Kalau diikutkan keadaan ekonomi sekarang ini masih lagi munasabah. Cuma yang menjadi persoalannya sampai bila kadar dividen ASW akan berada dalam lingkungan ini? Mungkin ia disebabkan juga mereka mengambil kira pertambahan pelabur disebabkan kebanyakannya sekarang sudah celik untuk mengambil peluang yang dibuka oleh PNB…Walauapapun, kadar dividen ASW 2010 mencacatkan kenaikan sebanyak 0.05 sen berbanding tahun 2009..
KUALA LUMPUR 9 Ogos – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.35 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2010 berbanding 6.30 sen seunit tahun sebelumnya.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM777.53 juta, yang meningkat 32.30 peratus berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya, yang berjumlah RM587.70 juta. ” Pengagihan pendapatan ini akan dimanfaatkan oleh 892,825 pemegang unit yang telah melanggan 13.1 bilion unit ASW 2020” katanya pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan ASW 2020 di sini hari ini.
“Dalam tempoh 11 bulan sehingga 6 Ogos, 2010, dana ASW 2020 telah berjaya menarik 20,226 pemegang akaun baru, sementara jumlah unit pelaburan baru bersih telah meningkat sebanyak 2.09 bilion unit atau 18.98 peratus,” katanya.
Sehingga 6 Ogos, 2010, ASW 2020 telah memperolehi pendapatan kasar berjumlah RM887.05 juta. – Bernama
Kalau mahu dibandingkan dengan Bank Rakyat punya kadar dividen iaitu 15% setahun manakala koperasi askar, lebih 10% setahun, jauh panggang daripada api dibanding dengan Amanah Saham Wawasan. Mereka bilangan pelabur pun tak seramai berbanding pelabur PNB. Dahulu Bank Rakyat setaraf Bank Simpanan Nasional sahaja. Tiada yang nak pandang atau jeling sekalipun terhadap Bank Rakyat, hari ini bila ramai yang penuh poket dek kerana pulangan yang diberikan Bank Rakyat, ramai yang melopong.
“Biar sekali melopong, jangan melopong kali kedua”
Kalau diikutkan ranking kadar dividen yang “ada” di Malaysia, susunannya adalah seperti di bawah :
- Skim cepat kaya – +/- 300% setahun (Orang Malaysia ramai yang masuk dan ramai nak cepat kaya. Akhirnya?)
- Unit trust – 20% setahun
- Bank Rakyat – 15 setahun
- Koperasi > 10% setahun
- ASW, ASM, ASB, ASN – 5-7% setahun
- Tabung Haji – 5% setahun
- EPF – 4.5% setahun
- FD 3%-4% setahun
- Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) – 4% setaun
- Simpanan Akaun Biasa – 2% setahun
ASM ini sifatnya umum, ASW 2020 ni boleh dikatakan sebagai agenda PNB semasa zaman-zaman Tun dr. Mathathir melancarkan Wawasan 2020. Untuk Amanah Saham Bumiputra, orang Cina, India dan bukan bumiputra yang lain memang tiada peluang nak masuk, jadi apabila sebahagian kuota ASW ini diberikan dibuka kepada mereka berebut-berebut mereka nak beli.
Kalau sampai orang bukan bumiputra terutamnya orang cina berebut-rebut nak beli, kita boleh tau benda itu bagus atau tak. Ini bukan soal bangsa /perkauman/hasad dengki yang saya nak tekankan di sini, tetapi lebih kepada golongan BIJAK MEREBUT PELUANG yang sepatutnya golongan bumiputra contohi. Contohnya berapa peratus sahaja yang membeli Amanah Saham Malaysia (ASM)? Untuk ASW adalah peningkatan sedikit Itupun selepas diberikan kemudahan pelaburan melalui EPF.
Kalau tidak? Yang ada ASB khas untuk bumiputra sahaja pun, bumiputra susah nak simpan apatah lagi nak penuhkan had maksimumnya Kalau non bumi, bukan setakat satu atau dua orang kalau boleh anak-anak mereka sekali dia masukkan. Ingat dulu kuota yang dibuka untuk ASW kepada non bumi, dalam tempoh kurang daripada 2 jam, habis semula unit dibeli oleh non bumi.
Kadar Dividen ASW 2010
- Tahun 2000 – 8.80%
- Tahun 2001 – 7.25%
- Tahun 2002 – 7.25%
- Tahun 2003 – 6.60%
- Tahun 2004 – 7.00%
- Tahun 2005 – 7.10%
- Tahun 2006 – 6.80%
- Tahun 2007 – 8.00%
- Tahun 2008 – 7.00%
- Tahun 2008 – 6.30%
- Tahun 2010 – 6.35%
Ramai kalangan bumiputra yang masih tidak nampak lagi. Memang nampak sikit dividen yang diberikan oleh PNB tetapi kita perlu ingat seunit saham yang dibeli adalah bersamaan dengan yang dijual iaitu RM1 bermakna modal kita sentiasa terjamin.
Matlamat PNB dengan pembuka dana-dana seperti ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia melabur dalam unit amanah seperti ASW ini, yang mana merupakan terbitan kerajaan yang berisiko sangat rendah dan kadar dividennya sangat tinggi berbanding bank-bank di Malaysia.
Unit-unit amanah dari bank-bank lain harga dia turun naik, jadi tidak dijamin risikonya. Sehinggakan PNB pernah menegur suatu ketika dahulu melalui Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman yang kecewa kerana kuota yang disediakan untuk bumiputra lambat nak terjual berbanding bukan bumiputra, kuota yang diberikan kepada mereka sangat cepat habis terjual.
Kadang-kadang ada kita terfikir tak kenapa apabila PNB buka pintu kepada bukan bumiputra dahulu ramai Cina terutamanya yang cepat mengambil peluang? Sehingga habis dibolot mereka. Walaupun terus terang dikatakan kadar dividen yang diberikan PNB agak kecil tetapi ia tetap dikejar oleh mereka. Kenapa?
Apa yang non Bumiputa buat sekarang selepas diberikan peluang untuk membeli sebahagian unit daripada ASW contohnya? Selain bermakna modal dan pulangan mereka sentiasa terjamin, mereka mahu penuhkan dahulu kouta simpanan di ASW, kemudian dividen yang mereka perolehi akan dilaburkan di Unit Trust yang lain. Jadi jikalau gawat, Unit Trust merudum sekurang-kurang mereka tidak “melatah” tetapi jikalau pelaburan Unit Trust mereka membuahkan hasil, mereka berjaya perolehi pulangan berlipat kali ganda.
“Pokoknya, simpanan major di ASB mestilah kena utuh”
Lain pula ada kalangan daripada kita yang jenis nak cepat kaya, terus melompat ke tangga “teratas dividen di Malaysia” sedangkan tidak berkemampuan dan tidak “bersedia”. iaitu dengan menyertai Skim Cepat Kaya Siap buat loan semata-mata mahu menyertainya. Sedarlah, tiada benda mudah di dunia ini.
P/S : Artikel ini bukan bersikap rasis (kami kena beritahu awal-awal takut disalah anggap nanti) tetapi lebih kepada mengajak sesetengah Bumiputra yang masih belum mengambil peluang untuk “MENGAMBIL PELUANG”




{ 4 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
ya saya sgt setuju dgn kenyataan di atas!!
Salam…
Bukan kenaikan 5 sen tetapi 0.05 sen JERK… Huhu
kadar brapa yang kita buat pinjaman dan laburkan sebaik2nya?
bila PNB nk bg 12% ni der..