Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi slot jawatan kosong secara TETAP/ KONTRAK/ SEMENTARA seperti berikut:-
Senarai Jawatan Kosong di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) & Gred:
- PROFESOR – KHAS C / VK7
- PROFESOR MADYA – DS53
- PENSYARAH UNIVERSITI – DS45/DS51
- GURU BAHASA – DG41
- TUTOR – DA415
- PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (PENGAJAR) – J41, J43, J47, J51
- PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL – J29
CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG DI UTHM :
(a) Permohonan adalah secara ‘online’ melalui laman web http://webapp.uthm.edu.my/perjawatanakademik kecuali bagi jawatan Profesor dan Profesor Madya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.
(b) Bagi jawatan Profesor dan Profesor Madya, borang permohonan boleh didapati dengan hadir sendiri di Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang beralamat seperti di bawah atau di muat turun dari laman web Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di http://webapp.uthm.edu.my/perjawatanakademik. Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dialamatkan ke Pejabat Pendaftar UTHM seperti alamat di bawah :-
Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor
(u.p : Unit Perjawatan & Perkhidmatan Akademik)
(c) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan dokumen yang dikehendaki dan permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
(d) Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
- Unit Perjawatan Dan Perkhidmatan Akademik
- Tel : 07-4537000 / 7108 / 7112 atau email recruitment@uthm.edu.my
MAKLUMAN :
- Jawatan Akademik – Terbuka
- Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UTHM selepas enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
- TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima. Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru.

