![elektrik sabah borneo [SEMAK] Isu Masalah Elektrik Sabah!!](http://beritasemasa.com/imej/borneo.jpg)
Bagi rakyat Semenanjung, masalah blackout tidak seteruk di negeri Sabah. Masalah elektrik di Sabah sudah beberapa kali diutarakan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab, tapi kesudahan orang-orang Sabah yang terkesan kadang-kadang terpaksa hidup ala-ala primitif(untuk tempoh berjam-jam lamanya).
Begitulah keadaan dan senario yang berlaku di negeri Sabah. Projek Empangan Bakun yang dibina sudah awal-awal lagi bertujuan untuk menyalurkan tenaga ke Semenanjung. Tenaga elektrik Sabah di bawah pengurusan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) yang mana merupakan anak syarikat kepada Tenaga Nasional Berhad(TNB). Di Semenanjung, TNB yang memainkan peranan yang sama manakala di Sarawak adalah SESCO. IPP (independent power producer) pula adalah power plant yang bukan dimiliki oleh syarikat utiliti elektrik tersebut. Tugas IPP adalah generate electricity dan jual ke syarikat utiliti elektrik (SESB in this case) pada harga yang tinggi. Masalah bertambah serius dengan perkembangan kawasan perumahan baru dan juga pusat-pusat membeli-belah dan dalam masa yang sama bekalan elektrik yang ada tidak dapat menampung keperluan permintaan semasa.
Sebelum ini, saya ada mengeluarkan artikel yang menyentuh Perkara 20 Sabah. Janganlah kerajaan yang bertanggungjawab mempermainkan dan memperjudikan kepercayaan yang diberikan rakyat Sabah. Apabila tiba pilihanraya sahaja, akan keluar kenyataan akan seperti “kerajaan memperuntukkan 40 juta untuk naiktaraf elektrik Sabah” atau pun “kerajaan berjanji masalah blackout di negeri Sabah tidak akan berlaku lagi selepas ini”. Tetapi kesudahannya? Hanya orang-orang Sabah yang “terkesan” lebih memahami dan mengetahuinya.
![elektrik negeri sabah borneo3 [SEMAK] Isu Masalah Elektrik Sabah!!](http://beritasemasa.com/imej/borneo3.jpg)
Sebelum ini SESB mempunyai merancang nak membina power station di Kimanis (power plant yang menggunakan gas – hak milik Yayasan Sabah & Petronas) dan satu lagi di Lahad Datu( power plant yang menggunakan arang batu – hak milik SESB). Tetapi disebabkan mendapat banyak bantahan daripada NGO disebabkan rancangan penggunaan arang batu untuk janakuasa eletrik yang dikatakan boleh menyebabkan pencemaran. Siap buat petisyen lagi masa itu, kumpulkan tandatangan penduduk Sabah. Ramai yang menyokong tindakan tersebut dengan menurunkan tandatangan tetapi tidak disertakan pula cadangan alternatif bagi menyelesaikan permasalahan elektrik di negeri Sabah.
Itu baru elektrik Sabah, belum masuk masalah air di negeri Sabah lagi. Kalau kawasan kampung di pedalaman Sabah, mereka masih lagi menggunakan air hujan. Kalau tiada hujan, mandi di kawasan sungai. Nasib baiklah pedalaman Sabah masih ada lagi kawasan-kawasan sungai yang masih belum tercemar dan ternoda. Bekalan elektrik kampung-kampung di Tawau contohnya iaitu bukit Quion, kadang-kadang petang tiada, kadang-kadang malam pula yang tiada.
Saya sendiri mempunyai pengalaman ketika berada di Sabah. Mungkin ini hanya cebisan kecil masalah yang saya hadapi berbanding orang -orang Sabah yang sudah biasa bergelumang dengan “masalah turun naik” bekalan elektrik Sabah. Percutian di negeri Sabah membuatkan saya lebih terkedu lagi mengenang nasib rakyat di sana yang masih dibelengu masalah dan jauh tertinggal berbanding negeri-negeri di Semenanjung. Itu realitinya. Sepanjang saya berada di sana, saya dapati masalah bekalan elektrik terputus sudah menjadi perkara biasa di sana. Betul tak orang-orang Sabah? Penduduk di sini rata rata dah mangli(lali) dengan blackout. Bayangkan 5 hari di Sabah di beberapa daerah berbeza lima, 5 kali juga berlakunya black out. Setiap kali blackout, tidak kurang daripada 3 jam lamanya.
![elektrik sabah borneo4 [SEMAK] Isu Masalah Elektrik Sabah!!](http://beritasemasa.com/imej/borneo4.jpg)
Teruk kan? Dikala mereka membayar reserve margin yang mana kuasa elektrik tidak pernah dijanakan, tetapi telah menelan belanja berbillion-billion ringgit setahun. Masih lagi ada rakan rakan kita yang kerap putus elektrik dalam kehidupan mereka. Yang pastinya antara alasan yang kerap diberi oleh kerajaan dalam hal ini, antaranya:
- Prasarana grid yang semakin usang
- Loji janakuasa yang tak mencukupi bagi penduduk di Sabah.
Akhirnya, sebab-musabab yang alasan yang diberikan oleh kerajaan, kenapa tidak dinaiktarafkan prasarana atau diadakan janakuasa baru di Sabah adalah kerana faktor kewangan negara. Erm…………
P/S : Saya pula semasa di sana rambang mata nak beli ikan laut yang murah dan segar di Sabah. Kerapu ooo kerapu. Kenapa laaa korang murah sangat, nanti kena gout plak saya nantiiii……
PP/S : Baik masalah elektrik Sabah diselesaikan segera. Kalau Namewee melancong di sana, terkena pula masalah blackout, tak pasal free-free kena sembur dengan mamat Namewee ini.




{ 5 comments… read them below or add one }
hhaahaha.. aku skang dok kt sabah.. mmg betol pe yg ditulis di sni.. plg teruk aku tgk kt Tawau.. tiap kali aku dtg sana wat kije yg leh siapdlm 2 jam je.. leh jadi 5 jam baru setel.. sbbnye.. sokmooo balck outt.. aduyaii.. da bepuluh2 kali pilihan raya.. tp mslh di sabah spt diabaikan.. sedangkan pada ms skang.. tnpa sabah n sawak.. apalah nasib kerajaan sekarang…
pampo(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
:x seriously,ape yg u all tulis mmg btol…im sbhn…currently study kat melaka..every time i cal my family,which is almost every day, confirm blackout….kalau blk raya,ktorg da kene get ready awl2 b4 blackout…bkn kjap tp lama wooo…..byr bil every month…tp service mcm 10thn yg lepas gak….tmbh2 lg ngan infrastruktur skrg ni…penduduk da bertambah ramai malah bertambah kaya tp,jln raya n so on,semua mcm 10thn punye condition….kalau da blk kg,sy mst mengehadkn mase sy d kg coz xthn ngan mslh2 mcm ni….kalau ckp psl politik,xpaya la nk harap sgt….duit allocated utk rakyat sabah,berbilion2 tp hasilnya,50% pun susah nk dpt…xpaya la projek2 mega….kemudahan2 yg paling asas yg already ada kat semenanjung ni,kalau buat kat sbh,ktorg da bersyukur sgt2… olynn(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Hey – nice weblog, just trying about a blogs, appears the reasonably good platform you are using. I am presently using Wordpress for some of my personal sites but wanting to change one in all associated with them more to a platform kind of like yours as a chance run. Something in sometimes shocking might recommend concerning it? 3 4 Acoustic Guitars(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
ni mmg betul.. cuba bayangkan.. org yang dari kwsn pedalaman turung nak bayar road tax.. dari kalabakan ke tawau ambil masa dalam 2 jam.. last2 sampai JPJ or Pejabat POS, blackout.. dah la xda generator bantuan.. penat beb.. pastu minyak lak dah naik.. MALAYSIAKU OWH MALAYSIAKU.. membangun la bersama rakyat.. bukan membangun di atas rakyat.. tahawk(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
rich land become the poorest state in the country… ndakcampen(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0