Isu Penapisan Internet. Siapa Rugi? China atau Google?

by Staff Berita Semasa on January 16, 2010

in Berita Dunia

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

chinagoogle4 Isu Penapisan Internet. Siapa Rugi? China atau Google?

Cuba jika situasi ini berlaku di negara kita, Malaysia? Google dikatakan akan keluar dari negara China sebagai bantahan di atas  tindakan  kerajaan China bertindak menapis Perkhidmatan akses Internetnya. Walaupun hanya 30% rakyat China yang menggunakan Google kerana di sana lebih tertumpu  mereka lebih tertumpu kepada carian Baidu, tetapi kesan besarnya tetap ada kepada China. 

BEIJING 14 Jan. – China akan mengalami kerugian besar, sekiranya Google mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan perkhidmatan di negara itu berikutan serangan siber serta penapisan Internet, dengan menyatakan bahawa rakyat negara ini seharusnya diberikan hak bebas untuk mengakses maklumat.

“Sekiranya negara paling padat dengan penduduk di dunia ini gagal menyediakan ‘tempat berpijak’ yang selesa buat enjin pencarian terkenal dunia, ia akan mengakibatkan halangan dan kerugian besar kepada budaya Internet China,” lapor akhbar berbahasa Inggeris Global Times yang juga lidah rasmi kepada Parti Komunis.

Laporan itu menyebut, jika syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai 360 juta pengguna dalam talian di dunia itu keluar dari China, ia akan mengakibatkan ‘kerugian amat besar kepada komitmen jangka panjang inovasi, begitu juga dengan masa depan perniagaan di negara ini. Google kelmarin memaklumkan, syarikat itu tidak akan tunduk lagi kepada penapisan Internet oleh kerajaan China dan berdepan risiko tersingkir daripada pasaran yang menguntungkan ini sebagai membantah serangan siber yang disasarkan kepada aktivis hak manusia di negara ini.

“Lebuh raya maklumat ini bukan sahaja memerlukan pemanduan yang selamat, tetapi juga aliran lalu lintas yang bebas. Untuk kepentingan hak majoriti, aliran maklumat bebas perlu diberi keutamaan kepada masyarakat awam. “Tindakan Google dan China yang berbeza haluan, akan menjejaskan kedua-dua pihak,” lapor Global Times.

China berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan berhubung pengumuman Google. Usaha mendapatkan ulasan daripada Kementerian Luar, Kementerian Kewangan dan Kementerian Teknologi Maklumat masih belum berhasil. Global Times yang menyiarkan berita tersebut pada muka depannya begitu juga dengan akhbar China Daily melaporkan bahawa sementara penapisan perlu dalam ‘peralihan masyarakat’ seperti di China bagi mengekalkan kestabilan sosial, sempadan tertentu adalah perlu.

“Kerajaan perlu berhadapan cabaran untuk menentukan di mana dan bagaimana untuk meletakkan tempat pemeriksaan dalam ‘lebuh raya maklumat’,” lapor akhbar tersebut. – AFP

chinagoogle7 Isu Penapisan Internet. Siapa Rugi? China atau Google?

Bayangkan hidup anda tanpa Google. Apabila Google tiada :

  • Tiada lagi aktiviti untuk menyemak kotak gmail anda di awal pagi contohnya….
  • Tiada lagi perkhidmatan di blogger.com
  • Nak tengok video-video menarik di Youtube? Google video? Lupakan sahaja…….
  • Blogger-blogger tegar Malaysia terutamanya boleh mula lupakan medium untuk menjana pendapatan seperti Google Adsense, medium pengiklanan berbentuk Pay Per Click(PPC) seperti Google Adword. Ucapkan sayonara kepada mereka.
  • Tiada lagi peluang untuk berkomunikasi menggunakan medium G-Talk, Google Wave
  • Nak skodeng menggunakan Google Earth? Pun sama, tidak boleh lagi…..
  • Banyak lagi perkhidmatan….yang disediakan Google. Ini hanyalah sebahagian daripada kesan penarikan Google terhadap sesebuah negara.

Yang mana mengalami ketagihan online game Facebook terutamanya di Malaysia. Anda cukup bernasib baik sebenarnya. Kalau di China, laman sosial Facebook telah pun diblock. Apa yang saya nampak di sini kebebasan untuk melayari Internet telah pun dikawal. Nasib baik kita di sini belum sampai ke tahap itu. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan kerana tidak sekepala dengan kerajaan China terutamanya dalam isu ini.

chinagoogle3 Isu Penapisan Internet. Siapa Rugi? China atau Google?

China boleh dikatakan negara yang  berpendirian. Berpendirian sampai bila kita tak tau. Mungkin selepas kena “acah” dengan Google, China akan mengalah.  Siapa yang tahu? Mungkin ada sebab musabab China bertindak sebegitu. Untuk sistem komputer military di China contohnya, mereka menggunakan custom made Linux OS aka Red Herring. Semestinya China mementingkan soal keselamatan dan sukar untuk mereka meletakkan sepenuh kepercayaan dengan OS seperti Windows.

Katakanlah Google berniat jahat dengan membuat backdoor movement bertujuan untuk menyebarkan sentimen anti kerajaan China. Contohnya, Kongres America menyuruh Google mengubah hasil carian pengguna Google.  Google tu bukan siapa lagi, kroni-kroni rapat Amerika Syarikat juga.

  • Search “History of China ” keluar website propaganda anti Parti
  • Search “Economy of China ” keluar website propaganda anti Parti

Memang unpredictable (sesuatu yang susah untuk dijangka) tetapi kemungkinan tersebut tetap ada. Contohnya, cuba bayangkan pegawai tinggi MINDEF  Amerika membincangkan strategi perang menggunakan Google Talk, platform Windows, aplikasi Firewall dan Cisco. Even kalau anda chat guna Yahoo Messenger tu, sistem admin mereka boleh tahu apa anda komunikasi di YM selama ini. Terkejut bukan? Tetapi itulah hakikat dan kebenarannya. Caranya :

  • Google Talk -> capture -> hantar ke US Secret Intel
  • MS Windows -> capture packet -> hantar pattern ke US Secret Intel
  • Cisco -> capture packet -> hantar ke US secret Intel

chinagoogle5 Isu Penapisan Internet. Siapa Rugi? China atau Google?

Kesan kepada China? Ada…siapa kata tiada. Sebab banyak syarikat besar sana menggunakan aplikasi yang kebanyakan ada pada Google, dan kemungkinan besar terdapat syarikat-syarikat yang mula gulung tikar dan berpindah ke negara lain disebabkan IT limited access.  Mungkin itu antara sebabnya Google  dilihat bertindak berani mengugut China, sebab banyak pelaburan asing di sana.

P/S : Inilah dinamakan serangan secara halus ke atas China dengan menggunakan psikologi

P/S : Diharap Malaysia tidak mengikut jejak langkah China melakukan penapisan Internet sehingga boleh menyebabkan Google menyekat perkhidmatan untuk Malaysia. Minta-minta dijauhkan sekali. Sukar untuk rakyat Malaysia mencari info sebenarnya. Betul tak? Dan ini mungkin satu amaran kepada kerajaan Malaysia sebenarnya dan juga negara-negara yang lain…..

  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 10 comments… read them below or add one }

1 mesticun January 16, 2010 at 6:15 pm

Pendapatan adsense mereka bagaimana.habis macam tu.kesian macam tak ada cara lain ke.negara China sendiri ada enjin carian sendiri iaitu Baidu.tak kan sebab ada Baidu.China boleh buat sekatan ke atas google. :nangis :nangis :nangis :nangis   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

2 mesticun January 17, 2010 at 10:01 am

Nak dapat trafik banyak.orang selalu guna Adwords.mana nak cari yang murah.kalau kan Google Adword.berbanding dengan Yahoo overture.harga permulaan $100 itupun belum tentu lagi.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

3 GadisAyu January 17, 2010 at 11:51 am

diorang ni mesti adalah pengguna paling ramai.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

4 mesticun January 17, 2010 at 3:45 pm

China melakukan kesilapan besar.sebab Google mempunyai pelabur hampir seluruh dunia.rugi besarlah kebanyakkan semua menggunakan google dalam mencari maklumat.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

5 mesticun January 17, 2010 at 10:55 pm

Google adalah raja segala enjin carian.mestilah ramai pengguna.pelabur di Asia pun boleh tahan. :ketawamanja :ketawamanja :ketawamanja   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

6 Pak Awang January 18, 2010 at 12:01 pm

Adsense? Haha…..sekarang ini susah siot nak register sekarang :nangis
dah tak macam dulu :nangis   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

7 Sceceros January 18, 2010 at 3:41 pm

dengar cerita sekarang ini mereka dah merancang untuk upgrade enjin carian mereka supaya tidak terlalu bergantung dengan google…..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

8 mesticun January 18, 2010 at 10:29 pm

Baidu sendiri membeli maklumat daripada Google.mana mungkin Baidu boleh beroperasi tanpa google.China sepatutnya mempertimbang masalah ini.sebelum ia menjadi lebih parah. :marah :marah :marah   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

9 sauber1617 January 19, 2010 at 11:08 am

harap jgn terjadi di m’sia.susah woo.. :kejut   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

10 mee bandong April 15, 2010 at 2:05 pm

tengok tu syarikat gergasi internet dah mula tunjuk BELANG…
apakah dinegara kita tidak bersedia menghadapinye…takan kite bergantung 1,000% pada luar….x de ke usaha utk meningkat kan dlm negara kite nie…saya harap ramai yg faham maksud yang terserat…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: