Hukuman Sebat Pasangan Seks Bebas di Malaysia. Setuju?

by Staff Berita Semasa on February 21, 2010

in Aduan & Tuntutan

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

sis Hukuman Sebat Pasangan Seks Bebas di Malaysia. Setuju?

Berani buat berani tanggung. Cuba tanya kepada si pengemar dan pelaku seks bebas, setujukah mereka supaya hukuman sebat dikenakan ke atas pasangan seks bebas di Malaysia? Semestinya tidak jawapan mereka. Jadi, yang mana tidak terbabit apa yang perlu ditakutkan? Saya sendiri 100% bersetuju dengan hukuman sebat ini. Bagaimana pula dengan anda. Tetapi…….ada juga yang tidak bersetuju. Siapakah mereka?

Sebelum mari kita lihat apa cuba disampaikan oleh ayah kepada Kartika (pelaku yang masih belum dikenakan hukuman sebat)  berhubung isu hukuman sebat ke atas pasangan seks bebas:

Ditanya mengenai kenyataan Sisters in Islam (SIS) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita, Shukarnor menempelak pertubuhan tersebut sebagai tidak mempunyai pengetahuan tentang undang-undang Islam. Katanya, mereka yang mendakwa Islam mundur kerana melaksanakan hukuman sebat adalah pihak yang sengaja mahu merosakkan Islam.

”Orang yang merangka undang-undang syariah di negara ini bukan calang-calang orang kerana mereka adalah orang terpelajar dan pakar undang-undang Islam. ”Kepada mereka yang mempertikaikan hukuman sebat, adakah mereka ini peguam yang mahir dalam undang-undang Islam atau hanya ‘loyar buruk’,” katanya.

Suara-suara daripada Sisters In Islam (SIS) hanya merupakan golongan minoriti di Malaysia sahaja. Tetapi suara merekalah yang selalu kedengaran. Memang tidak dinafikan Sisters In Islam sebenarnya kalau ikut kepada platform asal memang banyak tolong wanita, terutamanya golongan isteri dan ibu-ibu tunggal yang teraniaya. Sekarang? Tetapi sekarang ini dilihat Sisters In Islam (SIS) seperti terdesak dengan sanggup menjadi juara sehingga ke satu tahap di mana mereka berani mahu mempertikai undang-undang itu sendiri.

Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita. Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289,Akta Kanun Jenayah. Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican (kiri) berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

“Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan inidaripada pengetahuan umum, katanya

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itubersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram). Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini..

SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan itu dan juga kes Kartika. Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan. ‘Rotan tidak efektif’

“Kajian juga menunjukkan Hukuman Sebat bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya. Turut membidas tindakan merotan oleh kerajaan ialah Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam).  Dalam kenyataan akhbarnya, Awam menuntut Menteri Dalam Negeri menjelaskan mengapa hukuman dijalankan secara rahsia. Presidennya, Sofia Lim Siu Ching berkata hukuman itu dijalankan dengan niat jahat dan bertentangan dengan kepentingan awam yang mendapat perhatian seluruh dunia.

Menteri Dalam Negeri perlumenjelaskan mengapa hukuman sebat dijalankan tergesa-gesa sedangkan beberapa persoalan berhubung kes Kartika masih belum selesai,” katanya. Tamatkan ‘wabak’ merotan. Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International (AI) juga mahukan Malaysia menamatkan segera apa yang dilabelkan mereka sebagai ‘wabak merotan’.

AI juga mendakwa pihak berkuasa di negara ini telah merotan ribuan lelaki selain kes berprofail tinggi tiga wanita berkenaan. Kumpulan yang berpangkalan di London itu berkata lebih 35,000 orang, kebanyakan mereka bukan rakyat Malaysia – dirotan atas kesalahan imigresen sejak 2002. Menurut timbalan pengarah Asia-PasifikAI, Donna Guest “ribuan kes berkenaan merujuk kepada wabak merotan yang mula berleluasa di Malaysia.

Perjuangan Sisters In Islam banyak menyimpang jauh. Namun kepetahan berhujah, berdebat sering menjadi senjata utama mereka. Kalau nak menjadi pejuang hak  asasi manusia , banyak lagi kes penganiayaan lain yang Sisters In Islam boleh pertimbang untuk diperjuangkan.

Kalau ikut undang-undang sekular , hukuman sebat tidak boleh dikenakan ke atas 3 golongan seperti di bawah :

  1. Wanita
  2. Lelaki yang telah dijatuhkan hukuman mati
  3. Lelaki yang berumur lebih dari 50 tahun.

Sekurang-kurangnya apabila dilaksanakan hukuman sebegini, ramai yang takut untuk berzina. Dalam pada masa yang sama hukuman sebat di Malaysia ke atas pasangan yang melakukan seks bebas boleh memberikan kesedaran dan peringatan kepada mereka-mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berzina ini.

Setujukah anda dengan hukuman sebat?

View Results

Loading ... Loading ...

  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 11 comments… read them below or add one }

1 imah February 22, 2010 at 8:59 am

Saya bersetuju hukuman sebat dikenakan kepada penzina. Tetapi apa yang perlu dilakukan oleh Jabatan Agama Islam adalah mengkaji syarat-syarat perkahwinan yang agak keterlaluan sekarang ini yang boleh mendorong manusia melakukan zina. Contohnya untuk berpoligami disyaratkan dengan berbagai-bagai syarat. Apa salahnya dipermudahkan. Bagi orang yang berduti mereka mungkin akan ke negara jiran untuk bernikah. Tapi apa yang akan berlaku kepada mereka yang tidak mempunyai wang untuk ke sana. Prosidur cerai perlu dipermudahkan. Pasangan yang ingin bercerai tidak perlu dikaunseling kerana mereka memang dah tak sesuai. Terjadilah hidup sebumbung tapi tidak sekatil. Ini hanya untuk melindungi anak-anak di bawah jagaan mereka.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

2 nur ash February 24, 2010 at 11:08 am

~bgus gk hukuman sebat ni sebb dorg xinsaf pon wat bnda bodoh g2..kalu ikut hukum islam kna rejam bru dorag taw..ni baru kna sebat dh kecoh..bknye teruk sgat kn sebatan untuk wanita ada cara2yer.. :lol:  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

3 oneman February 25, 2010 at 2:57 pm

Rasanya hukuman sebat adalah wajar, ini bukan saja akan memberi keinsafan kepada pesalahlaku malah juga memberi kesedaran kepada yang lain untuk tidak melakukan perkara yang sama. Bila dah ada yang kena nanti takutlah yang lain jadi gejala buang anak ke apa ke dapatlah dikurangkan…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

4 johnjimat March 19, 2010 at 2:17 am

mesti la setuju. klu hukuman sebat yg sebenar-benarnya dilakukan mesti ramai yg takut nk buat…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

5 sleypar March 24, 2010 at 9:40 am

actually, inilah hukuman yang sepatutnya dikenakan kepada orang2 yang begini. so, saya rasa ini memang setimpal dengan apa yang mereka lakukan. jadi, orang ramai tidak akan berani melakukan benda yang sama.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

6 DVD+R April 29, 2010 at 4:39 pm

100% setuju…biar mereka-mereka ni sedar akan kemungkaran yang telah mereka lakukan dan juga supaya menjadi pengajaran kepada “bakal-bakal” golongan yang ada berpotensi untuk tergolong dalam golongan “mereka”  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

7 miszeifa June 2, 2010 at 6:34 pm

lancarkan hukum islam, nti x de la org tkut nak wat dosa lagi, yg pegi ikut undg2 kafir tu nape? diorg wat undg2 utk diri sndri sbb diorg pun wat gak, undg2 yg Allah da tentukan adlah utk umat manusia, menjaga kesejahteran umat sejagat…
SIS? hhmm.. konfius sy  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

8 im bola June 2, 2010 at 9:48 pm

sebat je atau rejam dgn batu
kalau tk sampai bila pun diaorang tak serik
setakat denda dn penjara diaorang tk heran  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

9 mr.presiden June 9, 2010 at 12:38 pm

Sebat je dorang nih..apelah sangat dengan Sakit kena Sebat, daripada dorang tuh bunuh2 n buang2 bayi… Sebat byk2 pun takpe, aku sanggup dgr dorang penzina2 ni kena sebat sampai pengsan tp aku tak sanggup tgk abby yg tak berdosa lahir kat bumi, dibuang dibunuh dan disia2kan…

Wahai penzina2 di luar sana, sy berdoa agar kamu insaf dan menghayati agama.. ingatlah, hukuman Allah ke atas kamu lebih berat di akhirat nnt… Moga hukuman sebat ni dikaji dan dilaksana.. Segelintir budak2 skrg dah melampau2 n buruk perangai.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

10 mosad June 9, 2010 at 2:39 pm

Undang-undang dunia boleh di ubah, tapi… undang-undang ALLAH tidak boleh. Wahai SIS adakah wajar mempertaikan undang-undang ALLAH semata-mata nak jadi juara human right? Lihat semula undang-undang Islam bagaimana caranya hukuman rotan dijalankan. Adakah itu di kira zalim@diskriminasi kepada golongan wanita??
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.
Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
p/s ; fikir-fikirkan dan renung-renungkan  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

11 maya2 September 5, 2010 at 12:43 pm

mosad: Undang-undang dunia boleh di ubah, tapi… undang-undang ALLAH tidak boleh. Wahai SIS adakah wajar mempertaikan undang-undang ALLAH semata-mata nak jadi juara human right? Lihat semula undang-undang Islam bagaimana caranya hukuman rotan dijalankan. Adakah itu di kira zalim@diskriminasi kepada golongan wanita??
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.
Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
p/s ; fikir-fikirkan dan renung-renungkan  

kenapa perlu takut…kalau kita tak buat..kan…dalam permasalahan di muka bumi ALLAH…ni….pastinya jalan penyelesaiannya ialah KEMBALI KEPADA ISLAM…HUKUM ALLAH ADALAH YG TERBAIK…bukan hukum manusia yg sentiasa berubah2 utk kepentingan sendiri….DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA..DAH MENYATAKAN…ISLAM IALAH AGAMA RASMI negara ni…TP masih berkira2 utk menjalankan hukum ISLAM..kenapa? ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNYA..malah menyediakan panduan terbaik utk kita…nak kata…negara kita negara pelbagai kaum?…tak boleh buat?? zaman Nabi Muhammad adalah kayu ukur TERBAIK….ketika pentadbiran baginda…penduduk MAdinah berbilang.kaum.berbilang puak..berbilang kefahaman..tetapi Islam Unggul…ke seluruh dunia…ada contoh…kita ikut la…jgn pertikaikan hak asasi manusia…abis..kita ni HAK ALLAH…tak ingat ke? kalu nak pertikaikan sgt….pertikaikanlah sebat kt pejara tu….kita belum jalankan hukum ISLAM..dah takut..maknanya..mmg HUKUM ALLAH paling hebatlah…boleh mendidik jiwa2 manusia..bukan hukum manusia yg perlu diagungkan..saya sgt bersetuju gn pandang saudara/ri ini…inilah HUKUMAN YG sesuai tuk pelaku-laku zina…buang anak….dan sebagainya…kalau nak dijalankan..jgn hanya tertumpu pada gol wanita sahaja..biarlah kedua2nya…baru boleh kita mendidik jiwa2 ni….Kpd SIS….SIAPA ANDA TUK PERTIKAIKAN HUKUM ALLAH…?? SIAPA ANDA TUK MENJADI WIRA MEMPERTAHANKAN HAK ASASI WANITA ATAU MANUSIA? saya sebagai wanita…sama sekali tidak merasa bangga dengan pembelaan yg anda buat ini..sama sekali tidak…YANG BERHAK MENENTUKAN DAN MEMPERTAHANKAN HAK ASASI MANUSIA….bukan anda…TETAPI ALLAH YG ESA…anda juga hamba kepada NYA…hukum ALLAH sgt2 adil untuk hambaNYA…hanya DIA shj yg tahu..dan mengenali..kelemahan hamba2NYA….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: