
Saya cukup bersetuju dengan cadangan Tokoh Sejarah dan Akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dengan menyusun semula sistem pendidikan negara termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia yang diwarwarkan oleh Perdana Menteri Malaysia tercapai. Cadangan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim itu telah disokong oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas itu.
Pelaksanaan sekolah satu aliran akan menjadi medium terbaik untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar. Kalau kita lihat secara sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan. Saya sendiri baru mengetahui dengan lebih mendalam. Itu sebabnya penting untuk kita tahu berkenaan dengan sejarah supaya tidak mudah sesuatu isu seperti ini dipolitikkan. Kata, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim :
“British benarkan orang Cina dan India membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri. Ini kerana pada mulanya kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat pun untuk menetap di negara ini.
Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang, kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan mengakui masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka termasuk sistem yang ada sekarang.”
Jika dilihat pun sebelum ini Sekolah Wawasan berkubur ditengah jalan dan dah jadi “tukun”. Benar jangkaan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim yang mengatakan pasti ada pihak yang menentang cadangannya itu, iaitu termasuk MIC dan MCA. Mereka menentang cadangan melaksanakan sistem pendidikan satu aliran kerana berpendapat bahawa sekolah jenis kebangsaan yang ada sekarang tidak akan menghalang usaha ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan tidak akan akan menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

Sekolah satu aliran amat bagus untuk tempoh yang panjang kerana perpaduan nasional hanya boleh dicapai melalui pendidikan dan bahasa sahaja. Itu faktanya. Lebih-lebih untuk mana-mana negara yang multirace termasuk Malaysia. Kalau daripada dahulu kita ikut sahaja Penyata Razak 1956 mungkin dah settle lama masalah ini.
P/S : Setiap kali ingin membuat cadangan jangan dilupakan juga kepada Bahasa Iban, Kadazan-Dusun, Melanau, Murut, Bidayuh, Orang Senoi pun kene consider gak kalau nak buat lagu ini. Mereka juga adalah merupakan sebahagian daripada keluarga besar di Malaysia.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- (Result PMR 2009) Sekolah Cemerlang & Terbaik di Malaysia
- Pasukan 1Malaysia F1 Satu Impian Atau Fantasi?
- Isu Kekurangan Guru Bahasa Inggeris
- [Pelik] Indonesia Bercadang Buka Sekolah Di Sabah, Tapi…
- Berjaya atau Rombak Sistem Pendidikan Negara?
- [BARU] Sistem Baru Gred SPM, Syarat Kemasukan Ke IPTA Diperketatkan


{ 14 comments… read them below or add one }
tapi daripada kecil sudah diajar untuk dipecah ikut kaum
seronok apa melayu belajar bahasa India, India belajar bahasa China
China belajar bahasa India
baru namanya 1 malaysia
ini tidak, hanya pada nama slogannya
sudah 50 tahun merdeka masalah ini tak selesai2 lagi
kerajaan mesti TEGAS
kalau sudah tokoh akademik cakap macam itu, ikutkan sahaja
ini tidak, bincang-bincang dan bincang
last2 habuk pun tarak
ikut je la cakap orang akademik..dia cakap ngan ilmu, bukan ngan duit (cam orang politik)..
boleh je gubal silibus baru untuk sekolah 1 aliran tu..yang penting, BERTINDAK! baru nampak kesan dalam jangka masa panjang..
‘Malaysia Boleh!’
apa gunanya, Malaysia hanya pada nama dengan bangsa berbilang kaum
so…daripada sekolahlah kita dapat bentuk perpaduan
lksanaknlh..
krjaan shrusny lbh brwspda
untk mmbuat sstu kptsn…
kalau dia rasa polisi itu patut ada perubahan terutamanya soal pendidikan, dia akan tegur. Beum nampak biasnya
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.