BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Kerajaan Mansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri-Pendapat Anda?

by Staff Berita Semasa on September 17, 2011

in Cadangan & Dasar Kerajaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelum sambutan Hari Malaysia semalam mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.

“Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif. 

“Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus,” katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1.

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. 

“Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan,” tambahnya.

Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

“Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa,” tambahnya.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya.

“Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau,” tambahnya.

Bagaimanapun, menurut pengumuman Perdana menteri, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. 

Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.Dan ini,kami puji Perdana Menteri kerana mengambil tindakan yang berani dan telus.umum sudah mengetahui,berapa banyak ahli-ahli politik sebelum ini yang ditahan atas sebab perbezaan ideologi politik?

Jadi, tindakan sebegini sebenarnya, amat berani,bagi sesebuah kerajaan yang masih lagi 50:50 tentang nasib mereka di Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Apa-apa pun, pendapat kami,pujian harus diberikan kepada Perdana Menteri kerana menghapuskan ISA dan juga member ruang yang lebih kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat tanpa ada rasa takut terhadap kekadangan undang-undang zaman batu.Jangan pula pengumuman ini hanya “wayang kulit” sahaja!

Apa pendapat anda ISA dimansuhkan?


{ 63 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Hakim Fakru September 17, 2011 at 12:24 pm

Preparation in case kalah dlm PRU 13…xdptlah korang merasa duk dlm ISA nampak nya..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 telur itik September 17, 2011 at 12:27 pm

napa nak pru 13 baru nak hapus ISA….mcm taktik politik ja….tak ikhlas punya najib….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 saya ready September 17, 2011 at 1:09 pm

perkataan ‘AKAN DIMANSUHKAN’ buat org bingung.. kenapa tak kata saja ‘SERTA MERTA DIMANSUHKAN’.. skrg ini tahanan ISA masih lg berlegar2 di ruang legar penjara ISA.. wayang kulit.. isi sama, kulit jer ditukar.. tunggu jer la labu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 BorgWarner September 17, 2011 at 2:11 pm

Saya lihat tindakan memansuhkan ISA ini tindakan terdesak untuk menghadapi PRU 13. Jangan cepat memuji beliau yang berani membuat pengumuman ini kerana beliau ada mengatakan 2 undang-undang baru yang sesuai akan digubal untuk mencegah perbuatan SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG dan PERBUATAN JENAYAH bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam.

2 Undang-undang baru itu yang saya percaya akan digubal selepas/jika BN menang PRU 13 masih menjadi tanda tanya. Adakah 2 undang-undang itu menyerupai ISA ataupun lebih zalim dari ISA?

SUBVERSIF boleh didefinisikan sebagai perbuatan/cubaan untuk menggulingkan kerajaan. Kalau mengikut definisi ini, sesiapa yang berceramah untuk menjatuhkan kerajaan dengan menghasut orang ramai tidak memangkah BN ketika Pilihanraya boleh dikelaskan telah melanggar undang-undang ini.

KEGANASAN TERANCANG pula boleh diputar-belitkan. Sesiapa yang merancang demonstrasi jalanan yang difikirkan kerajaan akan menyebabkan berlakunya keganasan boleh ditangkap.

Saya keliru mengapa undang-undang baru perlu dIgubal bagi membendung PERBUATAN JENAYAH? Adakah undang-undang ini membenarkan sesiapa disyaki melakukan PERBUATAN JENAYAH boleh ditangkap sesuka hati tanpa bukti kukuh? ‘Defamation’ atau fitnah boleh dikelaskan satu kesalahan sivil atau jenayah. Adakah undang-undang baru itu akan melindungi golongan ‘Elite Crooked’ dengan cara menangkap penyebar-penyebar maklumat yang melaporkan salah-laku mereka kerana mendefinisikan maklumat itu berbentuk fitnah?

kita tunggu dan lihat silap mata yang akan berlaku kelak jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya selepas PRU 13.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Tok Berjanggut September 17, 2011 at 2:35 pm

satu lagi gula-gula dari Bini Najib

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 askar889 September 17, 2011 at 4:38 pm

SUBVERSIF – KEGANASAN – Pasni Blogger pn bleh kene dakwa jugak -

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 UwanZz September 17, 2011 at 5:21 pm

ini smua tawaran wayang kulit, lakaran janji & retorik dri seorg pemimpin yg akan mjdi bahan ejekan dri kalangan ahli “Be-End” krana PM takut slepas PRU-13, jwatan yg d sandang PM skrg tidak sempat pun memenangi medan perang(PRU-13) yg akan d adakan dlam waktu terdkat…

punca :
1.scorpene (altantuya)
2.cincin/gelang(Rosmah)
3.bersih 2.0
4.APCO (1Malaysia, 1Israel)
5.FELDA
6.bnyak lgi..skandal dri 1-1nya pmimpin krajaan “Be-End” paling teruk antra smua!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 kopi o satu..! September 17, 2011 at 5:22 pm

bagus la tu…..
pm buat ape yang dah dia dah cakapkan….
kalau dah semuanye ape yg kerajaan sudah dan akan buat semuanya ko org tak setuju..!
ape yg ko org nak lagi..?
lebih baik ko org duduk dalam hutan lah…..
bermasyarakat dgn sahabat2 dalam hutan tu….
tak akan menyusahkan …..!
itu pun kalau sahabat2 dlm hutan tu tak kisah dgn sikap ko org tu…!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 kopi o satu..! September 17, 2011 at 5:25 pm

Tok Berjanggut: satu lagi gula-gula dari Bini Najib

sampai keguguran janggut ko pun…ko takkan setuju ape pun yg kerajaan buat….!
sebab dah jenis macam tu…!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 kopi o satu..! September 17, 2011 at 5:27 pm

askar889: SUBVERSIF – KEGANASAN – Pasni Blogger pn bleh kene dakwa jugak -

kalau dah merosakkan elok saja kena dakwa…
kalau semua nak bebas,
satu tempat je yg ade dlm dunia ni….
kat dalam hutan….!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 kopi o satu..! September 17, 2011 at 5:33 pm

BorgWarner: Saya lihat tindakan memansuhkan ISA ini tindakan terdesak untuk menghadapi PRU 13. Jangan cepat memuji beliau yang berani membuat pengumuman ini kerana beliau ada mengatakan 2 undang-undang baru yang sesuai akan digubal untuk mencegah perbuatan SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG dan PERBUATAN JENAYAH bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam.2 Undang-undang baru itu yang saya percaya akan digubal selepas/jika BN menang PRU 13 masih menjadi tanda tanya. Adakah 2 undang-undang itu menyerupai ISA ataupun lebih zalim dari ISA?SUBVERSIF boleh didefinisikan sebagai perbuatan/cubaan untuk menggulingkan kerajaan. Kalau mengikut definisi ini, sesiapa yang berceramah untuk menjatuhkan kerajaan dengan menghasut orang ramai tidak memangkah BN ketika Pilihanraya boleh dikelaskan telah melanggar undang-undang ini. KEGANASAN TERANCANG pula boleh diputar-belitkan. Sesiapa yang merancang demonstrasi jalanan yang difikirkan kerajaan akan menyebabkan berlakunya keganasan boleh ditangkap.Saya keliru mengapa undang-undang baru perlu dIgubal bagi membendung PERBUATAN JENAYAH? Adakah undang-undang ini membenarkan sesiapa disyaki melakukan PERBUATAN JENAYAH boleh ditangkap sesuka hati tanpa bukti kukuh? ‘Defamation’ atau fitnah boleh dikelaskan satu kesalahan sivil atau jenayah. Adakah undang-undang baru itu akan melindungi golongan ‘Elite Crooked’ dengan cara menangkap penyebar-penyebar maklumat yang melaporkan salah-laku mereka kerana mendefinisikan maklumat itu berbentuk fitnah?kita tunggu dan lihat silap mata yang akan berlaku kelak jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya selepas PRU 13.

tunggu la beb……!
undang2 baru tu belum lagi digubal tapi ko dah kata macam2….
org macam ko nilah yg merosakan …
belum ape2 lagi ko dah cakap yg bukan2….
macam ko lah yg bagus semua….
jadilah seorang tenang dan sabar….
tak elok menggelupur beb…!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 zack January 29, 2012 at 5:23 pm

cakap senang nak buat tu susah, cuba laksanakan baru lah org respect.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 kopi o satu..! September 17, 2011 at 5:35 pm

UwanZz: ini smua tawaran wayang kulit, lakaran janji & retorik dri seorg pemimpin yg akan mjdi bahan ejekan dri kalangan ahli “Be-End” krana PM takut slepas PRU-13, jwatan yg d sandang PM skrg tidak sempat pun memenangi medan perang(PRU-13) yg akan d adakan dlam waktu terdkat…punca :1.scorpene (altantuya)2.cincin/gelang(Rosmah)3.bersih 2.04.APCO (1Malaysia, 1Israel)5.FELDA6.bnyak lgi..skandal dri 1-1nya pmimpin krajaan “Be-End” paling teruk antra smua!!

kata2 si tukang ramal kaki lima….!
berapa sen bang..?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 kopi o satu..! September 17, 2011 at 5:44 pm

saya ready: perkataan ‘AKAN DIMANSUHKAN’ buat org bingung.. kenapa tak kata saja ‘SERTA MERTA DIMANSUHKAN’.. skrg ini tahanan ISA masih lg berlegar2 di ruang legar penjara ISA.. wayang kulit.. isi sama, kulit jer ditukar.. tunggu jer la labu..

ape nak bingung2….
entah ko jer yg buat2 binggung…!
dan tak perlu lah nak kata yg bukan2….
‘akan dimansuhkan tu’ bermaksud akan di laksanakan..tunggu jer lah….
sabor jer lah bro…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 kopi o satu..! September 17, 2011 at 5:47 pm

telur itik: napa nak pru 13 baru nak hapus ISA….mcm taktik politik ja….tak ikhlas punya najib….

mungkin kebetulan…!
mungkin tektik…! dan mungkin itu point besar bagi bn dan sesuai diumumkan pada masanye….
biasalah… org lain pun akan buat macam tu…..!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 kopi o satu..! September 17, 2011 at 5:55 pm

Hakim Fakru: Preparation in case kalah dlm PRU 13…xdptlah korang merasa duk dlm ISA nampak nya..

Ramalan tok dukun rabun jauh mengatakan BN akan pertahankan kedudukan dlm pr13 nanti….dan mungkin dapat balik ape yg terlepas dlm pr12 lepas….
kita tengok jer lah nanti….!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 Menteri Gila Harta September 17, 2011 at 6:44 pm

Setelah ditelek-telek Buku Jingga oleh pakatan pembangkang, kabinet memutuskan perlu melaksanakan salah satu daripada tkandungan manifesto tersebut sebelum menerima kekalahan yang lebih memalukan daripada PRU-12- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Walaupun PM dan semua menteri kabinet menyatakan ia sebagai salah satu daripada program transformasi daripada kerajaan, namun bukan semua terpedaya dengan agenda untuk memenangi hati pengundi. Jika PR tidak menyatakan langkah memansuhkan ISA ini sekiranya diberi mandat oleh rakyat, adakah kepimpinan sekarang akan melakukan perkara yang serupa?????

Rakyat (aka PENGUNDI) sekarang sudah pandai menilai ciri-ciri pemimpin yang mereka mahu untuk mewakili suara mereka di Parlimen.

Mentaliti pengundi sekarang bukan macam dahulu. Dahulu mereka disogokkan dengan omongan siapa yang membuat jalan raya, sekolah, masjid sewaktu tiap kali kempen pilihanraya. Kini pengundi ingin tahu berapa kos membuat jalan raya, kos membuat sekolah, kos membuat masjid. Adakah semua peruntukan digunakan untuk tujuan yang dinyatakan dan tidak ada kebocoran (aliran wang setiap projek) di sana sini.

Dengan pengumuman PM bahaw ISA akan dimansuhkan -tidak kisahlah samada diterima baik atau tidak oleh pengampu kerajaan sendiri- ia menandakan satu perkara. GENDANG PILIHANRAYA SUDAHPUN DIPALU.

P/S- Semua ingat hari tu PM nak buat pengumuman “dengan ini saya melepaskan jawatan sebagai presiden umno dan semua jawatan yang dipegang oleh saya….. sebenarnya dah lama dah….huhuhuhu…..”

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Menteri Gila Harta September 17, 2011 at 8:27 pm

kopi o satu..! September 17, 2011 at 5:22 pm
bagus la tu…..
pm buat ape yang dah dia dah cakapkan….
kalau dah semuanye ape yg kerajaan sudah dan akan buat semuanya ko org tak setuju..!
ape yg ko org nak lagi..?
lebih baik ko org duduk dalam hutan lah…..
bermasyarakat dgn sahabat2 dalam hutan tu….
tak akan menyusahkan …..!
itu pun kalau sahabat2 dlm hutan tu tak kisah dgn sikap ko org tu…!

hmmm ENCIK KOPI O,

Ketidakpuasan hati encik kepada mereka-mereka yang tidak sependirian dengan kerajaan hanya menunjukkan keegoan encik. Jika pada hemat EN. KOPI O rakyat tak berhak mempersoalkan segala tindak tanduk kerajaan maka encik dan mereka yang sealiran dengan encik lebih pantas tinggal di negara yang berfahaman komunis ataupun mengamalkan pemerintahan diktator.

Ini kerana di mana-mana negara maju di dunia ini pun, terdapat parti pembangkang mahupun rakyat mereka yang sentiasa menyuarakan segala pandangan terhadap tindakan kerajaan yang dirasakan tidak selari dengan aspirasi rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan yang mentadbir.

USA, Britain, Jerman, Jepun, Sweden, Norway, Kanada, France dan banyak lagi memiliki parti pembangkang dan penyokong masing-masing dan pandangan yang diberikan oleh mereka membuatkan kerajaan mereka tidak bertindak melebihi had yang dibenarkan- sistem check and balance. Mungkin kerana itu negara-negara tersebut mencapai taraf maju dalam erti kata yang sebenar, bukan hanya dari segi GDP tetapi juga cara pemikiran (mentaliti).

Berbanding di Malaysia, pendapat yang diberikan oleh pembangkang atau rakyat yang tidak sehaluan dengan kerajaan hanya diremehkan malah jika boleh mahu dinafikan. Maka, tidak menghairankan Malaysia memang kelihatan maju berbanding negara-negara membangun yang lain tetapi cuma di atas kertas sahaja.

EN. KOPI O, biarlah rakyat menyuarakan apa yang mereka mahu. Bukan EN. KOPI O yang membayar cukai mereka.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 Baju Melayu September 19, 2011 at 8:40 am

sokong bro punya komen.. hujah yang baik.. kalimah yang sopan.. tak emosional.. berbeza ngan mentaliti dan akhlak penyokong Be End..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 ranja September 17, 2011 at 8:53 pm

ISA harus dikekalkan demi kebaikan negara dan rakyat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 Selumbar September 17, 2011 at 8:56 pm

Apakah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang sudah beroperasi lebih dari 50 tahun di negara ini, kemudian digantikan dengan dua akta anti keganasan, sebagai suatu yang bertepatan dan serasi dengan tuntutan zamannya sebagai khabar gembira ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 pak man September 17, 2011 at 9:47 pm

Kalau aku jadi PM, aku tak akan mansuhkan.
Terlalu ramai orang yang macam mat sabu..dalam laman ini yang akau akan sumbatkan dalam tahanan ISA.
Kerajaan terlalu bagus.
Malaysia masih memerlukan ISA sebab ramai rakyat yang menyalah gunakan kebebasan bercakap ni. Ramai rakyatnya yang masih bodoh dan bangang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 haizzzz September 18, 2011 at 10:42 am

sbb tu ko xjd PM,psl kalo jd PM,kejap je kot Malaysia jd cam Mesir. Pemerintah kuku besi..ko la tu..LOL!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 zack January 29, 2012 at 5:28 pm

golongan mcm kau ni memang x boleh jadi apa2 sebab tidak berfikiran ke depan, mcm mana nak maju kalau x blh bg pendapat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 nasT September 17, 2011 at 11:16 pm

sy harap kerajaan boleh gubal akta yg iras2 akta patriot-usa..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 pengundi bijak September 18, 2011 at 3:11 am

Menteri Gila Harta,

pada pemerhatian saya, kamu ini mmg semua xpuas hati dengan kerajaan. bagi la cadangan membina. asyik2 kutuk memnjang. agak2 la. menyemaknya comment yg bukan2 tu.merosakkan pbangkang la ko ni!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 ruhulJadid September 18, 2011 at 8:30 am

Slm…kpd smua rakan2 yg berdiskusi, tahniah krn brani menyuarakn pndpt dan perasaan yg sebenar, tp klu blh x perlulah kluar perkataan yg melampau lampau krn stp perkataan menunjukkn atitud kita yg sebenar. Tqvm jgn mare sekadar mengingatkn diri sendiri jg.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 Baju Melayu September 19, 2011 at 8:44 am

betul bro.. sabda Rasulullah s.a.w “man kana yukminu billlahi wal yaumul akhir fal yakul khairan au yasmut.. (Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia mengucapkan sesuatu yang baik atau (lebih baik) ia diam..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 yahuza September 18, 2011 at 9:16 am

kalo x mansuh, korang menyalak. kalo mansuh pun korang menyalak jugak. tak reti berterima kasih. bodoss..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 ingat akhirat September 18, 2011 at 6:44 pm

KENAPA BILA NAK DEKAT PRU BARU NAK MANSUH?…ITU YG BUAT ORANG KONFIUS..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 zack January 29, 2012 at 5:29 pm

cerdik sikit2. bodoh tu banyak.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 takretilaaa February 24, 2012 at 2:39 pm

x reti berterima kasih kepala hotak engkau berjambul… buat ape terima kasih kalau KERA-jaan skrg ni tak reti nk berterima kasih kepada rakyat2 (x smpai separuh) dan pengundi2 hantu (banyak) dan pendatang2 asing yg diberi kerakyatan tu (secara paksaan) yg undi KERA-jaan sekarang ni… bodossssss lg hang……….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 Menteri Gila Harta September 18, 2011 at 11:31 am

Pengundi bijak,

Aku bukan penyokong pembangkang tapi aku tak suka kerajaan BN yang zalim, merompak duit rakyat dan korup.

Sapa suruh kau baca komen aku kalau menyemak? Ada orang letak pistol kat kepala kau ke paksa kau baca komen aku?

Kesian sapa yang sokong BN UMNO duku kini dan selamanya.

Dalam Ali Baba Bujang Lapok ada perompak bahagi-bahagikan harta rompakan dengan kawan dia “1 untuk kau, 1 untuk aku, 1 untuk kau, 2 untuk aku, 1 untuk kau 10 untuk aku” dan begitulah seterusnya. Kuu lah yang selamanya dapat 1 bahagian sedangkan pemimpin berkuasa yang kau puja bolot banyak-banyak.

Kau tak perlu nak stereotype aku sokong pembangkang berdasarkan komen-komen aku. Bagus lagi aku sokong Al Qaeda.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Menteri Gila Harta September 18, 2011 at 11:41 am

Pengundi bijak,

Aku bukan penyokong pembangkang tapi aku tak suka kerajaan BN yang zalim, merompak duit rakyat dan korup.

Sapa suruh kau baca komen aku kalau menyemak? Ada orang letak pistol kat kepala kau ke paksa kau baca komen aku?

Kesian sapa yang sokong BN UMNO duku kini dan selamanya.

Dalam Ali Baba Bujang Lapok ada perompak bahagi-bahagikan harta rompakan dengan kawan dia “1 untuk kau 1 untuk aku, 1 untuk kau 2 untuk aku, 1 untuk kau 10 untuk aku” dan begitulah seterusnya. Kau lah yang selamanya dapat 1 bahagian sedangkan pemimpin berkuasa yang kau puja bolot banyak-banyak.

Kau tak perlu nak stereotype aku sokong pembangkang berdasarkan komen-komen aku. Bagus lagi aku sokong Al Qaeda.

Aku rasa kau tak suka aku dedah keburukan kerajaan BN itu pasal kau nak hentam komen aku. Kau ingat semua orang dalam dunia ni buta ke benda salah pun cakap betul.

ALLAH MAHA ADIL, MAHA KUASA. KERAJAAN ZALIM, KOTOR DAN MENGANIAYA TAK SELAMANYA ATAS MUKA BUMI NI!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 zamantaser November 22, 2011 at 1:24 pm

rakyat malaysia tak bodoh tetapi kurang ilmu tentang berbicara . jadi sesiapa yang rase diri cukup berilmu tolong terangkan secara terbuka ataupun alternatif yang lain untuk memberi cara memahami kerajaan memerintah………………..
tetapi ingat memberi penerangan mesti la adil supaya tak nampak sangat berat sebelah ……………………………………..tetapi ape pun manusia takkn puas dengan apa yang ada elakan diri jadi gembala keldai saudagar kapas membawa anak………ke tiga buah kampung……………………………………………………………………terutama rakyat malaysia yang belajar guna duit rakyat berusahalah membantu negara jangan terlalu meterialistik ….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 Menteri Gila Harta September 18, 2011 at 11:42 am

*Kesian sapa yang sokong BN UMNO dulu kini dan selamanya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 aku setuju,, September 18, 2011 at 11:43 am

Hakim Fakru:
Preparation in case kalah dlm PRU 13…xdptlah korang merasa duk dlm ISA nampak nya..

aku setuju….wahai rkyat2 malaysia…terutamanya macik2 felda and orang2 kg..sedarlah n fikirkan2lah..masa utk berubah..korang tgk muke najib n rosmah bleh percaya ke….bleh bangkrap msia woiii…politik duit BNNNN amjadah…tobat aku xsokong smp bila2222222222.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 Menteri Gila Harta September 18, 2011 at 11:52 am

Silakan menyekat semua ruang untuk rakyat bersuara.

Jadilah seperti Mesir. Setelah 3 dekad ditindas dan hidup menderita, akhirnya rakyat memuntahkan segala yang terbuku di dada dengan gelombang amarah di Dataran Tahrir.

Lihatlah sendiri apa yang berlaku. Seorang Hosni Mubarak yang berkuasa dan memiliki kemewahan yang melimpah-ruah akhirnya tumbang juga.

Sekarang bekas Presiden yang dulunya gah kini sedang menderita akibat strok dan dibicarakan di mahkamah dalam keadaan terlantar di atas katil dan terkurung dalam sangkar. Renungkan balasan Allah itu…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 cubaperhatidenganteliti September 18, 2011 at 2:01 pm

kopi o satu..!:
bagus la tu…..
pm buat ape yang dah dia dah cakapkan….
kalau dah semuanye ape yg kerajaan sudah dan akan buat semuanya ko org tak setuju..!
ape yg ko org nak lagi..?
lebih baik ko org duduk dalam hutan lah…..
bermasyarakat dgn sahabat2 dalam hutan tu….
tak akan menyusahkan …..!
itu pun kalau sahabat2 dlm hutan tu tak kisah dgn sikap ko org tu…!

anda semua perasan tak….jnji y ditabur adalh dlm ucp sulung pda 2009
**(“Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif. )**
knapa bru skrg krajaan nk tunaikn jnjinya pda rkyat.tp knapa kita sbgai rkyt tidak mndesak kerajaan utk tunaikn jnji ini setidak2nya stahun selepas indvdu tersebut mngmbil alih tmpukmpemrintahn negara…cuba kita lihat sebliknya…apabila pemimpin pmbangkan memegang tmpuk pemerintahan,blum pn stahun jgung memerintah ngeri,kita sbgai rkyat dah kalut,kecoh menuntut jnji terutama media….adakah ini y dikatakan PROPAGANDA/AGENDA BERKEMPEN???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 cubaperhatidenganteliti September 18, 2011 at 2:05 pm

kopi o satu..!: ape nak bingung2….
entah ko jer yg buat2 binggung…!
dan tak perlu lah nak kata yg bukan2….

‘akan dimansuhkan tu’ bermaksud akan di laksanakan..tunggu jer lah….
sabor jer lah bro…

lu nk tunggu sampai bila bro???
sampai lu mampus???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 zack January 29, 2012 at 5:31 pm

yes2 kawe sokong lu mat ” end the go”

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 pengundi bijak September 18, 2011 at 6:25 pm

Menteri Gila Harta,

sabar. Masalahnya kau asyik hentam apa yang dbuat oleh BN. kami juga merasa dan melihat. tp kami tidak ASYIK meluahkan dan mgutarakan ketidakpuashatian kami. Dsamping memberi comment, sertakan sekali cadangan untuk kebaikan bersama. baru kita rakyat Malaysia bersatu padu. Baru org BN boleh buka mata dan kenal erti pyelesalan.

peace bro

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 ingat akhirat September 18, 2011 at 6:59 pm

bagi aku bukan masa lagi nak bagi muka kat BE END..dah terlalu lama rakyat diperbodohkan ..sekarang masa untuk ubah kerajaan..jangan harta negara berlegar dikalangan orang tertentu sahaja..media digunakan sepenuhnya untuk menutup segala perkara keji yang dilakukan mereka, mewujudkan fitnah yang tidak berlaku untuk menjatuhkan musuh politik mereka…itulah berkesannya peninggalan penjajah..berjaya menerapkan unsur sekular membezakan agama n politik…rasuah berleluasa..harta rakyat menjadi hak mereka…logik la sikit..nak percaya dgn rahim thamby chik ke (masing2 pun tau siapa dia)..atau pemimpin ABIM saudara Anwar Ibrahim…ingat la akhirat..tak payah rebut harta dunia..kalau ada RM juta2 pun boleh pakai 20, 30 tahun saja…nak tanggung akhirat yang KEKAL mcm mana?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 BorgWarner September 18, 2011 at 7:24 pm

Menteri Gila Harta:
Setelah ditelek-telek Buku Jingga oleh pakatan pembangkang, kabinet memutuskan perlu melaksanakan salah satu daripada tkandungan manifesto tersebut sebelum menerima kekalahan yang lebih memalukan daripada PRU-12- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Walaupun PM dan semua menteri kabinet menyatakan ia sebagai salah satu daripada program transformasi daripada kerajaan, namun bukan semua terpedaya dengan agenda untuk memenangi hati pengundi. Jika PR tidak menyatakan langkah memansuhkan ISA ini sekiranya diberi mandat oleh rakyat, adakah kepimpinan sekarang akan melakukan perkara yang serupa?????

Rakyat (aka PENGUNDI) sekarang sudah pandai menilai ciri-ciri pemimpin yang mereka mahu untuk mewakili suara mereka di Parlimen.

Mentaliti pengundi sekarang bukan macam dahulu. Dahulu mereka disogokkan dengan omongan siapa yang membuat jalan raya, sekolah, masjid sewaktu tiap kali kempen pilihanraya. Kini pengundi ingin tahu berapa kos membuat jalan raya, kos membuat sekolah, kos membuat masjid. Adakah semua peruntukan digunakan untuk tujuan yang dinyatakan dan tidak ada kebocoran (aliran wang setiap projek) di sana sini.

Dengan pengumuman PM bahaw ISA akan dimansuhkan -tidak kisahlah samada diterima baik atau tidak oleh pengampu kerajaan sendiri- ia menandakan satu perkara. GENDANG PILIHANRAYA SUDAHPUN DIPALU.

P/S- Semua ingat hari tu PM nak buat pengumuman “dengan ini saya melepaskan jawatan sebagai presiden umno dan semua jawatan yang dipegang oleh saya….. sebenarnya dah lama dah….huhuhuhu…..”

Ya, saya percaya, pemansuhan ISA ini dibuat untuk menambat hati pengundi seperti saudara katakan. Bagaimanapun taktik ini saya rasa tidak memberi kesan besar kerana ISA ini digunakan kepada musuh-musuh politik mereka. Maksudnya pemansuhan ISA ini melegakan pembangkang, bukan rakyat kebanyakan.

Untuk memenangi hati rakyat kebanyakan, isu-isu kenaikan harga barang yang melampau yang sepatutnya diselesaikan. Kaedah ini lebih berkesan. Kita tunggu pembentangan belanjawan negara 2012, kalau-kalau Dato Seri Najib Razak ingin membuat silap mata lagi.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 BorgWarner September 18, 2011 at 7:38 pm

yahuza:
kalo x mansuh, korang menyalak. kalo mansuh pun korang menyalak jugak. tak reti berterima kasih. bodoss..

Jika diteliti pengumunan Dato Seri Najib Razak, perkataan “Mansuh” itu digunakan untuk mengelirukan pendengar atau pembaca dungu macam kamu! Sebenarnya beliau maksudkan “Ganti” dengan dua undang-undang baru, bukan “Mansuh”. Itu pun kamu susah nak faham.

Mengapa rakyat perlu berterima kasih jika ISA ini dihapuskan sepenuhnya? Hak bersuara memang Hak Asasi Manusia. Sepatutnya, bukan Rakyat yang harus berterima kasih, sebaliknya, Kerajaan yang patut meminta maaf kepada rakyat kerana selama ini telah menafikan Hak-hak rakyat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 BorgWarner September 18, 2011 at 8:03 pm

kopi o satu..!: tunggu la beb……!
undang2 baru tu belum lagi digubaltapi ko dah kata macam2….
org macam ko nilah yg merosakan …
belum ape2 lagi ko dah cakap yg bukan2….
macam ko lah yg bagus semua….
jadilah seorang tenang dan sabar….
tak elok menggelupur beb…!

Okay, kita tunggu dan lihat. Diharap perkataan SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG dan PERBUATAN JENAYAH akan ditakrifkan atau didefinisikan dengan jelas dan terang apabila dua undang-undang baru ini digubal supaya tidak mengelirukan atau tidak boleh diputar-belit untuk kepentingan ‘Elite Scum’ dan ‘Elite Crooked’.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 Menteri Gila Harta September 19, 2011 at 12:29 am

pengundi bijak:
Menteri Gila Harta,

sabar. Masalahnya kau asyik hentam apa yang dbuat oleh BN. kami juga merasa dan melihat. tp kami tidak ASYIK meluahkan dan mgutarakan ketidakpuashatian kami. Dsamping memberi comment, sertakan sekali cadangan untuk kebaikan bersama. baru kita rakyat Malaysia bersatu padu. Baru org BN boleh buka mata dan kenal erti pyelesalan.

peace bro

Saya setuju anda kata patut sertakan sekali cadangan yang membina tapi saya tak setuju kalau kata asyik hentam saja. Kalau beri 100 komen rasanya tak 100 komen hentam, ada yang tak hentam pun. Bagi pandangan jujur pun kata hentam juga. Di Parlimen cadangan yang membina yang diusulkan wakil rakyat pembangkang bagi pihak rakyat akan sampai terus kepada pihak yang memegang kuasa eksekutif, jika di sini akan sampai ke mana? Begitupun, berapa banyak usul daripada pembangkang yang telah diterima? Usul akta murtad sehingga kini dipandang sepi. Apa pun, tq bro.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 zack January 29, 2012 at 5:43 pm

boleh jgk kalau menteri tu byk harta dan kaya boleh juga tumpang mslhnya “kodokut tu plak”.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 Menteri Gila Harta September 19, 2011 at 12:45 am

BorgWarner: Jika diteliti pengumunan Dato Seri Najib Razak, perkataan “Mansuh” itu digunakan untuk mengelirukan pendengar atau pembaca dungu macam kamu! Sebenarnya beliau maksudkan “Ganti” dengan dua undang-undang baru, bukan “Mansuh”. Itu pun kamu susah nak faham.

Mengapa rakyat perlu berterima kasih jika ISA ini dihapuskan sepenuhnya? Hak bersuara memang Hak Asasi Manusia. Sepatutnya, bukan Rakyat yang harus berterima kasih, sebaliknya, Kerajaan yang patut meminta maaf kepada rakyat kerana selama ini telah menafikan Hak-hak rakyat.

Kenapa rakyat saja yang perlu berterima kasih atas setiap keputusan pemimpin. Bukankah pemimpin yang seharusnya lebih berterima kasih kepada rakyat yang memberi kepercayaan dengan undi mereka untuk mentadbir negara. Kepercayaan itu pula sepatutnya dibalas dengan pentadbiran yang amanah, telus dan efisien untuk kesejahteraan rakyat. Bukan kesejahteraan golongan tertentu sahaja.

Rakyat yang beri undi, rakyat yang bayar cukai. Bila ada cukai, adalah wang untuk melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat. Gunalah wang itu dengan bijak dan jangan boros dengan projek-projek mewah “eye-candy” yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Namun ada juga yang berfikir rakyat ini umpama ayam dalam reban yang diberi makan oleh tuannya maka ayam (rakyat) saja yang perlu berterima kasih kepada tuannya (kerajaan).

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 malaysia September 19, 2011 at 12:47 am

satunya mungkin kerana banyak ancaman kepada politik BN sekarang ni berbeza dengan ancaman dulu. Jadi ISA dimansuhkan kerana ingin mewujudkan lebih banyak sekatan kepada kebangkitan pembangkang dan suara rakyat. satunya adalah menyekat kebangkitan kempen seperti BERSIH. Hapus terus ISA tak payah nak tukar nama ISA dengan nama lain dengan perkataan mansuhkan.
najib sendiri cakap dengan memansuhkan ISA akan menjadikan malaysia lebih demokrasi dan adil, jadi maksudnya memang benarlah selama ini demokrasi malaysia pincang, jadi bebaskanlah tahanan ISA kerana mereka tak diadili dengan adil.
Tapi apapun kita tunggu apa yg akan diumumkan nanti atau 5 tahun akan datang, atau bila2.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 nanu nana nini September 19, 2011 at 7:07 am

Aduhhhhh….!!!! Beratlah macam ni jika benar benar ISA dihapuskan. Aku bimbang org akan lebih ganas lagi buat sesuatu untuk dapatkan sesuatu tanpa ada kekangan undang undang setegas ISA. Maksud aku akan ada hasutan yg berlaku ke atas sesuatu kaum untuk kepentingan kaumnya, akan ada hasutan keatas sesuatu anutan agama untuk kepentingan agamanya dll, yg mana kesemuanya akan merosakkan perlembagaan yg telah lama termertai.
He….he…..he…. Aku rasa akan ada yg menghentam aku habis2an. Aku bercakap atas dasar orang tua yg akal panjang dan lebih dulu makan garam (bukan siapa yg banyak makan garam).

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 Baju Melayu September 19, 2011 at 8:52 am

hehehe.. perasan aje la bro ni.. takde orang nak hentamnya.. bagi la hujah yang bernas sket.. baru best nak baca.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 malaysia September 19, 2011 at 11:42 pm

tak per bro, masing2 dengan pendapat tak ada salah atau betul berdasarkan sudut pandang masing2. tapi selagi anggota keselamatan menjalankan tugas dengan amanah dn jujur, insyaallah kita akan aman.ISA hanya akta, tetapi kita masih banyak lagi akta dan undang2 yg menjamin keadilan dan keselamatan negara yg boleh diterima semua pihak. rasanya tidak ada sesiapa bebas melakukan kemudaratan kepada negara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 sham September 19, 2011 at 7:25 am

Ingatkan gaji penjawat awam & swasta dinaikkan. Minimum RM 4000.
Rasa cam teruja je dengar akan ada kejutan besar masa pengumuman…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 mohammad September 19, 2011 at 9:46 am

tunggu dan lihat. wait and see. moga ada kebaikannya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 BorgWarner September 19, 2011 at 4:48 pm

Menteri Gila Harta: Kenapa rakyat saja yang perlu berterima kasih atas setiap keputusan pemimpin. Bukankah pemimpin yang seharusnya lebih berterima kasih kepada rakyat yang memberi kepercayaan dengan undi mereka untuk mentadbir negara. Kepercayaan itu pula sepatutnya dibalas dengan pentadbiran yang amanah, telus dan efisien untuk kesejahteraan rakyat. Bukan kesejahteraan golongan tertentu sahaja.

Rakyat yang beri undi, rakyat yang bayar cukai. Bila ada cukai, adalah wang untuk melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat. Gunalah wang itu dengan bijak dan jangan boros dengan projek-projek mewah “eye-candy” yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Namun ada juga yang berfikir rakyat ini umpama ayam dalam reban yang diberi makan oleh tuannya maka ayam (rakyat) saja yang perlu berterima kasih kepada tuannya (kerajaan).

Tu dia! kan dah kena! siapa nak jawap ni? hahahaha!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 yusuf nadine September 19, 2011 at 4:59 pm

syorkan semua undang2 penahanan tanpa bicara dimansuhkan terus..baru adil.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 kerajaan semut September 21, 2011 at 12:19 am

baguslah mansuh ISA… sekarang pakai c4.. abu terus daaaaaa…. hahahahahahahahhahahahahahahahahahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 mistery person September 30, 2011 at 10:43 am

ada ISA pun OK, xde ISA pun OK… janji kita jaga perihal diri sendiri dengan baik n selamat….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 Afiqah October 15, 2011 at 3:42 pm

Hidup di dunia usahalah utk tidak pentingkan diri sendiri. Fikirkanlah masalah ummah….. masalah saudara kiter ustaz-ustaz yg ditangkap dlm ISA xkuar-kuar lg sampai skrg. kesian kpd isteri dan anak2 mereka yg tidak berbapa krn ayah mereka dlm tahanan ISA :(

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 ranja October 1, 2011 at 6:56 pm

SEBENARNYA BANYAK RESPON TELAH DILUAHKAN OLEH RAKYAT KEPADA TOPIK2 PENTING YANG DI SIARKAN,APA GUNANYA,TIDAK ADA TINDAKAN LANGSUNG,CONTOHNYA ISU WARGA ASING,SENANG CAKAP 95% MENTERI2 KITA MEMENTINGKAN KEDUDUKAN,MENCARI KEKAYAAN PERIBADI,KELUARGA,DAN KRONI2,BERJUTA WARGA ASING DINEGARA KITA,TIAP HARI RATUSAN MEMASUKI,BEBAS BERKERJA,BERNIAGA DAN MELIBATKAN DGN PELBAGAI KEGIATAN,TIDAK ADA TINDAKAN LANGSUNG,TIDAK HAIRANLAH,SATU HARI NANTI NEGARA KITA AKAN DILELONG ATAU PUN DIGADAIKAN OLEH PENJENAYAH2 KOLAR PUTIH INI.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 Afiqah October 15, 2011 at 3:37 pm

sebenarnyer ISA sekarang telah di salah gunakan…dulu-dulu ye lah betul ISA utk komunis tp skrg ISA utk sape???? utk menangkap mereka yang bercakap mengenai agama, ustaz-ustaz ditangkap kerana apabila someone berkata mengenai agama maka mereka dicop sebagai musuh kerajaan…. Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia. Berjuanglah utk tegakkan kebenaran di muka bumi malaysia ni. Takbir!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 zack January 29, 2012 at 5:45 pm

hidup pm selama-lamaya. jasamu tetap dikenag di atas apa yang diperjuangkan. aaa min.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: