Isu Kalimah Allah Malaysia. Apa Kata Anda?

by Staff Berita Semasa on January 9, 2010

in Berita Dunia

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

isu Isu Kalimah Allah Malaysia. Apa Kata Anda?

Bagaimana isu kalimah Allah Malaysia oleh Kristian boleh timbul? Isu ini bermula setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan kalimah Allah terhadap penerbitan dalam Bahasa Malaysia bagi akhbar mingguan Herald Katolik 31 Disember 2007.

Mungkin boleh diamati semula dan cuba fahamkan ayat 25 dalam Surah Luqman : “Dan jika (Muhammad) tanyakan mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi?”, Tentu mereka akan jawab “Allah”. Katakanlah “Segala Puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”.

Apakah pandangan tokoh agama Islam dunia dalam isu larangan penggunaan nama Allah oleh kristian ini?

  1. Saya merujuk kepada pandangan dua tokoh besar ulama terkini, Sheikh Yusuf Qardhawi, penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili Tokoh Maal Hijrah 1429H. Kedua-dua berpandangan bahawa penggunaan nama “Allah” adalah dibolehkan kepada penganut-penganut agama Nabi Allah Ibrahim yakni Islam, Kristian dan Judaism.
  2. Manakala bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, menulis dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa Umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Quran pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah. Dr. Asri  juga menegaskan bahawa yang menjadi permasalahan adalah bukan nama Tuhan tetapi kesyirikan penganutnya.
  3. Contohnya lagi kita tidak boleh menggunakan kata ‘liberal’ untuk makna terbuka kerana ia memberi konotasi yang dalam. Kita pun tidak akan mengatakan bahawa mereka telah memonopoli perkataan liberal. Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah sarjana Islam yang paling tegas dalam hal pemberian nama atau istilah ini. Bagi beliau banyak kekeliruan berpunca daripada penamaan.  Contohnya pelajaran berbeza dengan pendidikan dan ta’dib. Istilah moden dan klasik dalam pembahagian sejarah bagi beliau tidak relevan dengan sejarah Islam dan lain-lain lagi.
  4. Manakala seorang tokoh pemikiran Islam, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau memberitahu dan menyambung hujah Prof Syed Muhammad Al-Attas bahawa al-Quran telah merubah dan memperbaiki kekeliruan dan kerosakan yang telah terjadi kepada hakikat-hakikat penting yang berkisar di sekitar ketuhanan, kemanusiaan dan kejadian.

Kalimah Allah digunakan oleh semua penganut agama samawi Islam, Kristian dan Jews (ahli kitab). Cuba keluar daripada kepompong dan tempurung yang lama.  Kita kena lihat keadaan dan dunia sebenar kita ini. (www.jihadwatch.org). Bukan tugas saya untuk mengatakan yang ini betul dan yang ini pula salah. Tetapi inilah realitinya dan faktanya. yang penting kita membuat pilihan yang terbaik untuk kebaikan semua.

isu2 Isu Kalimah Allah Malaysia. Apa Kata Anda?

Memang bagus kalau kita hidup aman damai dan bersahabat dengan semua agama dan dapat bersatu untuk kesejagatan amatlah bagus.

  1. Sebelum kejadian letupan gereja, laman web mahkamah iaitu www.mahkamah.gov.my pula telah digodam oleh pihak bertanggungjawab
  2. Jan 8 — Sebuah gereja di pinggir ibu negara dibakar tengah malam tadi ketika pihak berkuasa memberi amaran agar tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan termasuk mengadakan perhimpunan haram di sebalik polemik keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan “Allah”. Gereja Metro Tabernacle A/G, yang terletak di Jalan 4/4C Desa Melawati dekat Setapak di sini dibakar, dipercayai oleh beberapa lelaki, kira-kira 12 tengah malam
  3. Gereja Assumption yang terletak di sebelah Hospital Assunta, dipercayai turut menjadi sasaran kira-kira jam 4 pagi tadi
  4. Gereja di Seksyen 17, Petaling Jaya juga menjadi sasaran malam tadi, menyebabkan kerosakan berlaku di bahagian luar luar bangunan Gereja Life Chapel

isu3 Isu Kalimah Allah Malaysia. Apa Kata Anda?

Berkenaan kes letupan di 3 gereja tempoh hari, kita sepatutnya tidak menuduh samada orang Islam yang harus dipertanggungjawabkan ataupun orang Kristian sendiri yang membuat khianat. Adalah lebih baik kita tunggu sahaja siasatan polis. Walaupun ada segelintir kawan Islam tidak puas hati atas keputusan makhamah tinggi, tetapi perbuatan serangan molotov ni adalah sangat sangat serius, ia serupa serangan Terrorism. Apa yang kita dapat dengan serangan tidak bertamadun ini. Adakah boleh selesai ker masalah? Dalam pada masa yang sama pernah ker terfikir dengan serangan seperti ini industri pelancongan negara boleh terjejas kerana ramai pelancong asing akan takut diserang jika datang melancong ke Malaysia.

Akhirnya negara barat juga akan mengutuk negara kita sama sahaja dengan negara Islam di Timur Tengah yang penuh dengan kebencian dan serangan pengganas. Hendak kita dilabel sebegitu? Pengeboman sentiasa berlaku dan kematian rakyat meningkat setiap hari. Nama negara kita mesti terjejas selepas kes macam ni. Fikirkanlah wahai rakan-rakanku. Setiap perbuatan perlu menggunakan akal fikiran dan bukannya perasaan dan hawa nafsu yang menggongkong tingkah laku kita semua.

isu4 Isu Kalimah Allah Malaysia. Apa Kata Anda?

Sekarang ini, Yang Dipertuan Agong sendiri telah bertitah semua pihak supaya bertenang, hormati tempat ibadah tanpa mengira kaum. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya saling menghormati tempat ibadah tanpa mengira kaum. Tuanku Mizan menitahkan semua pihak terutamanya umat Islam agar bertenang berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan penggunaan kalimah Allah Malaysia.

Kenapa orang Melayu tak boleh bersahabat orang lain? Cuba beritahu sedikit, suka saya mendengar pandangan anda semua? Dengan Cina nak bertelingkah. Dengan India nak bergaduh dan sekarang ini dengan Kristian Sabah & Sarawak pun mahu bertikam lidah. Kita mesti sentiasa waspada bila ada kumpulan menggelarkan diri mereka pembela agama dan Allah. Seperti kata Allahyarham Gus Dur, bekas presiden Indonesia dan pemimpin besar Nahdatul Ulama; Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa tidak perlu dibela, yang memerlukan pembelaan adalah manusia yang dianiayai dan ditindas.

  1. Kadang-kadang kita jaguh di lembah maksiat, kemudian……apabila timbul isu kalimah Allah ini kita bangun dengan lagak seperti seorang pahlawan
  2. Kadang-kadang kita jaguh di jalanan, menang game usung betina, tetapi…….apabila timbul isu kalimah Allah ini kita bangun dengan lagak seperti seorang pahlawan
  3. Kadang-kadang kita tutup mata dengan membenarkan lambakan tempat yang sudah ternoda dengan aktiviti maksiat, tetapi……kita boleh buka mata dengan isu Kalimah Allah Malaysia ini, lagak seperti seorang pejuang

Bagusla yang mengadakan perhimpunan tempoh hari, sekurang-kurangnya jika dilihat daripada sudut lainnya terdapat semangat cintakan Islam. Tetapi biarlah isu yang hendak dibawa itu sesuai. Bukan boleh terjah sahaja. Lebih baik golongan dan kelompok yang seperti ini buat demo depan kedai mesin kuda dengan menuruh mereka tutup atau pun, apa salahnya mendakwahkan anak bangsa sendiri, didik diri sendiri dan ahli keluarga untuk menghayati ajaran Islam dan bukannya menyekat pengaruh luar semata-mata. Kalau buat demo pula konsert artis-artis Melayu Islam, bukankah lagi bagus? Itu belum termasuk lagi siaran televisyen sekarang ini, majalah-majalah lucah yang dibuat sendiri oleh orang Islam? Kemudian jihad pula di sekitar Bukit Bintang itu dulu.  Pilihan sudah ada. Terpulang………………

isu5 Isu Kalimah Allah Malaysia. Apa Kata Anda?

Kita telah ada cukup undang undang melarang sesiapa sekali pun yang berusaha untuk menarik minat orang Islam kepada agama lain. Itu sebabnya termaktubnya Perlembagaan Malaysia yang menetapkan agama Islam sebagai adalah agama rasmi dan agama Islam tetap akan terpelihara dalam pada masa yang sama kita mestilah menghormati pegangan dan kepercayaan orang lain. Apabila saya berkata begini, pastinya ada cakap-cakap yang mengatakan Berita Semasa ingin melihat kesucian agama mereka tercemar(pemikiran seperti ini sudah boleh dibaca). Mesti ada punya tetapi bukan niat saya sebegitu. Itu sebabnya apa-apa yang berlaku sekarang ini perlu dilihat daripada sudut sejarah dan perundangan yang ada di Malaysia.

isu6 Isu Kalimah Allah Malaysia. Apa Kata Anda?

Soal  isu kalimah Allah Malaysia (God) atau Tuhan Allah (the Lord God)yang digunakan oleh orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti difahami dari perspektif sejarah pra-Merdeka dan sebelum mereka menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Semasa membaca doa di gereja, ramai penganut Kristian di sana tidak tahu berbahasa Inggeris; lagi pula mereka dari berbagai kaum seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Murut, Melanau, Kelabit, Kedayan dan sebagainya yang mempunyai bahasa dan dialek yang berbeza. Jadi mereka memilih satu bahasa yang difahami semua pihak, iaitu Bahasa Melayu. Kitab Bible berbahasa Melayu yang mereka gunakan datangnya dari Indonesia. Bible mereka menggunakan kalimah Allah

Sejak zaman-berzaman orang Islam di Sabah dan Sarawak tidak menghadapi apa-apa masalah tentang hal ini. Mengapa isu kalimah Allah Malaysia ini tak timbul pada masa dahulu? Apabila orang bukan Islam diminta menyanyi yang ada diselitkan kalimah Allah, adakah mereka melakukan kesalahan? Mengapa hanya The Herald diharamkan daripada menggunakan perkataan Allah? Sudah tentu The Herald tidak akan menggunakan perkataan itu kalau penganut dan pembacanya menggunakan perkataan lain dalam ritual sembahyang dan doa mereka.

Itu sebabnya sebelum kita ingin bertindak(merusuh, demonstrasi, membantah) supaya rajin-rajinlah diri menyemak sejarah lampau. Benda ini bukan dipinta untuk terjadi tetapi disebabkan perundangan dan sejarah lampau negara kita.  Lagipun saya difahamkan bahawa pada abad ke-17 sudah ada kalimah Allah untuk Tuhan dalam kamus Melayu-Latin. Allah juga disebut dalam kitab doa Katolik yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-19.

isu7 Isu Kalimah Allah Malaysia. Apa Kata Anda?

Persoalannya di sini jika tindakan keras diambil, adakah ia akan membantu usaha dakwah Islamiah atau mencacatkan imej Islam semata-mata kerana ada orang tertentu mahu jadi wira agama tanpa kajian yang mendalam. Para alim ulama seluruh dunia Islam sudah lama menerima orang dari agama lain menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan. Antaranya yang diguna pakai oleh umat Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Lubnan, Palestin, Iraq dan beberapa negara umat Islam yang lain dalam pada masa yang sama juga Bahasa Melayu kita masih lagi mengekalkan Bahasa Sanskrit dari asal usul Hindu untuk Islam seperti perkataan sembahyang, puasa, syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya. Kepercayaan kepada ajaran agama kita yang tulen adalah benteng untok kita memberhentikan mana mana usaha untuk membawa orang Islam keluar dari akidah Islam.

Mereka mengaku Allah sebagai Tuhan, mengapa kita mahu halang dan berasa takut jikalau Kristian menggunakan nama Allah. Bukankah Allah adalah Tuhan semua manusia, jin, dan sekalian alam? Bukankah ini salah satu bentuk dakwah? Kita sebagai muslim sepatutnya lebih besemangat nak mendidik umat islam apabila orang Kristian sendiri menggunakan nama Allah…dan bukannya berasa takut keliru atau sebagainya. Yang pentingnya ada satu undang-undang yang mempunyai kuasa mengawal pihak Kristian daripada menghina nama Allah. Selagi Kristian tidak menghina dan mempersendakan nama Allah, sesiapa pun berhak hendak guna kalimah Allah, sebab Allah itu adalah universal yang pentingnya di sini adakah selama ini kita betul-betul menyelami dan mengamalkan syariat Islam? Renung-renungkanlah.

isu8 Isu Kalimah Allah Malaysia. Apa Kata Anda?

Pada pendapat saya, isu kalimah Allah Malaysia tiada orang yang memegang hak mutlak. Dalam erti kata lain, kalimah aalah bukanlah sesuatu “copyright” yang kita perlu berdebat sebegini rupa. Bahkan, jika orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, kita harusnya berdoa agar semoga dengan menyebut kalimah Allah mereka akan sedar bahawa agama kita merupakan agama yang sahih. Masalah kita ni, kita mengambil perkara kecil dan menjadikannya isu yang terlalu besar tanpa berfikir panjang. Apa yang kita nak buat – lawan..lawan..lawan..Sebaliknya, kita sebagai penganut agam Islam yang harmoni sepatutnya berfikiran lebih jauh dari ini..

P/S : Kalau umat Islam akidahnya kukuh dan mantap, rasanya tidak timbul isu kalimah Allah Malaysia oleh Kristian. Ini kerana ramai yang takut tewas dengan kejahilan sendiri.Itu sebabnya saya tidak mengeluarkan isu ini daripada awal lagi.

PP/S : Yang baiknya datang daripada Allah, keburukan yang ada datangnya daripada kesilapan daripada saya sendri. Minta maaf jika tulisan kali ini mungkin ada menyinggung perasaan mana-mana individu

  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 33 comments… read them below or add one }

1 ahoyhoi January 9, 2010 at 7:55 am

umat islam perlu sedar , mereka perlu bersatu, anasir luar sentiasa mencari lubang kelemahan untuk meruntuhkan benteng dan tiang keimanan kita  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

2 Katek Islam January 10, 2010 at 3:27 am

Dalam orang ramai tengah sibuk-sibuk bahas isu larangan nama Allah ini, tiba-tiba kita dihadiahkan dengan berita kenaikan harga minyak
Lihat!!! :phwitt   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

3 Zarul.com January 10, 2010 at 9:15 am

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

4 Pak Awang January 10, 2010 at 12:14 pm

Memang tak berakal siapa yang pergi bom gereja
bodoh…Oops!! :ketawamanja   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

5 mesticun January 11, 2010 at 3:28 am

Manusia tak guna otak.terus jadi otak udang.memalukan betul.nanti kalau bergaduh teruk.siapa yang susah.orang bertumbuk terajang boleh.orang perempuan.kena lari je.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

6 mesticun January 11, 2010 at 3:31 am

Dakwah secara halus.apa salahnya.mana nak tahu suatu hari nanti.terbuka hati mereka semua peluk islam.ini mesti tak puas hati.ramai orang melayu murtad minum air Holywater.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

7 mesticun January 11, 2010 at 3:35 am

Kena tak baling je bom.dekat orang yang nak guna ”Kalimah Allah” dalam majalah kristian tu.kan senang habis cerita.bom gereja buat malu orang islam.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

8 Pak Awang January 11, 2010 at 11:06 am

Wooo……kalau boleh semuanya elakkan
termasuk nayakan orang Kristian tak bersalah…
yang banyak rosakkan isu ini
orang yang akal pendek n cepat melatah je  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

9 mesticun January 11, 2010 at 2:29 pm

Selesaikan dengan cara yang baik-baik.kita orang Malaysia sudah lama hidup berharmoni.tak sampai bergaduk salahkan agama yang yang.salah mahkamah tak boleh juga.bertindak cara adalah jalan penyelesaian yang baik..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

10 Naqib January 12, 2010 at 5:04 am

Kenapa tak nampak macam usaha yang bersungguh2 daripada pihak berkuasa untuk tangani isu ni?  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

11 mesticun January 12, 2010 at 7:09 am

Tindakanlah cepat.jangan nak lengahkah masa.bila lambat nak selesai kes ni.mulalah orang ramai berhimpun kembali. :ketawamanja   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

12 dariana January 14, 2010 at 4:12 am

“Kamu adalah sebaik2 umat berdepn dengan manusia untuk mengajak berbuat baik dan mencegah kemunkaran…….”.

Banyak lagi benda munkar, maksiat dan kabair yang wajib pemimpin dan umat Islam tentang…….. kenapa fenomena itu masih berleluasa? Perkara2 yang sepatutnya didahulukan…..kena dahulukan.. isu kalimah ‘Allah’ sengaja diwarwar untuk melindung kebobrakan lain yang berselerak..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

13 hamba Allah yg hina January 17, 2010 at 5:58 am

Ajaran agama Islam terkenal dgn AKIDAH yg tinggi… :hormat tapi kenapa,bila agama lain menggunakan kalimah Allah,AKIDAH dah hilang kerana nafsu amarah!..
Kan Tuhan itu hanyalah SATU.[ALLAH]..jadi apa salahnya jika agama lain menggunakan kalimah suci itu..
“Beza hanyalah cara sembahyang,tetapi ia-NYA ttp sama.tetap yg SATU”..iaitu ALLAH S.W.T  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

14 mesticun January 17, 2010 at 11:12 am

Bagaimana jika niat mereka nak sesatkan Umat Melayu-Islam di Malaysia.awal-awal lagi kami tak benarkan.tak payah masuk mahkamah pun tak pa.buat perhimpunan pu tak payah.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

15 hamba Allah yg hina January 17, 2010 at 11:24 am

“Sesatkan Umat Melayu-Islam..?”..itulah gunanya akal dan pemikiran kita supaya x menyekutukan Allah.Kita di uji dengan apa jua bentuk dan cara….Dan,terpulanglah dari diri individu itu sendiri samada hendak sesat atau tidak..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

16 lia January 19, 2010 at 4:56 pm

esh…. napa mau marah kan bagus kita semua guna istilah ALLAH… setiap penganut dlm dunia ni menyembah satu Tuhan… cuma nabi kita yang berbeza…. just nama… klau Islam Nabi Muhamad and Kristian Nabi Isa (Jesus), tapi kenapa sampai skarang orang nak pertingkaikan sedangkan kedua2:- Al Quran Dan Bible (Alkitab) ada Kedua2 Nabi Tertulis di dalamnya…. bagaikan satu pokok tapi Dahan yg berbeza…. begitulah kita sebagai penganut di dunia ini, (perumpamaan) Allah Merupakan Pokok Dan Agama kita merupakan dahan yang berbeza….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

17 jews January 19, 2010 at 7:21 pm

d mane2 tempat d dunie slagi wujudnye umat islam, slagi itu le ade pengganas…..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

18 mesticun January 19, 2010 at 10:18 pm

Teruklah macam ni.kalau gereja terus menjadi sasaran.umat islam akan dipandang lebih buruk lagi.walaupun ia kerja yahudi zionis.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

19 terajutiga January 20, 2010 at 7:26 pm

Sesiapa saja boleh guna kalimat Allah. Malah sewajarnya nama lafzul-jalalah itu meliputi atas sarata makhluk-Nya. Allah adalah Tuhan seluruh alam. Umat Islam tidak rugi. Allah Maha Suci, tidak rugi apa-apa. Malah orang yang menyekat penggunaan kalimah Allah, sialap-silap gaya akan beroleh kemurkaan-Nya. Wallahu a’lam.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

20 nabilah January 22, 2010 at 4:57 pm

maafkan saya kalau tersalah..tp ade beberapa part article ini yg saya x setuju..semmgnya tidak diragui zaman lampau mereka menggunakan perkataan Allah..tetapi di zaman itu akidah islam mantap dan tiada keraguan..ada garis panduan yg jelas dan nyata..pada zaman sekarang..agama kristian byk sekali yg sudah terpesong…malah akidah umat islam sudah tidak berapa terjaga..terutama anak2 kecik..dn remaja pada hari ini..mereka mudah sekali terkeliru dgn dakyah sebegini…apakah terjadi kepada mereka..bagaimanakah kita mahu menerangkan perbezaan agama kita dn kristian..bagaimana kalau mereka menyamakn islam dan kristian??tidak kah kita takut akan hal sebegini??saya amat takut sekali suatu hari mereka akan berkata mana2 agama sama sahaja kerana allah ttp sama..tetapi bagaimana syariat itu dpt membezakan agama?bagaimana kalau mereka keliru?…sbb dari kecil allah itu semmgnya kepada Islam..kerna Islam agama yg benar….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

21 adiadah January 23, 2010 at 8:45 am

Kalau nak berbahas/berdebat/berucap kenalah dgn audien yg faham dgn isu yg nak di bangkitkan. Kalau di bincangkan isu yg satu pihak ‘tak faham’ sampai kiamat pun isu ini tak akan selesai krn masing2 tak memahami n menghormati asas Islam sebenarnya. Pemimpin kuasa tertinggi politik Melayu, Dato Seri Najib dan DYMM Tuanku Mizan kena campurtangan. Kuatkuasakan ISA. Selesai masalah.!!  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

22 cln88 January 24, 2010 at 12:00 pm

buat apa nak perbesarkan sesuatu yang serius..korang semua tahu tak isu ini boleh menimbulkan perbalahan diantara kaum dan agama…kepada mereka yang mengadakan perhimpunan itu,,,janganlah keterlaluan dan janganlah terang-terang menimbulkan sesuatu yang boleh mencabar kesabaran diantara kedua-dua pihak..kan budi bahasa itu budaya kita.kepada yang menyerang gereja itu..pikirkanlah sekiranya anda adalah yang terbaik,,kenapa dilakukan perkara yang tidak baik dan tiada erti perpaduan…yang hanya nampak adalah rasa benci dan zalim..adakah itu perkara yang baik yang pernah anda belajar dan ketahui sejak kecil lagi???bukankah sesuatu perkara yang tidak baik itu dilabelkan sebagai sifat syaitan yang suka melihat manusia hilng pertimbangannya??lu pikir la sendiri..semua pernah pergi sekolah!!! :gelak   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

23 Admin [ Master G ] January 26, 2010 at 10:53 pm

Ya…..nabilah, berselisih pendapat tidak mengapa. Untuk penggunaan nama Allah, adakah tokoh ulama Islam dunia berpeluk tubuh? Dan mereka juga bersetuju orang bukan Islam menggunakan nama Allah. Sekali lagi tokoh ulama dunia, jadi kita sebagai insan biasa terutamanya di Malaysia sangat takut dengan dakyah Kristian menular dikalangan org Islam di Malaysia. Itu sebab perlu ada undang-undang dan juga kena TEGAS dengan undang-undang yang dibentuk…..

Jikalau peguam negara dan KDN berjaya berbincang dengan pihak Kristian di Malaysia untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa perlu membawa ke mahkamah isu ini, rasanya tidak akan ada insiden gereja dibom dan surau dibakar…..Sepatutnya selesaikan secara baik  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

24 I luv ISLAM April 18, 2010 at 2:05 pm

….kerana terlalu ego manusia ini boleh berubah….ukur diri sendiri sebelum melihat kelemahan orang lain…sejauh mana anda mendekatkan diri kepada Allah, sejauh mana anda mengingati Allah setiap masa,,,setakat nak membantah sedangkan lagi banyak umat islam yang rosak akhlak..perbetulkan dulu umat islam sendiri terutama remaja…biarlah nama Allah mereka guna..yang kita ni teruskan amalan kita dan terus mendekatkan diri kepada Allah..jangan pula disebabkan kita berkongsi nama Allah, kita berkongsi amalan dan kebudayaan mereka pulak…disitulah kita harus bijak untuk membanding amalan mereka dgn islam sebenar……Allah Maha Besar….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

25 akujanji June 9, 2010 at 9:18 am

sekadar pengetahuan bersama..penggunaan perkataan Allah oleh majalah Herald adalah dikhaskan kepada penganut2 mereka daripada Sabah & Sarawak yang tidak mahir berbahasa inggeris dan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan sejajar dengan permintaan oleh pihak kerajaan Malaysia supaya bahasa melayu dijadikan bahasa rasmi negara. perkara ke-2 pula, oleh kerana penganut2 kristian di Sabah & Sarawak telah menyahut seruan kerajaan supaya menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan sebagai bahasa perantaraan diantara mereka dan juga dengan orang luar, maka mereka telah menggunakan Kitab Injil terjemahan bahasa melayu Indonesia bagi tujuan keagamaan. walaupun begitu, para penganut agama kristian yang masih menggunakan bahasa inggeris sebagai perantaraan tertutama di semenanjung Malaysia, perkataan Allah masih disebut sebagai God ataupun Lord dan ini tidak menimbulkan perbalahan kedua-dua pihak.
Apa juga keputusan yang diambil oleh kerajaan samada membenarkan atau melarang pasti akan menjadi ketidak puasan hati antara kedua belah pihak. jadi apa yang harus dilakukan?
perlukah kerajaan mewajibkan agar para penganut agama kristian di Sabah & Sarawak menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan sesama mereka didalam urusan kegamaan mereka? mungkin ini adalah salah satu jalan penyelesaiannya..tapi harus diingat, bukankan ini boleh menyebabkan bahasa melayu itu sendiri akan menjadikan bahasa kedua dinegeri2 tersebut? dan kerajaan juga harus bertanggungjawab didalam membantu mereka supaya dapat menguasai bahasa inggeris dengan berkesan. dengan penguasaan bahasa inggeris ini juga tentu akan menjadikan anak2 daripada kedua-dua negeri tersebut menjadi lebih berdaya maju disebabkan kemampuan berbahasa inggeris mereka.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

26 jomokb76 August 10, 2010 at 8:35 pm

TERIMA KASIH SAUDARA KERANA MENULIS ARTIKEL INI

SEMOGA DGN ADANYA ARTIKEL BEGINI AKAN MENGUBAH FIKIRAN ORG2 MELAYU DI MALAYSIA INI DAN MENERIMA SEADANYA YG ALLAH ITU ADALAH HAK BAGI SEMUA AGAMA SAMAWI.

DENGAN ADANYA PEMAHAMAN SEPERTI BERIKIT MAKA KITA DI MALAYSIA AKAN HIDUP DALAM AMAN DAN DAMAI TANPA MEMIKIRKAN HAL2 REMEH TEMEH YG MENJEJASKAN PERPADUAN YG TELAH LAMA TERJALIN

SEMOGA ALLAH MEMBUKA MINDA KEPADA MEREKA YG MASIH BERDEGIL DAN KERAS HATI TIDAK MENERIMA YG ALLAH S.W.T ITU ADALAH MILIK SEMUA AGAMA SAMAWI

AMIN

BLESS FOR MALAYSIA  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

27 Jomokb76 August 12, 2010 at 1:50 pm

Sya tk salahkn mrk ini spenuhnya., mrk ini adalah mngsa keadaan. Niat mrk mmng baik prthnkn islam tapi dgn cara dn kpercayaan yg salah. Sekiranya saya dilahirkan di semenanjung, besar kemungkinan saya juga akan turut berjihad bermati-matian pertahankan kalimah Allah ini, bagaimanapun di tempat saya di SABAH, kami telah bersama org kristian yg bertuhankan ALLAH ini sejak seblm persekutuan Malaysia lagi dan belum pernah berlaku sengketa antara org islam dan kristian di sini. Kami memahami yg mrk juga ada hak menggunakan perkatan ALLAH tersebut berdasakn kepda latar belakang dan sejarah org2 kristian yg dulunya juga adalah umat yg menyembah ALLAH yg bernabikan Isa a.w
Harus ditekan kan, spatutnya pemimpin kerajaan bijak mngendali kes yg amat sensitif ini.
Slps shj keptusan mahkamah pd 31/12/2009 dikluarkan, pihak kerajaan diwakili ulama2 sepatutnya mmbuat satu “ehwal islam khas khusus utk mmbincangkn pnggunaan kalimah Allah ini” yg disiarkn ke seluruh negara utk kesedaran bg org2 islam ttng hak pnggunaan kalimah ALLAH itu.

Pihak kerajaan semmngnya sedar yg implikasi pengunaan kalimah Allah ini oleh agama lain di msia akan mndtngkn kesan yg amat negetif trutama kpd pnganut islam yg selama ini mnganggap ALLAH itu adalah nama tuhan bg org islam dn ianya perlu dijaga kesuciannya. Hingga sanggup bjihad utk pthanakannya.

Hrp2 skrng sblm mhkamah mmbuat kputusan yg telah ditangguhkn disebbkn berlakunya kekocohan, pihak kerjaan diwkili para ulama terkenal mmbuat roadshow seluruh negara utk mmbincangkan ttng “hak penggunaan kalimah ALLAH ini oleh agama lain”.
Ini memndangkan, besar kemungkinan kputusan mahkamah akan memihak kpd pihak Herald. Sbg prsiapan, pihak kerajan harus btindak skrng. Tanganilah mslh ini dgn telus
Bangkitlah pemimpin MALAYSIA  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

28 angel August 16, 2010 at 2:53 pm

jadi apakah jalan penyelesaian yang perlu diambil untuk isu Allah ini?apakah jalan damai yang perlu diambil supaya 1 Malaysia benar2 1 slogon yg benar  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

29 angel August 16, 2010 at 2:59 pm

nabilah: maafkan saya kalau tersalah..tp ade beberapa part article ini yg saya x setuju..semmgnya tidak diragui zaman lampau mereka menggunakan perkataan Allah..tetapi di zaman itu akidah islam mantap dan tiada keraguan..ada garis panduan yg jelas dan nyata..pada zaman sekarang..agama kristian byk sekali yg sudah terpesong…malah akidah umat islam sudah tidak berapa terjaga..terutama anak2 kecik..dn remaja pada hari ini..mereka mudah sekali terkeliru dgn dakyah sebegini…apakah terjadi kepada mereka..bagaimanakah kita mahu menerangkan perbezaan agama kita dn kristian..bagaimana kalau mereka menyamakn islam dan kristian??tidak kah kita takut akan hal sebegini??saya amat takut sekali suatu hari mereka akan berkata mana2 agama sama sahaja kerana allah ttp sama..tetapi bagaimana syariat itu dpt membezakan agama?bagaimana kalau mereka keliru?…sbb dari kecil allah itu semmgnya kepada Islam..kerna Islam agama yg benar….  (Balas Komen Ini)

WHO SAY?????kata2 anda seperti anda melebihi Allah yang Maha mengatahui segalanya…tidak ada 1 pun manusia dapat mengatakan agama kami benar. bagi saya agama tidak menjamin keselamatan tetapi siapa yang kita sembah, apakah Allah kita itu hidup atau tidak?  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

30 Shaharul August 16, 2010 at 4:15 pm

senang cakap lah,kelompok yang bangkitkan isu ini adalah kelompok yang sama melantik
pesuruhjaya kehakiman..dan kelompok yang sama merantau seluruh persidangan dunia untuk membaik pulih imej,dan kelompok yang sama melutut meminta maaf penganut kristian..
bangang tak?

umno=tin kosong  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

31 Jomokb76 August 16, 2010 at 4:39 pm

angel:
WHO SAY?????kata2 anda seperti anda melebihi Allah yang Maha mengatahui segalanya…tidak ada 1 pun manusia dapat mengatakan agama kami benar. bagi saya agama tidak menjamin keselamatan tetapi siapa yang kita sembah, apakah Allah kita itu hidup atau tidak?  

OK BERBALIK KPD KISAH NABI PADA ZAMAN LAMPAU ;

A) NABI MUSA MENYERU UMATNYA “SEMBAHLAH ALLAH”
PERKATAAN ALLAH TRSBT SDH TERTULIS DLM KITAB TAURAT
B) NABI ISA MNYERU UMATNYA “SEMBAHLAH ALLAH”PERKATAN ALLAH TRSBT SDH ADA DALAM KITAB INJIL

SDH JELAS NYATA DISINI PERKATAAN “ALLAH” ITU DAH TERTULIS DALAM KITAB MEREKA

ALLAH SENDIRI DALAM AL QURAN BERFIRMAN YG YAHUDI DAN NASRANI ITU MENYEMBAH ALLAH.

PERSOALANNYA DI SINI
“MENGAPA KRISTIAN DI HALANG MENGGUNAKAN PERKATAN ALLAH SEDANGKAN MEREKA TERLEBIH DAHULU LAGI MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH TERSEBUT DI DALAM KITAB MEREKA?”

SEDANGKAN SEMASA KEDATANGAN ISLAM, NABI MUHAMMAD MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH, ORANG KRISTIAN TIDAK MEMBUAT SEBARANG BANTAHAN WALHAL MEREKA LAGI DULU GUNA PERKATAAN ALLAH ITU”

SEMASA ZAMAN NABI MUHAMMAD JUGA, NABI TIDAK PERNAH MENGHALANG ORANG KRISTIAN INI MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH DALAM GEREJA?

JADI FIKIR2KAN LAH SEBELUM MENERUSKAN DEBAT YG BERAT SEBELAH INI.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

32 Jomokb76 August 16, 2010 at 4:52 pm

Shaharul:
senang cakap lah,kelompok yang bangkitkan isu ini adalah kelompok yang sama melantik pesuruhjaya kehakiman..dan kelompok yang sama merantau seluruh persidangan dunia untuk membaik pulih imej,dan kelompok yang sama melutut meminta maaf penganut kristian.. bangang tak?
umno=tin kosong  

KELOMPOK MANA PUN TAK KESAH
YG PENTING SKRNG KITA KENA PERBETULKAN KEPERCAYAAN ORG ISLAM MELAYU DI MSIA INI YG KEBANYAKANNYA MENYANGKA YG ALLAH ITU HANYALAH KHUSUS UNTUK ORG ISLAM SAHAJA

WALHAL KESEMUA AGAMA SAMAWI (YAHUDI, KRISTIAN DAN ISLAM) ADALAH LAYAK MENGGUNAKANNYA DAN MALAH KESEMUA AGAMA PUN JIKA DIFIKIRKAN DGN LOGIK.

SO JGN LAH SAMPAI BAKAR GEREJA. KAN ITU MENGANGGU PERPADUAN YG TELAH LAMA TERJALIN  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

33 Jomokb76 August 16, 2010 at 4:57 pm

angel:
jadi apakah jalan penyelesaian yang perlu diambil untuk isu Allah ini?apakah jalan damai yang perlu diambil supaya 1 Malaysia benar2 1 slogon yg benar  

KO JGN INGT AKU NIH ORG POLITIKKUS,
ITU AKU TAKNAK CAMPURKAN DGN ISU KALIMAH ALLAH INI OK.

JLN PENYELESAIAN SENANG SAHAJA

“BAHAS KAN ISU PENGGUNAAN ALLAH INI SECARA TERBUKA OLEH ULAMA0ULAMA YG TERKENAL DI NEGARA INI DAN BUAT SEMUA PIHAK BERPUAS HATI”

SEKIRANYA MENUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH, MAKA SEJARAH AKAN BERULANG LAGI, GEREJA AKAN DIBAKAR DISIRAM CAT DI BOM DAN SBGNYA KERANA “KEPUTUSAN MAHKAMAH INI KEMUNGKINAN BESAR AKAN MEMIHAK KEPADA PIHAK HERALD”  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: