[HOT] Persamaan 1 Malaysia Dengan One Israel?

by Admin [ Master G ] on October 11, 2009

in Berita Sensasi

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Saya rasa dah ramai yang mengetahui berita harian untuk slogan 1 Malaysia yang sering diwarwarkan oleh Perdana Menteri kita yang keenam ini, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa menyerupai slogan yang pernah digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri Israel sebelum ini, Ehud Barak menerusi One Israel yang bertujuan untuk meraih kembali sokongan daripada rakyatnya ketika itu.

Jika sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Hj Badawi melaungkan slogan “Islam Hadhari”. Sekarang ini? Apa sudah jadi? Mana perkampungan Hadharinya? Semuanya sudah hanyut “ditelan bumi”. Erm……

Bukannya niat saya untuk memperlekahkan hasrat dan wawasan Perdana Menteri kita. Bagus, siapa kata tak bagus. Perubahan yang ingin dilakukan mesti disertai dengan tindakan. Siapa yang tak nak negara yang kaya dengan budaya pelbagai kaumnya hidup  bersatu padu, aman dan damai untuk tahun-tahun yang akan datang.  Dan sepatutnya perkara sudah dicanang sejak dahulu lagi. Tapi adalah lebih elok, slogan itu disertai dengan “tindakan profesional” yang ingin dilihat oleh rakyat. Beberapa konsep 1 Malaysia yang telah dikembangkan kepada 1 Pengguna 1 Suara sebagai contoh. Slogannya agak cantik, tetapi apa gunanya jika harga barang semakin melambung ketika ini disebabkan tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak baru-baru ini.

Kalau yang mana belum mengetahuinya, konsep One Israel pertama kali diumum dan dimulakan oleh seorang tokoh politik Israel Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 dan kemudiannya diperkukuh oleh pemimpin Parti Buruh, Ehud barak sebagai strategi politik dalam pilihanraya Israel 1999 dan menggunakan slogan “One Israel” bagi meraih sokongan kembali kepada partinya dahulu.

Ini kerana Parti Labor dikatakan tidak disokong oleh rakyat Israel laknatullah sendiri kerana parti itu dilihat agak elitis(elit) dan snobbish(bongkak). Maka satu kaedah dan konsep perlu diperkenalkan untuk meraih semula sokongan kepada parti yang dipinggirkan ini.

Sasterawan dan aktivis politik, Azizi Abdullah pernah berkata yang mana menyifatkan slogan itu jika benar ditiru dari Israel menunjukkan pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Najib sebagai pemimpin tiada maruah.

Barak telah memilih untuk menggunakan “One Israel” dalam kempennya dengan menggambarkan “perpaduan”. “Perpaduan” yang dibawa oleh Barak masih lagi menzalimi rakyat Palestin. Kenyataan penuh konsep One Israel yang pernah digunapakai ooleh Israel sebelum ini boleh dirujuk semula di sini.

Kerajaan sekarang ini perlu bertindak segera dan drastik, bukannya hanya melaungkan slogan semata. Ini kerana, pelabur luar semakin hilang kepercayaan kepada negara kita. Mengapa tidak? Jika dahulu negara kita untuk pasaran saham, pelaburan asing, begitu juga persaingan kompetitif indeks begitu baik dikalangan negara Asia lain termasuk Korea Selatan Taiwan dan begitu juga dengan Singapura pada era 90an. Sepatutnya, pencapaian negara semakin baik daripada tahun ke tahun, tetapi berlaku sebaliknya. Pelabur mana berani mengambil risiko jika tahap keselamatan dan undang-undang kita diragui. Saya cakap terus terus terang sahajala ye.

Kes pembunuhan Altantuya yang mendapat liputan meluas antarabangsa, masih diragui keputusannya dan nampak berat sebelah. Ini kerana beberapa persoalan yang masih belum terjawab, mengapa terdapat VVIP yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan pembunuhan Altantuya tidak dipanggil membantu siasatan,  siapa arahkan laporan keluar masuk Altantuya ke Malaysia di Imigresen dipadamkan, siapa yang berikan kebenaran mengeluarkan bom C4 sehingga boleh senang-senang dikeluarkan dari simpanan Kementerian Pertahan Malaysia untuk tujuan meletupkan mayat Altantuya dan terlalu banyak  lagi persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini.

Begitu juga skandah rasuah FKFZ, skandal VK Lingam, dakwaan komisen yang diperolehi VVIP atas pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi. Tiada niat untuk menuduh sesiapa.  Ada dakwaan besar sebegini, kerajaan mesti jawab dan menyelesaikan dengan baik. Rakyat hanya hendak tahu jawapan dan kebenarannya nya. Ini semua harta, duit serta hak rakyat untuk mengetahui kisah sebenarnya. Yang salah tetap salah. Yang hitam tidak akan menjadi putih.

P/S : Kerajaan yang bagus ialah kerajaan yang sedia menerima teguran dan pandangan rakyatnya dan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya.

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Kes Pembunuhan Altantuya Dimuat Dalam Drama Bersiri TVB Hong Kong?
  2. Bekas Ketua Pengarah SPRM Terlibat Dengan Salah Laku?
  3. [INGAT] Jangan Pertikai Kuasa Perdana Menteri Pilih Ahli Kabinet!!
  4. Relevenkah Kakitangan Awam Hadiri Kursus Biro Tatanegara Anjuran JPM?
  5. [PENGAKUAN] Komunis Chin Peng Minta Maaf, Mohon Balik Malaysia!!
  6. [DEDAH] Era Pemerintahan Mahathir Mohamad, Malaysia Rugi RM100 Billion!!


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 115 comments… read them below or add one }

1 Mat Nuat October 11, 2009 at 9:30 am

Memang satu isu yang cukup HOT pada masa kini. :tepuk
Sebenarya,di negara Malaysia cukup banyak dengan isu “Penjenamaan Semula”,sebab itulah negara kita tidak pernah berubah.Contoh isu penjenamaan semula ialah konsert-konsert ditukarkan kepada Jom Heboh,Sua Rasa,Majlis Menyanyi sambil beramal dan mcm2 lagi.Contoh kedua ialah riba ditukar nama kepada interest/faedah.Apakah perubahan yang kita dapat lihat dari penubuhan ISLAM HADHARI? ISLAM pada asalnya sudah lengkap dan teratur peraturannya,kenapa perlu tukar nama?adakah ISLAM HADHARI ini lebih baik dari ISLAM sebenar?ONE malaysia?apa sebenar tujuan penubuhan ONE malaysia?mengutamakan tuntutan rakyat?oh,nampaknya sebelum ini memang kerajaan tidak mengutamakan tuntutan rakyat la ye? :ejek

2 Muhasabah Trading October 11, 2009 at 11:20 am

Konsep yangbaik diterapkan untuk memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

walau bagaimanapun, isu-isu yang dibangkitkan Berita Semasa dalam perenggan-perenggan terakhir banyak betulnya dan amat pahit untuk ditelan sesetengah pihak.

ps – rakyat Malaysia semakin bijak dan semakin matang, fikir-fikirkanlah wahai pemimpinku..

3 HAPIZI84 October 11, 2009 at 12:34 pm

Yang pasti,slogan tu hanya lah ucapan di mulut semata-mata.Tidak pada perlaksanaannya..Kenapa hanya 1Malaysia sahaja yang begitu popular di ungkapkan?Ke mana pergi rakyat di dahulukan..Lihat bagaimana isu PKFZ tu sendiri banyak melibatkan org2 kerajaan tapi kenapa masih tiada sebarang tindakan di ambil..Jadi ke mana pergi nya pencapaian di utamakan..

1Malaysia hanya ungkapan tidak pada perlaksanaan..

4 Mat Nuat October 11, 2009 at 1:47 pm

samolah aja dengan ISLE HADORI :tepuk

5 HAPIZI84 October 11, 2009 at 1:51 pm

Ntah kemana laa pergi dah Islam Hadhari Pak Lah tu..Lesap terus dgn Pak Lah sekali..Kesian kat Pak Lah..Punya laa penat jaja slogan tu. :senyumkambing

6 Mat Nuat October 11, 2009 at 1:55 pm

tu yang aku heran tu..bila naik ja pemimpin baru..ada saja slogan2 baru…bila da retired…mana pi slogan2 tu aku pun x tau..tinggal nama saja….ish ish

7 HAPIZI84 October 11, 2009 at 2:02 pm

Tu yg jadi masalah tu,lepas ni siapa yg nak jadi PM mesti pecah kepala nak pikir..Bukan pikir pasal rakyat tapi pikir pasal nak cari slogan yang mantap-mantap..Baru boleh popular slogan tu nanti.. :senyumkambing

8 Mat Nuat October 11, 2009 at 2:06 pm

hahah..ko ni memang banyak idea la…macam pantun plak…aku post,kau balas,kau post aku balas…hmm aku pun da kering idea ni..da la x makan malam lagi :ketawa :ketawa

9 MuNsYi~SaMa October 11, 2009 at 2:25 pm

dulu wawasan 2020, islam hadhari dsb…hmm..sokong ayat last, “Kerajaan yang bagus ialah kerajaan yang sedia menerima teguran dan pandangan rakyatnya dan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya.”

masalahnye, ramai lg rakyat yg xsedar atau dh tau tp buat2 xnmpak hal ni…kononnye kena sokong kjaan yg tungkus lumus bg kemerdekaan kt negara..pdhal perjuangan ulama2 pas mase tu pon byk..

cmne agaknye nk ubah kpd negara yg lebih baik?undang2, politik, ekonomi dsb?? ikut Alquran dan sunnah, undang2 islam, as simple as that.

10 HAPIZI84 October 11, 2009 at 2:31 pm

Haha..tiba-tiba rasa seronok pulak mengomen.Tu yang aku balas je.. :ketawa ..Yg jadi persoalan pasal slogan ni,kenapa hanya 1 Malaysia je yg popular..Yg rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan tak popular pulak..Dulu masa mula-mula slogan ni keluar punya laa si Najib tu boleh cakap slogan ni panjang-panjang.. :berangan

11 zualliz October 11, 2009 at 2:50 pm

slogan 1 Malaysia x salah. mungkin kebetulan je ngan 1 Israel.. tapi yang masalahnya pelaksanaannya..harap slogan je mantap.. :sedih
setiap pemimpin kena ada slogan tersendiri..tapi, sepatutnya pemimpin lepas tu kena teruskan slogan pemimpin sebelum tu..
last2, banyak pemimpin, banyak slogan..tapi pemimpin masuk kubur ngan slogan tu sekali.. :gelak

12 HAPIZI84 October 11, 2009 at 3:05 pm

Betul tu,sepatutnya slogan tu di gerakkan bersama-sama dengan perlaksanaan.Ni tak yang di gerak dan sibuk di canangkan hanya slogan.Perlaksanaan entah ke mana.

Slogan 1Malaysia hanya jadi sandiwara politik semata-mata..Rakyat masih lagi merana..Berapa ramai lagi yang hidup susah.Kat KL sendiri masih ada yang bergelandangan tidur di jalanan dan di kaki 5..Kebanyakannya org Malaysia sendiri.Buktikan rakyat di dahulukan dulu baru di susuli dengan 1 Malaysia.

13 danzaimar October 11, 2009 at 3:08 pm

betul tu..rakyat kini dh pandai menilai mana yang baik dah buruk..yang hak dan bathil.. :senyumkambing

14 danzaimar October 11, 2009 at 3:10 pm

baik WAWASAN 2020, ISLAM HADHARI, sekarang ni plak..1MALAYSIA..hum..adakah akan terkubur dan jadi sebahagian angan-angan sajer?? :curiga

15 danzaimar October 11, 2009 at 3:12 pm

PM sekarang duk penat pikir slogan…pastu slogan tah ke mana kepimpinan huru hara..huhuhuhu..apa yang dilaungkan tak seperti yang di tadbirkan..hum.. :curiga

16 danzaimar October 11, 2009 at 3:13 pm

betul tu Zualiz…jangan hanya pandai reka slogan tetapi pelaksanaan ntahape2..yang penting impak dari slogan yang dicanang-canang…kan?? :ejek

17 HAPIZI84 October 11, 2009 at 3:22 pm

Dengan slogan mantap tu dia pikir boleh tipu rakyat,di tambah lagi dengan menggunakan mediamassa..Lagi bertambah yg suka dgn slogan je..Perlaksanaan tak dibuat pun takpe..Memang betul omong kosong punya slogan.. :senyumkambing

18 JohnJimat October 11, 2009 at 9:15 pm

klu xsilap Islam Hadhari ni bermaksud Islam mengikut zaman yer? betulkan sy klu silap.. tp lebey kurang cmtula.. perkara ni sampai gado dgn mmb, org ckp kt die da hukum tetap cmtu xkn nk wt hukum ikut zaman lak?bekas dak skola agama tu.. ape da :serabut

19 JohnJimat October 11, 2009 at 9:19 pm

betul tu rakyat kte semakin bijak menilai yg mane baik dan yg mane buruk cume byk yg lebey suke menutup mate ble ade keburukan yg dpt dihidu :tepuk

20 JohnJimat October 11, 2009 at 9:24 pm

jwp die sng je bro, hanya yg berkuasa ke ats negara ni je mampu menukar undang2 semua tu.. jadi mknenyer selagi pemerintah tidak sedar maknya selagi itula undang2 ni akan kekal dan mungkin akan bertambah serius :phwitt

21 JohnJimat October 11, 2009 at 9:29 pm

klu najib tu duk ckp ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ susah la die nk wt f1 malaysia tu.. da tentu2 F1 tu membuat rakyat di ketepikan :peace

22 JohnJimat October 11, 2009 at 9:33 pm

lagi satu 1 malaysia ni berkesan ker? tgk bangsa cina, melayu dan india makin berpecah je. semua duduk dlm kroni je.. terutama dak2 mude skrng.. mane nk campur2, klu ikut cerita org tua2 dulu klu time raye melayu, cina dan india same beraya. saling bertukar2 kuih. klu org melayu gi beraya, org cine gn india pun beraya juga.. skrng cm da xde ek… :sedih

23 Fatin Pauzi October 11, 2009 at 9:55 pm

Mungkin dulu sebab pemerintahan lagi, meaning pemimpin lain yang tak mengutamakan tuntutan rakyat.

24 Fatin Pauzi October 11, 2009 at 9:59 pm

Erm, yang pasal SAKTI tu, aku dah lupa nama dia, mungkin tu salah satu perlaksanaan die. Slow2 la kot. Huhu. Well, kalau kita tak menyokong kerajaan kita sendiri, sape lagi kan? Jangan la jadi huru hara macam negara lain. Mintak jauh ler… :doa

25 Fatin Pauzi October 11, 2009 at 10:00 pm

Eh, mungkin tak de kat tempat awak kot. :ejek

26 lobak masin October 12, 2009 at 3:16 am

Alaa.. kalau ckp pasal parti ni dah muak dah nak cakap.. hehehe.. sapa yang ada cable hidup confirm senang.. orang susah tetap susah.. tak kira lah parti apa pun, semua sama… lepas tekak masing2 dulu… memang betul kalau nak senang kena usaha.. tapi macam mana nak usaha kalau bab bisnes jer org yang ada kepentingan di utamakan…. CAKAP TAK SERUPA BIKIN (CTS BN)…

27 Mat Nuat October 12, 2009 at 3:31 am

hahaha…cam iklan je aku dengar…btul jugak cakap fatin 2..sebenarnya memang ada kaum cina india melayu yang berbaik-baik..tapi x banyak…yang banyak pun sebenarnya cuma dalam Iklan…. Surat Kabar lama!!!! apa khabar!!! apa khabar!!! :gelak :gelak :gelak :ketawa

28 Pak Awang October 12, 2009 at 3:51 am

Memang tak patut diwujudkan Islam hadhari
Islam itu sudah cukup cantik
apa yang nak diubahnya lagi……siapa kita nak ubah
yang ada pun tak terikut :marah

29 Pak Awang October 12, 2009 at 3:55 am

Biasala…BN ini kereta tua
kalau direpair macam mana pun tak boleh even overhaul pun
tu yang dah rasuh pun disumbatnya balik :phwitt

30 Pak Awang October 12, 2009 at 3:57 am

Mereka ini yang masih menyokong bulat kerajaan
dah tak kisah
tentang rasuah ker apa
yang penting Melayu mesti dijaga
sampai sekarang pun ekonomi orang melayu macam itu juga
yang kaya bertambah kaya
yang miskin……………(ulang dan smbung) :senyumkambing

31 Pak Awang October 12, 2009 at 3:58 am

SAKTI, apa kebenda tu? :curiga

32 Pak Awang October 12, 2009 at 4:00 am

Haha… :ketawa :gelak iklan turun temurun
biasala…BN itulah modalnya apikan semnagt perkauman
dalam masa sama PM dok sibuk dengan syair satu malaysianya

33 Mat Nuat October 12, 2009 at 4:09 am

parti bn ni dah x bole direpair-repair…2 la sebabnya kerajaan Malaysia perlukan satu pemerintahan baru…sapa lg klau bukan PAS

34 Mat Nuat October 12, 2009 at 4:31 am

-Syair Satu Malaysia Yang Ditelan Waktu-

satu malaysia,
engkau 1 malaysia,
engkau bukan 2,3 atau 4 malaysia

satu malaysia,
rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan

satu malaysia,
rakyat bersatu
negara bertambah maju

satu malaysia,
engkau jangan pergi,
jika PM kami retired lagi

satu malaysia,
engkau omongan saja,
akhirnya tinggal nama

satu malaysia,
masa itu penting,
habis Najib ,naiklah Muhidin

satu malaysia,
engkau akan pergi berlalu,
digantikan dengan slogan baru

:tepuk :ketawa :gelak

amacam?ok x pantun aku.

35 Mat Nuat October 12, 2009 at 4:33 am

aku search ja google dapat menda ni:

Najib lancar parti Makkal Sakti Malaysia…apekebenda nya 2 ..x pernah dengar la plak

36 Pak Awang October 12, 2009 at 8:09 am

Haiya…sudah terang lagi bersuluh
lu pas ka bro
kira kroni la kita :senyumkambing
jom join the club

37 Mat Nuat October 12, 2009 at 8:52 am

Bru tahun ni nak daftar kat SPR..baru ja nak masuk 21…bulan november ni…heheh :senyumkambing

38 HAPIZI84 October 12, 2009 at 9:05 am

Makkal Sakti Malaysia tu satu penubuhan parti politik berteraskan kaum India yang kebanyakan ahlinya terdiri dari pada HINDRAF..Najib nak ambik hati org India kembali sebab dia tahu Org INdia dan Cina tak menyokong kerajaan..

39 HAPIZI84 October 12, 2009 at 9:12 am

Tak salah gunakan slogan tu cuma hanya slogan yg sibuk di canang tapi tiada pendekatan utk pastikan apa yg di harapkan dari slogan tu direalisasikan..Mungkin dengan menubuhkan team F1 Malaysia dah cukup membuktikan 1Malaysia?

Rakyat Malaysia vs F1 Malaysia mana lagi penting?

Mana pergi suntikan dana yg berbillion2 tu pergi?

40 Mat Nuat October 12, 2009 at 9:14 am

hahah…geng2 hindraf pun nak dibelanya? geng hindraf ni memang patut kita perangi habis-habisan…boleh dikira jihad ni..dah duduk negara orang x sedar diri…

41 Mat Nuat October 12, 2009 at 9:18 am

mana perginya slogan “Rakyat Didahulukan”?

F1 MALAYSIA ialah satu pencapaian…so klau diikutkan slogan asal
“Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan”..Pencapaian kan disebut selepas rakyat…so…sepatutnya kerajaan utamakan RAKYAT :joget

42 HAPIZI84 October 12, 2009 at 11:09 am

Pencapaian pun ntah kemana..Dulu najib ckp nak buat KPI(penilaian prestasi) utk semua kementerian..Last2 senyap je..KPI tu ntah mana pergi..

Kan banyak dh rakyat di dahulukan..antaranya kenaikan harga minyak..Rakyat di dahulukan untuk beli minyak yg mahal.. :ketawa

43 Mat Nuat October 12, 2009 at 11:11 am

wah KPI…diri sendiri pun belum dinilai nak menilai prestasi orang lain

44 HAPIZI84 October 12, 2009 at 11:26 am

KPI pun ntah2 jadi mcm slogan 1Malaysia je..Just pada slogan tidak pada perlaksanaan..1Malaysia+KPI=Hanya slogan..:)

45 danzaimar October 12, 2009 at 3:06 pm

bro John, Islam tu ad-din (gaya hidup) dah lengkap dah ISlam tu sebenarnya…tak perlu ditukar atau ditambah..hum… :curiga

46 danzaimar October 12, 2009 at 3:08 pm

betul tu Pak awang..ISlam tu dah lengkap sebagai panduan hidup kita..InsyaAllah kalau kita sentiasa amalkan, kita selamat duni akhirat..amin… :doa

47 danzaimar October 12, 2009 at 3:09 pm

bolehla Mat Nuat mengundi nanti..huhuhu..buatlah pilihan bijak ye??huhuhu :senyumkambing

48 danzaimar October 12, 2009 at 3:13 pm

saya cuba selesaikan…yang miskin bertambah miskin..ye tak pak awang??huhuhu.. :gelak

49 danzaimar October 12, 2009 at 3:16 pm

huhuhu..betul tu John..jangan karang pas rakyat rasa diketepikan, Najib pulak disisihkan..hahahaha..parah Najib… :gelak

50 danzaimar October 12, 2009 at 3:19 pm

Makkhal Sakhti..parti komponen baru dalam BN..dh lebih kurang macam MICla…huhu..khas untuk kaum India…nape??ko nk join ke Mat Nuat?? :ejek

51 danzaimar October 12, 2009 at 3:21 pm

amboi..siap berpantun Mat Nuat!!bakat terpendam la ko ni Mat..huhuuhu..esok boleh reka sajak plak ye tak?? :curiga

52 Mat Nuat October 12, 2009 at 3:35 pm

seriusly aku dulu memang nak jadi penulis novel…tapi dah x da jalan kearah tu nak wat cam na…aku dulu memmang minat create syair/pantun sendiri…Syukurla Allah yang bagi bakat tu kat aku.. :senyum

53 Mat Nuat October 12, 2009 at 3:36 pm

lol…100% aku menolak makkah sakti tu..nanti kena jampi ngan diorang mampus aku..kan diorang ada kuasa sakti la kononya…

54 Mat Nuat October 12, 2009 at 3:39 pm

depa dok kira melayu ja mesti dijaga…habis tu IsLam sapa nak jaga? PAS jugak….

55 Mat Nuat October 12, 2009 at 3:39 pm

Mesti pilihan bijak punyalah….x kan nak ngundi yang suka makan rasuah plak :gila

56 Mat Nuat October 12, 2009 at 3:42 pm

Islam hadhari Islam mengkikut zaman?? sebenarnya Islam yang original pun memang sesuai sepanjang zaman..islam hadari 2 ISlam cetak rompak atau pirate edition

57 HAPIZI84 October 12, 2009 at 3:44 pm

Kau create laa satu novel pasal 1Malaysia Mat Nuat,pastu jual..Mesti laku punya..Tajuk novel tu kau tulis di inspirasikan oleh PM Malaysia..Berebut2 nanti rakyat Malaysia beli.. :senyum

58 HAPIZI84 October 12, 2009 at 3:48 pm

Makin bertambah parti politik makin bercelaru laa nanti..Semua berebut2 nak dapatkan jawatan presiden..Nasib rakyat tak terbela-bela pun.. :senyumkambing ..

59 HAPIZI84 October 12, 2009 at 3:57 pm

Tulah diorg tak fikir betul2.. Dengan Menjadi melayu tak menjamin masuk ke syurga..Sepatutnya penekanan patut di berikan dari sudut Islam..Aku bangga di lahirkan sebagai seorg Islam.. :senyumkambing

60 HAPIZI84 October 12, 2009 at 4:05 pm

Last2 Islam Hadhari hilang mcm tu je..Kabur terus dengan Pak Lah sekali..Kesian Pak Lah,penat pikir nak buat slogan “Islam Hadhari” tu.

61 Mat Nuat October 12, 2009 at 4:11 pm

masa penjajahan british dulu lagi banyak parti ada tambah2 kat sabah ngn sarawak…nama parti pelik2 sungguh

62 Mat Nuat October 12, 2009 at 4:12 pm

hahah..nak cari mampus guna nama PM…nanti silap silap aku kna buang negara…x pun depa tahan aku kat pulau jerjak..x nak aku. :lambai

63 JohnJimat October 12, 2009 at 5:35 pm

tu la, ni klu zaman moden cmni, hukum cmni2.. nanti ble anak cucu kte nanti.. ble tangkap khalwat tah2 diberi amaran je.. yelah mengikut zaman.. :sedih

64 JohnJimat October 12, 2009 at 5:37 pm

betul tu mmg xpatut, hukum Allah da tersedia indah dan adil, nk ubah ape lagi. kte xde kuasa nk ubah. kte ni hanyalah hamba Allah.. :sedih

65 JohnJimat October 12, 2009 at 5:38 pm

mmg setuju bro.. skrng ni nk wt bisnes pun klu ade cabel sng la. nk keja pun kabel… klu xde kabel jgn harap la nk dpt sume tu.. mmg payah la.. :ketawamanja

66 JohnJimat October 12, 2009 at 5:42 pm

betul tu bro.. klu kte lihat skrng bangsa cina makin lame makin kaye sume.. tgk klu dorng bukak kedai ke bisnes ke ape mane de sape nk kacau.. secara haram ke xharam ker, xde pun penguatkuasa nk jejak.. klu ade pun terpkse la tu.. klu org melayu baru je niaga tepi jln da serbu :marah

67 JohnJimat October 12, 2009 at 6:01 pm

klu sami vellu tu turun mungkin sokongan akan bertambah cket kot.. si sami vellu tu xmng kerusi pun pru lps kan?yg siap nangis2 gi kt blkng tu?agaknyer la kot :peace

68 JohnJimat October 12, 2009 at 6:05 pm

mmg bg kte rakyat mesti diutamakan.. tp lain pula halnya dengan penyokong2 bn kerana mereka lebey maukan pembagunan. tgk sendiri klu dlm brita klu interview mesti dorng ckp pembangunan xde, kire klu buat f1 ni mate org tua2 nmpk la malaysia ni membangun da ade F1 da :gelak :gila

69 Mat Nuat October 12, 2009 at 6:11 pm

cina lain bro..depa banyak main no ekor…duit no ekor tu la depa wat bisnes…ada sorang cina cakap sendiri kat kawan saya yang bangsa dia memang ramai penipu….cina 2 kata lagi…”klau u mau berjaya,u kena brani tipu ma”.”klau u x brani,u kena tinggal ma”

70 JohnJimat October 12, 2009 at 6:15 pm

xkisa la no eko ke xde no eko.. tp cube tgk ble cine buat bisnes tp kedai melayu pun ade sebelah ade penguat kuasa nk dtg cek?xde bro.. asl kedai melayu baru bukak ade je dorng serbu..

lagipun bro, no eko ni melayu pun byk main ape :ketawamanja

71 zualliz October 12, 2009 at 6:47 pm

melayu dengki sama melayu..xleh tengok sama bangsa lagi untung, maju..sebab tu report macam2..penguatkuasa datang serbu..pastu cina mesra pelanggan..melayu masam je memanjang..

72 JohnJimat October 12, 2009 at 7:10 pm

ya betul tu bro.. mmg sifat ni xleh nk lari.. org cine ni dlm kroni die mmg die tlg.. xreti die ajar.. klu melayu alahai asik main bom2 je.. :sedih

73 HAPIZI84 October 13, 2009 at 7:07 am

Lepas2 menang kat bagan penang,terus di jaja slogan 1Malaysia..Ada ke patut org2 BN ckp rakyat dah mula terima konsep 1Malaysia ni..Buta betul diorg ni,BN menang bukan pasal 1Malaysia tapi pasal Isa Samad..Yg rakyat terima bukan konsep 1Malaysia tapi hanya slogan sebab hari2 di momokkan di mediamassa.. :curiga

74 danzaimar October 13, 2009 at 4:02 pm

huhuhu..betul tu John…last-last saman je..huhu..pastu mula la segala sosial problem berleluasa..huhuhu..mintak simpangla.. :lambai

75 danzaimar October 13, 2009 at 4:04 pm

betul tu John, sebagai hambaNya yang lemah patutnya kita sentiasa lah muhasabah diri…agar kita sedar kedudukan kita di sisi Nya.. :ejek

76 danzaimar October 13, 2009 at 4:12 pm

huhuuhu..kita tolak pemimpin rasuah..insyaAllah selamat dunia akhirat!!amin… :doa

77 danzaimar October 13, 2009 at 4:14 pm

betul tu bro..Melayu kena tolong sma Melayu..baru Melayu boleh maju..kalau tak tolong sama Melayu, siapa lagi?humm.. :phwitt

78 Mat Nuat October 13, 2009 at 4:39 pm

memang setuju sangat dengn pendapat kau…setengah orang tu kalau tengok link affliate ada referal link..dia sanggup buang nama contoh ref=zainaldogol ….bukan apa dengki sebab takut dia dapat duit.

79 Mat Nuat October 13, 2009 at 4:41 pm

yang paling sedih ialah kes kecurian kabel yang semakin menjadi-jadi terutamnya di taman tempat tinggalku…dah la curi cabel link internet…nak men tenet pun kadang2 x le …waaaaaaaaaa :nangis :nangis :nangis

80 JohnJimat October 13, 2009 at 6:43 pm

oh bgs la klu nk daftar sebagai pengundi.. sy yg 22 ni pun belum mendaftarkan diri lagi haha.. agaknyer ble la nk daftar ni :senyumkambing

81 JohnJimat October 13, 2009 at 6:44 pm

wah teruk tu.. xde rukun tetangga ronda ker? huh camtu susah la nk main tenet.. hhmm agak2 kerja sape yg curi tu?mat pet ka? :curiga

82 JohnJimat October 13, 2009 at 6:48 pm

berkemungkinan akan terkubur, klu kerajaan masih memerintah ble PRU akan datang mungkin slogan ni tidak akan terkubur. tp ble PM undur diri maybe akan terkubur.. maklumla setiap PM mesti ada slogan yg tersendiri :hormat

83 JohnJimat October 13, 2009 at 6:51 pm

betul gak tu Fatin.. klu kte xmenyokong sape lagi nk sokong ye x.. klu kte tak sokong tolak hukum sape lagi nk sokong.. kte jugak la kan :phwitt

84 JohnJimat October 13, 2009 at 6:53 pm

ala bro, biasa la tu.. ble mng sume bende die nk ckp asl boleh celah die celah .. cara dorng cmtu pun kdg2 bole mempengaruhi rakyat terutama yg berada di ‘atas pagar’.. :senyum

85 JohnJimat October 13, 2009 at 7:03 pm

klu saman tu yg susah tu.. xyah da bwk gi balai ke pejabat jais ker, trus je amik borang saman tulis lps tu bg kertas saman tu :ketawa lps tu dorng wt projek blk :phwitt

86 Mat Nuat October 13, 2009 at 7:20 pm

haha..hari ni depa dok wat perhimpunan kat PWTC…dok bangga pasai menang semalam..padahal bukanya PRU… :senyumkambing

87 JohnJimat October 13, 2009 at 8:49 pm

uik ya ka?baru mng had ni da kecoh2 satu malaya.. bangga betui depa ni.. buang duit lagi tu wt jamuan2, duit raye lagi ker :curiga

88 zualliz October 14, 2009 at 3:05 am

hadhari dari ‘hadharah’, bermaksud kemajuan..kalau secara ringkas, Islam Hadhari bererti Islam yang maju..memang masa Pak Lah perkenal Islam Hadhari dulu, ramai yang x setuju, termasuk aku..
sepatutnya kita yang patut pelajari Islam dan sesuaikan diri ngan Islam, bukan Islam yang disesuaikan dengan kita.. :ketawa

89 Daus October 14, 2009 at 3:41 am

Bila perdana menteri baru, mestilah dibuat slogan baru.
Time paklah dulu, slogan Islam Hadhari boleh dilihat dimana2 saja, sekrang zaman Najib, so oNE MaLAYSIA dilaungkan dimana2 je…
Tunggu perdana menteri ketujuh pulak, masih ada x lagi One Malaysia nanti, tunggu jer la…

90 JohnJimat October 15, 2009 at 11:32 am

ye betul tu, ajaran Islam yg sebenar dah lengkap dan cukup indah jika diamalkan.. klu negara mengamalkan ajaran Islam yg betul nescaya negara akan sentiasa aman dan damai hendaknya :hormat

91 nonon October 16, 2009 at 5:04 am

betul tu bro, jika ikut semua ajaran Islam memang akan aman dan damai tapi tak semua yang ikut…so, berlaku la jenayah, murtad dan sebagainya… bukan umat Nabi Muhammad SAW saja yang buat kesalahan, umat lain pun buat juga…tapi yang membezakan semua tu adalah taubat…

92 nonon October 16, 2009 at 5:07 am

ya..tak perlu dibuat istilah baru…islam hadhari la plak… hal ini akan menglirukan ramai orang tambah lagi yang baru nak kenal Islam sepenuhnya… senang citer guna saja nama Islam dan terus sebarkan dakwah supaya orang ramai faham Islam sebenar…

93 nonon October 16, 2009 at 5:14 am

amin…
tapi kadang-kadang terbuat juga kesalahan
walaupun dah tahu itu salah ini salah…
terbuat juga…
itulah manusia
sering lupa
dan perlukan
peringatan sentiasa..

94 nonon October 16, 2009 at 5:19 am

betul tu..
kita kena sentiasa muhasabah diri
tapi muhasabah diri ni jarang dibuat
sepatutnya setiap hari kita
perlu muhasabah..
mungkin terlalu busy dengan hidup
tak ingat nak muhasabah…
biasanya bila ditimpa musibah
barulah kita muhasabah

95 nonon October 16, 2009 at 5:22 am

rasanya kalau nak repair pun ambil masa yang agak lama…
sebab dari akar umbi lagi bn ni ada ‘penyakit’
then berjangkit pula pada kroni-kroni mereka…
dan memang payah untuk ‘berubat’…
sebab ‘penyakit’ ni dan lama…

96 nonon October 16, 2009 at 5:26 am

ini memang kes naye..
dan antara punca kita jalankan hukum qisas…
kalau ada kan senang..
potong je tangan pencuri tu
nanti takde lagi yang berani
nak mencuri…

97 nonon October 16, 2009 at 5:30 am

bangga dan syukur sekali bro…
jangan bangga je tau…
dan ajak sekali kawan-kawan
yang tak kenal Islam sepenuhnya
belajar ilmu agama Islam…
walaupun diorang muslim
tak semestinya diorang ikut
apa yang Islam ajarkan

98 nonon October 16, 2009 at 5:35 am

yer..apa plak PM ke-7 nak laungkan…
macam-macam diorang reka…
kan senang kalau diorang bersatu
laungkan ‘hidup untuk Islam’
or something like that…
maksudnya apa yang berkaitan
dengan Islam la…

99 nonon October 16, 2009 at 5:39 am

itu dah jadi satu kemestian buat diorang…
menang satu pun jadilah
sebab sekarang tengah nazak…
banyak dah kecundang…
kesian diorang…

100 nonon October 16, 2009 at 5:43 am

saya sokong Master G….
Kerajaan yang bagus ialah kerajaan yang sedia menerima teguran dan pandangan rakyatnya dan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya.
p/s: jangan mengaku bahawa kita sentiasa betul, sebab manusia sentiasa buat salah…
cara terbaik amalkan muhasabah baik rakyat dan kerajaan…

101 Mat Nuat October 16, 2009 at 7:23 am

btul jugak tu nononononno ….orang muallaf yang baru ja memeluk Islam akan keliru…Islam mana satu ni?Islam atau Islam hadari..jngn jadi macam agama Kritian plak yang berpecah2… :phwitt

102 Mat Nuat October 16, 2009 at 7:52 am

ahahah..kau x mendaftar lagi ke spr? mengundi tu wajib woo..kalu x undi berdosa sbb kitalah yang menentukan nasib negara…aku pun x daftar lagi..hehhe

103 Mat Nuat October 16, 2009 at 7:54 am

aku rasa slogan perdana menteri ketujuh ialah>>

“Rakyat Dikasihi,Islam Dijunjung tinggi,” sebab masa tu Pas dah kuasai negara… :senyumkambing

104 Mat Nuat October 16, 2009 at 7:55 am

orang tua-tua kita ada berkata:

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

klau dah tua bangka susah nak debentuk lagi,kena insafi diri sendiri dan cuba baiki kelemahan diri..

105 Mat Nuat October 16, 2009 at 7:58 am

ada rukun tetangga..tapi dah jadi cam tangga buruk :gelak

siap tulis signboard kat taman aku:

“Anda telah memasuki kawasan rondaaan polis”

siap letak logo polis ngn logo rukun tetangga…tapi kes kecurian tetap berlaku kat taman aku/….agaknya depa ingat dah bubuh signboard tu x payah ronda lagi kot…aku tengok polis kat taman aku asyik berhenti kat gerai tepi jalan ja…

106 Mat Nuat October 16, 2009 at 8:03 am

selagi hudud dan qisas x dilaksanakan,kerajaan pasti x kan berani laungkan slogan yang berunsurkan Islam…sebab depa sedar depa x buat lagi hukum2 Islam 2…

107 zualliz October 16, 2009 at 3:10 pm

bagus la..aku dah nak 23 tahun, masuk bulan Nov ni pun x daftar lagi :ejek
selamat mengundi (awal sangat la plak..) :phwitt

108 JohnJimat October 16, 2009 at 5:58 pm

eh boleh report tu klu dorng duk lepak x wt keja.. dorng tu curi tulang mase time keje la tu.. haiz makan gaji butakah ? :kejut

109 JohnJimat October 16, 2009 at 6:01 pm

sbrnyer mls nk gi daftar, klu terus undi xpela.. ni nk kene daftar leceh la plak hahaha.. xpela nanti thn dpn daftar :senyumkambing

110 Pak Awang October 18, 2009 at 4:34 am

yang ada pun tak terbuat, kita pulak nak pandai ubah suai ikut sedap anak tekak kita aja. :ejek

111 nonon October 18, 2009 at 6:07 am

itulah dunia akhir zaman…masing-masing cipta rules sendiri dan ikut rules sendiri…itu pasal timbul ajaran sesat….

112 zualliz October 20, 2009 at 7:23 pm

aku daftar pas habis blaja la..tengok bila agak2 PRU seterusnya..
dah daftar, xtau la nak undi ke x..
ikut mood..huhu.. :kacak

113 safar November 6, 2009 at 8:58 am

Sudah nampak sangat meniru Israel.gunalah slogan yang lama.ini nak satu patukan dengan slogan baru.rakyat jadi keliru.

114 fadli December 30, 2009 at 1:11 am

satu malaysia merupkan slogan tetapi tindakan untuk memajukan negara malaysia hanya diambil daripada beberapa aspek sahaja.tidak menyeluruh.Jika satu malaysia melaysia kene perihatin terhadapat semua aspek agama,sosail dan sebagainya.tetapi apa yang dilihat maksiat dan sebagainya masih banyak berlaku,,tiada pendekatan dan masalh ini langsung tidak dibincangkan di parlimen.Malaysia dalam kehancuran,ermmm….bngkitlah dalam menuju kejayaan

115 PERANTAU March 8, 2010 at 4:37 pm

Salam, semoga semua dilimpahi rahmat dan kelembutan ilahi..
wahai saudara2ku layarilah http://majelisrasulullah.org semoga menberi manfaat kepada kalian semua…AMIN

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: