Perbadanan Putrajaya dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakkan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi beberapa jawatan kosong yang ditawarkan ketika ini adalah seperti berikut:Senarai Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya :
- PEMANDU KENDERAAN GRED R3 (KONTRAK)
- PENOLONG JURUTERA (AWAM/ELEKTRIKAL/MEKANIKAL) GRED J29 (KONTRAK)
- JURUTEKNIK (AWAM/MEKANIKAL/SENIBINA) GRED J17 (KONTRAK)
- PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (KONTRAK)
- AHLI MUZIK GRED B27 (KONTRAK)
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (KONTRAK)
- PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 (KONTRAK)
- JURUTERA (AWAM) GRED J41 (KONTRAK)
- ARKITEK GRED J41 (KONTRAK)
- PEGAWAI PENILAIAN GRED W41 (KONTRAK)
Syarat-syarat Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya :
1) Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia
2) Had Umur (Pada tarikh iklan ditutup)
- Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
3) Penaklukan di bawah syarat Skim Perkhidmatan :
- Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaannya dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
4) Kelayakan Terperinci dan Proses Permohonan Mengikut Jawatan Adalah Seperti Berikut:-
- SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ON-LINE.
- Bagi pemohon daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, perlulah mengisi borang ON-LINE dan mengemukakan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan masing-masing yang dibuat melalui Ketua Jabatan berdasarkan Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Perbadanan Putrajaya (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2009). Dokumen-dokumen tersebut hanya perlu di bawa semasa TEMUDUGA sahaja.
5) Cara Memohon
- Semak kelayakan yang diperlukan untuk jawatan yang ingin dipohon pada Senarai Jawatan.
- Calon-calon yang hendak memohon dikehendaki membuat permohonan secara ONLINE
- Calon dihadkan kepada TIGA(3) jawatan sahaja.
KLIK SINI – PERMOHONAN SECARA ONLINE
6)Taraf Jawatan:
- Semua jawatan yang ditawarkan adalah bertaraf KONTRAK.
PENTING:
- Hanya calon yang disenaraipendek akan dipanggil temuduga .
- Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Tarikh Tutup Iklan : 18 Julai 2010


{ 6 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Saya memohon pekerjaan sebagai pengkeranian atau lain-lain jawatan dalam bidang pengurusan.
sy dah mohon salah satu jwtan di ats..bila pngambilan dijlankan?
ble pmohonan di buka lagi??thun 2011
saya dh mintak macam2 kerja..dn antara kerja2 di atas pun sy dh minta..zaman sekarang memang sukar sgt nk dpt kerja..kenapa ye?
saya kakitangan dbkl ingin memohon pertukaran suka sama suka . jawatan saya sebagai penolong jurutera J36(KUP) dan telah berkhidmat selama 20 tahun di jabatan kerja awam, jabatan akitek dan kini di jabatan rekabentuk bandar dan bangunan. boleh hubungi saya di no 26176689 waktu pejabat atau email saya safiah@dbkl.gov.my atau email safiahedir@gmail.com
ape benda ni? kata tarikh tutup 18/8/2012 abis tu bila nak apply da tutup pulak..what’s going on?