Minta keluarkan sebarang hubungan dan pengaruh Israel di Malaysia!!! Kita hanya suka melaung-laungkan sahaja tetapi realitinya? Dalam keadaan saudara Palestin kita terus ditekan oleh Israel, kita pula di Malaysia dikejutkan dengan kehadiran kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Port Klang Isnin lalu. Perkara mengenai kapal-kapal Israel yang didedahkan baru-baru ini, telah disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Entah berapa banyak sebenarnya syarikat telah pun memberikan sumbangan kepada rejim Israel yang sudah bertapak di Malaysia setakat hari ini. Memang ada syarikat yang terlibat…..dan buktinya….
Terbaru sekali, akhirnya kewujudan sebuah Syarikat yang ada membuat urusniaga di Israel iaitu Entegris (M) Sdn Bhd. Syarikat ini mempunyai 2 buah cawangan di Malaysia iaitu 1 di Bayan Lepas – Pulau Pinang dan 1 lagi di Kulim – Kedah yang ke 2-2nya beralamat di:
Entegris Malaysia SDN BHD
Unit 14 & 15, Lower Level 5 (Executive Wing), Hotel Equatorial
No. 1 Jalan Bukit Jambul
11900 Bayan Lepas, Penang
Malaysia
Tel. +60-4-427-4200
Fax +60-4-641-3294Entegris Malaysia SDN BHD
Lot 17, Phase 1, Kulim Hi-Tech Park
09000 Kulim, Kedah,
Malaysia
Tel. +60-4-427-4200
Fax +60-4-403-1262
Cawangan Syarikat Entegris (M) Sdn Bhd menjalankan operasi Pengeluaran barangan komputer, Pusat Jualan dan juga Pusat Penyelidikan di Malaysia (Kulim – Kedah dan Bayan Lepas – Pulau Pinang). Syarikat ini juga mempunyai cawangan di Israel:
Entegris Israel Limited
Izmargad Street 12
Kiryat-Gat
Israel
Tel. +972 (0) 73 221 00 00
Fax +972 (0) 73 221 00 22
Entegris (M) Sdn Bhd kali terakhir sekali telah membuat penghantaran barangan Komputer (Wafer Container) ke Negara Israel yang melibatkan 2 transaksi bernilai USD292,441.60. Bagus niat kerajaan Malaysia menarik pelabur luar negara untuk membangunkan ekonomi Malaysia. Seperti kata Professor Emeritus Datuk Dr. Mohamed Ariff yang merupakan Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah mengatakan Foreign Direct Investment (FDI) sepatutnya berada pada kadar 12% bukannya 2% ketika pengumuman Rancangan Malaysia ke sepuluh tempoh hari. Tetapi janganlah sampai kita mengejar angka, terdesak sehingga memberikan ruang dan peluang kepada syarikat-syarikat seperti ini masuk ke Malaysia..
Kita tidak mahu dikatakan sebagai ‘talam dua muka’ apabila berusaha untuk membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel. Namun, pada masa yang sama kita memberi peluang kepada pihak Israel memasuki Malaysia menerusi hubungan perdagangan.
P/S : Kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel, tetapi dalam masa yang sama ada hubungan perdanganan pula dengan Israel. Macam mana agaknya tu? Kejap kita berkeras, kejap kita berlembut!!!!!

Sun
Laman Entegris
{ 21 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
huuu sungoh ku tak sangka ada syarikat israil yang berurusan dengan syarikat Entegris (m) sdn Bhd di kampung ku pulak
:tahan
ader duit apa pun jadi walau x nampak muka…samer macam pengkhianat2 berparti, mereka2 telah buka banyak akaun di luar negara dan perniagaan di luar negara pun tanpa pengetahuan negara tersebut kerana ada kambing hitam…same jew,, kalau bangsa isarael tu nampak jahat, kat malaysia , ader bangsa melayu berfikiran bangsa israel terutama mereka berparti..parti mana?? semua lebih kurg belaka,,tuk rakyat ala kadar, tuk depa mcm nak mati bawa jugak..
huish??? biar betol? ngt kan benda nie kabar angin je.. rupa nya betol2 ada.. mana boleh!! konon berusaha hantar bantuan ke gaza la apa la.. tapi nie apa?????!!! WTF!! *Waa Tak Fercaya* :tembak :tembak :tembak
yash menulis Berita Terkini….FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan
waaa ini dah lain plak..hubungan diplomatik mmg takde langsung dgn israel laknat tu,ade plak sykt Malaysia sendiri yg ade hubungan dgn dorg!! pelikk btull lahh.. :tembak
kalau mcm tu boleh la gunakan sykt ni utk hantar bantuan kat palestin tu sbb dorg dh boleh masuk kawasan sane.jgn plak nk bantu israel yg kita haramkan selama ni..so check sape yg di sebalik tabir sykt ni!! :tembak
ala, bkn mcd, starbuck, n etc sumbang kt israel ke? klu nk tolong rakyat palestine, tutup semua restoran ni..br bleh kata nk perangi israel..ttg pekerja2 syarikat ni, pandai2 la pemimpin fikirkan
Ishh..geram!!tol cek sebalik tabir!!!
Apa sudah jadi ni…
Zairi Zaidi menulis Berita Terkini….Faktor Terpenting Kejayaan Dalam Pemasaran Internet
betul tu saudara bandar………nak buat buat la betul2…ckp dalam tv mcm2 tp ada udang di sebalik mee………apa kes………..
WAHAI RAKYAT JELATA,
kamu dh tgk sendiri negara kita membenarkn Kapal Israel n Barang Israel menjual di Malaysia..dimnkn semangat Anti-Israel..cumew Laungan kitew xkn dgr..banteras brg2 Israel..dn ubah Kerajaan BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat…HIDUP PAKATAN RAKYAT!!! amin.. :senyumkambing
Quote from the others blog :
Jun 14th, 2010 at 12:43 pm
Memang dah lama pun kapal ZIM ni masuk malaysia,tiap-tiap minggu tu..
Dalam minggu ni pun ada juga, boleh tengok SCHEDULE VESSEL pada laman web Northport & Westport..
Dapat tahu lagi, yang kapal-kapal israel jahanam ni selalu masuk kat Westport…
Harap buatlah pemerhatian & tindakan tentang ini, dah lah kapal kita kena sekat dan ditawan..
Rujuk kepada comment Port Klang Officer, memang ada kontena-kontena israel di Malaysia ( Banyak tu)… Kalau tak silap kontena-kontena tu pun ada “ZIM” ( siap ada 7 bintang pd logo ), menurut information kat area Westport paling banyak….
Kalau kontena-kontena israel tu ada kt malaysia , mesti ada company2 israel yang jalankan urusan mereka ( mesti pakai nama lain )…..
Tolonglah…. Selesaikannya…..
36 port klang officer
Kami hanya pekerja yang bekerja memberi servis kepada pelanggan. Memang betul kata saudara AKU tu. Semua kapal dan kontena-kontena ZIM ni ada bintang “STAR OF DAVID” tu. Selagi tak ada arahan daripada pihak atasan dan kerajaan, kami bekerja seperti biasa. Memang kerajaan dah bagi kebenaran untuk kapal ZIM berlabuh dengan syarat di Malaysia ni. Kita hanya mampu membantah. Kita ada saluran untuk menyatakan bantahan. Kalau kerajaan tidak ambil tindakan, kita tukar kerajaan pusat lah. Fikir secara matang. Buat apa menang sorak berdemo tapi kita minum coca-cola. Buat apa sibuk kita membantah tapi menteri kita melawat menteri Israel. Kita tengok macam mana kerajaan kita sekarang tangani isu ni. Ramai saudara seagama kita bekerja dengan syarikat perkapalan yang berurusan dengan ZIM ni. Berapa banyak buah-buahan dari mediterranean yang masuk dengan kapal dan kontena ZIM ini. Berapa ramai krew kapal yang bukan berbangsa Yahudi dan tak pernah pun sampai ke Israel bekerja di atas kapal ZIM ini. Ini urusan kerajaan. Biar kerajaan uruskan kalau kerajaan positif terhadap anti Israel mereka tu. Kalau saudara rasa kerajaan bersikap opportunist dalam isu Israel ni, maka tanggungjawab kita semua adalah untuk tidak mengundi lagi mereka yang bertalam dua muka, serampang dua mata dan cakap tak serupa bikin. Paling tidak saya telah menjalankan tanggungjawab saya. Saudara pula bagaimana?
( ISRAEL :tembak :tembak ) ( ISRAEL :setan :tembak :tembak )
Last week aku nampak satu trak.. kat kanvas tu lambang zionis.. perghh… :tembak
Ape citer ni!kita punye la kutuk israel tapi kita benarkan pulak diorang berlabuh kat pelabuhan kite.Tak kira ape pun alasan kerajaan mesti sekat diorang ni.kalau boleh rampas kapal diorang macam diorang buat kat mavi marmara dan rachel corrie.
Kenapa rakyat Malaysia anti Yahudi? Kenapa pula kerajaan Malaysia menjalin hubungan perdagangan dengan Israel? Kenapa rakyat Malaysia meminta barangan Yahudi diboycot? Kenapa kerajaan Malaysia berurusniaga dengan Israel? Ini membuktikan tindakan anti dan boycot bukan pilihan bijak dalam menangani konflik Israel dan Palestin atau Yahudi dan Arab. Sebahagian besar
Rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam telah dididik secara langsung dan tidak langsung atau secara disedarai atau tidak disedari dalam soal memboycot. Saya ingin memberi contoh ringkas berkaitan perkara ini, di seluruh Malaysia rakyat beragama Islam ditegah dari memasuki dan makan di warung, gerai atau restoran bukan Islam. Ini merupakan salah satu bentuk boycot secara halus berdasarkan hukum agama Islam. Saya tidak mempertikaikan hukum ini, cuma saya menekankan ini juga salah satu bentuk boycot, akhirnya apa yang menjadi realiti di Malaysia? Kuasa ekonomi tetap dipegang oleh rakyat bukan Melayu. Kerajaan menyedari perkara ini dan telah mengujudkan garis panduan dalam agihan ekonomi samada melalui perniagaan, perindustrian, innfrastuktur dan sosiobudaya dan kita telah melihat satu kesan yang positif dan menyatupadukan rakyat Malaysia dari golongan pelbagai kaum tanpa mengenepikan kedaulatan Melayu dan Islam di negara ini. Di seluruh dunia Malaysia salah satu (bukan satu satunya) negara yang berjaya dan cemerlang dalam menangani isu berkaitan sentimen agama, budaya dan kaum sehingga melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu dan Sabah adalah yang terbaik dalam soal perpaduan dan toleransi terhadap kaum dan agama lain. Perkara ini telah teruji, semasa PBS dan Datuk Pairan digulingkan secara taktik politik kotor pada tahun 1994, adakah rakyat Sabah dan penyokong PBS yang majoritinya Kadazan dan Dusun dan majoritinya pula bukan Islam berdemonstasi, merusuh dan mengugut? Tidak sama sekali, malah Datuk Pairin telah mengadakan satu sesi penyerahan tugas secara rasmi dengan penuh sopan santun dan beradab. Itulah nilai jatidiri Datuk Pairin sebagai Bangsa Kadazandusun bukan Islam, sehingga Tan Sri Sakaran terharu semasa menerima penyerahan tugas tersebut. Di Perak apa yang berlaku semasa PKR dan Tan Sri Nizar digulingkan juga dengan taktik polotik kotor? Demonstrasi, rusuhan dan ugut mengugut berlanjutan selama berbulan bulan. Saya menyentuh perkara ini kerana ianya ada kaitan dengan toleransi dan cara menangani sesuatu perkara yang sensitif. Berbalik kepada soal hubungan perdagangan Malaysia dan Israel, perkara ini tidak harus dijadikan sebagai satu tekanan kepada kerajaan.
Perlu diingat apakah agenda dan sikap yahudi ini.Mereka ini menganggap mereka ini golongan ‘Ahli Syurga’ dan menganggap bangsa lain sebagai sesat.Agenda mereka adalah mewujudkan negara haram yahudi dan bercita cita menakluk dunia ini di bawah kekuasaan mereka.mereka ini tak kenal erti diplomasi dan tak kenal erti perdamaian .Mereka membunuh para nabi dan membawa agama sesuai dengan kehendak mereka(sesat).Isu yahudi ini menjadi begitu sensitif di kalangan umat islam.Isu boycot produk yahudi bukan perkara baru.Lambakan produk yahudi di pasaran dan kurangnya kesedaran umat islam tentang isu palestin-zionis ini menyebabkan usaha boycot ini akhirnya hanya hangat2 tahi ayam.Sedarlah umat islam sekalian .Jangan ASYIK dengan hiburan melampau yahudi sampai kita tak tahu musuh kita yang sebenarnya.
Saudara Ram kena ingat bahawa Yahudi bukan satu satunya bangsa yang asyik mengatakan kaum dan agama lain sesat. Saudara Ram tak perlu merujuk jauh jauh mengenai perkara ini, rujuk sahaja di tempat sendiri. Siapakah yang mengatakan agama lain sesat? Siapakah yang mengatakan Kitab Bible palsu? Siapa yang mengatakan makanan dan masakan kaum dan agama lain haram? Siapakah yang tidak menjamah masakan dan makanan kaum dan agama lain walaupun orang yang memasak itu diakui sebagai sahabatnya? Anak siapa dan beragama apa yang tidak makan masakan ibubapanya hanya kerana ibubapanya tidak seagama dengannya? Siapakah yang mengatakan kaum dan agama lain kafir? Siapakah yang mengatakan penganut agama lain akan menjadi kayu api pembakar di neraka? Siapakah yang sanggup membunuh hanya kerana umatnya tukar agama? Kenapa kaum dan penganut agama ini sanggup berbuat demikian? Ram tau kenapa? Kerana mereka ini menganggap mereka adalah yang terbaik, mereka menganggap mereka paling suci, mereka menganggap mereka kaum dan penganut agama pilihan tuhan. Dan kerana itu mereka hilang rasa hormat dan toleransi terhasap kaum lain. Cuba Ram sebutkan negara negara yang dirampas oleh Yahudi. Ram tahu tak Negara Turkey dahulunya negara apa? Turkey dahulunya negara dan kota Kristian yang dirampas oleh kerajaan Islam Ottoman. Sepanyol juga pernah dirampas oleh mereka tetapi berjaya bangkit dan merdeka. Jerusalem juga adalah kota kebesaran orang Kristian tetapi dirampas oleh Arab. Jadi Ram fikir fikuirlah perkara ini. Jangan syok cakap saja ba.
pendirian kerajaan dan sebilangan rakyat malaysia tidak konsisten…dalam satu2 hal menyokong tapi dlm satu hal pulak saperti tak ambil barat/menentang. munkin sudah menjadi standard pendirian kerajaan dan sebilangan rakyat malaysia…senang cakap double satandard..
dah ada contoh…sikit masa dulu..masa kecuh harga ayam naik…dalam sibok2 persatuan pengguna dan ahli memboikot ayam..alih2 orang kuat persatuan pengguna di “tangkap” kerana beli ayam….
apa hal pun port klang dan kakitangannya tak salah. hal ini perlu persoalkan pada kerajaan…. kalau kerajaan tak membenarkan mustahil kapal israel tu akan berurusan disitu. itu yg kita nampak…bagaimana pulak yg kita tak nampak.. ? yg dilakukan dibelakang tabir..supaya rakyat tak nampak..tak marah..bagaimana..?
ini semua wayang cina…rakyat di permain….
satu ketika dulu di ladang getah kepunyaan sebuah kompeni, mandur sentiasa diperingatkan agar mengawasi setiap langkah penoreh semasa bekerja, ayat yang yang selalu diguna “we dont know what people do behihd the tree……” :senyumkambing
Kite dimalaysia sememangnya bnyk mengunakan produk dr israel lorhh..
bnyk sgt yg msih bute dgn hal nie. klu nampak pun, just nampak dimata, dihati laen. well, duet punye hal bro, agama sanggup tolak belakang
syarikat ini dari US, sama je dengan Intel AMD mereka juga mempunyai cawangan di israel , rata2 mereka ini memang bijak iT, R&D semua kat Israel… di malaysia cuma kilang pembuatan..
mungkin pemerintah malaysia skrang tkut akan kkejaman israel kot???? hngga snggup tolak hal agama ke tepi…x pown nak dpat untung lbih kowt????