
Jika anda memandu di sekitar Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini, iaitu di sepanjang jalan yang melalui perumahan Sri Hartamas sehinggalah ke Masjid Kuala Lumpur, anda boleh lihat dinding sebesar alam yang mana ia merupakan dinding sempadan bagi lokasi Istana Negara yang baru yang dijangka siap dalam hujung tahun ini atau awal tahun 2010.
Daulat Tuanku. Yang menjadi persoalannya sekarang. Mengapa kita memerlukan Istana negara yang baru sedangkan dalm pada masa yang sama ada ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan dan bantuan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi negara belum mencapai kedudukan yang stabil ketika ini. Bertambah buruk lagi, apabila angka untuk kos pembinaan Istana Negara yang baru ini menjangkau sehingga RM1.1 billion meliputi keluasan tanah 96,52 hektar.

Istana Negara yang baru ini akan menjadi kediaman rasmi Yang di Pertuan Agong di antara sembilan sultan Malaysia selama tempoh 5 tahun ketika memegang jawatan tersebut. Istana Negara yang digunakan ketika ini iaitu di Jalan Istana merupakan sebuah bangunan sejarah yang asalnya kepunyaan jutawan China tempatan yang bernama Chan Wing. Kalau dulu sekitar tahun 1928, Istana Negara ini hanyalah sebuah rumah banglo dua tingkat yang mana selepas tempoh kekalahan Jepun di Tanah Melayu dan berundur, Kerajaan Negeri Selangor telah membelinya. Ia kemudiannya diubahsuai dan dinaiktarafkan untuk menjadi kediaman rasmi Sultan Selangor ketika itu sehinggalah pada tahun 1957.
Akhirnya Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk membeli bagi menjadikannya sebagai Istana Negara dan telah mengalami beberapa tempoh pengubahsuaian sehinggalah terdirinya Istana Negara yang ada pada hari ini di Jalan Istana.

P/S : Kalau kita tengok istana-istana rasmi kat United Kingdom sana, tidak pernah sesekali mereka buat Istana yang baruu. Kebanyakannya adalah bangunan lama semata. Faktanya, bangunan-bangunan bersejarah itulah yang mereka ubahsuaikan dan dimodenkan. Walaupun nampak lama tapi furnashing, security dan teknologi yang digunakan amat canggih sekali. Orang kata, “walaupun luar setinggan, dalamnya kondo”
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- Penubuhan Kerajaan Baru Negara Matahari Terbit
- [BONGKAR] Laporan Ketua Audit Negara Dedah Kerugian RM1 Billion Projek Landasan Berkembar Elektrik
- Negara Yang Mempunyai Kekuatan Ketenteraan Terbaik Dunia ??
- [BARU] Sistem Baru Gred SPM, Syarat Kemasukan Ke IPTA Diperketatkan
- Jual Tanah Kampung Baru Boleh Jadi Orang Kaya Baru (OKB)?
- [BONGKAR] Penjenayah Yang Terkaya di Dunia Pernah Bakar Wang Lebih AS$1.63 juta


3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.