Isu Penangkapan Terhadap Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri

by Admin [ Master G ] on November 3, 2009

in Berita Sensasi

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Jabatan Agama Islam Selangor perlu memberikan penjelasan disebalik isu penangkapan Dr. Mohd Asri  Zainal Abidin[MAZA], kemudiannya dibebaskan dengan bon, biarpun tiada pertuduhan. Bagaimana seorang bekas mufti dari negeri Perlis boleh diperlakukan sebegini. Kalau seorang bekas mufti boleh diperlakukan sebegini, bagaimana pula yang lain-lain.  Tangkap, kemudian lepaskan ikut suka. Kalau ya pun begitu, siasatlah secara profesional. Jangan main tangkap muat sahaja.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) di sebuah rumah banglo di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay. Seramai 35 anggota JAIS telah datang ke premis tersebut dengan tiga buah van pada jam 9.45 malam. Kedatangan mereka diiringi lebih 25 orang polis beruniform dalam kereta patrol. Pada ketika itu, Mohd Asri sedang memberi ceramah kepada lebih 300 orang jemaah di dalam kawasan banglo milik Tuan Hj Yahya itu.

Ceramah agama yang bermula pada jam 8 malam itu terpaksa dihentikan setelah pegawai JAIS datang menyerbu. Alasan yang diberikan oleh pihak JAIS ialah mereka menerima aduan dan terpaksa membuat penangkapan kerana Dr. Mohd Asri memberi ceramah tanpa tauliah.

Saya cukup setuju, dengan cadangan Ahli Parlimen semasa perbahasan di dewan rakyat di mana meminta Hal Ehwal Agama Islam  Negeri diselaraskan ke seluruh negara. Apa yang nak tauliah-tauliah lagi kalau niat ulama mahu menyampaikan ilmu agama kepada orang ramai walhal penyampainya bukan jalang-jalang calang-calang kedudukan ilmunya.

P/S : Saya rasa adalah lebih baik JAIS “kacau” pusat-pusat maksiat di Selangor. Itu lebih baik daripada menimbul isu-isu remeh seperti ini.

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Pergi Tak Kembali, Ustaz Asri Ibrahim
  2. Isu Larangan Penggunaan Nama Allah oleh Kristian. Apa Kata Anda?
  3. Bekas Ketua Pengarah SPRM Terlibat Dengan Salah Laku?
  4. Bekas Presiden Taiwan Dipenjara Seumur Hidup
  5. [HANGAT] Isu Semasa Terkini Melibatkan Integriti Pemimpin Malaysia
  6. (Result PMR 2009) Sekolah Cemerlang & Terbaik di Malaysia


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 9 comments… read them below or add one }

1 oneman November 4, 2009 at 4:52 am

Kesian tgk Dr Asri kena macam ni…tindakan penguatkuasa JAIS semasa menangkap tu yang melampau yang jadi isu…orang jabatan agama kenapa tak bertindak dengan adab dan peribadi agama… :curiga

2 zaidkhalduni November 4, 2009 at 6:44 am

semua ni ada niat jahat org tertentu…

3 JohnJimat November 4, 2009 at 2:59 pm

hhhmmm ape nk jadi dgn jais ni..

4 Pak Awang November 5, 2009 at 7:11 am

dulu pun mufti negeri perak
dihalang bagi ceramah kat Johor
kadang2 pelik jugak dengan bidang kuasa JAIS :serabut

5 zualliz November 5, 2009 at 8:29 am

pening2..pasni jangan heran la kalau orang x caya kat JAIS lagi..
nak kena ada kuliah, padahal 1 Malaysia tau Dr Asri bekas mufti Perlis.. :shocked

6 safar November 5, 2009 at 12:32 pm

Mungkin mereka ingat bekas mufti perlis ni.nak sebarkan ajaran sesat.entahlah pun tak faham.tak kan kot.beliaukan orang bbaik-baik.fikir dulu sebelum bertindak.

7 bukumaya November 6, 2009 at 1:04 am

http://www.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_content&task=view&id=114&Itemid=1&lang=en

:tunggu tu keje Jab Agama negeri … hatta …Perlis pun…..
acara kami pun terdengar pada mufti, maka mufti mengeluarkan larangan dan menuduh majelis yang akan diadakan ini adalah majelis orang syiah, namun kegigihan Ustaz Yusainiy memperjelas profil kami membuat tuduhan itu tak beralasan, lalu majelis difitnah pula sebagai majelis politik, namun tuduhan itu pun berhasil disanggah oleh Ustaz Yussaine, namun ketika terlihat masyarakat muslimin menyambut hangat majelis akbar ini, maka fihak mufti mempermasalahkan izin masuk dari Imigrasi Malaysia, apakah saya mempunyai izin resmi untuk berdakwah di Malaysia dari Kerajaan Malaysia?, padahal bahwa tak pernah ada undang undang pelarangan dakwah terkecuali yang berdakwah membawa kesesatan dan menentang kerajaan Malaysia.

Akhir keputusan adalah larangan mutlak dari fihak Perlis bagi saya untuk berbicara pada acara tersebut, dan perintah penangkapan atas saya jika Ustaz Yussaine masih bersikeras mengajukan saya untuk menyampaikan taushiyah di Majelis Tablig Akbar tersebut, Maka saya berbicara dengan lembut pada Ustaz Yusainiy, saya tak risau ditangkap, karena saya akan menghubungi fihak Mabes Polri di Jakarta untuk meminta fihak Mabes Polri menjamin kebersihan dakwah saya dibawah jaminan Mabes Polri, namun tampaknya para pemuda kita disana risau dan tak ingin sesuatu menimpa saya, maka majelis dibatalkan. Hadirin berdatangan sekitar seribu personil, mereka sudah siap untuk hadir dan mendengarkan, maka ketika diumumkan dengan lugas oleh Ustaz Yussaine bahwa pembicara dilarang berbicara oleh fihak perlis, hadirin kecewa dan bubar, Jumat pagi saya menuju Kualalumpur.

8 zzz November 8, 2009 at 9:34 am

emm! saya ngaji banyak ust.. tapi bila dengar kuliah ust Asri(MAZA) baru saya rasa lautan ilmu kalau dipelajari seolah-olah tak bertepi..walau phd sekalipun atau mati hidup balik takan habis.
dalam youtube pun banyak kuliah2 dan idea2 bernasnya….boleh tengok

9 kikki February 13, 2010 at 1:27 am

Hmmm… xheranlah Dr Asri kne tgkap.. die bawa fahaman wahabbi. Ajar aqidah yang xbetul.lg truk… kitekan hnye berpegang kpd ahlus sunnah wal jamaah…
Wahabbi byk melencong dari akidah sebenar. mentafsir ayat quran (ayat mutashabihat) suke ati diorang jek.. pastu kte bace yasin malam jumaat ni bid’ah la… Xkan bce quran(yasin) ni bid’ah!!! xleh trime akal…. bce quran dapat dose ke???? So, jgnla korang terlalu emosional dgn kes ni… JAIS 2 xkan wat pape yg mengarut… mesti ada sebabnye…

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: