BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

Isa Samad Cakap Rasuah Bukan Masalah Dalam Malaysia?

by Staff Berita Semasa on February 14, 2011

in Berita Malaysia

mustafa  isa Isa Samad Cakap Rasuah Bukan Masalah Dalam Malaysia?Rasa nak tergelak juga mendengar kenyataan Pengerusi Felda baru, Tan Sri Isa Samad yang mengatakan bahawa masalah rasuah bukanlah suatu masalah besar dalam negara? Bagaimana seorang Pengerusi Felda boleh mengeluarkan kenyataan kurang bijak ini? Baca kenyataan di bawah.

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukanlah masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia.

“Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni,” kata Isa ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam.

Turut menjadi penal di forum tersebut adalah Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika memberikan ucapannya, Mustafa berkata, antara cabaran besar kepimpinan Melayu di negara ini adalah pelakuan rasuah yang bermaharaja lela di negara ini.

Ia kini, kata Mustafa, sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar.

“Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang,” kata Mustafa.

Sebelum ini, Isa pernah dipecat dari jawatan Naib Presiden Umno apabila didapati beliau terlibat dengan rasuah politik dalam pemilihan Umno. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya sebagai menteri.

Isa kembali semula ke ruang utama politik negara apabila dipilih sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan menang.

Baru-baru ini, Isa telah dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Pengerusi Felda. Ramai beranggapan ia berlaku hasil dari pengaruh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.

“Bagi saya ia tidaklah teruk sangat…kerajaan pula tidaklah menghalalkan rasuah,” kata Isa.

Apa punya kenyataan ni? Bagaimana Perdana menteri boleh melantik seorang pengerusi yang mengeluarkan kenyataan sebegini? Perlu ingat kembali, kedudukan indeks rasuah di Malaysia seperti dibawah:

cpi indeks Isa Samad Cakap Rasuah Bukan Masalah Dalam Malaysia?

Dah 16 tahun, dah macam-macam kempen dijalankan termasuk menggubal 2 rang undang-undang anti rasuah, dan kemudian mentransformasikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), namun entah dimana silapnya, Indeks Rasuah Malaysia makin menjadi-jadi pula.

Dalam tempoh 16 tahun Malaysia telah kalah kepada lima negara di Asia Pasifik iaitu Taiwan (tangga ke-33 mata 5.8), Bhutan (36/5.7), Brunei (38/5.5), Korea Selatan (39/5.4) dan Macau (46/5.0).

Memang benar rasuah ada dimana-mana, tapi ucapan Pengerusi Felda ini seolah-olah “menghalalkan” pula.Ini bukan cara untuk menyampaikan sesuatu.Beginikah pemimpin yang kita mahu? Tanya diri anda sendiri.

Memang rasuah di Malaysia dah menjadi kebiasaan.Namun kalau hanya dibiarkan sahaja, adakah masalah rasuah ini dapat di atasi? Laungan dan slogan sahaja tidak cukup kalau tiada tindakan yang benar-benar telus. Takkan nak tunggu dah teruk, baru nak buat?

Saya ingin petik sedikit kenyataan di atas:

Ia kini, kata Mustafa, sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar.

“Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang,” kata Mustafa.

35% bukan satu angka yang sedikit. Namun saya sedikit musykil, mengapa tidak dibuat soal-selidik kepada setiap ahli politik dalam dewan rakyat? Kami juga ingin tahu hasil kajian untuk ahli-ahli politik ini.

Siapa kata rasuah bukan masalah besar. Rasuah juga boleh menjatuhkan sesebuah negara.Rasuah juga boleh membangkitkan revolusi penentang.Dan rasuah juga boleh menghancurkan ekonomi dan menghidupkan api kemarahan rakyat.Jangan memandang enteng terhadap perlakuan rasuah dalam negara.

Apa pandangan anda mengenai kenyataan Isa Samad ini?

{ 72 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Jebon February 14, 2011 at 8:19 am

Ayat penyedap..kalau pernah bergelumang dengan najis, apakan rasa lagi kejijikan najis tersebut??? alah bisa tegal biasa..butanya mata hati, dangkalnya akal fikiran..tatkala hati sudah hitam, bangkai berulat santapan paling enak..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 awg1031 February 14, 2011 at 8:33 am

isy. akhir zaman..akhir zaman..yang benar dikutuk, yang salah dibenarkan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 amilism February 14, 2011 at 8:54 am

hehe..mcm2 nak raih undi ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 done February 14, 2011 at 9:45 am

emmm…lau dh biasa buat…dia ckplh mcm tu…Allah maha adil…kt tnggu dan lihat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Warkah February 14, 2011 at 9:48 am

Kepala bapak dia bukan masalah besar ! ayat nak tutup kesalahan n nak teruskan lagi rasuah, supaya poket lebih kembung…camtu lar….haram J !

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 budin February 14, 2011 at 10:36 am

semua pemimpin sekarang terlibat didalam rasuah, jadi tidak mustahil isa samad dilantik menjadi pengerusi felda. Fenomena ini berlaku disebabkan untuk menjaga kepentingan sesama mereka disebabkan mereka ada menyimpan rahsia sesama mereka. Jadi masing-masing terpaksa menjaga kepentingan masing. Akan datang akan berlaku perkara yang sama. Tunggu dan lihat saja.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 cik February 14, 2011 at 11:09 am

dh bahaya ni………….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 arialuni February 14, 2011 at 11:19 am

cakap main lepas jah..mcm orang xder agama..habislh FELDA lps ni

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 anak FELDA February 16, 2011 at 9:05 pm

aku anak FELDA. aku pun terkejut kenapa org yg pernah ada skandal rsuah ni boleh dilantik jadi pengerusi FELDA. w/pun mungkin dia dh berubah tapi masih ramai diluar sana org yg baik2 utk jd pengerusi FELDA.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Hamba allah February 14, 2011 at 11:39 am

Allh berfirman ” Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian
yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu
membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan
sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat)
dosa, padahal kamu mengetahui.” ( Al-Baqarah : 188 )

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu
rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul
(pengkhianatan) ” ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma’alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Gurkha Pencen February 14, 2011 at 11:51 am

Umpama kita bertanya kepada pengangkat najis, awak ada masalah dak dengan bau dan kotor najis tersebut . Itu tak ada masalah punya…Kecik punya hal..Pada kita yang menolak kejaya tersebut kita dok memikirkan beberapa
perkara.Satu benda tu berbau busuk dan kedua ianya najis…. Pada orang yang dok bergelumang dengan najis dah jadi lali dah dengan benda tu…Pada gua punya pemikiran perasuah ni patut dikenakan hukuman berat. Tipu juta-juta
kena penjara dua tiga tahun. Curi baju ke atau telur ayam kena penjara 5 tahun. Kesilapan BN adalah melantik perasuah untuk urusan pentadbiran.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 amilism February 14, 2011 at 12:17 pm

tak yah hukum penjara..kasi buang negara..pastu sita semua harta dorang..kadang2 undang2 kita ni mcm backing org tertentu..kira double standard..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 belantara bandar February 14, 2011 at 12:37 pm

rasuah dlm bn da mcm darah daging la… kalo mau buang kang tingal tulang…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 Isa Samad February 14, 2011 at 12:39 pm

haramjadah punya mala’un si Isa Samad ni..
isa jadi pengerusi felada,bolehlah di samakan perompak jadi pak jaga kedai emas..

hinanya warga felda,mereka amat2 hina,minta maaf lah kepada warga felda

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 mysterio February 14, 2011 at 12:42 pm

HAHAHAHAHAHAAA!!!!

isa samad mmg la ckp camtu sbb x nak peluang ‘MAKAN BESAR’ di felda tertutup…

makin BUNCIT perut isa samad pasni. duit FELDA bkn sikit woo!!! klu pasni comfirm FELDA bangkrap pun org dh boleh agak sape punye kerja…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 chengai bay February 14, 2011 at 1:15 pm

abis la felda lps nie..kalo kluar statement felda bangkrap lg..tau la sape yg bt..
chengai bay menulis Berita Terkini….Kolam Air Panas- GerikMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 hizzame February 14, 2011 at 2:55 pm

Bagusnya statement, macam dah jadi aktiviti rutin seharian. Kalau kat negara China memang sah kena hukum tembak. Insaf lah Isa Samad ooi.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 beejan February 14, 2011 at 8:27 pm

benda haram… mula-mula buat, rasa bersalah… lama-lama dah rasa tak bersalah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 john driff February 14, 2011 at 11:27 pm

hidup UNMO-BN ………..
ckp byk pun tak guna yg penting kebas sementara BERKUASA ……..
inilah puak2 UNMO-BN…………
1 MALAYSIA……..nak muntah aku dengar
RAKYAT DI UTAMA……..
duit RAKYAT najip N penyamun2 dlm UNMO-BN… N ROS ……. sapu…
john driff menulis Berita Terkini….boneym – Message- Re- Boney M Discussion List – duck sauce againMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 joe February 15, 2011 at 1:27 am

haha….orang dah biasa buat..mana boleh beza rasuah@pecah amanah@duit kopi@duit pelincir@pemudah cara@..puak2 ni tukar istilah aje nak kasi halal…cth interest kepada fee pengurusan,rasuah kepada entertainment kos,puak2 ni kalau sembang rasuah buat bahan gelak ketawa mereka aje…buang masa sembang orang mcm ni…felda hancur la xlama lagi kasi orang mcm ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 jamie February 15, 2011 at 8:18 am

saaakiiit hati…..ini lah tema 1 Malaysia….’DUIT’ Rakyat di dahulukan… Pencapaian kroni diutamakan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 Mambang February 15, 2011 at 8:51 am

Macamana si Perasuah boleh jadi Pengerusi FELDA. Ini bolehlah diibaratkan seperti Monyet yang ditugaskan menjaga ladang Pisang…takkanlah dia nak tengok jer lutong gi makan pisang….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 julia February 15, 2011 at 9:52 am

pada pandangan sy … budak bodoh nie elok dimasukkan ke dlm hospital gila… dia punye kebodohan melantun-lantun.tp tu la..dlm Malaysia nie, sape yg ade rekod rasuah dia yg akan diutamakan dlm kepimpinan BN.Sape2 yg nk lakukan perubahan,tempat pling sesuai ISA.. ape nak jd la malaysia nie.
julia menulis Berita Terkini….Conversion Rate Optimization for YoungPreProcomMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 songkoktinggi February 15, 2011 at 10:41 am

orang dah biasa dgn rasuah. x rasa bersalah. kalau rasuah di malaysia x ada masaalah. tutp saja sprm.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 chengai bay February 15, 2011 at 10:58 am

rasa cam nk bg penendang je kat muka dia nih..
chengai bay menulis Berita Terkini….Kolam Air Panas- GerikMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 DAto Najis February 15, 2011 at 11:18 am

actually Isa samad dilantik pegerusi felda adalah disebabkan najib terhutang budi pada dia..kira budi di balas budi lah ni..
ko cover aku,aku up ko..kira ini sebagai nak membalas budi lah ni..

kesian betul aku kat warga felda,sedikit sebanyak selepas ni hasil mereka akan masuk perut Isa samad,
eee tak geli n jijik ke u orang felda??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 jamie February 15, 2011 at 2:12 pm

DAto Najis: actually Isa samad dilantik pegerusi felda adalah disebabkan najib terhutang budi pada dia..kira budi di balas budi lah ni.. ko cover aku,aku up ko..kira ini sebagai nak membalas budi lah ni.. kesian betul aku kat warga felda,sedikit sebanyak selepas ni hasil mereka akan masuk perut Isa samad, eee tak geli n jijik ke u orang felda??

Ibarat kepala ‘taik’ yang makan rasuah sampai sembelit susah nak keluar. Kalu kepala ‘taik’ dapat dibuang keluar barulah ekornya pun turut keluar semua sampai kuar darah…baru puas.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 emir syahmi February 15, 2011 at 3:15 pm

Kenapa warga felda tak protes habis-habisan.Jangan biarkan aset felda diuruskan oleh ikan jerung.Buat petisyen pada PM, senaraikan ketidakcekapan pemimpin felda dan ganti yang lebih bijak dan amanah untuk menguruskan pentadbiran felda.Warga felda perlu bangun mengorak langkah.Jangan terima bulat-bulat apa saja yang dihulurkan tanpa memikirkan baik buruknya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 AnakMalaysia February 15, 2011 at 4:51 pm

dari kita mengata dan menghina…jom kita berdoa pada Allah..Ya Allah ya Tuhanku..andai ada di antara pemimpin Malaysia ini yang engkar dengan perintah mu..kami rakyat Malaysia yang inginkan kebenaranMu..agar kau tunjukkanlah pemimpin-pemimpin ini ke jalan yang benar..kau berikanlah hidayat ke atas mereka serta hamba-hamba yang lain..berikanlah keberkatan hidup di dunia Mu dan akhirat nanti..hanya kepada Mu aku berserah..amin ya rabbal alamin..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 wan wee February 15, 2011 at 5:38 pm

baca petikan dr filem ‘anaku sazali’……”bapak yg bersalah dlm soal ini,mendidik sazali secara membabi buta..segala kemahuan sazali bapak tunaikan…sekarang sazali sudah dewasa,sazali perlu byk wang….bla..bla..”…jd dialog td jadi begini..
“datuk seri yg bersalah dlm soal ni…pilih sy jd pengrusi felda secara membabi buta,bukankah dulu sy terlibat dgn rasuah…tp x pe..walaupon sy dah tua,tp sy perlu byk wang…sbb sy suka wang…FELDA pon byk wang..he he he…apa2 pon thank you datuk seri”…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 wan wee February 15, 2011 at 7:38 pm

baca petikan dr filem ‘anak ku sazali’…..”bapak yg bersalah dlm soal ini,mendidik sazali secara membabi-buta,segala kemahuan sazali bapak penuhi…sekarang sazali dah dewasa…sazali perlu byk wang,tp bapak x mampu….bla..bla..”
dialog di atas bertukar tangan jd begini..”datuk seri yg bersalah dlm soal ini,secara membabi-buta lantik sy jd pengerusi FELDA,bukan x tahu sy kan bekas perasuah?…tp x pe…walaupon sy dah tua,sy perlu byk wang…FELDA pon byk wang…ape2 pon thank you datuk seri’….gitu lah lebih kurang

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 SpaQ February 16, 2011 at 12:32 am

Rasuah X de masalah.. ape la pemikiran chairman felda.. fikirla sendiri kamu da besa.. ade otak fikir2kn la..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 taubat February 16, 2011 at 10:51 am

BERTAUBATLAH. SEBAGAI PEMIMPIN PERLU MENUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK. BETUL KATA PERIBAHASA “BAGAI KETAM MENYURUH ANAKNYA JALAN LURUS….”

NAK KELUARKAN KENYATAAN TU CUBALAH INGAT YANG DIRI ITU SEBAGAI SEORANG ISLAM. SEOLAH-OLAH MENGHALALKAN YANG HARAM. TUNGGU JE LA AKIBATNYA. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA BESAR.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 nadzri m yusof February 16, 2011 at 12:16 pm

Alahai isa doremon semakin nyaring suaranya semenjak dapat umbut muda, inilah mentaliti umno rasuah adalah darah daging meraka. Saketerit Ulama muda umno tolong lah komen jangan asyik nak bidaah kan orang je . Al Fadil Ust Fathul Bari Mat Jaya sy xder masalah dengan gerakan salafy tapi tolong perbetul cakap2 macam ni.

(Memperbetulkan ahli maksiat jauh lebih mudah dari menasihati ahli bidaah.)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 khafiz February 16, 2011 at 2:26 pm

dia kan dulu tauke babi, babi busuk pon dia kata tu takda masalah punya…………

Gurkha Pencen:
Umpama kita bertanya kepada pengangkat najis, awak ada masalah dak dengan bau dan kotor najis tersebut . Itu tak ada masalah punya…Kecik punya hal..Pada kita yang menolak kejaya tersebut kita dok memikirkan beberapa
perkara.Satu benda tu berbau busuk dan kedua ianya najis…. Pada orang yang dok bergelumang dengan najis dah jadi lali dah dengan benda tu…Pada gua punya pemikiran perasuah ni patut dikenakan hukuman berat. Tipu juta-juta
kena penjara dua tiga tahun. Curi baju ke atau telur ayam kena penjara 5 tahun. Kesilapan BN adalah melantik perasuah untuk urusan pentadbiran.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 AkuYg1 February 16, 2011 at 2:32 pm

mmg dh jadi darah dagingnya.. statemen cam gampang je

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 Abe ISA cyg February 16, 2011 at 5:06 pm

Pasni bier dato seri makan semi duit felda..da trng lg bsuluh mamat ni rasuah dulu…..habis rakyat felda digula gula dgn bag isa a……makin meluat ng 1 Malaysia!,! Bulshitttt

wan wee:
baca petikan dr filem ‘anaku sazali’……”bapak yg bersalah dlm soal ini,mendidik sazali secara membabi buta..segala kemahuan sazali bapak tunaikan…sekarang sazali sudah dewasa,sazali perlu byk wang….bla..bla..”…jd dialog td jadi begini..
“datuk seri yg bersalah dlm soal ni…pilih sy jd pengrusi felda secara membabi buta,bukankah dulu sy terlibat dgn rasuah…tp x pe..walaupon sy dah tua,tp sy perlu byk wang…sbb sy suka wang…FELDA pon byk wang..he he he…apa2 pon thank you datuk seri”…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 Sontoloyo February 17, 2011 at 2:27 am

DAto Najis:
actually Isa samad dilantik pegerusi felda adalah disebabkan najib terhutang budi pada dia..kira budi di balas budi lah ni..
ko cover aku,aku up ko..kira ini sebagai nak membalas budi lah ni..kesian betul aku kat warga felda,sedikit sebanyak selepas ni hasil mereka akan masuk perut Isa samad,
eee tak geli n jijik ke u orang felda??

Apakah maksud nak membalas ‘budi’ oleh si Najib terhadap Isa Samad yang anda katakan? Adakah ianya kena mengena dengan kisah dua gulungan karpet yang diusung keluar diwaktu dinihari dari sebuah rumah rehat di Port Dickson pada suatu masa dahulu? Ramai yang tahu tentang cerita ni tapi ramai juga yang tak tahukan. Aku pun dapat tahu daripada jiran sekampung yang terlibat sama didalam operasi tersebut dan dia pula telah dikenakan pertukaran tempat kerja 24 jam ke negeri lain akibat dari peristiwa tersebut.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 mata batu February 17, 2011 at 9:03 am

Mambang: Macamana si Perasuah boleh jadi Pengerusi FELDA. Ini bolehlah diibaratkan seperti Monyet yang ditugaskan menjaga ladang Pisang…takkanlah dia nak tengok jer lutong gi makan pisang….

betol..betol…kalu si monyet tidak akan makan pisang tu…aku jamin bolih potong telinga aku….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 blind man February 17, 2011 at 9:15 am

felda adalah lubuk emas……
isa samad ni pakar….. penyelewengan…
kalau dia dah cakap rasuah ni masalah kecil…hancurr..hancur..!
MACAMANE BOLIH LETAK MACAM TU DUDUK KAT SITU….?
kalau Tun Razak masih ada….tentu dia menangis lihat organisasi
yg diasaskannya di ketuai olih manusia jenis tu…!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 ajis February 17, 2011 at 4:52 pm

Bengong punya Isa Samad….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 baru blaja February 18, 2011 at 3:15 am

Pak menteri paling pandai dlm sejarah dunia tercipta!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 blind man February 18, 2011 at 9:38 am

amilism: tak yah hukum penjara..kasi buang negara..pastu sita semua harta dorang..kadang2 undang2 kita ni mcm backing org tertentu..kira double standard..

kalau di negara China pemimpin yang makan rasuah akan dikenakan hukuman bunuh atau jika bernasib baik akan dipenjarakan utk masa yg lama dan sebab tu negara China cepat bergerak menjadi negara maju……
tapi di Malaysia pemimpin yg makan rasuah tetap diberi tempat malah di letakan utk mengetuai satu2 perbadanan atau organisasi yg di anggap lubuk……macam si isa samad ni lah….
dah tentu sudah dikenakan tindakan kerana rasuah tapi masih diletak utk mengetuai felda yg telah diakui adalah lubuk emas …
macam dah tak de orang lain….
hancurr….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 Warkah February 18, 2011 at 10:29 am
45 orang bukit... February 18, 2011 at 12:05 pm

lantakk lah……!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 mert February 20, 2011 at 5:47 pm

SPRM takkan dengar jer isa samad 2 ckp .SPRM ade brani lawan blk ckp isa samad……periuk nasi akuuuuuuuu(SPRM)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 Harimau Kumbang February 20, 2011 at 10:55 pm

Org Felda lepas ni tinggal seluar dalamlah nampaknya….wowwwww…
lingkup ko PRU 13 ni…kalo menang juga tak tahulahhhhhh…….
Inikah PEMIMPIN 1 MALAYSIA……????
Adakah anda merelakan dengan pemimpin sebegini….?????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 hazmg February 23, 2011 at 2:45 pm

tu laa.. bagi orang yang bukan ‘ahli’ dalam satu2 hal nak bercakap@berhujah. “Beliau’ ni dulu kena apa KES, ada sapa2 ingat tak??? renung-renung kan… hehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 blind man February 24, 2011 at 8:45 am

Ini lah cara kepimpinan Malaysia masa kini…
ade ke patut ceo maybank tengku zafrul tu
didesak supaya di pecat kerana membuat kenyataan yg dianggap peribadi mengenai perlantikan isa samad sebagai pengerusi felda…
ceo maybank tu bercakap berdasarkan pengamatannye….
memang logik lah kata ceo tu perlantikan isa samat menakutkan pelabur…..
sebab isa samad tu korup…
ini lah masalah…..melindungi sipekung….
sepatutnya kita berasa bangga kerana ceo maybank tu telah meluahkan pendapat yg betul dan tepat…..
yg patut dipersalahkan adalah pihak yg melantik isa samat tu….!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 Warkah February 24, 2011 at 10:24 am

Harga getah naik > adakah ini hanya sekadar nak menutup mata penduduk felda untuk ape yg akan dilakukan oleh isa samad selepas PRU 13 nanti…fikir lar wahai penduduk felda…berhati2 kak semah…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 dah masak.... February 24, 2011 at 12:15 pm

kata isa samad rasuah bukan masalah dalam malaysia
kerana pada fahaman dia rasuah memang berlaku dan dah jadi perkara biasa dalam malaysia jadi pemimpin macam isa samad ni anggap itu adalah perkara biasa…tiada hal

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 dah masak.... February 24, 2011 at 12:36 pm

walau apa pun dalam hal ini jangan jadikan penduduk felda sebagai bahan utk di tertawakan atau dikutuk atau apa pun sebab mereka hanya lah rakyat biasa…sokongan mereka kepada kepimpinan bn terutama umno adalah disebabkan kurangnya maklumat yg mereka terima….mereka hanya mendapat maklumat atau hal2 yg berlaku hanya dari media2 prima kerajaan…tv, akhbar , hanyalah yg pro kerajaan….dah tentu berita2 yg dipaparkan hanyalah hal2 yg baik2 yg telah kerajaan buat…
berita2 penyelewengan, rasuah atau apa2 yg sapertinya jangan haraplah akan dipaparkan….apa yg mereka dengar tentang hal2 ini mereka anggap macam khabar angin jer…
Pihak pembangkang/pr lah yg harus mengakui kesilapan mereka kerana selama ini mereka tiada inisiatif yg sungguh2 utk menembusi komuniti felda atau luar bandar ini …dan mungkin selama ini mereka menganggap
kelompok penduduk felda tidak penting sama macam anggapan mereka pada komuniti penduduk luar bandar lain….
mereka hanya berfikir komuniti bandar adalah keutamaan….
mungkin mereka lupa yg malaysia adalah ngara demokrasi..kekuatan suara majoriti menentukan kuasa siapa yg akan memerintah…sebab tu pembangkang/pr ni ego sebab mereka dapat tawan bandar2 tapi mereka tak sedar suara2 dibandar hanyalah minoriti …
dan selagi mereka tak dapat sokongan kuat dari luar bandar atau felda, jgn haraplah kalau bercita2 nak tawan federal…
mereka hanya bolih mengharapkan supaya gelombang timur tengah akan merebak ke malaysia…
tapi susah lah….tak mungkin…! memang tak mungkin…
bolih potong jari..!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 dah masak.... February 24, 2011 at 12:40 pm

ko orang ni pandai kutuk jer….
kalau ko org dapat peluang macam isa samad tu entah2 lagi terok tah pe…..
tak dapat..!! cuba dapat…!
bolih baca…!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 icemen February 25, 2011 at 8:07 am

kalau itu cakap seorang bekas menteri,mungkin dia lebih tahu masih ada menteri2 yang sehaluan dengannya,kalau yang masih dia buat,mungkin dia kebal sekit kena tahan kes rasuah dulu pun,hari ini pihak kerajaan masih mahu dia terajui sebuah agensi yang besar,mungkin felda dah banyak duit bolehlah gelapkan mana yang celah2 tu,dulu Tun dr m letak khir toyol jadi menteri,Tun tahu dia toyol tapi kita tak hati2,hari ini kita marah dengan apa yang dah jadi,Tun M tak terkejut,Tun dah tahu dia toyol.dulu pun ada seorang menteri gelarannya pun hebat juga,dah kena tahan kat airport bawa duit berkilo-kilo nak beli harta diluar negara,tiba2 hidup lagi dalam UMNO,dia buat bodoh aja macan lembu kenyang.marilh kita fikirkan bagaimana nak ubah orang2 macan ni,kita masih ada ruang untuk cari calun2 yang telus untuk libatkan diri dalam politik demi untuk bangsa agama juga negara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 icemen February 25, 2011 at 8:34 am

dah masak....:
walau apa pun dalam hal ini jangan jadikan penduduk felda sebagai bahan utk di tertawakan atau dikutuk atau apa pun sebab mereka hanya lah rakyat biasa…sokongan mereka kepada kepimpinan bn terutama umno adalah disebabkan kurangnya maklumat yg mereka terima….mereka hanya mendapat maklumat atau hal2 yg berlaku hanya dari media2 prima kerajaan…tv, akhbar , hanyalah yg pro kerajaan….dah tentu berita2 yg dipaparkan hanyalah hal2 yg baik2 yg telah kerajaan buat…
berita2 penyelewengan, rasuah atau apa2 yg sapertinya jangan haraplah akan dipaparkan….apa yg mereka dengar tentang hal2 inimereka anggap macam khabar angin jer…
Pihak pembangkang/pr lah yg harus mengakui kesilapan mereka kerana selama ini mereka tiada inisiatif yg sungguh2 utk menembusi komuniti felda atau luar bandar ini …dan mungkin selama ini mereka menganggap
kelompok penduduk felda tidak penting sama macam anggapan mereka pada komuniti penduduk luar bandar lain….
mereka hanya berfikir komuniti bandar adalah keutamaan….
mungkin mereka lupa yg malaysia adalah ngara demokrasi..kekuatan suara majoriti menentukan kuasa siapa yg akan memerintah…sebab tu pembangkang/pr ni ego sebab mereka dapat tawan bandar2 tapi mereka tak sedar suara2 dibandar hanyalah minoriti …
dan selagi mereka tak dapat sokongan kuat dari luar bandar atau felda, jgn haraplah kalau bercita2 nak tawan federal…
mereka hanya bolih mengharapkan supaya gelombang timur tengah akan merebak ke malaysia…
tapi susah lah….tak mungkin…! memang tak mungkin…
bolih potong jari..!!

Betul kata2 saudara pihak lawan terlepas pandang golongan warga felda,jika pihak lawan pkr,pas atau apa2 parti boleh tembusi warga felda mungkin ada harapan untuk dia gegarkan dewan undangan negeri tak perlu pergi ke parlimen,hari pihak kerajaan bawah tadbiran D N ,sudah hilang sokongan dari bangsa sendiri,maka jelajahlah jentera2 umno keseluruh negeri bandar juga desa,mencari sempati dari bangsa lain,mari kita tanya,kenapa seseorang suka umno,1 jika joint umno senang dapat tendar dari kerajaan,kerajaan umno banyak duit,maka semua orang nak duit,kenapa tidak joint pas,sebab pas kurang duit tiada tauke2 yang nak derma,biasalah tu kalau untuk kebaikan kita jarang atau kurang nak salurkan tapi kalau untuk jalan tak elok berebut2 nak salurkan.biasalah tu dunia hari ni kalau nak derma,dia tanya dulu ada masuk tv atau dalam akhbar atau tidak,kalau ada yang derma rm10,000 ditambah lagi rm10,000 janji ada orang sebut nama sipolan tu derma rm20,000,apa nak takut buang rm20,000 bulan depan dah tentu dapat rm500,0000000000?.itulah hakikatnya.bangsa lain sanggup keluarkan berjuta-juta kerana apa,Nama,pangkat dan gelaran yang akan diterima bila dah ada nama juga pangkat apa yang dia nak akan dapat.duit boleh mainkan apa2 saja dalam dunia kita hari ini.orang gila pun tahu nak duit,walau tak tahu nilainya apatah lagi kita yang waras.ok marilah kita fikirkan apa yang terbaik untuk kita tinggalkan pada anak cucu kita 10 atau 20 tahun lagi.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 icemen February 25, 2011 at 8:57 am

kita nak cakap lebih2 pun takut juga,nanti ada orang datang rumah malam 2,tiba2 hilang last2 masuk tv dll ISA.kerana apa,kerana cakap banyak dalam blog atau apa sajalah.kadang2 orang yang cakap banyak tu bukannya, apa cuma agak resau dengan apa yang berlaku politik dimalaysia hari,bangsa melayu berbalas pantun sesama sendiri,bangsa maka bangsa lain bertepok tangan,seronok lihat orang melayu berbalas pantun,inilah kesempatan yang dicari,Dulu zaman mat saleh masuk tanah melayu,dibawa orang india untuk berkerja diladang2 dan bawa masuk orang cina untuk berkerja dilombong2 bijih dan orang melayu disuruh jual atau sewakan pada pihak mat saleh,orang india disediakan rumah panjang lepas kerja disediakan tempat minum maka ada yang mabuk sampai pagi,boleh pergi kerja maka para perkerja tidak keluar kemana-mana-orang cina pihak mat saleh pandai jaga kerana orang ini pandai buat duit dikerah cukup dengan kepandaian yang ada.orang melayu disuruh duduk diam2 duit dah ada tiap2 bulan tak perlu kesekolah.itulah kehebatan mat saleh.hari ini kaum india,kaum cina dan melayu juga lain2 bangsa dimalaysia harus ingat apa yang dah nenek moyang kita lalui,hari ini kita boleh bangga dengan malaysia kerana kita hidup dalam negara perbagai bangsa,bahasa juga agama.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 sidia February 27, 2011 at 2:52 am

Try meh datang n9, tengok berapa banyak pembangunan terbangkalai.. hasil pemerintahan 20 tahun.. lepas dia blah jer… membangun terus negeri sembilan, atas pentadbiran yang bijak tak yah nak tunggu 20 tahun, mcm org tua tu.. :-)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 icemen February 27, 2011 at 8:34 am

blind man:
Ini lah cara kepimpinan Malaysia masa kini…
ade ke patut ceo maybank tengku zafrul tu
didesak supaya di pecat kerana membuat kenyataan yg dianggap peribadi mengenai perlantikan isa samad sebagai pengerusi felda…
ceo maybank tu bercakap berdasarkan pengamatannye….
memang logik lah kata ceo tu perlantikan isa samat menakutkan pelabur…..
sebab isa samad tu korup…
ini lah masalah…..melindungi sipekung….
sepatutnya kita berasa bangga kerana ceo maybank tu telah meluahkan pendapat yg betul dan tepat…..
yg patut dipersalahkan adalah pihak yg melantik isa samat tu….!

Itulah yang selalu terjadi,apa bila kita cakap yang betul dengan apa yang dah berlaku,maka diambil tindakan.saya masih ingat berapa-apa tahun dulu sebuah syarikat yang gah dimalaysia dibawah tadbiran Tan Sri Halim (RENUNG) entah apa yang tak berkenang dihati maka pihak kerajaan,keluarkan Tan Sri Halim maka ,Tan Sri Halim keluarkan sahamnya mungkin juga 70% dari RENUNG maka jatuhnya hingga hari ini tiada lagi.apa yang berlaku pada CEO maybank saya tak terkejut,Bagus juga CEO kita cakap dia tahu kemana hala tuju felda nanti,kita berlajar tinggi2 tak mahu jadi keladai kerajaan.pihak kerajaan juga ada kepentingannya juga dengan lantikan simamat tu,kita tunggu aja,apa nak jadi dan siapa yang kena.kita dah dengar apa kata para2 menteri tempuh hari felda tak rugi atau masih ada harta dalam dan luar negara,kita jangan terlepas pandang,lihatlah apa dah jadi dan sedang berlaku negara teluk arab rata2 kerajaan yang dah tadbir negara lebih dari 20 tahun maka disini ada putarannya lagi lama sesebuah kerajaan yang memerintah lagi banyaklah kesilapan yang dilalui,kita banyak belajar dari A-Z kita tidak pernah ulangi Z-A mungkin orang cakap kita boduh,kita tahu era Tun Dr M,dengan kepandaiannya pun masih ada kesilapan yang Tun Dr M terlepas pandang,oklah kita tunggu apa akan jadi nasib FELDA selepas ni.mari kita ingat kembali,yang melibatkan.DUIT2 BANYAKNYA DUIT. 1.PROJEK PPRT RM 40 JUTA,TABUNG HAJI,LENBAGA PELABUHAN NEGERI SELANGOR,STADIUM NEGERI TERENGGANU,PROJEK KAPAL SELAM ATM, itu yang kita tahu,yang kita tak tahu hal tanah yang dah bertukar milik pun ada juga yang kecil2 masih belum keluar.rakyat malaysia dah lena dibuai lama2,mungkin juga kita akan kembali zaman 40 han cara mat saleh kerajaan gunakan apa yang rakyat nak diberi sekit2 dan akan tarik pelahan-lahan agar tidak terkejut dari tidur.ada yang sedar tapi apa nak buat hidung kena cocuk,saya masih ingat ada perpatah cina cakap, selagi lembu makan rumput, maka kita masih boleih tarik hidung, maksudnya selagi ada orang makan rasuah,selagi itulah dia boleh hidup.hari ini bangsa mana yang selalu makan rasuah.kita lihat dalam akhbar atau dikaca tv.yang memberinya siapa kita tak tahu,kita tanya diri sendiri.yang kena ada yang memberi tiada.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 azim March 1, 2011 at 9:19 pm

Sdr Iceman…yang memberi terus kaya raya hasil keje jahatnya…yg menerima kena buang keje balik kpg…susahkan mak bapak n sdr mara…….yg memberi @ menerima apabila di tangkap kita buang kat P. MATAKING @ penjarakan kat pulau2 yg tiada penghuni….biar tak dapat tengok anak bini n keluarga…..baru dia orang takut nak memberi dan menerima…..jgn simpan perosak2 negara….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 Tension March 2, 2011 at 2:43 pm

TU LA… PANGKAL LAH LAGI LAIN KALI!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 Tension March 2, 2011 at 2:51 pm

TU LA…. NAK CAKAP APE LAGI? PANGKAH LAH LAGI

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 Tension March 2, 2011 at 2:51 pm

sorry ter enter 2 kali…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 icemen March 2, 2011 at 3:57 pm

Betullah apa kata sdr t-s tu,tapi parti mana2 yang memerintah pun sama ianya sikap orang memimpin,sebelum menang bertanding calun wakil rakyat dah janji dengan mamat2 jika dia menang ada habuanya,bila dah menang mulalah cari jalan nak balas budi,jika ada projek kecil2 pun tak apalah ,itulah puncanya wabak yang tidak dapat dibendung,JKK parti pun ada habuan selepas pilihan raya apatah lagi yang lebih besar peranannya semasa pilihan raya.soal BN tadbir kita tak boleh kata juga contoh semasa PAS menang diterengganu rakyat terengganu dah beri lampu hijau untuk pas tadbir tapi kerajaan pas buat silap dalam masa 6 bulan tadbir negeri bermacan-macan dibuat contoh sekolah KEMAS,TADIKA dikuncinya pintu bangunan UITM diDungun hendak dijual itulah puncanya rakyat terengganu ambil kembali diserah pada boleh selesaikan masalah hingga hari ini,hari ini terengganu dah maju dan sejak akhir2 ini timbullah juga masalah negeri dah banyak duit mulalah nak boros beli itik angsa dangan harga cecah ratusan ringgit,disini kita jangan salahkan parti mungkin MB tidak terfikir harga itik angsa terlalu mahal,buat apa jika sedap mata memandang,masih ramai lagi rakyat terengganu yang tiada rumah sendiri ada yang masih tinggal rumah sewa walaupun dah berkerja 10 tahun,jadi untuk tadbiran kerajaan terengganu janganlah nak habiskan duit tu,ada masa kita senang ada masa kita susah,buatlah apa yang perlu untuk kemudahan rakyat,kemajuan rakyat tidak semestinya dengan bangunan2 yang tinggi atau lampu neon sepanjang jalan,kenapa diselangor boleh maju mungkin kerana pasarananya kilang2 dan sebagainya,yang main peranan utama pelabuhannya,kenapa terengganu tidak boleh besarkan pelabuhannya dengan adanya duit dilaburkan RM20 juta ianya berbaloi,dah pasti ramai rakyat terengganu akan balik keterengganu untuk sama2 majukan negeri terengganu,dimana2 negara yang dah maju perkara yang diutamakan ialah pelabuhan,lapangan terbang itulah yang banyak mainkan peranan,untuk MB janganlah selalu dengar cakap2 orang2 dikiri,kanan ,kena ambil kira juga apakah ianya elok atau tidak,dalam politik hari ini janganlah kita letak kepercayaan sepenuhnya orang kita harapkan,selamat maju jaya negeri terengganu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 Don March 3, 2011 at 8:38 pm

Erm.. Betul. Mamat ni tag line dia “jangan melawan tokey”. Sepatutnyer org2 buangan ni jgn la diambil utk mengisi mane2 jawatan penting lg. Bahaya ooo. Mcm Mohammad Hassan tu dia muda lg & businessman. Mmg sesuai la utk jd pemimpin coz dia pandai jana ekonomi negeri. Mcm jgk d Selangor, Khalid Ibrahim tu pun bkn sebarangan org. Tp aku x paham baik pak lah & Najib ni suka sgt amik org buangan n bela. Ini ibarat penjenayah yg dibuang daerah tu, kita amik jd kanmereka ketua kampung ,cikgu dan polis d kampung kita. X gtu? ahaks!

sidia:
Try meh datang n9, tengok berapa banyak pembangunan terbangkalai.. hasil pemerintahan 20 tahun.. lepas dia blah jer…membangun terus negeri sembilan, atas pentadbiran yang bijak tak yah nak tunggu 20 tahun, mcm org tua tu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 Don March 3, 2011 at 8:45 pm

Betul beb.. Diorg kutip Rahim Tambi Chik jd chairman RISDA. Masak la anak2 dara kt RISDA tu… Dulu amik Mat Taib, kang anak dara sape lak dia bw lari.. EEi seram aku dgn pemerintahan skrg ni. Kalo korg perasan la kan, kepimpinan malaysia skrg ni lebih kpd kepimpinan seksual kan. Mereka2 yg dilantik baik PM ker menteri ker sape2 ker sume yg ade mslh sex. Menteri rogol bibik pun diorg bela. Bom exgfriend pun bela,pelaku sex bebas pun bole jd ketua parti.. Aku tkut saiful buhari tu pun x lama jd menteri… Ahaks!

icemen: Itulah yang selalu terjadi,apa bila kita cakap yang betul dengan apa yang dah berlaku,maka diambil tindakan.saya masih ingat berapa-apa tahun dulu sebuah syarikat yang gah dimalaysia dibawah tadbiran Tan Sri Halim (RENUNG) entah apa yang tak berkenang dihati maka pihak kerajaan,keluarkan Tan Sri Halim maka ,Tan Sri Halim keluarkan sahamnya mungkin juga 70% dari RENUNG maka jatuhnya hingga hari ini tiada lagi.apa yang berlaku pada CEO maybank saya tak terkejut,Bagus juga CEO kita cakap dia tahu kemana hala tuju felda nanti,kita berlajar tinggi2 tak mahu jadi keladai kerajaan.pihak kerajaan juga ada kepentingannya juga dengan lantikan simamat tu,kita tunggu aja,apa nak jadi dan siapa yang kena.kita dah dengar apa kata para2 menteri tempuh hari felda tak rugi atau masih ada harta dalam dan luar negara,kita jangan terlepas pandang,lihatlah apa dah jadi dan sedang berlaku negara teluk arab rata2 kerajaanyang dah tadbir negara lebih dari 20 tahun maka disini ada putarannya lagi lama sesebuah kerajaan yang memerintah lagi banyaklah kesilapan yang dilalui,kita banyak belajar dari A-Z kita tidak pernah ulangi Z-A mungkin orang cakap kita boduh,kita tahu era Tun Dr M,dengan kepandaiannya pun masih ada kesilapan yang Tun Dr M terlepas pandang,oklah kita tunggu apa akan jadi nasib FELDA selepas ni.mari kita ingat kembali,yang melibatkan.DUIT2 BANYAKNYA DUIT. 1.PROJEK PPRT RM 40 JUTA,TABUNG HAJI,LENBAGA PELABUHAN NEGERI SELANGOR,STADIUM NEGERI TERENGGANU,PROJEK KAPAL SELAM ATM, itu yang kita tahu,yang kita tak tahu hal tanah yang dah bertukar milik pun ada juga yang kecil2 masih belum keluar.rakyat malaysia dah lena dibuai lama2,mungkin juga kita akan kembali zaman 40 han cara mat saleh kerajaan gunakan apa yang rakyat nak diberi sekit2 dan akan tarik pelahan-lahan agar tidak terkejut dari tidur.ada yang sedar tapi apa nak buat hidung kena cocuk,saya masih ingat ada perpatah cina cakap, selagi lembu makan rumput, maka kita masih boleih tarik hidung, maksudnya selagi ada orang makan rasuah,selagi itulah dia boleh hidup.hari ini bangsa mana yang selalu makan rasuah.kita lihat dalam akhbar atau dikaca tv.yang memberinya siapa kita tak tahu,kita tanya diri sendiri.yang kena ada yang memberi tiada.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 yaya March 15, 2011 at 3:03 pm

aku pun heran camner lah die boleh naik balik cube tgk dulu time die jadi ns nyer menteri besar xde pembangunan langsung,sebab rasuah r tuh…………….smpi skunk nih ko tgk seremban tuh x macm ibu negeri lagi mundur jer adelah…ksi r jawatan yg kurang ckit

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 bintir May 23, 2011 at 2:30 pm

Salam semua. FELDA adalah antara blue chip negara seperti PETRONAS dan banyak jugak organisasi lain. Pada hemat saya perlantikan tersebut kurang matang, premature. Bukan tidak ramai pemimpin yang mampu dan berkredebiliti tinggi. Sepatutnya The person inpower melantik seseorang yang mampu membawa pemulihan kepada FELDA, bukanlah FELDA sakit tetapi dah menunjukkan simtom-simtom akan sakit. Janganlah kita membuat perhitungan yang salah kerana FELDA merupakan salah satu dari penjana ekonomi negara dan rakyat. Jelas perlantikan tersebut tidak bijaksana dan ini akan memberik impak yang besar pada masa yang panjang. Kita sedia maklum permintaan produk FELDA di dunia meningkat dan melambung tinggi, tapi sejarah membuktikan bahawa pertukaran pasaran terlalu cepat terjadi. Maka adalah lebih bijaksana kalau pihak yang bertanggungjawab merenung jauh kehadapan agar senjata utama kita dalam ekonomi digunakan dengan bijaksana. Kalau blue chip kita tumbang, agak sulit untuk kita bertahan. Saya mencadangkan agar dibuat panel yang terdiri dari bijak pandai kita untuk membuat penilaian semula dan pemilihan dijalankan melalui kriteria dan kecapaian seseorang pemimpin sebelum dia dipilih untuk menerajui Blue Chip negara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 iceman May 23, 2011 at 2:59 pm

soal nak pangkah parti,parti mana2 pun sama dah ada kuasa boleh buat apa sahaja.yang kita perlu pastikan calon yang kita pangkah tu,adakah boleh diharap untuk bantu selesaikan atau rengankan beban rakyat .

Tension:
TU LA…. NAK CAKAP APE LAGI? PANGKAH LAH LAGI

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 iceman May 23, 2011 at 3:06 pm

saudara tentu masih ingat negeri selangor dibawah tadbiran MB md khir toyo.Tun Dr M,dah tahu dia toyol,disini kita terlepas pandang yang dia tu toyol dalam diam dah lesapkan berjuta2 ringgit,hari ini apa yang kita dapat .belum tentu lagi nak hukum dengan kesalahan2 yang dibuat perbicaraan pun belum tentu lagi dijalankan.

azim:
Sdr Iceman…yang memberi terus kaya raya hasil keje jahatnya…yg menerima kena buang keje balik kpg…susahkan mak bapak n sdr mara…….yg memberi @ menerima apabila di tangkapkita buang kat P.MATAKING @ penjarakan kat pulau2 yg tiada penghuni….biar tak dapat tengok anak bini n keluarga…..baru dia orang takut nak memberi dan menerima…..jgn simpan perosak2 negara….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 iceman May 23, 2011 at 3:13 pm

kerajaan malaysia hari ini suka simpan orang2 yang dah buat salah,yang ketara soal rasuah dah berjuta2 ringgit duti kerajaan digelapkan,hukuman dah dijalankan,tapi masih ada pihak kerajaan nak ambil atau dilantik sebagai CEO yang berkuasa penuh,maka satu hari nanti adalah berlaku perkara2 yang kita resaukan berlaku.soal lantikan bekas MB terajui felda,pada saya masih ada orang yang lebih layak terajui felda.cukuplah satu negeri dia jual,jangan ada yang dijual lagi.

iceman:
saudara tentu masih ingat negeri selangor dibawah tadbiran MB md khir toyo.Tun Dr M,dah tahu dia toyol,disini kita terlepas pandang yang dia tu toyol dalam diam dah lesapkan berjuta2 ringgit,hari ini apa yang kita dapat .belum tentu lagi nak hukum dengan kesalahan2 yang dibuat perbicaraan pun belum tentu lagi dijalankan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 awang October 5, 2011 at 11:26 am

BAGUS ANAK MELAYU DAH MULA SEDAR… HIDUP DAN TRUS BANGUN DARI LENA YANG PANJANG…………….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 pokawg February 27, 2012 at 10:40 am

Nak ckp ape lg dh Najib yg pilih Isa, rakyat msia pulak pilih Najib, jadi skrg ni sape yg SALAH????? Rakyat zalim akn dpt pemerintah zalim!! Ini janji Allah.! Jwb sdiri whai rakyat msia..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: