Siapa yang “tidak terasa”, jika sesuatu yang sepatutnya menjadi hak kita bersama bertahun lamanya dinafikan. Sampai ke hari ini, kerajaan Malaysia masih terus diam membisu seribu bahasa, dan tiap kali diajukan pertanyaan hanya terpacul dari mulut mereka, hanyalah siasat dan terus menyisat. Disebabkan itu, Pemangku Raja Kelantan tampil meminta Petronas membayar royalti petroleum Kelantan dengan segera.
Baginda bertitah ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sepatutnya isu royalti petroleum Kelantan tidak timbul sekiranya kerajaan Malaysia mengikut perjanjian yang cukup jelas seperti yang telah termaktub di antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas pada tahun 1975.
Jika kita flashback semula, perjanjian yang berlangsung pada 9 Mei 1975 di antara Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) pada masa itu, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah dengan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian untuk disesuaikan dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.
Antara lain, perjanjian ini telah memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas. Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,
“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”
Kalau merujuk kepada data dripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan pengeluaran petroleum Kelantan bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.
Dianggarkan di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000). Banyak bukan?







{ 46 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
yeker…x tahulah admin…..apa2 pun tahniah…dan alhamdulillah la dapat juga kelantan dapat hak diorang…ha…kerajaan negeri..janganh lupa///guna wang 2 elokk…utamakan rakyat… r0letcha(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
1
ala master G, wang ehsan tu kerajaan pusat bg pd puak2 dia jugak yg dinamakan JPP tu, bukan masuk ke akaun kerajaan negeri, so, pegi balik dpt kt geng2 dia jugak. lgpun wang ehsan tu rm20 juta je berbanding apa yg patut kerajaan kelantan dpt ialan rm2 billion, mana tk hangin patut hak kita rm2 ribu, tapi org bg rm20 hinggit je, cittt pooodah.. firdaus(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
1
0
hahaha….janganlah cerita pasal royalti minyak ni…..segala hasil minyak yg berada 3 batu dari pantai sesebuah negeri di malaysia adalah kepunyaan kerajaan pusat..!!!!..BODOH…!!!.yang kat kelantan tu berapa ratus batu dari pantai kelantan..?
gas dan petrolium itu adalah hak bersama dengan thailand lah…BODOH..!! INDON BANGSA BODOH(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
KAT KELANTAN ORANG LELAKI DOK RUMAH,BESARKAN BUAH…ORANG PPUAN PERGI CARI DUIT….!! INDON BANGSA BODOH(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
1
sama lah kite pikir logik di sebalik semua hal ni,kelantan dapat duet ,mknenye sape yg dapat duet? sume hasil sumber alam negara adalah milik kerajaan pusat,pandai2 lah kerajaan pusat handle sume tu,kalu xdpt bhgian ,akhirat ade,jgn risau. kt sni jgn la kite pikir kuasa n certain2 tempt untuk dapat faedah. sume negeri dapat sama rata..hope hal ni dapat selesai dgn sume org trime dan bersyukur dhn ape yg ade. samasama(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Kat Terengganu telaga minyak beratus km dari pantai tapi darpat royalti juga.
Masah PAS memerintah ditukar kejap jadi wang ihsan, lepas tu balik ke BN tukar pulak semula jadi wang royalti.
Amenda ni, macam main katak tikam je – lompat-lompat.
Lepas ni kalau kat Kelantan BN rampas balik negeri, mungkin wan ihsan jadi royalti pulak? Benda sama je, jumlah pun sama.
Alahai poltik punya penangan—-boleh jadi mereng/sewel. Anak Malaya(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
← Previous Comments