Bagi pengguna kenderaan Malaysia, insurans kenderaan anda akan meningkat secara berperingkat bermula pada tahun 2012 hingga 2015, dalam usaha kerajaan untuk mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.Berikut adalah kenyataan akhbar mengenai kenaikan harga insurans kenderaan bermotor ini.
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Insurans kenderaan bermotor akan meningkat secara berperingkat, bermula tahun hadapan hingga 2015 dalam usaha mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, walaupun terdapat peningkatan selama lima tahun berturut-turut namun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah kerana kenaikannya adalah kecil.
“Penstrukturan ini juga akan melibatkan motosikal, kereta, bas dan teksi dan setiap kenaikan adalah berbeza mengikut risiko kemalangan kenderaan terbabit melalui kriteria rekod kemalangan serta keadaan kenderaan semasa tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kata Abu Hassan Alshari, anggaran awal kenaikan bagi insurans pihak ketiga motosikal 100cc ke bawah adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun manakala insurans pihak pertama antara RM1 hingga RM2 setahun.“Bagi kereta persendirian 1,400cc ke bawah, insurans pihak ketiga hanya meningkat antara RM6 hingga RM34 manakala insurans pihak pertama antara RM7 hingga RM19.
“Pemandu yang kurang risiko kemalangan atau tidak pernah merekodkan kemalangan akan dikenakan kenaikan kadar insurans yang lebih rendah berbanding yang kerap mengalami kemalangan,” jelasnya.
Tambah beliau, kajian dibuat keatas kedua-dua jenis kenderaan berkenaan terlebih dahulu kerana 70 hingga 80 peratus kenderaan di Malaysia berada dalam kelas berkenaan.
Selain itu, Abu Hassan Alshari berkata, penstrukturan itu juga akan mengurangkan tempoh pembayaran pampasan daripada tiga hingga lima tahun kepada 18 bulan sahaja berikutan penubuhan Jawatankuasa Kerja Bersama (JWC).
Katanya, jawatankuasa tersebut akan membincangkan isu berbangkit dan membentuk rangka kerja yang komprehensif untuk kebaikan bersama.
Mengulas lanjut, Abu Hassan Alshari berkata, penstrukturan tersebut terpaksa dibuat kerana syarikat insurans mencatat kerugian yang besar dalam bahagian motor dan jika tidak dikawal ini akan menyebabkan industri berkenaan merudum dan akhirnya memberi impak kepada pengguna.“Perangkaan 2009/2010 menunjukkan perniagaan insurans motor mencatat kerugian RM650 juta disebabkan tuntutan pampasan kecederaan kemalangan yang sangat tinggi,” jelasnya.
“Bagaimanapun penstrukturan semula ini masih di peringkat perbincangan dengan pihak yang terlibat. BNM akan mengumumkan skim insurans terbaharu tersebut selepas kajian lengkap dibuat,” katanya.
Sementara itu, beliau memberitahu, JWC akan dianggotai oleh pihak yang terlibat dalam proses pembayaran insurans iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, Majlis Peguam, Badan Kehakiman, industri insurans dan takaful serta persatuan penguna dan pengangkutan.
Abu Hassan Alshari berkata, setiap anggota JWC akan menghantar rekod kerja kepada Majlis Ekonomi dan jika ada sebarang kelewatan atau masalah laporan ia perlu dinyatakan.
“Langkah ini akan meningkatkan keupayaan dan kepantasan proses tuntutan insurans negara dan mengurangkan kerenah birokrasi yang banyak membebankan rakyat,” ujarnya.
Daripada kenyataan di atas, dapatlah kami simpulkan beberapa fakta di bawah:
Motosikal bawah 100 cc
- Insurans Pihak Ketiga- anggaran RM 1-RM 3.50 kenaikan setiap tahun
- Insurans Pihak Pertama-anggaran RM 1-RM 2 setahun
Kereta Persendirian bawah 1400 cc
- Insurans Pihak Ketiga- anggaran RM 6-RM 34 kenaikan setiap tahun
- Insurans Pihak Pertama-anggaran RM 7-RM 19 kenaikan setahun
Alasan langkah menaikkan harga insurans kenderaan ini adalah kerana ingin membantu perniagaan insurans motor yang mencatatkan kerugian hampir RM650 juta akibat kadar kemalangan yang tinggi.Sebelum itu, adalah lebih baik anda melihat rujukan statistik kemalangan jalan raya di bawah dari tahun 2000 – 2009 yand di ambil daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR)
Apa yang kami ingin anda lontarkan pendapat, adakah wajar kenaikan insurans bermotor hanya melibatkan kenderaan bawah 100 cc dan 1400 cc sahaja? Bagaimana pula harga insurans bagi kenderaan 100 cc dan 1400 cc ke atas? Seperti yang kita fahami, lingkungan golongan yang menggunakan motosikal 100cc ke bawah dan memandu kereta 1400 cc adalah di antara yang teramai di atas jalanraya iaitu mewakili hampir 70% kenderaan?

Bukankah mereka ini golongan rakyat berpendapatan sederhana? Bagaimana pula golongan “berduit” yang pakai kereta mewah 1800 cc dan ke atas? Sudahlah golongan berpendapatan sederhana dan miskin bandar ini bergelut dengan segala macam kenaikan, dan kali ini, untuk menyelamatkan perniagaan syarikat insurans daripada merudum, ditambah lagi cadangan kenaikan insurans ini pula?
Soal kami, mengapa golongan “miskin bandar” ini sahaja yang terpaksa menanggung kenaikan? Mengapa tidak golongan-golongan yang berada? Golongan berpendapatan sederhana ini juga membayar harga minyak yang sama bagi setiap liter seperti golongan kaya. Namun mengapa hanya golongan pendapatan sederhana sahaja yang ditekan?
Apa-apa pun, ini hanya baru cadangan.Namun bagi pendapat kami, kenaikan itu haruslah diteliti dengan lebih teliti. Cadangan kami agar statistik kemalangan bagi kenderaan mewah juga harus di ambil kira.Ini boleh diguna pakai dalam menentukan kenderaan yang berpotensi “tinggi” untuk terlibat dalam kemalangan, terutamanya kemalangan maut.
Sekarang kami nak tanya anda, adakah anda bersetuju dengan cadangan kenaikan harga insurans ini?
[poll id="174"]

{ 92 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
ini naik ! itu naik ! ape lgi yg nak dinaik ?????? pgi2 lgi da nak naik kan darah aku..!
relaks bro.sabar-sabar
Bagus la bukankah “rakyat didahulukan”??
memg tepat skali “rakyat didahulukan”..ape2 yg membebankan rakyat, maka rakyat dulu lah yg menanggung nye…itu maksudnye rakyat di dahulukan
kalau rugi buat aper ramai sgt yg jadi agen insuran? pelikkan?
kerajaan dh xde duit sgt nih
segale lobang yg ade gali
tp setiap kali ade PRK mesti tabur pelbagai janji… geram btul aku…
bkn geram ape… geram tgk ADUN aku sihat walafiat… wakaka
bkn mendoakan… tp nk tgk ape yg diorg nih offer
untuk bantu sikaya…
rakyat bawahan yang jadi mangsa….
apa ni….?
otak telus tarak ker….?
klu nak naik,gaji pun kene naik..bile kita nk claim lembap.mintak duit org cepat…
sah….!
Rakyat di dahulukan memang betolll……!
ape ke jadah nya niii….?
nak claim insurans macam2 krenah perlu diharungi….
macam2 mereka mintak….silap2 lansung tak dapat..macam2 alasan mereka bagi….
tapi bila nak belasah duit rakyat…rakyat bawahan plak tu… utk support syarikat insuran yg di warkan boleh mamposs ni ….senang ..senang.. jer…
umumkan saja….mudah betull…!
ape..kepala otak dia orang ni letak kat lutut ker…?
Ciiiibaiii !
Org yang buat dasar kat atas adalah mereka yang dapat kenderaan percuma sebab itulah dia kata tak membebangkan.syarikat insuran kebayakkannya menipu, nak clim punyalah susah, satu lagi kerugian dalam insuran company bukan kerana banyak clim , tapi pengurusan yang lintang pukang, gaji dan elaun Director dan top Management yang terlalu banyak dan yang akhir sekali ialah tidak berkat. kerana istilah bantu membantu itu adlah pekara yang terakhir sekali dalam perniagaan insurance. Adakah kajian yang tulus dilakukan terhadap syarikat insuran kenapa rugi. janganlah kita hanya nak menolong manusia Kapitalis tetapi menindakkan keperluan dan kebajikan rakyat.ok
Kadar kemalangan jalanraya makin meningkat adalah disebabkan penunggang motosikal. Apa tindakan kerajaan? Adakah naiknya insuran boleh kurangkan kemalangan. Dulu suruh pasang lampu boleh kurang kemalangan tapi masih tinggi. Yang kaya taukeh lampu dan taukeh bateri. Maknanya faktor utama kemalangan ialah jalan raya yang terlalu sesak. Dimana motosikal nak lalu kalu tepi jalan pun dah dimonopoli oleh keta.Motosikal lalu di tengah tengah garisan. Risiko kemalangan bila berada ditengah tengah garisan adalah terlalu tinggi. Tolong jangan bebankan rakyat berpendapatan rendah dengan pelbagai bayaran.
aritu baru naik cukai perkhidmatan dr 5% ke 6%..arini naik lak insurans kenderaan..sok lusa stndby la ntuk naik cam2 lg..duit bnyk abis sbb dok tabur jji ms pilihanraya..rkyat lak jd mangsa sbb nk cover balik ats tindakan kebijaksanaan pihak atasan…buat lah lagi camnie..nti bila rakyat bt tindakan cam rakyat mesir, yemen, thai dll..jgn tergezut lak…
BN… Barang Naik..segalanya akan naik..kalo x, kroni nak makan ape..
semuanya will Be End …
korang yg duduk atas boleh la ckp kenaikkan ni ckit je.korang bukan kena bayar pun.duit rakyat yg tanggung korang.yg jd beban ialah pada golongan bawahan ni.buat kptsn guna kepala otak, bknnye guna kepala lutut atok korang.ni bkn rakyat didahulukan tapi rkyat yg ditindas dulu
pergh.. setuju abes ngn arewait.. xpaham aku ng kerajaan skunk ni..nak rakyat sokong deme.. tp ape yg deme buat haprak je.. kate selami kehidupan rakyat yg berpendapatan rendah.. kejadahnye cmni…
yang kaya makin kaya..yang miskin makin miskin..model ekonomi baru kot…
aku orang kampung,aku tak tau ape..nak naik,naik lah..janji aku vote for umno..yeehaaa,iyabedabedu
apala bodoh sangat orang nih..kalau tak nak pikir pasal nasib sendiri pun pikir la nasib anak cucu hang oii..
kompom aku pangkah lain untuk PRU akan datang…
Kenderaan yg berusia 5thn keatas hanya akan diberi spare part China/ local saja, bkn original… xcaya cuba accident & ty mekanik
Kerajaan kita memang pandai. kaki temberang no.1.
Bila sokongan rakyat kepada Kerajaan makin bertambah, makan makin bykla duit poket orang besar2. boleh berbelanja sakan. sebab mereka yakin rakyat masih dibelakang mereka,
kes insuran memang mudah nak ditafsir. umum mengetahui harga kerata tak kira baru ataupun 2nd, market value memang tinggi. dan pengguna akan buat loan kreta antara 7-10 tahun, dari situ pengguna perlu bayar insurans 1st party yang nilainya terlalu tinggi 9ibarat wang hangus bagi pengguna yang berhati2 di jalan raya)..
lepas nih, aku yakin, minyak petrol, minyak masak. gula dan tepung gandum jadi sasaran. tunggu lepas kemengangan besar di Merlimau dan Kerdau saja.
hehehe..pemimpin yang disanjung makin memijak kita kerana majoriti dari kita sebenarnya mudah ditipu dengan berita terkini hiburan sensasi…(UM, BH, TVxxxxx)
Berita yang amat baik…………… lain kali undilah BN (Barang Naik )
Inilah tipu helah pihak atasan/pengubal dasar yg dipilih oleh rakyat utk memerintah negara ini. Katanya ” 1 Malaysia Rakyat Didahulukan & Pencapaian Diutamakan ” Semua org tahu dengan maksud tersirat dalam slogan tersebut. Rujuk kamus dewan. Tapi apakah heh….nya cukai perkhidmatan dinaikan kepada 6%, Minyak ron 97 naik, nie….kadar insuran kenderaan pun nak dinaikan lagi… Maklumlah yang susah adalah golongan bawahan….. golongan kaya tak apa2 .. menteri2 tak apa pakai kenderaan & minyak percuma…. Yang susah & melarat siapa lagi….rakyat/pengundi yang menyokong BN dlm pilihanraya lepas.
Vote 4 BN barang gerenti naik.
1 Msia rakyat ditekan & keuntungan diutamakan….
………………. Nie apa hal……tak sudah2 naik-naik-naik, bila lagi lag turun, turun & turun. Syarikat insuran kata rugi tapi agen2 insuran mendapat keuntungan berlipat kali ganda.
” Masa pilihanraya bukan main2 janji manis ditaburkan… itulah, inilah semuanya adalah utk kebaikan rakyat.” Tapi lepas menang pilihanraya inilah perkara yang berlaku.
Bye….Bye BN takkan ku undi lagi parti yang cekik darah rakyat sendiri.
Kalau di perhatikan rata2 rakyat kesempitan, Cukup bulan duit banyak, sampai tengah bulan da kering. Bila masa nak menyimpan…. Kalau dapat simpan pagi..petang da pegi ambil di bank. Segala-galanya da naik, gaji da berapa lama x naik. Pemimpin ni belanja duit rakyat macam air je…. Pas tu ugut x lantik depa lagi x bagi peruntukan pad rakyat. tengok la ikhlas ke tak pemimpin2 ni?….
aku xpernah mengundi…tapi tahun nie aku akan jatuhkan BN nie aku dah menyampah sgt2….selangor bagi jugak air percuma oleh pkr…..harapkan BN….semuanya masukkk kantung menteri2
sama la, aku pun x penah ngundi…tapi aku dah daftar spr…mmg aku pangkah lain la pas ni…caya la
Orang yang susah tetap akan susah sampai bila2. Selalunya orang yang kaya dan banyak duit yang menyebabkan kemalangan dan mereka boleh beli 2, 3 atau berapa kereta lagi kalau terlibat kemalangan hasil dari tuntutan kemalangan. Yang jadi mangsa ialah orang yang tak ada duit nak beli kereta kalau kemalangan. Harapkan tuntutan ….mungkin dapat beli tayar je kot….
Letih dengar.. asyik naik je sana sini.
Ayat paling bangang “…tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah kerana kenaikannya adalah kecil.” Kepala hotak dia. Kalau yang itu naik, yang lain pun turut sama naik la.
x caya btul lau syrikat2 insurn ni rugi, fakta kerugian sapa yg kluarkan? pihak insurn jga kan? Faham-fahm je lah o bisnes insuran ni, lau untg stakat 100 juta ma c mngaku rugi… x tau brsyukur. saya nii bkereta sejak awl 80 an hingga skrg, HARAM x sekalipun tuntt insuran kereta
yaaaaa!!! laungkan slogan 1 MALAYSIA!!
Barang..
Naik……
1 malaysia bleh rase…heheee
yeah..
semua kasi naik,dah jgn turun-turun.
cmni la kerajaan yg anda puja-pujakan
yeah..
Xpatut kenapa perlu tindas rakyat utk menampung kerugian company besar. Mintak ajelah pada orang2 kaya bilionair malaysia yang semakin ramai jadi penaung dan bendahari utk cover kerugian yg dikatakan. Xperlu bebankan rakyat.
jangan bising2….lepas ni kita ajar bn,puak2 ni bukan baca, peduli,endah, ambik tau keluhan kita,masa nak undi suruh basuh pungkok pun sanggup.merata tmpt pegi, bersalam semua org kalau boleh nak salam, masuk hutan pun sanggup, dah menang lantak engkau lah,pendtg tanpa izin ke penjenayah ke peduli apa janji tahun depan dapat jadi calon lagi.
Iye ke Sykt insuran rugi????… patutnya depa kene siasat dulu orang dalam insuran tu sendiri dulu….banyak khabar yg didengar pihak adjuster insuran ni ada kawtim dengan toke-toke bengkel….Tak caya korang try accidentkan keta korang kasi pecah bumber dan radiator depan aje sikit pastu claim insuran…kalau boleh siasat tengok brapa yg bengkel (sudah tentu dengan persetujuan adjuster) claim. Aku belum try laaa tapi banyak yg aku dengar harga repair sebenar dalam 6*7 ratus boleh jadi 3 ribu bila claim insuran. Ada yg lg jahat aku dengar kereta yg mahal2 (dan dah agak rosak) sengaja dilanggar tiang ke tembok ke then pakat dgn adjuster boleh claim ribu-ribu buat repair tukar itu tukar ini.
Aku takde bukti cuma dengar cakap orang aje tapi mungkin ada kebenarannya. Jadi pihak Insuran jangan harap pada adjuster aje. Buatlah audit mengejut kat bengkel. Tapi silap2 juru audit pun kawtim…hmmm habis cerita…Kita bayar ajelah brapa premium yang depa nak kenakan.
Yang ini kawan aku dah kena. Accident langgar batang paip bomba. Rosak bumper dengan radiotar. Dia punya claim oooo..mak RM 7000. Tak masuk akal kawan tu kena sembelih sama bengkel..
Semua warga Malaysia…negara kita memang di ambang kegelapan…Lebih lebih lagi pemimpin yang ada sekarang hanya menjaga org yang menyokong mereka sahaja….Perkataan 1 Malaysia hanya untuk menjatuhkan bangsa melayu sekaligus menghilangkan hak hak keistimewaan org org melayu…Kenaikan harga barang seperti minyak,tanah,rumah,insurans,ayam,beras,tepung dan sebagainya memang amat membebankan org berpendapatan sederhana….Lebih ramai yang akan miskin,lebih ramai yang akan bercerai,gara gara pemimpin yang tidak boleh berfikiran seperti org bawahan….Jadi,pilihan raya yang akan datang,undi lah selain dari BN…..
ha’a mungkin jugak…nothing impossible dalam dunia kapitalis sekarang sume dah x kesah halal haram..lagi satu khabar2 angin yang timbul kemungkinan ada betulnya..jadi lebih baik buat siasatan pasal ni mana tahu betul
tak payah kita semua bising2 kat sini…dia org semua bkn nak dengar masaalah rakyat mcm kita ni….gunakan kuasa kita bila piliharaya nanti & banyak berdoa pd ALLAH S.W.T semoga diturunkan balasan pd pemimpin yg menganiaya rakyat ni…!!! pemimpin kita tak ambik iktibar dgn apa yg terjadi pd negara2 timur tgh tu…!!!! HIDUP RAKYAT…….
kita yang sokong BN makna nya Barang Naik…jadi kamu semua jangan nak merepek dan merapu…terima aje lah hakikatnya…kerana rakyat didahulukan pencapaian diutamakan….maknanya rakyat didahulukan kena terima apa apa juga yang buruk atau yang baik, ikut pemerintah buat sebab ikut perintah….jangan derhaka kepada pemerintah……….barang naik harga kerana rakyat yang buat hal, minyak naik harga sebab rakyat yang pakai banyak,insuran naik harga sebab rakyat yang banyak aksident dan mati atas jalan..semua salah rakyat..jadi kenalah tanggung beban bersama….jangan salahkan pemerintah ok…sebab kamu sudah pilih BN….kene lah ikut harga semasa Barang Naik…..nanti lepas PRU nanti lagi naik sebab masa tu ada 4 tahun lagi…lama tu….korang semua jangan susah BN naik…BN juga naik harga….hahahahahhaahhaaaaaajangan mareh lahhhhhhhh
BOLEH LAH KAU CAKAP………GAJI KAU BESAR ……….
BARANG NAIK ,CUKAI NAIK,INSURANS NAIK GAJI TAK NAIK2 JUGA …..NI YANG BUAT AKU NAIK DARAH…….WAK LU LAH………….KEPALA OTAK KAU KAT LUTUT…..PENGAMPU…..
BETUL2 DCLA BARANG NAIK,KALAU BOLEH SEMUA NAK NAIK,GAJI X NAIK2.
terima kasih le bebyk kpd pengundi2 BN sbb korang le BN gunekan segale mak nenek channel yg ade utk kaut duit segera..Ha,pangkah le lagik!!!!
mesti la naik…kan nak pendapatan tinggi semua rakyat malaysia…kalau rugi..tutup aje la company…aku tengok xde satu pun company isurance tutup…nampak sangat tipu BN ni..bagi la alasan logik sikit..cth meningkatkan pendapatan pekerja ke,kurangkan subside ke,penstrukturan semula industri insurance ke…apa la…BN..
Saya ingin mencadangkan, kereta yang tidak membuat tuntutan insuran untuk jangka waktu tertentu akan mendapat rebet dalam bentuk wang tunai. Saya percaya, polisi ini akan menggalakkan pemandu memandu dengan lebih berhemah seterusnya meminimumkan kemalangan jalanraya.
nampaknya rakyat sangat tertekan dengan pelbagai kenaikan kos dari semua perkara, dah sampai masa rakyat bertindak mana yang perlu sekiranya kerajaan tidak mempu menangani isu-isu tersebut termasuk saman tertunggak yang semakin menghimpit perasaan semua yang terlibat. senangkanlah hati rakyat kalau nak senang, jangan mengugut rakyat dengan berbagai akta yang sangat menyakit hati, maaf tk
Naik..naik..naik.. kalau orang yg dah pilih umno.. kena sabar laaa… sebab kalau marah nanti nampak bodoh diri sendiri..laaa..sebab kau orang yang pilih..
BorgWarner,
saya amat setuju pendapat tuan….
kerajaan ni koho gilo nk cr pitih loni….pah korek ngan rakyat….mmglah bg diorg sikit kalu ikutkan 1 kepala….cuba kali ngan brp bilion kepala rakyat dlm msia ni….bodo punyer kerajaan…org kg lehlah dio nk tipu….alasan syarikat insuran kerugian padahal nk bagi pd kerajaan banggang!!!!!
makin katun…
aku sgt2 setuju ngan ko…aku ada sorang kawan, dulu dia pakai sorento…keta seribu satu masalah…dia pakai asyik rosak jer…maintenance lebih tinggi dari bayar bulan…bila dia nak jual balik…harga merudum tahap cipan…kene tambah lagi 50k…jd satu hr tu waktu dia buat maintenance kat satu workshop di KLANG…ada satu mamat I***A da Offer kat dia spy kasi BAKAR je keta tu n g claim insurance…dia siap bagi offer buat keje tu n siap bagi no contact no pegawai P***S and B****A yang biasa buat keje ni…
dia siap cakap…keta yg byk2 terbakar kat jalan or mana2 tempat tu sbnrnya memang dia yg buat n kawteam ngan pihak tertentu tuk lupuskan bukti n clam insurance…jadi ble sap sap soi…or kurang sket byr drpd rugi RM50k…hehehe..mcm kes sosilawati lak…
syabas kepada penyokong tegar BN..Aku kecian sgt kat diorg yg fanatik ntah apa2 kat kerajaan yg korup secara terang-terangan ni..walaupun aku bukannya suka sgt berpolitik dan tak ambil tahu pun pasal politik..tapi terasa sgt kesan dari pemerintahan yg teruk ni.ramai sgt org menderita pasal tindakan kerajaan ni naik harga sana sini tp time pilihanraya diorg menang jugak..hairan benar sape lah yg sokong mangkuk ayun ni…PR kali ni satu lagi undi utk pembangkang..tolak BeEnd
Apa lagi kerajaan BN nak buat kat rakyat,sudahlah hentilah perah rakyat tak cukup lagi dengan harga barang2 keperluan makanan,pakaian minyak petrol ini nak naikkan insuran pelindung kenderaan pula,dah habiskan duit mula nak tindas rakyat,ingatlah PRU 13 nanti jangan sampai banyak negeri bertukar tadbiran atau mungkin kemarahan rakyat akan timbul ,lihatlah negara2 arab kebangktan rakyat dah mula timbul,kebanyakannya negara islam,kerajaan BN hari ini takut pada tekanan para2 penguasa2 bangsa cina,kerana bangsa itulah banyak salurkan duit,maka tidak mungkin akan ambil tindakan.nak seludup rokok,arak apa2 sahajalah,halal tutup mata,pihak polis ,kastam dll kerja bagai nak mampus nak jaga keselamatan rakyat.
Betul lar apa yg hazif ckap tu…cuba ko baca betul2 ape yg dia comment tu..suma ni naik sebab rakyat jugak..rakyat yg memilih BN untuk jdi pemerintah..so…..pikir2 kan lah…..
aku mmg tak puas hati gn syarikat insuran.. baru-baru bulan jan 2011 masa aku nak renew roadtax.. tetiba ja aku diberitahu NCD moto aku dah jadi 0.. terkejut biawak aku.. aku dimaklumkan bahawa moto aku mengalami kemalangan pada april 2010.. padahal moto tu dah 1 bulan aku simpan kat rumah.. gi berjalan gi kerja pun dgn keta.. mcm mana orang lain boleh claim aku nyer insuran MAA.. padahal aku tak sain pun pa-pa borang.. ni nak naik lg kadar insuran.. patutnya bantu la rakyat marheen yang suku nyawa nak hidup.. segala macam harga naik.. balik-balik nak selamatkan syarikat yang dah gah-gah.. ni semua gara2 mangkuk yang tak memangkah BN.. takkan nak kena ajar macam kat mesir & tunisia..
pembetulan: ni semua gara2 mangkuk yang memangkah BN..
bagus…mai kit apakat sokong bn…sape tak sokong bangang namanya
kalo x banyak untung, xkanlah tonto tu berebut nk tarik kete..kemalangn xsmpai 5 minit, tonto dh smpai..mendahului ambulans..nie kenyataan, ader tgk 1 kemalangn motor langggar kete ari tu, penunggang motor tu parah, tp yg smpai dulu, bknnya ambulans, tp tonto dulu yg smpai..pelik sgt..mcm mna dorang ble tau berita tu cpt..
callman bersepah jer tepi jalan tu
saya sangat setuju,,,sebab saya pun pernah terkena,,,langgar kecil jee,,,keta masih boleh jalan tapi tontoo sekelip mata sampai siap dgn towing,,
makin byklah yg takde roadtax nnt. negara kiter dah semakin menelan rakyat. payah2 sgt, tak payah ader insuran. klu xsiden beki sendiri. barulah rakyat berhati-hati………….
Belum pernah dalam sejarah syarikat insurans alimi kerugian,mana2 syarikat insurans yang rugi bukan kerana banyanknya penguna2 kenderaan yang membuat tuntutan,boleh dikatakan setiap hujung tahun bos2 akan bercuti sekeluarga keluar negara,para perkerja diberi gaji yang amat lumayan itu tidak termasuk dengan ajuster2 yang turun keworkshop setiap kenderaan yang terlibat kemalangan seorang ajuster diberi RM 2000 bergantung pada peratus kerosakan pada sesebuah kenderaan. hari ini kemalangan dijalanraya atau lebuhraya kebanyakannya kenderaan yang berusia 5 tahun kebawah,mari kita fikir jika bawa kerata kuasa kuda 2000 cc usianya 3 tahun mahukan anda pandu 110 kmsj,mungkin tidak,jika sdr pandu kerata 1.500 cc usianya 10 tahun mungkin sdr boleh pandu 110 kmsj, sdr ada sebuah kerata yang berusia 10 tahun sudah tentu sdr tahu kemampuan kerata itu adakah boleh dipandu 130 atau 140 kmsj mungkin tidak,justuru itu kenderaan yaang dah berusia 10 tahun keatas tidak perlulah dikenakan insurans yang tinggi.disini pihak kerajaan harusnya mainkan peranan,jangan kerana mahukan tex maka rakyat jadi mangsa.
salam…ada gak yg sokong kenaikan kadar insurans aku pun x phm… sykt insurans untung giler…da la nk claim lambat yg amat.. nak naik kan lagi? tol makin bertambah, minyak naik, harga barang naik senang cakap semua naiklah!! ciankanlah kt keluarga hidup cukup2 makan… kt malaysia ne x sume maju… kalu tak tv3 x wat rancangan bersamamu….
info….
klu kat europe keta klu takdak airbag…meaning tak layak berada kat atas jalan raya…..(kat malaysia VIVA nak jual harga brape klu siap airbag?…. )… so.. pengeluar kreta terpaksa abaikan aspek keselamatan penciptaan sebuah kreta (tp still harga mencarut) then, dok crita syarikat kreta rugi sebab bnyk accident kat malaysia?….
TAPI… tak pernah pulak org dok highlight kan DASAR Automotif negara sebagai punca semua ni kan?…. (harga VIVA jd mahal sebab kesan drp dasar automotif negara) so… keta lain yg besar sket toksah crita la heh..lu org leh pikir sndrik
sykrt insurn wugi…?wak lu…..aku x npk pn lubang mne yg dowg rugi…kytaan akhbar tuh sdap jer kate pgguna berpndpatan kcil xkn rse kenaikan krana skit jer yg nek..wlupn nek 50sen pn da trse lar…wlupn aku x tergolong dlm owg yg berpndptn rndh tp aku bley rse beban kat ats bahu dowg..
Mana ada syarikat insuran DiMalaysia ni rugi….Kalau rugi tak kan begitu banyak syarikat insuran macam cendawan tumbuh.Kerajaan menurunkan kadar Road Tax memang baik…Tetapi syarikat insuran meletakan harga pembelian insuran terlalu tinggi.Tak ada bezanya.Ibarat kata Tutup sini buka sana tetapi lubang yang sama…Adil ke…Dulu Astro tiada Government service tax….sekarang ni dah ada…ini semua bukankah menyusahkan rakyat….Kerajaan bagi RM1000 kepada rakyat tetapi dia akan kutip balik Rm2000.juga pada rakyat Inilah yang dinamakan zalim.
bg yg duk kat bandar2 besar ni,terutama kat area lembah klang nie,mmng terasa la mengenai kos taraf idup kita yg semakin meningkat nie..gaji 3,4 ribu pun dah mcm gaji seribu lbh jer..so,pilihan raya nti,sendiri mau ingat la..kasi tukar ini kerajaan..pastu 1 lg yg paling penting!!..pujuk2 la mak2,bapak2,atok2 kita yg kat kg tu pasni xyah la nk pangkah2 dacing tu lg..psl mereka2 kat kg2 ni la kerajaan BN skrg ni x jatuh2..(pasni dah x pangkah dacing lg dah!!taubattt)…
ta usah lah kau orang terkejut, tentang kenaikkan menda menda ni, kau orang komen pun walau sebaik mana pun, jika menda menda ni, dia orang kata, aku rugiiii, atau kena dinaikan, kau orang kena bayar le juga. siapa niaga, nak rugi! tepuk dahi.. tanya hati?
setuju semua pendapat.kita cakap pepon naik tetap naik.kena beli kereta kuda la..mukin murah lesen nya.hihihi….
aku amat tidak setuju kalau kereta selalu xcident bkn ncd tahunan akan naik ka pada yang penah xcident tu jadi kenapa nak naikkan kepada semua kami yang xpernah claim ni apa yang kami dapat rugi ja…kalau syarikat insurans xnak rugi jgn jual insurans pegi bukak kedai mesin judi dah nak untung ja selalu……
Apa lagi syarikat2 insuran kenderaan nak, tak cukup lagi dengan kadar bayaran yang penguna dikenakan, bukannya tiap2 hari ada pihak penguna menbuat tuntutan kerosakan atau kemalangan,mari kita kira secara rambang sebuah kenderaan RM 300 x 1 juta kenderaan diatas jalanraya agak2 nya berapa,mari kita fikir apa lagi syarikat2 insuran nak dari kita.disini pihak kerajaan juga seharusnya main peranan jangan terlalu ikut cakap syarikat2 insuran kena ambil kira rakyat2 yang membayar cukai.
Kalo setakat meludah tuih… tuih… sapa pun mampu…
tapi nak telan air liur ludah tu yang jarang orang mampu..
kenderaan yang mengalami kemalangan kebanyakannya yang mampu pecut mengejar masa.. tapi kalo semua pakat pakai keta lama… lama kelamaan bila reput, jalan kaki le ramai ramai… tinggal penggangkutan awam jadi nadi penggerak… yang mana 1 kita nak? terus dgn kos berganda atau maintain forever… nk pegi memana, sediakan touch n blah… senang… jgn pulak nti keta kuda kna bayar roadtax…
pendapat saya … jom la kita semua rakyat malaysia ludah umno.
Kalau kita fikir2kan mmg kerajaan sekarang ni zalim. Tak patut insurans dinaikkan, semata mata membebankan rakyat miskin. Dimana yg dikatakan ‘Rakyat Didahulukan’? Lg pun kenderaan yang ada kat atas jln raya tu 75% majoreti adalah yg orang miskin punya dan berusia dah lebih 10 tahun. Kebanyakkanya pulak cuma guna jalan kat kampung2 je. Nampaknya kerajaan menangguk di air keruh. Jadi kita perlu sampaikan kpd PM apa yg kita tak puas hati semasa ‘MENGUNDI’ kelak.
aku tak setuju sgt kenaikkan insuran ni sebab golongan yg memakainye ada lah yg berpedapatan rendah,dan aku tak paham pihak insuran kini begitu taksub mengejar kekayaan untuk diri dan keluarga,didalam pada kita mengejar segalanya kita juga byk memberi beban kepada org2 yg ber pedapatan rendah ini,mcm mama gologan ini hedak maju jika ianya baru nak merangkak kita dah tolaknye ,aku harap aku dan keluarga tidak lah dihilangkan lah perasaan simpati ini kerana golongan ini pun berhak hidup dan tidak lah perlu menderita menangung beban,kasihani la mereka
berapa kerat je yg pkai moto bwh 100cc klau kt kg byak la aduh.. sepatutnnya buat lah 125cc keatas.. Bengap btul lah syrkt insurans ni..
semua nk naik harga..jgn sampai pengguna naik menyampah, ssh nnt jadinya pd syarikat insuran mahupun negara..
Syarikat insuran mana penah rugi……adjuster yang makan byk duit….dengan woksyop sklali….dah la kualiti repair x munasabah langsung……memang makan duit…saya penah eksiden dulu, kena bayar 10% dari kos pembaikan kereta. aku kena bayar RM1,700. peh…kos lain insuran yang bayar…rasa x bebaloi insuran skg ni kata dia yang rugi
Belum pernah ada syarikat insuran RUGI, lagi tambah KAYA adalah,nak pasti lihat CEO2 .KURNIA INSURAN,AFA.HONG LEONG,BERJAYA,TAIKO dan bermacan-macan lagi.boleh dikata semua gunakan kenderan BMW,M/BENZ. mana ada rugi.yang pasti kita penguna sentiasa tertipu dan ditipu hidup2.
cibai penyer kerajaan hutang banyak nak beban kan rakyat plak..
bayar r sendiri pundek rembat duet rakyat bukan main banyak lagi..
menyusahkan rakyat berpendapatn rendah la…
Betul ke insuran co kat Malaysia ni rugi atau pemegang polisi insuran yg rugi?
Pemegang polisi yang rugi, insurance company x rugi sbb kerajaan bela depa. Apa2 hal tindik jer kat rakyat…solution paling senang, mudah dan ringkas di negara kita yang tercinta ni. Semakin lama semakin pelik aku rasa hidup di bumi serba boleh ‘boleh land’ ni. Sebulan lepas aku renew roadtax kereta wife (dah masuk 13 tahun usia kereta..model 1999)..MyEG ketuk dekat RM300 sekali dgn insurance. W/pon keta tu menurut value semasa lebih kurang RM5k jer tp for insurance purpose insurance company dah set min value @ RM10k. Then come the best part, kereta aku sendiri (Lexus Harrier model 99/recond register 2003) expired roadtax 2 minggu ni. So renew lah kat MyEG tp diberitahu x dapat renew sbb semua insurance company panel attached to MyEG reject. Alasan dia, kereta ni ‘goreng pisang panas’ yang selalu jadi mangsa curi bawak lari dan jual di thailand. At last MyEG suruh aku sendiri cari mana2 insurance company yang sanggup. Dah cuba call beberapa insurance company tp jwpn yg diterima sama. Ada ler satu dua menyatakan kesanggupan tp dengan syarat aku kena pasang security system yang harganya almost RM2k spt cobra atau captor kat kereta aku (of course ler duit lagi), then only diorg sanggup insured. Kalau security ori asal diorg x nak. Teringat kereta ni dah abis bayar semua dan xde hutang dgn bank, maka aku fikir xpelah..amik jer insurance 3rd party..murah dan senang (of course risiko lebih tp tawakal je la). Bila aku maklumkan kat myEg aku dibagitahu sekali lg 3rd party aku xleh amik sbb xlayak. Hanya kereta lebih 20tahun jer layak. Aku terkejut..what kind of bullshit is this?? Itu x boleh ini x boleh, nak renew roadtax kena ada insurance, nak buat insurance pon insurance x sanggup amik. So apa aku nak buat?? Dah jelas insurance company mmg x nak amik risiko sikit pon takut kereta dicuri dsbgnya padahal charge kat pengguna mcm kita ni mahal melampau2. Kalau stkt nak buka company langsung x nak amik risiko cuma nak untung jer, aku pon boleh buat (if govt bagi lesen la). Sehingga catatan ni ditulis, aku masih lagi berusaha call here and there utk dptkan company yg sanggup insured. Dah la roadtax dkt rm1.3, insurance pon seribu lebih, kalau nak pasang additional security system mcm yg diorg nak tu kena lg rm1.5k-2k, x ke kena sembelih smp RM4k aku just untuk dptkan hak aku sbg rakyat bebas utk bwk kereta atas jalan gi sana sini cari rezeki utk family. Dan sehingga ke hari ni (dah masuk 3 minggu dah) kereta aku tersadai kat umah x leh jalan sbb xde roadtax. Nasib baik kancil buruk bini aku tu ada (bini x kerja) so boleh la aku bwk gi sana sini, tu pon sengsara sumbat anak beranak 5 org time nak beli keperluan dapur. Inilah Msiaku..mmg betul2 boleh..boleh apa??? ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’..”People first..performance now”..yeah right..apa2 hal rakyat jer dulu kena. Bab kesempitan hidup yg makin meruncing pon..rakyat didahulukan.
gila banget naik nya. aku kena tambah rm 80 itupun 25% dah less. skg insurance aku rm180.75. kira untung dia aje .aku punya rugi tak kira pulak.
dahlah kelaber 2012 pun tak dapat ,,,gerammmmm
Macam mana kemalangan tak bertambah,.kereta semakin bertambah,.setiaphari kereta baru org akan beli,.tgoklah budak2 sekolah skrg sume pakai mtor mana ada pakai beskal dah!
Bila kenderaan baru bertambah,.semakin banyaklah insuran untung,.peratus jumlah kenderaan di jalan raya semakin bertambah,semakin banyaklah kemalangan,.
slagi umno memerintah negara slagi tu lah smua harga akan naik..yang bengang stiap kali naik, alasan depa “tk membebankan rakyat”..ni lah alasan tk brtanggungjawab depa..logik ke rakyat tk terbeban dgn knaikan mcm ni..bukn ni je yg naik tapi mcm2 benda lagi naik..yg tak terbeban tu depa puak2 umno ni pasal depa ni yg monopoli comisyen tax kat msia ni..pasal tu tkde pemimpin umno yg hidup bersederhana kat msia ni..smua jutawan blaka..
Najib dah leh peking barang untuk get out from putrajaya,daah sedap sngat da ko kt situ,meh same same rase kesusahan rakyat 1 Malaysia.
baru gaji dpt 900rgt.dah ada benda yg naik.ish3x.