Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi beberapa jawatan kosong berikut di syarikat mereka Hanya calon-calon yang berjaya di dalam temuduga akan dipanggil untuk menghadiri kursus / latihan dan seterusnya hanya mereka yang lulus dengan jayanya akan dilantik ke jawatan-jawatan berikut :
1) Senarai Jawatan Kosong
- PEMANDU LOKOMOTIF (PELATIH)
- PENGURUS STESEN (PELATIH)
2) Kelayakan Memohon :
- Umur tidak melebihi 26 tahun pada tarikh iklan ditutup.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Mendapat kepujian bagi pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus uijian lisan) serta lulus di dalam Matematik dan Bahasa Inggeris.
- Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna.
- Bersedia berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB.
Tarikh tutup iklan : 15 Jun 2010
Cara memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan cara menulis ke alamat berikut dengan menyertakan
- Butiran peribadi lengkap (RESUME)
- Salinan sijil persekolahan
- Gambar berukuran pasport
Pengurus Besar
Pembangunan Sumber Manusia
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hisahmuddin,
50621, Kuala Lumpur


{ 2 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Mmg cita-cita aku nak jadi Pemandu Keretapi.
Hmmm …. tetapi aku telah tersalah landasan.
Braper gaji pemandu lokomotif?…