[INGAT] Jangan Pertikai Kuasa Perdana Menteri Pilih Ahli Kabinet!!

by Admin [ Master G ] on November 1, 2009

in Cadangan & Dasar Kerajaan

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Sidang parlimen baru-baru ini agak panas, apabila ahli parlimen dari Sri Gading yang boleh dikatakan veteran bangun melontarkan hujahnya dengan menempelak secara sinis dua orang Menteri iaitu Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan dan juga Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menjaga KPI iaitu Tan Sri Koh Tsu Koon kerana dilihatnya gagal menunjukkan kredibiliti sebenarnya sebagai menteri dalam erti kata orang sudah mula hilang kepercayaan mereka dalam melaksanakan tugas.

Ekoran itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak supaya jangan mempersoalkan haknya sebagai Perdana Menteri untuk melantik sesiapa sahaja yang layak dan berkarisma untuk menganggotai Kabinet.

Tegas beliau, segala tindakannya bukannya bertujuan untuk menggunakan kuasa semata-mata tetapi demi kepentingan semua pihak atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri untuk semua kaum, bukan hanya untuk Melayu sahaja.

Menurut beliau, pelantikan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebagai menteri adalah bagi menghargai peranan parti itu dan sebagai sebahagian daripada proses pemulihan itu parti berkenaan.

“Jangan persoalkan, ini hak saya sebagai Perdana Menteri dan saya buat ini bukan saya nak gunakan kuasa tetapi sebab saya fikir saya adalah Pengerusi BN, saya buat demi kepentingan BN, saya bukan Presiden UMNO sahaja, saya juga Pengerusi BN.

“Saya bukan Perdana Menteri untuk Melayu tapi untuk semua rakyat Malaysia, sebab itulah saya bertindak sedemikian, saya lihat daripada keseluruhannya, saya melihat masa depan negara kita, saya lihat kita telah kena pukul oleh rakyat dengan memberikan peringatan dan isyarat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu,”

P/S : Boleh lihat paparan video yang telah saya sediakan di bawah ini @ boleh melihat secara terus di sini

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. [VIDEO] Menteri JPM Gulung Bajet 2010 VS Ahli Parlimen PR di Dewan Rakyat
  2. [VIDEO] Respon Perdana Menteri di Parlimen, Isu Royalti Minyak Kelantan
  3. (GAMBAR) Najib Razak Bersama Anwar Ibrahim di Bilik Rehat Parlimen Malaysia
  4. [COMING SOON] Negara China, Bakal Kuasa Besar Dunia
  5. Gaji Menteri(VVIP) VS Pendapatan Rakyat Malaysia
  6. Skandal PKFZ di Malaysia


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 5 comments… read them below or add one }

1 zikr the jalanan sepi November 2, 2009 at 3:09 am

setuju… jangan di ikut sangat dengan kepentingan diri sendiri… kepentingan rakyat tuh kena dahulukan…huhu

2 Pak Awang November 2, 2009 at 3:29 am

Daripada atas sampai ke bawah
banyak yang tiada KPI
pelik tapi ajaib
yang “tin kosong” tu buat apa disimpan lagi
sepatutnya sudah lama “dikitar semula”
ke nak suruh rakyat yang “kitarkan” :senyumkambing
:ketawa :gelak

3 zualliz November 2, 2009 at 7:58 am

Tapi, kan ke MCA dah buat EGM & usul tidak percaya kat Ong Tee Keat? So, dia bukan lagi Presiden MCA yang sah sebab ahli MCA sendiri dah x caya dia..
Patutnya PM lantik orang muda, yang lebih bersemangat..bukan orang tua..cuba tanya pendapat ahli MCA dulu? :merajuk

4 safar November 5, 2009 at 7:24 am

Kalau tak bagus.mesti ada orang yang nak mempersoalkan.tak kan kami rakyat jelata nak duduk diam.pilih orang yang berwibawa untuk memimpin.bukan orang yang tak ada semnagt kepimpinan rakyat.

Rakyat mahukan yang terbaik.

5 adiadah January 24, 2010 at 9:09 am

Pemimpin berkuasa krn kuasa politiknya. Kuasa politik mengatasi segala2nya. Krn berkuasa . apa saja yg di perkatakan tidak boleh di bantah. Ini kuasa ‘autokratik’ namanya. Binasa..!! kpd siapa yg menegur. :tepuk . Tapi kena ingat kuasa politik sebenarnya di tangan rakyat. Kita tunggu pilihanraya ke13 :tunggu

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: