BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Isu Kekurangan Guru Bahasa Inggeris

by Staff Berita Semasa on January 11, 2010

in Berita Pendidikan

Apa yang saya nampak, pembahagian guru-guru masalah lagi belum dapat diatasi sepenuhnya. Apalah susah sangat nak buat “real time database”. Senarai  guru-guru di Malaysia  dengan kelayakan dan kemahiran masing-masing, kawasan dan sekolah mana yang mengalami masalah kekurangan guru dan buat match making sepusat(centralised match making).

Biar pejabat pendidikan daerah update dan yang penting perlunya ada data yang sentiasa dikemaskini. Jadi taburan kekurangan guru bahasa Inggeris dan tempat yang berlebih guru dapat dilihat secara “real-time” dan pelajar yang baru grad atau guru-guru yang belum dapat kerja terus dapat diserap ke dalam tugas.

Bukan apa, kasihan melihat situasi lepasan mahasiswa hari ini contohnya yang masih dahagakan kerja. Niat mereka selepas habis belajar, ingin mendapat tempat untuk mengajar tetapi berlaku sebaliknya hari ini. Walauapapun terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan dengan usaha mengatasi masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris ini…….

KUCHING: Masalah kekurangan guru bahasa Inggeris, terutama di kawasan luar bandar dijangka dapat diatasi dengan pengambilan 13,000 guru mata pelajaran itu oleh institut perguruan (IPG) serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihaknya mengetahui memang berlaku masalah kekurangan guru bahasa Inggeris bagi ditempatkan di sekolah rendah serta menengah di seluruh negara, namun situasinya tidak serius.

Katanya, kebanyakan guru bahasa Inggeris di sekolah menengah ialah graduan IPTA yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dengan bilangan mereka ketika ini adalah terhad. “Berikutan itu, Kementerian Pelajaran bercadang melatih 13,000 guru baru yang akan ditempatkan di IPG dan IPTA secara berperingkat bagi memastikan masalah kekurangan ini dapat diatasi.

“Namun perlu dijelaskan bahawa bukan semua graduan mengambil bidang pengajian bersama pendidikan akan menjadi guru kerana mereka perlu melalui proses temu duga Inventori Sahsiah Keguruan (Insak) sebelum layak mendapat biasiswa kementerian,”.

Sebenarnya kalau dilihat situasi hari ini, bukan sahaja kekurangan guru bahasa Inggeris sahaja, guru Bahasa Melayu pun sudah mula di tahap nyawa-nyawa ikan sekarang ini dan cikgu Bahasa Melayu pun sepatutnya diberikan elaun kritikal. Setuju atau tidak? Mesti ada yang mengatakan:

Ala….kerja mengajar untuk subjek Bahasa Melayu, mudahnya……sebab? Semuanya boleh bercakap bahasa Melayu.(Yeker?)

Menjadi guru Bahasa Melayu teruk juga sebenarnya. Dahla…subjek Bahasa Melayu wajib untuk lulus. Kadang-kadang saya terfikir, dalam kita nampak bersungguh-sungguh untuk memartabatkan bahasa Melayu, tetapi hakikatnya kita hanya pandang sebelah mata kepada bahasa ibunda sendiri. Guru Bahasa Inggeris, matapelajaran bahasa Inggeris? Penting? Ya…sememangnya penting, tetapi lagi cantik jikalau Bahasa Melayu dimartabatkan lebih seperti yang ada sekarang. Satu lagi subjek yang boleh dikatakan berdepan masalah kekurangan guru adalah subjek Sejarah. Ini tidak, kerajaan nak sangat tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, bahasa Melayu pula dipandang sebelah mata. Sepatutnya perlu ada check and balance.

Dalam kita sibuk-sibuk untuk mendidik anak-anak kita supaya mengerti dengan lebih mendalam dengan sejarah negara, kita sendiri kekurangan pendidik dalam subjek Sejarah. Percaya atau tidak, subjek Bahasa Melayu sekarang ini sudah jadi kritikal disebabkan kekurangan guru.  Kadang-kadang yang mengajar bahasa Melayu bukan daripada guru-guru yang terlatih. Itu yang mengajar pun caca-merba sahaja. Bukan semua, tetapi sebahagian besarnya begitu. Sebab bukan pilihan dan kemahiran mereka. Mengajar anak-anak hari ini bukan sahaja boleh sumbat macam itu sahaja. Ya…..betul ada yang mengatakan guru patut cepat mengadaptasikan jika berlaku kekosongan untuk mengajar subjek lain. Tapi adalah lebih baik setiap matapelajaran, diisikan dengan guru yang benar-benar terlatih. Bagaimana nak buat? Kerajaan lebih memahami dan mengetahuinya. Satu lagi pengurusan kena cekap.

Satu lagi berkenaan demografi sesetengah kawasan, ada sekolah yang pelajar-pelajarnya dipenuhi sehingga 80% pelajar non malays semata. Adakah cara  & pendekatan mengajarnya perlu sama dengan pelajar-pelajar Melayu. Dapat bayangkan bagaimana kepayahan untuk mendidik mereka dalam subjek Bahasa Melayu?

P/S : Bagi saya paling pentingnya PENGURUSAN. Kalau pengurusan cekap, sedikit sebanyak masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris atau dalam sebarang subjek apa pun, dapat diatasi. Satu lagi masalah birokrasi dalam pengurusan pertukaran cikgu contohnya, yang dilihat  sedang menular ketika ini yang mana kerajaan sepatutnya mengambil perhatian.


{ 7 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Pak Awang January 11, 2010 at 11:00 am

Betul tu. Aku sokong. :tepuk
Takkan dah sampai jadi isu begini baru nak bertindak.
Dulu ingat lagi yang dapat anugerah Diraja UPSI berapa lama menganggur
tak dapat tempat. Patutnya student kena dapat gambaran dan makluman awal…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Azrai January 12, 2010 at 1:46 am

Kalau nak mintak tukar sekolah
kadang-kadang, maan masa sampai 6 bulan. Borang sana-borang sini. Dah dapat pindah subjek pula tidak kena dnegan kemahiran

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 kak long January 3, 2011 at 11:09 pm

salam..sy pon nk komen jugak..sy heran la sbnarnye mslah guru b.i xcukup ni actually boleh je diatasi(its my opinion).kita msih ada graduan IPTS yg bljar TESL.tp sy xtau nape dorg ni mcm d anak tirikan..slalu yg kluar dlm internet msti dorg nak bdk2 graduan ipta..ape salhnye k’jaan amik bdk2 ipts yg blja TESL..bg sy bdk2 ni english dorg bagus sama ngan bdk2 ipta..ade slh sorang kwn senior sy da g jmpe timb. pengarah KPM(kalo xslap sy).senior sy ni g jmpe sbb nk apply posting mn2 sekolah.tp jwapan dr pihak sne amatlah mengecewakan..katanya pihak k’jaan xckup budget.lg 2taun br bdk2 ipts dpt dserap masuk.mcmne tu??ade xpihak2 yg berkenaan terangkan ape mslahnye yg sbnarnye?kalo ssah sgt bdk2 ipts nk msuk ngjar skolah k’jaan,nape subjek TESL dtwarkan kt ipts??baik xyah offer lgsg@offer kt ipta je..snang cter,xyah la bdk2 ipts ni pening klpe mmikirkan nape la ssah sgt nk msuk ngjar..bg yg mnat btol2 nk ngajar tu,kesianla kt dorg..ni pendpat sy je n hrap2 kekosongan guru bhsa inggeris d sklah k’jaan(xkisahla kt bandar@pendalaman) dpt diisi oleh bbdak ipts..that’s all..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 fynda October 11, 2011 at 4:36 pm

sy sokong 110% ngn k.long..npela plajar TESL dr ipts di anaktirikan sdgkn mereka sama bgusnya dgn plajar TESL lepasn ipta malah ada y jauh lbh bgus..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 pemerhati..?... January 22, 2011 at 11:56 pm

Isteri saya mengajar bahasa inggeris sekolah rendah,…dulu luar bandar sekarang ni dah di-pinggir bandar,….rata-rata anak muridnya anak pekerja kampung,nelayan dan kakitangan yang berpedapatan sederhana,…dan saya pulak pernah bertugas di-IPTA,bila saya bertukar isteri juga mohon bertukar, tak semua terus lulus, soal bajet tak timbul sebab isteri saya yang mohon bukan kementerian yang tukarkan (tak boleh buat tuntutan) tapi kalau takda pengganti guru BI itu betus pernah isteri saya tertangguh selama setahun,sehingga ada pengganti, Kalau tawarkan jawatan guru ini kepada lepasan U, atau istilah lain siswazah menganggur,….pandangan dan pengalaman saya, ini pun tak bersesuaian, kerana mereka ini bukan minat pun nak jadi pedidik,sebab tulah masa lepas SPM atau STPM mereka tak mohon kemaktab atau kolej perguruan, jadi kalau mereka ni diserapkan kebidang yang mereka tak minat terjadilah rungutan akhbar guru dera murid, tak mengajar banyak buat benda lain.Pengalaman saya diIPTA pun bila ditanya kepad pelajar kenapa tak mohon perguruan atau jururawat dah tentu habis belajar ada kerja jawab nya TAK MINAT. Bila dah habis belajar tak dapat kerja mulalah gelabah salahkan sana salahkan sini,….tau tak setiap enam bulan berapa orang anak muda di malaysia yang tamat belajar?.. IPTA/IPTS lepasan Tingkatan 5, tingkatan 6 atau sekadar PMR?….tidak ada negara didunia ini yang boleh menyediakan 200,000 perjawatan setiap enam bulan. Tapi bagi mereka yang berkelayakan dan betul-betul minat dengan bidang pedidikan saya sokong biar mereka memenuhkan ruang yang memang banyak kosong ni, mohon cara betul,….tapi bukan kerana tak bekerja mohon tugas yang memang kita tak minat nanti menyusahkan orang jer……Lagi satu kalau dah dapat, jangan hanya mahu bertugas dikampung sendiri sahaja,…jaga nenek lah, monyang dah tu la……bermacam macam alasan,…jumpa YB sana, jumpa menteri lah nak duduk kampung sendiri…..ini pun masalah juga dalam pendidikan ni…..maaf lah nanti ada lah yang melenting ni……..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 nicholas January 23, 2011 at 12:00 pm

Azrai: Kalau nak mintak tukar sekolahkadang-kadang, maan masa sampai 6 bulan. Borang sana-borang sini. Dah dapat pindah subjek pula tidak kena dnegan kemahiran  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Saya seorang gur BI dan apabila nak minta pindah alasannya kekurangan guru BI.Tambahan pula hanya saya seorang yang opsyen Inggeris ni di sekolah saya. Saya sekarang mengajar di luar bandar semenjak posting dahulu kira 12 tahun sekarang. Apabila keputusan merosot dalam BI , guru Bi yg. salahkan tapi bagi matapelajaran lain agak lega kerana guru BM yg banyak disekolah saya.Apabila guru baru yang datang , opsyen hanyalah PJK, KH dan Pemulihan mana ada guru BI yang amat diperlukan oleh sekolah saya ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 adamz February 11, 2011 at 5:18 pm

Alahai, dah 3 kali aku apply kpli tuk bahasa inggeris tapi xdapat. Sekarang nie kalut plak sal kekurangan guru bi. kalau kurang sngt napa permohonan aku xlepas? 1st time aku apply dpt pegi interview, malangnya masa tu aku baru abes exam final sem final year. so ada masalah la coz aku blom grad n xda ijazah. jadi aku pnya interview x tak dapat nk proceed. kali ke2 n ke3 aku apply lepas sampai Mtest je. hmm, musykil aku. aku nie lulusan usm dari fakulti kemanusiaan. Major aku pengajian bahasa inggeris @ ELS (English language studies). 3 tahun kat usm blajar english linguistics: fonetic & phonology, structure of english language, semantic, morphology, english grammar, psycholinguistic, sociolinguitic, public speaking, english literature, constructive and error analysis, critical writing n banyak lagi la. so bila aku fikir balik memang geram dibuatnya. aku nie lelaki tapi napa plak xdapat. kawan-kawan aku yang pompuan apply lepas la plak diaorg. smpi diaorg pon xcaya yg aku xdpt kpli. masa mula2 apply dulu diaorg semua tak yakin diaorg leh dapat coz ramai pompuan yg apply tapi diaorg yakin aku boleh dpt coz guru lelaki mmg sgt2 diperlukan. ternyata sangkaan dyeorg tersasar. skrg nie dyeorg suma kat IPG n bakal jdi guru BI. kesimpulannya mmg aku xda rezeki lagi. malas la aku nk blame kan KPM. bertawakal jela. Insyaallah, klu ada rezeki dapat la aku jdi guru BI. skrg nie hanya mampu berdoa, tapi bila dengar berita sal kekurangan guru lelaki n guru bi nie wat aku panas je.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: