Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka peluang kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong berikut :
- Jawatan Kosong : SETIAUSAHA PEJABAT
- Kumpulan Perkhidmatan : SOKONGAN
- Klasifikasi : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
- Taraf Jawatan : KONTRAK
- Jadual Gaji : GRED N27 (P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10)
Syarat Lantikan Jawatan Kosong ini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur :
- Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T1) atau
- Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5)
- Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Cara Memohon :
(i) Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://www.dbkl.gov.my dan Portal Intranet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://Intranet.dbkl.gov.my.
(ii) Pemohon-pemohon yang mempunyai Diploma dari Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah menyemak di laman web http://www.interactive.jpa.gov.my
(iii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Diploma dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport.
(iv) Permohonan hendaklah sampai kepada:-
PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK,
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR
- Tarikh tutup permohonan : 23 Jun 2010 (Hari Rabu)
- Muat turun borang permohonan jawatan kosong DBKL di sini
CATATAN:
(i) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(ii) Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
(iii) Permohonan yang tidak disertakan dengan salinan ijazah/diploma atau transkrip tidak akan dilayan.
(iv) Permohonan yang menyertakan slip peperiksaan sahaja tanpa keperluan di perkara (iii) juga tidak akan dilayan.
(v) Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(vi) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya


{ 1 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat Ini. Komen Anda Pula? }
hai eberybody… wussup.. huhuhu… borak psl pe kt cni ek…