BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Kadar Inflasi di Malaysia 2010

by Staff Berita Semasa on May 22, 2010

in Berita Ekonomi

Sebelum saya berkongsi berita menganai kadar inflasi di Malaysia 2010 yang baru sahaja dikeluarkan laporannya, saya suka ingin berkongsi apaitu yang dinamakan “kadar inflasi”.  Kadar adalah istilah ekonomi yang merujuk pada perubahan indeks harga. Kadar inflasi suatu negara dinilai berdasarkan tahap kenaikan harga untuk tempoh masa yang tertentu.

Kadar inflasi mempengaruhi kuasa beli penduduk dan mampu mempengaruhi struktur dan perkembangan ekonomi sesebuah negara. Dalam bahasa mudahnya, semakin tinggi kadar inflasi di Malaysia contohnya, nilai matawang Malaysia akan semakin mengecil.

Nak betulkannya memerlukan kenaikan gaji atau pun perubahan daripada segi ekonomi itu sendiri. Lain negara lain ragamnya. Kadar inflasi juga sangat berbeza antara satu sama lain. Ada negara yang mencapai 2 digit bagi nilai inflasi malah ada yang lebih daripada itu. Ada juga negara yang mencapai kadar inflasi yang negetif. Ini disebabkan harga harga yang semakin jatuh.

Mari kita buat perbandingan. Kadar inflasi antara negara-negara dunia :

  • Kadar Inflasi Kanada adalah 2.1%
  • Kadar Inflasi Amerika Syarikat 2.9%
  • Kadar Inflasi Iran 17%
  • Kadar Inflasi Venuzuela (18.7) > tertinggi di benua Amerika
  • Kadar Inflasi Norway 0.8%
  • Kadar Inflasi Britain 2.3%
  • Kadar Inflasi Australia > 2.3 %
  • Kadar Inflasi Iran 17%
  • Kadar Inflasi Afghanistan 13%
  • Kadar Inflasi Burma 35%
  • Kadar Inflasi Jepun 0.1%
  • Kadar Inflasi Zimbabwe 12,563%
  • Kadar Inflasi Guinea 23.4%
  • Kadar Inflasi Burkina Faso -0.2%
  • Kadar Inflasi Nigeria 0.1%

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi April 2010 naik sebanyak 1.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas tetapi tidak berubah bulan ke bulan. Bagi tempoh Januari-April, IHP meningkat 1.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Tahun ke tahun, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan masing-masing meningkat 2.2 peratus dan 1.2 peratus, kata jabatan itu.

Bagaimanapun, bagi asas bulan ke bulan, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan kekal tidak berubah. Bagi asas bulan ke bulan, jabatan itu berkata kumpulan-kumpulan utama menunjukkan kenaikan kecuali pakaian dan kasut (-0.3 peratus) dan komunikasi (-0.3 peratus).

Kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah makanan dan minuman bukan alkohol (1.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0 peratus); dan pengangkutan (0.7 peratus). Kenaikan-kenaikan lain ialah minuman alkohol dan tembakau, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing pada 2.9 peratus; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 2.7 peratus; pendidikan 1.8 peratus; restoran dan hotel 1.6 peratus; kesihatan 1.5 peratus; dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0.7 peratus. BERNAMA


Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: