Kalau diikutkan tarikh melihat nak tengok bulan dilakukan pada petang Selasa iaitu pada 10 Ogos 2010 bersamaan dengan 29 Syaaban 1431 Hijrah. Walauapapun, tak kiralah bila puasanya yang pentingnya di sini sama-samalah kita semua bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk menikmati bulan Ramadhan 2010 kali ini. Dapat terawih, berzakat dan Insyaallah menyambut Hari Lebaran (sebulan daripada sekarang). Waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa 2010 ada di bawah ini. LENGKAP.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja, tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah di :
- Pontian Kecil di Johor
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka)
- Teluk Kemang (Negeri Sembilan)
- Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor)
- Bukit Jugra (Selangor)
- Pantai Pasir Panjang (Perak)
- Pantai Aceh (Pulau Pinang)
- Kampung Pulau Sayak (Kedah)
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah)
- Menara Alor Setar (Kedah)
- Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu)
- Bukit Kemuning (Terengganu)
- Pulau Perhentian (Terengganu)
- Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan)
- Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan)
- Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan)
- Tanjong Lubang, Miri (Sarawak)
- Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak)
- Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang)
- Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang)
- Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
- Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)
- Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Yang pastinya seperti kelaziman, Majlis Raja-Raja akan menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada beliau.
Jadual waktu berbuka Puasa 2010 akan dikemaskinikan selepas ini. Waktu Imsak tak ramai yang nak ambil tahu rasanya. Betul tak? Agak-agak sahaja. Tapi, janganlah sampai dah bucu-bucu nak azan Subuh baru nak bersahur, kelam-kabut jadinya nanti. Ada juga yang mengambil keputusan untuk bersahur di tengah malam.
P/S : Kami daripada Berita Semasa ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Lebaran bulan Ramadhan kepada semua pembaca BS di sini. Diharap “perjalanan” Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.
PP/S : Ruangan ucapan salam Ramadhan telah dibuka kepada umum. Hantar gambar dan ucapan anda di sana.
Update!!
Esok, 11 Ogos 2010 bermulanya ibadah puasa bagi umat Islam
Waktu Imsak Dan Jadual waktu Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2010 / 1431H (bookmark artikel ini untuk rujukan anda daripada masa ke semasa)
| Bil | NEGERI | ZON | |||||||||
| 1 | MELAKA | ||||||||||
| 2 | JOHOR |
|
|||||||||
| 3 | PERAK |
|
|||||||||
| 4 | SARAWAK |
|
|||||||||
| 5 | SABAH |
|
|||||||||
| 6 | TERENGGANU |
|
|||||||||
| 7 | KELANTAN |
|
|||||||||
| 8 | SELANGOR |
|
|||||||||
| 9 | PAHANG |
|
|||||||||
| 10 | WILAYAH PERSEKUTUAN | ||||||||||
| 11 | WILAYAH PERSEKUTUAN | ||||||||||
| 12 | PERLIS | ||||||||||
| 13 | NEGERI SEMBILAN |
|
|||||||||
| 14 | KEDAH |
|
|||||||||
|
15
|
PULAU PINANG
|



{ 7 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Lagi 1 haru je bulan yang dirindukan ni tiba.Moga aku sempat merasa nikmat bulan Ramadhan tahun ni… :doa
tak lama dah nak puasa.. rasa tak sabar lak.. hehe
terima kasih untuk jadual berbuka.selamat berpuasa & selamat berbuka
one hour to go >>>
thanx for the info..nak print tampal kt bilik..hehe
:berangan
Bismillahirrahmanirahim
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
( ???? ?????? , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #183)
:tepuk : Tahniah dan terima kasih atas perkongsian info kepada umat Islam Malaysia … :tepuk
saya sangat suka berbuasa di bulan ramadhan