Ini dinamakan teknik serampang dua mata. Kadar caruman KWSP yang baru melibatkan majikan dalam pada masa yang sama simpanan persaraan akan turut bertambah. Akhirnya, kantung KWSP akan terus meningkat & “sihat” semula.
Antara isi-isi penting yang perlu anda ketahui dengan dasar baru (Kadar Caruman 2012) ini adalah :
- Dengan dasar baru ini, 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP akan mendapat manfaatnya berdasarkan pengumuman Bajet 2012
- Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 turut sama mendapat manfaat apabila majikan anda diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.
- Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan sehingga RM5,000 sahaja yang terlibat untuk menerima kenaikan simpanan persaraan
- Kadar caruman KWSP pekerja, masih lagi kekal pada kadar 11 peratus. Tidak berubah.
- Tetapi…..kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa Januari 2012
- Kalau sebelum ini
- Sebab dasar ini dibuat kata KWSP adalah untuk membantu pesara yang tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua, kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia
Seperti yang kami katakan di atas tadi :
- 1 segi nampak kebaikan sebab masa pencen dapat duit banyak berbanding sebelumnya
- 1 sudut lain, semestinya nak penuhkan semula kantung EPF yang dah menyusut
Sekurang-kurangnya ada peningkatan simpanan di hari tua. Cuma dinasihatkan anda sebagai pekerja semak betul atau tidak syarikat potong KWSP . Sebab banyak kes yang kedengaran telah ditipu. Jadi hati-hati.



{ 30 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Good step, cuma epf kena uruskan dengan lebih efisien lagi…
eh kenapa pulak yang RM5,000 ke bawah je
abistu yang kami RM5,000 ke atas, tak de hak ker nak rasa kenaikan? kena potong cukai banyak gak tapi dasar tak sama? erm…
encik nazrien.. gaji encik pun klu dah melebihi 5000, kwsp encik mestilah banyak jgk ikut pada gaji.. cukup2 la tu.. bersyukur lah dengan apa yang ada.. jgn tamak.. bagi la kami yang miskin nie merasa plk pegang duit hari tua nanti.
perlu dilihat apakah kesan kepada keadaan semasa … apa yang matahati saya nampak adalah kebanyakkan majikan adalah dari sektor swasta dimana terlibat dengan perniagaan maka secara tak langsung kenaikan pada peratus majikan akan di masukkan kedalam kos pengeluaran yang mana akan melibatkan kenaikan kos pada harga barangan keluaran yang mana kita sebagai pengguna akhirnya akan menanggungnya.
pekerja kontrak atau CFS kat kementerian sumer takder caruman KWSP..tuh camno tuh???
Macam mana nak check sama ada syarikat betul2 potong masuk dalam EPF?
saya ada syarikat sendiri.mati la macam ni. tahun ni memang teruk sampai da kering duit kat bank.sekarang bisnes kurang masuk.kalau ada pun semua harga murah.semua nak compare dengan harga dari china.kalau ada masalah semua pekerja boleh report kat labour office.pihak syarikat nak report kat mane….
Betul tu,dlm hal majikan krjan pandang sebiji mata,sepatutnya perlu ada keadilan,apa diaorg ingat semua majikan kaya raya ke, dh la projek susah nk dpt, harga bunuh diri plak,barg mahal nk mampus,pekerja plak buat taik minyak, sebabtu la majikan lebih suka pada BN (Bangla Nepal, x pyah caruman epf.Jangan mare.
ni secara halus kerajaan nak amik duit rakyat melalui epf
jgn ada majikan yg tunjuk dlm payslip bg potongan 13%. bila pekerja check dekat kwsp. takde. majikan tak buat caruman pun. kena jd pekerja yg bijak. majikan lewat bayar caruman, kena buat bising kat HR.
supposed by 16th every month dah masuk kan duit epf.
dah nak pilihanraya biasalah
ambil sana, bagi sini
lepas diorang mng pilihanraya, tengoklah
nanti mcm mana diorang kerjakan rakyat
Kerajaan akur bahawa jumlah pengundi majoritinya berpendapatan < RM5000 sebulan. Sendiri mau ingatlah kan…
Sekiranya gaji RM4,999, maka bertambahlah caruman majikan 1% iaitu RM49.99 di dalam simpanan KWSP. Ada bbrpa alternatif yg lain juga bagi meningkatkan dana persaraan seperti pengeluaran utk tujuan pelaburan.
Cuba kenalpasti saham amanah yg memberi pulangan lebih tinggi dari KWSP sendiri. Gunalah fasiliti akaun online i-kwsp bagi memantau caruman dan alternatif pengeluaran yg disediakan oleh KWSP secara elektronik. Jadilah pelabur yg bijak..
Saya teringat kata-kata Prof. Dr Hamdan suatu ketka dahulu ….”itu bukan duit mak bapak mereka”… itu duit para pekerja….
saya tertarik dengan isu ini dan saya ingin memberi pendapat sesungguhnya kwsp ini dia tidak akan rugi kalau diuruskan dengan betul kerana tiap tiap bulan pencarum membuat simpanan untuk hari tua tapi kenapa pembayaran diveden selalunya dibagi hanya 6 atau 7 peratus sahaja sedangkan amanah saham yang lain bolih bagi lebeh daripada itu ,ingatlah ini wang raayat jangan salah guna .
saya tengok,mereka semua yang bergaji besar pun,dah sangat bising.. ini kan pula mereka yang bergaji kecil seperti saya ne..kalau gaji setakat 3angka..dengan agenda baru begini..terasa yang kecil,lagi bertambah kecil. dah la semua benda serba mahal,dengan epf yang tinggi,bebanan hutang bulanan,nak menyimpan lagi,terasa makan pasir jer tiap-tiap hari..sedih betul
kerajaan akan membebankn peniaga.dengan suasana ekonomi yang leembab n semakin malap ini akan menjadikn peniaga2 gulung tikar,..dasar baru ini sangt menindas peniaga
ekonomi lembap, kos ovrhead bertambah, nak tampung kos, majikan akan naikkan harga barangan.
bila harga barangan naik, rakyat protest kat krjaan.
krjaan nak ambik hati rakyat, buat balik benda2 menekan majikan…
(ada seketika, kwsp kurangkan caruman, hasilnya majikan ada lebihan, dan kasi bonus pd pekerja, produktiviti jadi tinggi, sales tinggi, cukai byr kat krjaan pun tinggi, krjaan pun byk dpt income)
kenape tak boleh keluarkan duit epf dan masokkan separoh dalam saham yang sah dan boleh dapt dividen akhir tahun ,contoh nye unit trust,asb ke ,bolehlah jugak tambah pendaptan sebelom sampai masa nak tua , lagipon masa tua nanti berape sangatlah nilai duit kita tu,kebanyakkannye mesti masa tu barang semua dah naik
bukan senang nk memuaskan hati org semua..lau ko rang jd pm pn lum tentu leh memuaskn ati semua org….kite tolong yg nie yg tu merungut,,kite tolong tu yg nie merungut..pndpt aku…aku bersyukur dengan rezeki yg kite dpt..insyallah cukup…
caruman kwsp naik….. secara aotomatik semakin ramai yang akan cuba elak untuk mencarum…. tak kira dari sektor swasta atau kerajaan….. sukar nak cari organisasi yang betul-betul jaga kebajikan pekerja…. sudah ramai majikan yang menggunakan taktik “tersembuyi” bagi mengelakkan caruman dikenakan….. kadang-kala ada pekerja sanggup terperangkap dengan syarat dikenakan daripada kehilangan pekerjaan tersebut….. sesiapa pernah mengalami, pasti akan faham…..
syarikat tidak carum kwsp kpd perkerja-perkerja, ia hanya bagi wang secara tunai kepada perkerja-perkerja. ini adalah salah disisik undang0undang?
Aku pekerja swasta..gaji 3.5k ja,isteri ta kerja,anak 7 org,semua nya belajar..musim bantuan kerajaan sebanyak rm 500 dulu ta dapat langsung..apa kerajaan ingat gaji rm 3,500 tu cukup kah untuk menanggung semua ini.itu ta pa jika kerajaan ta akan memikir hal sebegini..Tapi EPF tu hak aku dan aku mahu juga keluar kan nya pada tahap umur 55 tahun,kerna pada waktu tu anak sulung ku baru mula ke era university dan perlu kan wang perbelanjaan..kerajaan sepatut nya membantu semua rakyat dan bukan pilih kasih..kasihani lah kami yang bekerja di sektor binaan kerna siap project entah bila baru dapat kerja lagi…
xdak duit jgn lah brnak byk!
KENAIKAN CARUMAN BARU KWSP ( MAJIKAN ) BERMULA JAN 2012….Setahu saya sejak January hingga sekarang ni ta pernah pun majikan ku buat caruman kenaikan tu???
Sya aishah nak bertanya boleh kah duit caruman kwsp di keluar kan sebelum umur 55 atas sebab tertentu dan kecemasan
Sy dh 10bln bkrje kt shoping mall..tetapi slama sy keje bos sy x ptg kwsp.,pd
tahun ni bln 1 sy bincng dgn bos sy dan dia janji dgn sy dye akn ptg kwsp,,selepas itu,,dia terus senyap dan xptg kwsp,,jd fmly sy marah kt sy dan sy ambil keputusan untuk bekerja di tempat lain..7etelah sy dpt keje di tempat lain sy membriiitahu kat bos sy bahawa sy nk bnti keje sbb sy dpt keje y ada ptngan kwsp..lepas drpd tu,,pd keesokn jga bos sy g isi borang utk membt kwsp.,tetapi mmg sy tak nafikan gaji sy naik tetapi syarat yang dia bg kt sy adalah seminggu hanya 2 hri shj sy kene bt ful,,jd bila diiktkn gji sy makin skit dan bkn makin bnyak,,jd ape patut ry bt,,???
marah benor orang dengan kadar 13%, tapi naikkan tang majikan je la..mana taknya…kami gaji murah..potong banyak…potong majikan punya laa..
Epf
x yah daa
pi rempit gi bagos!
juz want to ask whether d contribution increased as 13% for employer and 11% for employee?