Melihatkan cadangan jawatan JUSA TURUS akan dirombak, kami dapat rasakan cadangan ini datangnya daripada PEMANDU. PEMANDU ini pun “bijak”, mereka pergi ke setiap kementerian dan minta kementerian buat pembentangan, dan terus bawa balik. Makeup sikit-sikit slide, terus jadi mereka punya idea. Akhirnya, kementerian melopong….
Jawatan Jusa TURUS Dirombak : Menjangkaui Kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN)?
Skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA TURUS akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.
Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian. Utusan Malaysia difahamkan, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.
KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat korporat. Bagaimanapun tidak diketahui sama ada pengisian jawatan-jawatan tertinggi itu akan mengambil kira kouta berdasarkan kaum. Satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat utama dan ke atas telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu.
Difahamkan ia adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA). Menurut satu sumber, di bawah sistem baru itu, kemasukan kakitangan untuk kategori itu akan dilakukan secara lateral.
Buat sementara, difahamkan lima buah kementerian telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kaedah itu. Dalam pada itu, Utusan juga difahamkan di bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak. Prestasi mereka akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut. Dalam proses ini, menurut sumber itu, pihak dalam dan luar daripada perkhidmatan awam juga boleh memohon untuk mengisi jawatan tersebut. Sumber : Utusan Malaysia
Sebenarnya sebelum ini pun, memang dah ada usaha bawa beberapa orang dari sektor swasta pegang GLS, tetapi ada di antara mereka tak sampai berapa bulan dah cabut lari. Sebab? Tak tahan dengan campurtangan “geng-geng atasan”. Ehem….
Cuma persoalan yang bermain di fikiran kami sekarang ini, adakah kelompok yang “benar-benar pakar” dari sektor swasta berminat nak serta perkhimatan awam?
- Melihatkan kepada tawaran gaji di sektor awam berbanding sektor swasta
- Budaya kerja di sektor kerajaan sekarang ini
- Mampu menahan perbezaan ideologi golongan atasan
- Jawatan : Medical Officer Gred JUSA B
- Gaji : RM8,000 ++
- Elaun : RM14,000 ++ elaun RM 14 ribu lebih
- Pendapatan Bulanan : RM22,000 +++
- Tetapi jikalau pencen, dapat 60% daripada gaji basic. Pencen sekitar RM4,000-RM5,000 sahaja
- JUSA A (paling tinggi)
- JUSA B
- JUSA C
- TURUS 1 (paling tinggi)
- TURUS 2
- TURUS 3 (lebih tinggi daripada JUSA A)
Kalau yang muda-muda nak mengharapkan jawatan-jawatan seperti di atas, lupakan sahaja. Dalam sektor kerajaan kenaikan pangkat mengikut seniority, bukan kebolehan. Walaubagaimanapun, kami optimis nak lihat dahulu hasilnya bagaimana selepas dilaksanakan nanti. Harap-harap membawa kebaikan kepada perkhidmatan awam.
P/S : Bagaimana dengan pendapat anda dengan cadangan rombakan jawatan JUSA TURUS ini?


{ 23 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
“kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak. Prestasi mereka akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut”
haha…..siapalah yang nak letak jawatan. Duduk lepak2 main ipad jer, orang bawah yang tunggang langgang kerja
besa la tu..
tak pernah mimpi nak masuk kumpulan jusa.
dpt pencen gred 48 pun dah bersyukur
klu sampai gred 52, itu bonus
PEMANDU sendiri pun cmpurtangan Ideris Jala..eh silap..Ideris Jual..
Betul aku sokong. Mostly yang dah jusa umur late 40′s dan ke atas.
Pernah tgk slip gaji team leader saya yg jusa C, basic around 7000++
yg buat banyak adalah elaun sana sini. So total mmg selalunya more than 15k.
So…kalau betul nak amik org swasta yg muda2, untung la kan sbb masuk2 je gaji lbh dari 10k. Tapi kalau amik yg dah berumur dan lebih experience ni, entah2 gaji kat previous company lebih tinggi dari gomen. Mcm tak berbaloi je.
Betul.
Bagus juga kalau ‘orang luar’ masuk. Setidak-tidaknya boleh mengenali kerenah ‘orang atasan’. Tetapi kasihan juga kepada orang yang sudah lama menabur bakti kepada sesebuah kementerian. Apabila tiba giliran dia naik pangkat, tiba-tiba datanglah ‘no one’ mengisi jawatan yang diidam-idamkannya. Apa akan jadi? Kau-kau, aku-aku. Jadilah satu kapal dua nakhoda.
Aku sokong cadangan ini…100% tulen.
harap janganlah lepas ni PTD boikot sudahlah pasal susah dah nak naik pangkat..
no wonderlah pasal pemandu ni
skang ni Pemandu tengah bermaharajalela menyirap pula aku tengok
semuanya konon nak kena dengar cakap diorang, padahal kerja tekan ipad je
lepastu suruh kita pegawai ni siapkan dalam masa 1 hari atau 2 hari. katanya government must facilitate, semua kerje org dia nak campur tangan dan data nak serta merta. giler ker apa?
aku risau silap2 negara kena jual sebab semua data diorang ada
pemandu ni mat salleh ada. bangsa asing. bukan malaysian bukan patriotik pun.
aku ada terlibat dalam beberapa projek NKRA tapi nampaknya tugas pegawai kementerian hanyalah provide data dan luluskan apa saja yg Pemandu minta. kalo kita argue katanya aku degil tak facilitate lagi.
skang ni buka pulak jawatan utk public masuk. gaji taraf CEO. cantiklah muka Pemandu ni punya cadangan.
pemandu ni mempunyai agenda anti melayu jee
cadangan mcm haram, dia bukannya laksanakan just bg air liur free
najib mmg suka sub con kan kerje2 mcm ni
Alahaiii berapa sen sangatlah gaji JUSA TURUS, takdenya terliur org2 sasta nak kerja dengan gomen. Gaji CEO ratus ribu, gomen mampu ker?
diorang cekap, efisien, bijak. Orang gomen? lembap, suka memulau, jual avon, buat MLM, gosip2, kerja tak buat
besar mana gaji jusa tu.. kalau setakat pencen dapat 5-6k je, baik xyah. dhlah yg jaga kementerian mcm ni semua pangkat dah tue2, dahtu dgn umuq dah senja kena pulak pikirkan macammane nak jaga satu kementerian. xtaulah nak ke ceo swasta nanti masuk gomen, lg2 mcm2 karenah.
kalau kat tempat saya, JUSA dibekalkan kereta n duit minyak 300 sebulan masuk slip gaji. Kalau JUSA n dalam Pengurusan Tertinggi dibekalkan pemandu peribadi. My Bos JUSA C gaji sampai 15K ++. Basic dalam 7K++ dan kerjanya bertimbun2. Selalu je outstation, tu pun selalu kena balik hari. Pity him sebab NO LIFE dengan family. nasiblah, gaji banyak kerja banyak
tang mana yg sama dengan tahap CEO tu?? kalau bonus, gaji, elaun, CEO bank boleh dapat juta2an setahun. Pemandu tak buat homework ker?
Bagi aku idea ni tak juga berapa bijak. Kena perhalusi elok2 sebab JUSA dan turus yg jadi pengarah, ketua setiausaha tu dah berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam. dah tau sepak terajangnya.
Takkan kerana sesetengah mereka ni tak “sekepala” dan tak sama ideologi hendak dibersihkan walaupun pencapaian mentadbir mereka bagus. Sebenarnya lagi elok diganti “ketua sesebuah kementerian yang paling atas tu” sebab dorang pun buat keje bukan tip-top sangat. Main politik pandailah. Sekian
Jawatan JUSA ke atas, banyak masa di padang golf, bukannya turun ke padang! Elok sangat diubah suai
jusa lusa turus mulus ke hape yg pnting msing2 msti amanah wat keje…terpenting jaga kebajikan org bawahan msing2…jgn smp owg ckp hapeeeeee pun x blehhhhhhhhh…!!!
aku tak rasa ramai nak join gomen ni
My brother aku sendiri yang ada PHD, apply jadi pensyarah (setelah bertahun jadi engineer) dapat gaji gaji pun dalam 6K jer
langsung dia tak nak, terus jadi Engineer kat kilang German di Kulim.. starting jer dah 18K…gomen sanggup ker nak bayar lebih daripada itu?
Are the present TKSUs/TKPs not good enough to spearhead when there’s a vacancy for No.1 post in the Ministry/Dept? remember they too have 25-30 years experience backing them. A 2 year contract for someone fresh to lead is good enough for him to plan not execute it. Kalau orang dalaman tak bergerak ke atas, ia boleh membuat yang dibawah clogged. The frustration, demoralised and low productivity creep in. It’s a consequential scenario.
My two cents worth.
Sesuatu yang tak akan mungkin akan terjadi!
Tak ada maknanya….
Orang gomen kalau komen bukan main lagi nak mengutuk jer. Seperti biasa – aku pun keje gomen jugak so keje pun nak kutuk. Kalau bukan sebab Pemandu, ingat nak rombak semula gaji2 dalam gomen nie senang??? Kalau setakat nak tunjuk senioriti, camne korang nak compensate pakcik2 driver ngan semua makcik2 tea lady? Dah berpuluh2 tahun kot diorang keje dan diorang tu layak ke kalau diberikan jawatan Jusa? Bila sebut je Pemandu, terus kaitkan ngan Idris Jala then masuk masalah perkauman. Standard pemikiran barua tahap dunia ke3. Bagi aku, korang tengok jer lah sumbangan masing2 dan kalau rasa diri seperti komen Pak Din kat atas —>Orang gomen? lembap, suka memulau, jual avon, buat MLM, gosip2, kerja tak buat baik perbaiki diri dulu. Sebelum ni aku keje swasta gak tapi bila masuk gomen, baru aku sedar yang separuh daripada kutukan orang swasta adalah betul seperti kata2 Pak Din. Camne kerajaan nak maju kalo korang2 nie asek wat taik jer. Dalam gomen, banyak jugak orang yang berusaha cuba perbaiki kerajaan tapi disebabkan geng2 pemikiran bagai katak dibawah tempurung nie, semua keje kene block. Masuk Pemandu nak push KPI then datang pulak group nak protest timbulkan isu perkauman. Anggap jer lah keje gomen nie national service. Sumbang balik kepada negara dengan ilmu pengetahuan yang ada dan sekiranya dah bosan, bolehlah keluar kerja di sektor swasta. Orang swasta pun menyumbang gak kat kerajaan melalui cukai pendapatan – kalau tak, masak lah orang gomen tak bergaji. Jangan keje nak masuk Gomen aim post PTD jer pastu wat keje tahap WTF then hari2 mimpi nak naik gred gaji M52, M54, Jusa C, Jusa B pastu tunggu pencen. Hari2 mimpi nak jadi pengarah @ timbalan pengarah padahal keje yg org pesan tak siap2. Ingat PTD tu dah cukup power ke? Jangan lupe sekarang ada beribu2 PTD dalam setiap jabatan kerajaan so kalau kau rasa beban sangat keje kat gomen, anda boleh lah letak jawatan sebab ramai gak orang luar tu nak jadi PTD. Orang yang dapat result peperiksaan yang lebih cemerlang serta otak yang lebih cerdas daripada kamu.
NAmpaknya bertuah badan bg mereka yang dapat jawatan tu nanti. Banyaklah kereta mercedes baru akan keluar. Bila Si Jusa C ke atas letak jawatan, servis mereka tinggal 5, 6 thn saja lagi. Agak-agak mereka teringin tak? Bila pulak nak rasa mercedes. Yang menjadi mangsa, orang bawah.