Sekejap rasanya masa berlalu, tahun 2009 mencatatkan pelbagai kejayaan, krisis, kontroversi yang mana sebahagian memberikan kesan kepada Malaysia. Bermacam-macam isu semasa yang berlaku. Mari kita isu semasa yang paling hangat untuk tahun 2009. Satu lagi jangan lupa mengundi pada poll yang telah disediakan di bawah :

Untuk kes yang menjatuhkan hukuman sebat disebabkan perbuatannya minum arak, Kartika Sari Dewi Shukarno, bukanlah wanita pertama yang menerima hukuman rotan atau sebat ini. Namun sukar untuk memahami mengapa isu sebat Kartika diperbesar-besarkan sehingga mendapat liputan media asing. Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor tidak membuat sebarang rayuan dan menerima hukuman enam sebatan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai lalu.

Isu model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot mendakwa seorang kerabat diraja Kelantan iaitu Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, yang juga suaminya pernah menderanya termasuk dilukakan di bahagian dada. Berita sensasi mengenai krisis dalaman Manohara dengan Tengku Muhammad Fakhry mendapat liputan baik media tempatan mahupun media Indonesia. Akhirnya, padan muka Manohara. Berani sangat nak menyaman orang, akhirnya diri sendiri yang tersungkur.
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, memenangi kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan terhadap isteri, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya, Daisy Fajarina dan Manohara mesti kembali taat kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dan menyerahkan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM1,112,250 sekaligus dalam masa 30 hari. Panadai-pandai kola Monahara nak hidup.

Tahun 2008 bakal melabuhkan tirainya kurang 48 jam daripada sekarang. Diharap Malaysia bakal membuat anjakan paradigma(ungkapan popular ahli Parlimen di Dewan Rakyat) untuk menyusun cara dan langkah bagi mengatasi masalah rasuah di Malaysia bagi tahun 2009 yang akan menjelma tidak lama lagi. Kedudukan dan tahap rasuah di Malaysia sudah diketahui umum. Harapan rakyat Malaysia supaya tahun 2009, masalah rasuah yang kian menjadi-jadi di Malaysia dapat diatasi segera. Takkan selama-lamanya kita selesa sebaris dengan negara-negara seperti Namibia, Samoa, Latvia dan juga Slovakia.

Tahun 2009 ini boleh dikatakan musim dan demam pilihanraya kecil. Lepas satu-satu pilihanraya kecil muncul di Malaysia. Terdapat 8 pilihanraya kecil kesemuanya dan kita lihat dan semak pemenang-pemenang bagi setiap pilihanray yang diadakan.
- Kuala Terengganu (Pakatan Rakyat)
- Bukit Gantang (Pakatan Rakyat)
- Bukit Selambau (Pakatan Rakyat)
- Batang Ai (Barisan Nasional)
- Penanti (Pakatan Rakyat)
- Manik Urai ( Pakatan Rakyat)
- Permatang Pasir (Pakatan Rakyat)
- Bagan Pinang (Barisan Nasional)
Itu belum termasuk Dun Kota Seputeh yang telah diistiharkan kosong, satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi.

Ingatkan pada 5 November lalu, krisis politik negeri Perak bakal menemui jalan penamatnya, namun tidak mudah sama sekali. Ia berlarutan cukup lama. Isu politik negeri Perak ini melibatkan krisis perlembagaan dan banyak tuntutan hukum dan masalah-masalah penting. Dipihak Pakatan Rakyat mengatakan isu ini hanya boleh diselesaikan dengan mengadakan pilihanraya semula dengan rakyat Perak turun padang memilih semula pemimpin pilihan mereka. Di sebelah team Barisan Nasional, mereka menegaskan yang mana peralihan pemerintahan di negeri Perak dilakukan dnegan mengikut lunas dan undang-undang negeri Perak. Walaubagaimanapun, kita berharap isu dan krisis politik di negeri Perak ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak dibiarkan terus berpanjangan. Itu kemahuan rakyat Perak amnya dan rakyat Malaysia umumnya.
Perdana Menteri yang keenam, Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan pada 3 April dan telah pun melepasi tempoh 100 hari memegang jawatan sebagai orang nombor satu di Malaysia. Beliau telah melancarkan satu gagasan yang dinamakan gagasan satu Malaysia(Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan) dengan harapan beliau dapat menyatukan seluruh kaum di Malaysia atau lebih mudah diungkapkan “keamanan untuk semua”.Datuk Najib telah menyusun Dasar Ekonomi Baru(DEB) dengan harapan dapat memacu pertumbuhan tahunan sehingga 6% pada sehingga tahun 2020.

Seperti yang diketahui umum, mayat Teoh Beng Hock yang merupakan seorang pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor telah ditemui mati di luar bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor. Teo merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Teo Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari Khamis di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 14, bangunan itu. Mayat Teo Beng Hock, 30-an ditemui dalam keadaan terlentang.
Persoalannya adakah terdapat dalang disebalik kematian mendiang Teoh Beng Hock atau pun dia telah membunuh diri seperti yang didakwa sebelum ini. Kematian Teoh Beng Hock sedikit sebanyak menjatuhkan kredibiliti dan integriti SPRM kerana Teo Beng Hock mati semasa masih disiasat oleh pegawai SPRM. Nantikan kebenarannya tidak lama lagi.

Pendedahan kerugian sehingga RM4.632 billion bagi skandal Port Klang Free Trade Zone(PKFZ) cukup mengecewakan rakyat Malaysia. Ia membabitkan pembaziran duit rakyat untuk angka yang cukup besar. Dikatakan ia akan terus meningkat ke angka RM12.453 bilion jika Lembaga Pelabuhan Klang(PKA) gagal menjelaskan bayaran ansuran pinjaman Kementerian Kewangan mengikut jadual. Setakat ini, bekas jurutera, arkitek projek, dan dua bekas pegawai Port Klang Authority telah pun mula didakwa. Mana ikan-ikan jerung yang lain? Sudah telanjang sebegini pun, masih hendak simpan pemimpin dan individu seperti ini? Walaubagaimanapun, kita nantikan tindakan seterusnya yang akan dilakukan selepas daripada ini.

Bila disebut penyelewangan yang berlaku di Malaysia, kita juga jangan lupa deretan pendedahan laporan audit termasuk kes ini dan kes yang ini juga. Kalau ikutkan banyak lagi. Mungkin hanya mengetahui sebahagian daripada ini sahaja sudah cukup menjengkelkan. Ini juga satu lagi cabaran bagi kerajaan supaya penyelewengan seperti ini tidak akan berlaku lagi.
Tahun ini Malaysia menghantar antara jumlah atlet yang terkecil semasa berlangsungnya Sukan Sea Laos 2009. Namun itu semua tidak menjadi masalah. Malaysia berjaya melepas sasaran awal sebayak 35 emas degan berjaya membawa peluang 40 emas, 40 perak dan 59 gangsa. Yang paling manis sekali, adalah kejayaan pasukan bola sepak Malaysia(lelaki)yang berjaya meraih pingat emas seterusnya mengakhiri penantian 20 tahun, manakala jaguh renang Daniel Bego yang menang pingat emas dipilih atlet terbaik lelaki temasya sukan itu.
Lain-lain isu semasa yang hangat sepanjang tahun 2009, termasuk:
- Kes Kehilangan Enjin F-5E, Jual ke Negara Amerika Latin
- Tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar
- Kemalangan Ngeri Bas Sani Ekspress di Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Plaza Tol Ipoh Selatan.
P/S : Jika anda ada sebarang cadangan sebarang isu semasa yang dirasakan patut dimuatkan bagi artikel kali ini, boleh tuliskan cadangan anda di ruangan komen di bawah ini. Ia akan dikemaskinikan daripada masa ke semasa.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- 15 Berita @ Artikel Paling Popular Tahun 2009 di Beritasemasa.com
- [POLL] Pemimpin Politik Paling Popular Di Malaysia 2009
- [HANGAT] Isu Semasa Terkini Melibatkan Integriti Pemimpin Malaysia
- [Tahniah] Pingat Emas Bola Sepak, Paling Bermakna di Sukan Sea Laos 2009
- [TAHNIAH] Keputusan Peperiksaan PMR Tahun 2009
- Pelancaran Berita Semasa Online



{ 7 comments… read them below or add one }
Kelantan didenda RM800juta!…tidak besar nilai itu..
Kelantan baru jer tengah berusaha untuk tuntut royalti RM1b daripada kerajaan pusat. Tengok-tengok kena bayar RM800juta!
Kalau dapat RM1b royalti minyak tu macam dapat RM200juta je ler..huhuu…sabar Kelantan. Dugaan semata-mata..
dengan pelbagai pendedahan rasuah dan penyelewengan
duit rakyat terbuang begitu sahaja
saya undi yang ni dapat vote tertinggi..
memang dah agak sebab ramai dalam beritasemasa ni suka berpolitik.
sy pelik bebenar lah…
pihak Admin master G pernah tak pergi sekolah agama rakyat.keadaan ada baik tak.
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.