
Cantik sungguh permandangan negeri Sabah. Banyak kawasan “masih dara lagi”.
Baru-baru ini saya mendapat pesanan dari rakan Facebook dari Sabah. Beliau telah meminta saya menulis satu artikel berita harian berkenaan satu perjanjian yang agak asing bagi kita dari Semenanjung, tetapi sangat dekat untuk rakyat Sabah sebenarnya. Ia dinamakan perjanjian Perkara 20 Sabah. Apa yang anda tahu berkenaan dengan Perkara 20 Sabah. Mungkin info ringkas ini boleh membantu anda :
Sabah & Sarawak pada awalnya tidak menyertai Malaysia. Terbentuknya Malaysia yang pada masa itu terdiri Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dengan wujudnya perjanjian iaitu Perkara 20 yang merupakan satu syarat Sabah ketika menyertai Malaysia. Manakala Perkara 18 pula adalah untuk negeri Sarawak.
Sekarang ini ada tangan-tangan yang mendesak kandungan Perkara 20 Sabah perlu diubah tetapi dalam pada masa yang sama orang-orang Sabah menuntut supaya setiap satu kandungan yang terdapat dalam perjanjian tersebut dituruti dan dilaksanakan. Itu kehendak mereka sebenarnya. Lagipun setahu saya walau apapun yang berlaku, Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa untuk mengkaji balik Perkara 20 Sabah. Ini kerana sebarang semakan bagi perjanjian ini adalah hak mutlak rakyat negeri Sabah walaupun terdapat banyak gesaan agar perjanjian ini dikaji balik.

Tapi bak kata orang sabah, sudah lapuk bah. Mereka sebenarnya sudah penat menunggu dan terus menunggu hak yang sepatutnya mereka perolehi ke atas hasil bumi sendiri. Sebenarnya kita yang duduk di semenanjung mungkin tidak terasa dengan situasi yang dialami oleh rakyat negeri Sabah begitu juga Sarawak. Mana tidaknya, pernahkah kita dimomokkan dengan berita harian dan isu seperti ini di kaca televisyen mahupun media cetak tempatan?
Siapa yang tidak tahu antara negeri di Malaysia, Sabah & Sarawak merupakan negeri yang mempunyai simpanan minyak yang terbesar di Malaysia. Umpama permata yang jadi isu rebutan seluruh dunia. Tetapi sayang sekali, kekayaan yang mereka sepatutnya kecapi hanyalah omongan dan siulan di bibir kita semua. Dalilnya? Negeri inilah Sabah & Sarawak yang menjadi antara negeri termiskin di Malaysia dan mereka hanya diberikan 5% royalti minyak berbanding keluasan yang ada pada negeri Sabah contohnya.
=> Anda boleh membaca Perjanjian Perkara 20 Sabah untuk tahu lebih lanjut apa yang terkandung di dalamnya.

Siapa yang tidak kecewa dek kerana telah membayar “harga yang mahal ” untuk menjadi sebahagian daripada kita, negara Malaysia. Itu antara luahan mereka yang sangat kecewa dengan tindakan kerajaan yang menganaktirikan Sabah & Sarawak. Kekayaan yang pada asalnya patut dimilki oleh Sabah sahaja, belum termasuk Sarawak lagi, tidak perlu dipersoalkan lagi. Belum sentuh kekayaan minyak mereka lagi. Hasil simpanan balak mereka sahaja, kalau diuruskan “dengan betul” bernilai berbilion ringgit. Tetapi, apa yang mereka terima sekarang ini? Mungkin itu sebabnya rakan Facebook atau lebih tepat lagi rakyat Sabah & Sarawak yang lain merasa sangat terkilan lantas meminta saya memuatkan isu ini di laman BeritaSemasa.com

Bung Mokthar, Ahli Parlimen Kinabatangan yang pernah membawakan isu Sabah semasa berucap di parlimen, berkata :
Seolah-olah kita rakyat borneo seperti bangun dari tidur walaupun tahu hari sudah siang.
P/S : Rasanya orang Sabah di bahagian pedalaman tidak perlukan projek mega-mega. Kerana yang pentingnya kemudahan asas mereka perlu disediakan terlebih dahulu. Sampaikan sekarang ini, sudah berpuluh tahun kita merdeka, banyak kawasan Sabah tidak mempunyai kemudahan jalanraya, elektrik, air yang bersih dan kemudahan kesihatan. Itu lebih penting.
PP/S : Jadi kepada rakyat Sabah & Sarawak, ayuh, saya buka ruang luas untuk anda kongsikan pendapat dan pandangan anda sendiri yang sememangnya sudah sebati dengan perjanjian yang termasktub lebih 45 tahun lamanya. Sekurang-kurangnya kami di sini, orang-orang Semenanjung lebih tahu perkara situasi sebenar anda di sana.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [SEMAK] Isu Masalah Elektrik Negeri Sabah!!
- Kesudahan Isu Perjanjian Air Malaysia Singapura?
- [Pelik] Indonesia Bercadang Buka Sekolah Di Sabah, Tapi…
- Akhbar Mingguan Malaysia Ahad VS Perjanjian Asal Akta Kemajuan Petroleum 1974
- [VIDEO] Respon Perdana Menteri di Parlimen, Isu Royalti Minyak Kelantan
- Isu Royalti Petroleum Kelantan, Tengku Faris Minta Petronas Bayar


{ 2 trackbacks }
{ 51 comments… read them below or add one }
p/s: adakah ini 1Malaysia?
perjanjian pertama:
Perjanjian 1: Religion
While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo
semua orang nak kehidupan yang lengkap.. :merajuk
(pening nak baca. dalam English semuanya
)
ayat pedas gak tu..
tapi tu la hakikatnya…
bila time mengundi mula tabur duit
mata rakyat jadi kabur
nak pilih siapa..
erm…takbaik2
orang sabah ini cukup pantang kita rampas tanah mereka
tapi projek asss pun takde , untuk negara membngun spt malaysia
tapi itulah yang paling banyak berlkau di sana…….
walaupun kurang terpelajar, tapi mereka ada maruah dan hak
yela…mana taknya orang sabah sarawak penyokong terbesar BN. Kalau mereka tak terus menyokong, memang tinggal pusarala…B end lepas ini. Ada sape nak tambah
aku mmg lemah sikit
kalau master g dapat translate, lagi cun
niat di hati teringin nak baca
ooopps…..baru perasan
ramai gak geng PR kat sini, mana orang umno ni?
munkin pembangkang leh amik peluang ni nk menang. sape tau, kalau ade rezki..
paling xpuas hati pasal isu minyak ni. benda mcm royalti ni patut jelas. mcm kes kt tganu dulu same gak. duit punya pasal, rakyat dibelakangkn.
skrng ni yg gi pancing undi puteri umno je ni ha.. nyampah klu dorng ade mase pilihan raye, mulut tu bising dok ngata2 je.. cam da xde malu sbg sorng perempuan..
bila tengok ayat panjang2, dalam BI lak tu, mula pening + blur + x faham + malas baca..
master G xleh tolong translate kan ke?
tak mau lagi yang lama..
banyak penyakit diorang ni…
kena ambil yang bersih…
barulah negara pun bersih..ahaha(ayat sastera skit)..
fikir-fikirkan lah
jangan takut membela nasib sendiri
jika mereka di pihak yang betul
akan ada yang akan membantu..
cuma perlu bertindak
jangan buat diorang marah…nahas nanti
bila datang musim pilihanraya…
tapi tak sampai sebulan la
kasih sayang diberikan…
habis pru maka hancus…
kena tunggu pru akan datang lak
mungkin diorang ada strategi kot…
erm…apa pun kita tunggu pru akan datang…
memang hot lah.
kalau dapat pun tak penuh pun..
orang tengah dah ambil bahagian..
orang tengah lak bukan 1,2…
kadang-kadang sampai 4,5..
bergantung pada projek
tapi..walaupun mereka tahu hukumnya, tetap juga nak buat ikut nafsu sendiri…tak mau fikir panjang…
(PMR dapat C, SPM dapat D..camna nak faham..
)
Apa namanya, aku dah lupa pulak
senyap aja sekarang projek juta-juta pak lah
baru satu menang itupun
yang undi orang kuat diorang…
yang sokong pada rasuah…
tak patut diorang undi orang
yang dah makan rasuah ni
asalkan hukum Islam dijalankan
jangan abai hukum hakam nie..
sebab apa-apa terjadi kehendak Allah SWT
kita tak boleh control semua tu..
rehatkan dia cari jawatan selama beberapa bulan
atau tempoh yang sesuai..
bila dah ’sedar’..baru kita bagi dia memerintah semula..
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.