Jenayah Kes Rogol di Malaysia Semakin Kronik. Punca?

by Staff Berita Semasa on November 12, 2009

in Keruntuhan Akhlak

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

rogol

Setiap hari mesti ada sahaja berita sensasi kes-kes rogol di Malaysia yang terpampang di dada-dada akhbar. Sudah semakin menjadi-menjadi saban hari, sehinggakan masyarakat hari ini sudah lali dengan berita-berita seperti ini. Apa sebabnya? Di bawah ini ada beberapa contohnya kejadian kes rogol terbaru yang telah di paparkan dalam akhbar berita harian.

Amah dakwa dirogol abang majikan
KUALA LUMPUR : Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa dirogol abang majikannya selepas dia menolak ajakan untuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu, baru-baru ini.
Sumber berkata, lelaki terbabit ‘meminjam’ pembantu rumah berusia 25 tahun itu daripada adiknya kononnya bagi membantu membuat persediaan kenduri di rumahnya pada 23 September lalu.  “Suspek berusia 40-an didakwa beberapa kali mengajak wanita itu mengadakan hubungan seks ketika dalam perjalanan dari rumah adiknya di Wangsa Maju ke rumahnya di Bangi.

Rogol anak, nikah emak
PETALING JAYA: Seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam, atas dua tuduhan merogol remaja berusia 15 tahun, 10 hari sebelum bernikah dengan ibu remaja berkenaan, lima tahun lalu. Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi tuduhan pertama manakala tuduhan kedua pula enam tahun ke atas Hamdan Ahadluddin, 49.

Duda rogol budak upah RM5 dihukum
KUANTAN: Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun dipenjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dengan memberinya upah RM5 hingga RM15 antara Mei tahun lalu hingga Oktober lalu. Tertuduh, Che Hassan Che Nawang, 61, dari Kampung Jaya Gading di sini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Dirogol dan dibunuh dengan kejam
BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita ditemui mati disyaki dirogol dan dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak berhampiran sungai Kampung Kuala Tasek, dekat sini, semalam. Mangsa yang dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an itu ditemui jam 3.30 petang oleh seorang pekebun dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan parah di kepala selain luka di kemaluan akibat dicucuk kayu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Dr Mohamad Shah Husin Shah, berkata siasatan awal polis mendapati, mangsa berkemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan semak berkenaan.

rogol3

Dan ini pula, tiga kes rogol di Malaysia yang boleh dikatakan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Antaranya :

Noor Suzaily Mukhtar, juruteknik komputer yang menemui maut dalam keadaan tragis selepas dirogol dan dibunuh kejam dalam sebuah bas ekspress di Klang, pada 7 Oktober 2000.

Tragedi yang melibatkan kes Nurin Jazlin turut mengembalikan memori pahit bagi Abdul Gani Juni, 54. Bapa kepada Nurul Huda Abdul Ghani, murid tahun empat Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah yang dirogol dan dibunuh dengan kejam di pondok pengawal Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru pada 17 Januari 2004 itu turut berduka cita dengan kematian Nurin Jazlin.

Yang pastinya kes melibat jenayah kes rogol di Malaysia ini tidak mengira mangsa. Daripada yang bertudung litup dan labuh, nenek, anak sendiri, anak tiri, sehinggalah kepada peringkat kanak-kanak pun mereka “sapu”. Gelaran apa yang boleh diberikan manusia yang bertopengkan binatang ini?

rogol4

Kita jangan bercerita soal untuk mencari penyelesaian sedangkan kita sendiri yang memberikan racun dan sekarang ini kita mencari pula ubat yang terbaik untuk mengubatinya. Kalau semalam, kita buka pusat bersosial dan anjurkan segala bentuk parti  dan memberikan kebenaran. Secara tidak langsung kita galakkan anak-anak muda dalam menyertai segala bentuk parti sosial supaya seiring dengan  negara maju. Kononnya.

Hari semalam kita ‘create’ Bangsar , kemudiannya kita ‘create’ pula Sri Hartamas. Sekarang ini kita sudah disogokkan dengan Mutiara Damansara seperti the Curve tempat di mana muda-mudi menunggang arak dan berfesyen macam nak bogel untuk bersosial atas nama ‘setaraf negara maju’.

Tetapi hari ini, pihak-pihak berkenaan termasuk kita semua bercakap soal gejala sosial yang semakin teruk dan ingin cuba mencari jalan penyelesaiannya. Apa pandangan anda dengan kes rogol di Malaysia yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini?

Apa Sebabnya?

View Results

Loading ... Loading ...
  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 31 comments… read them below or add one }

1 aidi-safuan November 12, 2009 at 1:16 am

hoho…sekarang nih US sendiri nak start balik rakyat diorang beragama untuk mengelakkan masalah sosial kat negara diorang.jangan malaysia nanti jadik cam diorang dah la..da terlambat baru nak carik agama  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

2 eldy November 12, 2009 at 2:19 am

Hukuman tembak mati / gantung sampai mati dapat mengurangkan kes rogol :tunggu  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 1

3 JohnJimat November 12, 2009 at 9:13 am

sysah tu bro, kang dorng rogol terus bunuh je dak tu.. yela klu dorng rogol pun kene hukuman mati bek dorng bunuh terus huhu..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

4 eldy November 12, 2009 at 10:01 am

tu cara hukum kat negara China, teori dia mengikut satu pepatah yg wujud time mereka perang-perang dahulu yg berbunyi : bunuh ayam, takutkan monyet ~

Hukum mati bukan sajer nak bunuh org tapi demi menjamin masa depan yg lebih baik :senyum

:joget kalo dlm masa 100 tahun akibat undang2 yg longar, wujud byk perogol, jadi terdapat berapa org mangsa yg dirogol ?

:joget kalo try skrang guna hukuman mati ke atas perogol, dlm 100 tahun yg akan dtg.. berapa pula jumlah mangsa yg dirogol akan dapat dikurangkan ?  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

5 JohnJimat November 12, 2009 at 11:38 pm

ckp bro tu mmg betul. tp xsemua rakyat malaysia berfikiran jauh seperti bro.. :senyum   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

6 Pak Awang November 13, 2009 at 4:29 am

Buat sahaja hukum Hudud
tapi dah semua orang takut
kalau takut kena, janganla buat
simple :hormat   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

7 Muhammad Faiz November 14, 2009 at 7:35 pm

saya cukup stuju benar dengan pandangan tuan edy dan pak awang tu. sebab sekarang ni, mereka kurang didikan agama dan pengaruh luar (barat) seperti movie 18SX tak sepatutnya ditayangkan di pawagam. aksi cium mencium dah jadi perkara biasa pada hari ni.

kalau kerajaan menetap kan hukuman yang BERAT (bukannya sebatan) dah tentu “PEROGOL” akan takut dengan tindakan yang telah di tetap kan. risau anak muda sekarang. risau juga pada kaum perempuan/wanita sebab slalu jadi mangsa. hmm.

bagi sapa2 yang ada anak/adik perempuan tu, jaga la elok2 anak/adik perempuan anda. sebab kejadian ni tak kira masa/tempat. berdoa banyak2 supaya di lindung dari bala bencana/malapetaka/kecelakaan seperti ni. InsyaAllah, Allah tu maha besar dan segala kemahuan nya boleh di lakukan serta merta. :malu   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 2 Thumb down 0

8 zualliz November 15, 2009 at 3:47 pm

Kurang didikan agama dan banyak aksi dan filem porno/lucah antara sebab meningkatnye jenayah kes rogol di negara kita..
Ye la, pompuan pakai x cukup kain, laki lak dah biasa tengok cite lucah..2 2 salah :phwitt

Pompuan kena dididik dengan agama untuk menutup aurat. Tingkatkan penguatkuasaan untuk cegah penyeludupan masuk VCD/DVD/cerita lucah ke negara kita..

Lagi 1, tanggungjawab sosial di kalangan masyarakat. Saling tegur menegur untuk kebaikan bersama.. :peluk   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

9 Muhammad Faiz November 16, 2009 at 7:51 am

betul tu tuan. saya setuju benar. di tambahkan lagi dengan hukuman berat. cerita dari orang penjara sendiri : “orang yang paling kami benci ialah perogol.” :tunggu  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

10 lobak masin November 17, 2009 at 11:09 am

yerlah, aku dengar kat Argentina pun Menteri diaorg dah tak bagi berpakaian seksi… kalau tak kena saman…. tapi Malaysia bila nak wat camtu eik… pakai tudung pun nampak lurah… eee.. bestnya tengok….. :senyumkambing   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 1

11 lobak masin November 17, 2009 at 11:14 am

dah lah perogol.. rogol darah daging sendiri pulak tu… babi tunggal sungguh perogol tu… babi pun tau beza anak dengan pasangan… :berangan   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

12 zualliz November 17, 2009 at 1:16 pm

Wah, menarik fakta tu..
Dari mana fakta tu diambil?  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

13 Muhammad Faiz November 19, 2009 at 7:52 am

fakta di ambil dari petikan harian metro tahun 2008 (tahun lepas) :) pengakuan seorang penjenayah yang merompak sebuah rumah banglo. apabila dia keluar dia menceritakan segala pengalaman pahit manisnya ketika berada di dalam sangkar ngeri tu. :malu   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

14 satsuma November 26, 2009 at 11:08 am

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

15 Mr. Din December 16, 2009 at 4:29 am

Sang lelaki,
1. Kawal nafsu
2. Ingat tuhan
3. Sabar dengan gangguan seksual dari pakaian-pakaian wanita di sekeliling
4. Jauhkan dari sumber-sumber yang memberahikan
5. Perbanyakkan bergaul orang yang bersikap & berfikiran positif

Sang Wanita
1. Hormati hak pandangan mata orang lelaki
2. Peka keperluan pakaian dengan suasana dan tempat
3. Peka implikasi pandangan kaum lelaki terhadap pakaian yang yang memberahikan
4. Peka terhadap jenis pakaian dan material kain pada bentuk tubuh badan sendiri
5. Terima hakikat naluri semulajadi lelaki yang tercipta dari testosteron ciptaan tuhan.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

16 roletcha December 29, 2009 at 4:28 pm

sepatautnya rotan dikhalayak ramai patut dilaksanakan…biar progol ni nampak sket azap di dunia nie….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

17 serabut16 December 30, 2009 at 4:36 pm

huh..ddkn agme kne la kuat, bru bleh lwn nfsu uh..insyaAllah..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

18 nur ash December 31, 2009 at 9:50 am

~pegangan agama yang xkuat meyebbkn lelaki xrasa kashan untuk merogol dan membunuh!! yang paling truk kalu smpai darah daging sendiri pon xknl sb ‘pndagan nafsu’ lbh kuat..bg kaum perempuan plak kna jga diri,cara pemakaian dan pergaulan agar gejala rogol dapat dihindar..rasa curiga ke ats lelaki juga perlu supaya wanita lebh berhati2 sentiasa.. :doa   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

19 mesticun January 11, 2010 at 7:58 am

Bab tak kawal nafsu ni.nampak perempuan cantik semua nak ”sapu”.dengar pembantu rumah indonesia terus nak ajak s**s.indonesia kan banyak jadi pelacur.nak cubalah tu.tak boleh rogol saja.teruknya. :marah   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

20 eyda January 21, 2010 at 10:28 am
21 leo January 29, 2010 at 8:41 am

bagi sayalah kalau masih ada lagi kes rogol ni, apa kata beratkan lagi undang-undang dengan tindakan berikut
bagi kes rogol – Polis perlu menyediakan jarum suntikan di kemaluan lelaki biar Perogol tu mati pucuk terus.
pastu tak ada lagi kes rogol kan.
sanggup ker lelaki mati pucuk ni.
baik mati terus kan.
heheheheheh…..
apa pendapat kau orang mengenai pendapat saya ni.
Untuk Wanita pula – jangan gok pakai yang terlalu seksi,
kau orang nak tunjuk kat sape?
tak malu ker!!!
lagi ke tak takut kena rogol oleh perogol.
klu ya pn nak cari teman lelaki carilah yang bisa fahami kita.
bukan melihat darisegi rupa paras semata-mata.
lagi satu elakkan dari keluar sorang-sorang.
kalau boleh mesti ada orang yang teman, jangan pulang hingga lewat malam and jangan lalu di jalan yang sunyi tau. ingat pesanan abang ni.

ok salam dari saya ahmad leo.
emil saya jika ada komen-komen pada leo_fc2002@yahoo.com  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

22 dayah February 3, 2010 at 11:13 pm

..mslh rgol ni dh mkin mnjadi-jadi kt msia. bkn stkt kt msia tp sluruh neg..lau cmne skali kte cbe bntras slagi mnusia xsdr dri slagi 2 mslh ni jd..jd, tpuk dada tnye slera..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

23 MR.KOOL February 6, 2010 at 12:27 pm

SALAM…pompuan2 anak2 dara semua kena di didik belajar silat atau apa2 seni mempertahankan diri…yg lelaki memang la wajib@harus belajar untuk mempertahankan diri,keluarga agama bangsa & negara.. lagi satu belajar agama,solat 5 waktu..jgn setakat solat je..amalkan zikir,selawat,.dalam islam ade banyak ayat2 suci al quran yg leh kita amalkan sebagai pendinding diri…kene rajin2 tanya pak imam,uztaz..uztazah..lagi baik tanya orang2 lama..orang2 lama byk ilmunya…jgn malu bertanya..coz malu bertanya sesat jalan…malu bertanya kita sendiri yg rugi….kalau di tunda2 nak bertanya nanti orang2 tua & lama dah xde ..(umur kita pun bukannya panjang)..satu apa pun kita x dapat warisi… jgn tanya ilmu yg x bek pula… cari ilmu yg berlandaskan islam…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

24 roletcha February 13, 2010 at 4:02 pm

tq zul…sy masih mentah dalam dunia politik nie…tp sangat berminat dan suka mendapattkan maklumat dari pelbagai perspective dri gov or opos…..so sama2 la kita tingkatkan ilmu didada agar tidak ditindas pasa masa hadapan…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

25 Max March 11, 2010 at 12:24 pm

Klu saya jadi menteri saya mau gubal undang2. Klu lelaki merogol perempuan bleh membunuh tu orang tanpa kesalahan. hahaha.. Baik tembak perogol besar besaran.. Klu polis saya tembak tu perogol sampai habis peluru. Sampai kepala dia pun hancur + lagi kena gantung kepala kat orang ramai dan keluarga perogol tu. Bagi dorang tengok baru dorang takut. Terror aku. hahaha… :tahan :tembak :tembak :tembak :tembak

biar menangis pun tembak jg :nangis :tembak :tembak   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 1

26 MohdHareez April 4, 2010 at 5:40 pm

kalau masuk bab rogol ni..baik laksanakan hukum hudud…hukum yg dtgnya drpd Allah SWT…jikalau dilaksanakn hukuman sedemikian sudah pasti ramai yg tidak akn melakuknnya…krn jelas hukuman yg digunakan kerajaan sekarang tidak memberi apa-apa kesan…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

27 mommy April 10, 2010 at 3:17 pm

aku setuju. kalau dari dulu ( sejak merdeka ) dah laksanakan hukum hudud, aku rasa ,tiadalah masalah jadi kritikal macam ni. itulah sebab hukum hudud di zaman rasulullah dilaksanakan berjaya mendidik ummah. terjamin keselamatan kat manusia sejagat. ya allah. makmurkanlah malaysiaku dari penjenayah penjenayah ni. amin.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

28 black comedy dvd May 16, 2010 at 3:47 am

Nice to be visiting your own blog again, it has been months for me personally. Well this article that already been anxiously waited for so long. I this article to complete my personal assignment in the actual university, and it’s similar topic along with your article. Thanks, great discuss.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

29 lebai May 31, 2010 at 9:19 pm

..didik laaa.. anak2 dengan agama. asuh depa supaya kenal Tuhan. didik mereka hidup ikut syariat…syariat adalah jalan untuk selamat dunia akhirat….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

30 soleh_skull94 July 4, 2010 at 8:38 am

spatut ye. kte kne jlankn ikot hkum agama…. mcam bg org yg sdah brkahwin rejam gne btu dhalayat rmai…. yg blum brkahwin 100 kali sbatan tu pun dhalayat rmai…….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

31 lynn July 14, 2010 at 10:59 pm

erm…kes ni bnyk mlahirkan kes2 lain cam kes pmbuangan bayi n mcm2 lagi…dlm hal ni tdk boleh gak nak slahkan ibubapa…tugas ibubapa cuma mendidik.sebagai seorang remaja,kita lah yang sepatutnya menilai dan mmemilih jalan hidup kita..lagi pun,kebanyakkan mangsa adalah remaja dan semestinya mereka sudah boleh membuat perbandingan.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: