(Isu) Kes Kartika Sari Dewi Shukarno Minum Arak.

by Staff Berita Semasa on January 28, 2010

in Berita Malaysia

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

kartika2 (Isu) Kes Kartika Sari Dewi Shukarno Minum Arak.

ISU hukuman sebat yang dikenakan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno untuk kes minum arak masih hangat diperbincangkan dan mendapat liputan meluas media. Kes sebat model sambilan ini, agak kontroversi sehingga Malaysia dianggap melanggar hak asasi manusia. Ada pihak yang menyokong ada juga yang menentang, dan ada juga kata Kartika Sari Dewi Shukarno ini gila publisiti. Kalau tanya saya, buat apa mahu dilambat-lambat lagi, hukuman sudah dijatuhkan dan si empunya badan sudah bersetuju.

Baguslah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sendiri meminta tarikh hukuman itu disegerakan kes sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno kerana ia sudah menjadi isu sensitif yang mencetuskan perdebatan pelbagai pihak. Tarikh pelaksanaan hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang menjadi persoalan ramai selama ini akan diketahui bulan depan.

“Saya akui isu ini begitu sensitif, jadi kita akan mencari jalan penyelesaian terbaik supaya ia tidak lagi berpanjangan. Saya beri tempoh sebulan lagi untuk selesaikan segala masalah dan mencari punca-punca yang menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan segera,”

kartika1 (Isu) Kes Kartika Sari Dewi Shukarno Minum Arak.

Hukuman sebat sudah dijatuhkan terhadap model sambilan ini, Kartika Sari Dewi Shukarnor, tukang sebat pun sudah ada. Jadi? Bila lagi? Kenapa susah sangat mahu laksanakan hukuman sebat ke tas Kartika ini? Adakah orang-orang atas takut dengan undang-undang negara sendiri? Takut ramai yang terkena nanti? Tempoh hari ditangguhkan sebab nak hormat bulan Ramadhan. sekarang ini laksanakan apa lagi mahu diberikan?

Kalau pendapat daripada seorang tokoh agama seperti Dr Asri, hukuman sebat dalam Islam tidak sampai mencederakan sedemikian rupa. Gambaran inilah yang ada dalam pemikiran sesetengah masyarakat, samada yang pro atau kontra, lalu beberapa tafsiran salah dibuat terhadap hukum-hakam jenayah peribadi tanpa menyentuh hak individu lain seperti zina dan minum arak

“Berbeza dengan jenayah yang membabitkan ancaman kepada hak individu lain atau keselamatan awam seperti mencuri, merompak, membunuh, merogol dan yang seumpamanya. Jenayah peribadi seperti zina dan arak pendekatan Islam amat lunak dan membuka ruang pelepasan dan cuba menutup ruang pendedahan.

Sebatannya juga tidak mencederakan, bahkan pada zaman Nabi s.a.w ada yang hanya disebat menggunakan kain sahaja. Bukan untuk mencedera dan memusnahkan, tetapi sekadar peringatan dan pengajaran.”

Bagusnya wanita ini, ya…….. dia sudah insaf dan mahu bertanggungjawab sepenuhnya  dengan enggan merayu supaya hukuman diringankan dan berulang kali menyatakan kesediaan disebat pada bila-bila masa, kini menunggu keputusan pihak bertanggungjawab memberi arahan kepadanya untuk menjalani hukuman itu.

Jika diamati, tiada sebarang halangan melaksanakan hukuman sebat ini. Jika dikatakan kerana menghormati Ramadan, bulan itu telah pun berlalu. Jika tiada tukang sebat syarie, ia telah pun disediakan. Malah yang lebih penting, empunya badan sendiri sudah bersiap sedia untuk menghadapinya. Sekarang ini terbalik pulak……..Kartika Sari Dewi Shukarno sendiri berkali-kali menegaskan bahawa dia mahu menjalani hukuman itu dan tidak akan sama sekali membuat rayuan walaupun didesak pelbagai pihak hatta pemimpin atasan negara sekali pun.

kartika3 (Isu) Kes Kartika Sari Dewi Shukarno Minum Arak.

Justeru, di mana silapnya hinggakan hukuman sebat gagal dilaksanakan selepas ia ditangguhkan pada Julai tahun lalu. Pelbagai andaian dibuat berhubung kegagalan pelaksanaan hukuman itu.

Ada yang mengatakan….

  • Wujudnya “tangan-tangan politik” campur tangan politik dalam kes berkenaan manakala ada yang mengaitkannya dengan Peguam Negara yang menjadi faktor penangguhannya. Seperti biasa, Tan Sri Abdul Gani Patail menafikan penglibatan pihaknya kerana secara logiknya tidak mungkin beliau campur tangan dalam urusan pentadbiran undang-undang syariah. Itu katanya.
  • Tidak kurang juga yang mendakwa terdapat campur tangan pihak istana yang menyebabkan kes tersebut tidak dapat dilaksanakan hingga kini.

Bagaimanapun, sejauh mana benar andaian itu, tidak dapat dipastikan tetapi apa yang nyata Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan Jabatan Agama Islam Pahang(Jaip) saling menuding jari seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan.

Kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah (Datuk Abdul Hamid Md. Yunus) : penetapan tarikh hukuman sebat itu adalah tanggungjawab Jaip selepas pihaknya mengekalkan hukuman ke atas Kartika Sari Dewi ketika semakan semula dilakukan pada Oktober tahun lalu.

Kenyataan Ketua Pendakwa Syarie Jaip (Datuk Abdul Rahim Jaafar) : Pihaknya juga tidak ada kena-mengena dengan tarikh hukuman sebat itukerana pihaknya hanya menjalankan tugas untuk mendakwa model sambilan terbabit. Tanggungjawab menetapkan tarikh hukuman itu terletak di bahu Mahkamah Tinggi Syariah kerana institusi itu yang melakukan semakan semula terhadap keputusan yang telah dibuat sebelumnya.

Negara sudah masuk tahun baru, tetapi sehingga kita belum nampak lagi sebarang tanda hukuman itu dapat dilaksanakan sehingga menimbulkan persoalan di kalangan umat Islam. Seharusnya hukuman ke atas Kartika segera dilaksanakan. Melengahkan hukuman terhadap kes Kartika mium arak ini hanya terus mengundang persepsi negatif terhadap sistem dan undang-undang syariah kita yang tempiasnya tentu terkena kepada kerajaan yang ada juga.

P/S : Kita pula di pihak yang benar, jadi laksanakanlah hukuman sebatan ini. Sama-samalah kita bertanggung jawab ke atasnya dengan berpegang kepada prinsip berani kerana benar.

PP/S : Kalau ikutkan ramai lagi yang sepatutnya kena sebat sebab minum arak. Islam hanya pada nama. Tapi, kalau kes Kartika ini pun tak boleh hendak diselesaikan, bagaimana dengan yang lain…………

UPDATE pada 2 April 2010!!

KUALA LUMPUR: Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang digantikan hukuman rotan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat kerana kesalahan minum arak hari ini tidak menyangka perubahan hukuman yang diterimanya.

Sambil menyatakan rasa hormatnya dengan titah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang diterimannya melalui surat oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) semalam, dia mengakui terkejut dengan keputusan itu.

“Perasaan saya bercampur-campur. Saya terkejut kerana keputusan ini amat tidak disangka-sangka,” kata Kartika, 33, kepada pemberita di sini hari ini.

Kartika menerima surat daripada MAIP memaklumkan bahawa Sultan Pahang menitahkan supaya ibu kepada dua anak itu tidak dirotan sebaliknya diarahkan membuat kerja-kerja khidmat komuniti selama tiga minggu. Dia memberitahu akan memulakan khidmat berkenaan di rumah amal kanak-kanak esok. Berita Harian

  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 4 comments… read them below or add one }

1 Pak Awang January 28, 2010 at 3:18 pm

Kalau ikutkan ramai lagi yang patut kena. Orang Islam minum arak macam pekena teh tarik. Tak guna betul. Mungkin salah satu perubahan yang ingin dibuat. Tapi ini pun tak berjalan….bukan sahaja peminum rak yang patut kena, penjual juga sepatutnya dihukum  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

2 mesticun January 29, 2010 at 10:14 pm

:doa :doa :doa :doa Ini bagai satu permulaan baik.untuk melaksanakan hukum Hudud.mari kita berdoa.supaya negara kita melaksanakan hukuman Hudud.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

3 nana February 4, 2010 at 2:38 pm

bagi orang-orang muslim memang haram meminum arak apalagi di bulan ramadhan tapi kita kena sedar setiap manusia pasti melakukan kesilapan.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

4 Waji_ws/786 April 2, 2010 at 1:37 am

hukuman kartika ditukar kpd khidmat msyrakat beb(U.M 1/4/2010)…nmpak sangt kptsan mahkamah syariah sng diperkotak katikkan…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: