bee end jatuh tersungkur…..tangkap semua pemberi n penerima rasuah minta diorg byar balik duiot rakyat yg digunakan..

stakat naik 0.1 smpai nak jtuh kan kerajaan , apa punya mentaliti la ko ni . yg untung bank , bla bank untung pekerja dpat bonus . n pendapatan kerajaan dpt dtgkatkan. 1 je jln penyelesain jgn bli kete , bli moto je , lg 1 kad kredit tu yg bunga 18% pun ramai jgk yg pkai smpai muflis. pasal rasuah tu , x de modal lain ke , semua yg kerajaan wat semuanya rasuah, lau btl lau semua rasuah dah lama lingkup dah negara ni. hany segilintir je

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 asasi May 17, 2011 at 1:52 am

Wafa: stakat naik 0.1 smpai nak jtuh kan kerajaan , apa punya mentaliti la ko ni . yg untung bank , bla bank untung pekerja dpat bonus. n pendapatan kerajaan dpt dtgkatkan. 1 je jln penyelesain jgn bli kete , bli moto je , lg 1 kad kredit tu yg bunga 18% pun ramai jgk yg pkai smpai muflis. pasal rasuah tu , x de modal lain ke , semua yg kerajaan wat semuanya rasuah, lau btl lau semua rasuah dah lama lingkup dah negara ni. hany segilintir je

ko ni bias sgt..nmpk sgt pro gov.. aku neutral sket.. aku rasa, apa salahnya tukar kerajaan utk sepenggal..probation..rasa sket perubahan tampuk kerajaan.. kalo cam hampeh, tukar la smula..kuasa di tgn rakyat.. lg1, ko ada persamaan dgn isa samad..dia pn ckp cam ko psl rasuah..mmg mentaliti kbykn golongan akhir zaman mcm korg ni kot, meringankan perkara mungkar seperti ianya perkara biasa..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 melayu tulen June 26, 2011 at 4:35 pm

heloo cik wafaa, jgn jdi lembu…tarik kanan ke kanan…tarik kiri ke kiri..cara u ckp tu cara org yg dah senang lenang..u ni keje gov ke? kalau btul no wonder la..kalu u keje swasta u mesti merasai ape yg kami rasa. bukan soal ukur baju sendiri ! ini soal baju sendiri pon org control nak beli itu ini! u tak penah tgal di luar malaysia u tak tahu kuasa pengguna di negara lain..di malaysia kuasa pengguna tersekat sbb badan berkanun tu pon tali barut gov..US, UK kalu rakyat die nk beli kete tu mcm beli bawang je kt pasar..kalau gaji kt malaysia ni RM2k ape yg mampu beli? myvi? persona? klau di luar dah boleh pakai honda or toyota…ni bukan pasal xnak ukur baju sendiri tp hak gaji tu rakyat yg punya bukan gov senang2 nak control ape yg rakyat mampu pakai..bukak la mata ngn otak tu…
>>>perjuangkan AFTA !!!! rakyat bebas cukai dagangan!!!

Wafa:
lau x mampu jgn bli, ukur bju bdn sendiri , kt layak pkai apa je, naik pun 0.1 bknnya 1. lau nak untun g bli kete cash , simpan ckit2 lama jd bukit , ni gaji bru 1500 nak pkai pesona atau myvi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 Bee Hand April 26, 2012 at 12:02 pm

Itu lah konsep kerajaan Bee Hand kawan!
Bodoh lah siapa yang undi Bee Hand lagi..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 jejai September 29, 2011 at 10:30 am

betoi ckp wafa tu..baru naik 0.1% dah nak gadaikan negara…nak parti yang sokong komunis yang memerintah negara ni. apa la mentaliti korang ni. dah tau gaji tak cukup, takyah la berangan2 nak pakai kereta mahal2. simpan la duit sikit2 pastu beli keta cash. pastu maintan je keta tu. jgn la lenjan kereta tu jadi mcm kereta lembu lak.jaga la elok2..tak semestinya kereta murah kualiti tak ok..aku ni pakai keta 2nd hand je.beli tak sampai 7k..pastu aku maintain servis n buat apa yang patut. sampai sekarang kereta tu elok lagi. memang la tak se-selesa kereta baru. tapi tu la..bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 innocence January 5, 2012 at 4:03 pm

kalau kat luar negara….
harga honda sm harga dengan viva je…
apa leh buat kerajaan cas cukai sampai 200-300% dengan rakyat sendiri.
biaselah.. rakyat didahulukan negara diutamakan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 Bee Hand April 26, 2012 at 11:59 am

salah tu…rakyat dibelakangkan…poket menteri2 kita didahulukan…Kroni orang AP lah tu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 deen February 3, 2012 at 9:38 am

beli kete sorong je le gamaknye..=P

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 CT IDA March 4, 2012 at 8:39 pm

SYARAT2 PEMBELI DH LULUS, TP SYARAT UTK PENJAMIN PLAK X LULUS.. SSH SGT NK BELI KERETA. NK JD PENJAMIN PUN KNE ADE SYARAT2, LECEH BETUL.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 Bee Hand April 26, 2012 at 11:56 am

ini lah jadi nya kalau undi bee hand kwn…kalau diurang menang lagi pru13 ni..lagi lah menjadi-jadi tingginya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 Sasa November 19, 2012 at 1:00 pm

Wah hebat bener remote saampi jam 2 pagi. Bener-bener full service buat client. Padahal cuma beli kitab RT/RW net. Terima kasih buat team jaylangkung. Jaya terus

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 duan March 7, 2012 at 4:36 pm

Kalau tak suka dgn cara kerajaan skrg mentadbir, gunakan hak anda sbg pengundi, tukar tampuk pemerintahaan. Kalau suka dgn cara kerajaan skrg, gunakan hak anda sbg pengundi, kekalkan mereka. Jangan cakap je, tapi tak gunakan kuasa anda bila tiba hari mengundi. Kalau tak suka dgn cara proton/perodua berniaga, gunakan hak anda sbg pengguna, JGN beli barangan mereka. Beli kereta import 2nd hand yg sama nulai dgn keta nasional baru. Ajak kengkawan dan sedara-mara berfikir cara begini. Mudah2an akan ada perubahan. Yang penting, BUAT! JGN CAKAP

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 Bee Hand April 26, 2012 at 11:58 am

minta duit sikit…nak buat downpayment buli ka kawan?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 joseph June 3, 2012 at 6:50 pm

makin lama, semua benda naik! aper la!!
kalo betul nk rapatkan jurang antara kereta nasional dan kereta import, turunkan saja yang tinggi tu, jgn la naikkan benda yg mmg dh tinggi.
>>>ceh.. org yg gubal dasar ni cakap sedap la.. gaji die bnyk,
x heran la.. cuba la fikir nasib rakyat yg pendapatan bwh 1500k ni, x kesian ke kt kami ni?
diorg ni selfish!!! x guna. elok singkir je org cmni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: