[HOT] CEO Iskandar Malaysia Letak Jawatan?

by Admin [ Master G ] on October 25, 2009

in Persoalan Masyarakat

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Adakah benar berita harian yang kami dengar, di mana CEO Iskandar Malaysia akan meletakkan jawatan. Jika ya, beliau adalah merupakan CEO Iskandar Malaysia yang kedua meletakkan jawatan selepas yang dilakukan Datuk Ikmal Hijjaz sebelum ini. Super mega projek ini diwujudkan bertujuan untuk membina bandar metropolitan bertaraf antarabangsa yang telah mula dilancarkan pada tahun 2006.

Apakah yang berlaku sekarang ini? Diharap Khazanah Nasional dapat memilih CEO yang benar-benar mampu buat kerja dan “berhadapan dengan tekanan”.

Lagipun lagi pun sekali pandang dan pemerhatian dibuat pembangunan di Iskandar Malaysia, perumahan di sana diletakkan pada harga yang sangat tinggi setanding dengan status dan kedudukan di bandar metropolitan bertaraf antarabangsa.  Jikalau yang orang Johor terutamanya berpendapatan rendah, hanya boleh memandang sahaja dan menepuk  tangan sahaja tanda “kebanggaan” dengan  pembangunan yang ada.

Sesetengahnya, Singaporeans make up harga sehingga 90 peratus, tinggi bukan? Lagipun orang Singapore memang suka membeli property di Johor Bahru sebagai “retirement homes” atau “holiday homes”. Bayangkan dengan keluasan bagi projek Iskandar Malaysia yang sedang berjalan ketika ini iaitu sekitar  2,217 sq km. Tiga kali lebih besar dari saiz Singapore. Berbillion ringgit akan dibelanjakan dalam tempoh 20 tahun akan datang. Cuma satu sahaja, diharap projek ini tidak dijadikan gajah putih. Kita, rakyat Malaysia bukannya niat menghentam semata. Sebab pernah terjadi kerajaan kerugian berbilion ringgit untuk projek yang ain. Kita tidak mahu pisang bebruah dua kali ini.

Iskandar Malaysia merupakan projek mega yang bertaraf antarabangsa yang mampu membawakan FDI daripada pelabur antarabangsa  ke projek ini.  Diharap  selepas ini pilihlah the best brain, the best Malaysian untuk dilantik sebagai CEO Iskandar Malaysia. Yang pentingnya tidak menjadi pak turut sahaja. Mesti berani dan yang paling penting projek  Iskandar Malaysia tidak terikat dengan unsur-unsur politik.

Lihat apa yang jadi kepada Multimedia Super Corridor(MSC) ibarat hidup segan mati tak mahu, selepas Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan. Cyberjaya tahun 2003 lebih kurang sama sahaja dengan Cyberjaya 2009. Ada juga, tambah an beberapa bangunan lain, tetapi masih jauh daripada sasaran awalnya.

P/S : Kapitan ramai tak pe lagi, kalau semua satu arah. Tapi dibimbangkan jika kapitan itu ada “bermacam-macam citarasa dan tujuan, arah kapal pun entah ke mana.

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Samy Vellu Diambang Meletak Jawatan ?
  2. [DEDAH] Era Pemerintahan Mahathir Mohamad, Malaysia Rugi RM100 Billion!!
  3. (Gambar) Insiden Letak Kepala Babi di Masjid-masjid, Malaysia. BIADAP!!


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 5 comments… read them below or add one }

1 JohnJimat October 25, 2009 at 9:21 pm

macam merugikan je projek iskandar malaysia ni.. klu betul la ceo skrng ni meletak jawatan, mesti timbul persoalan kenape sampai 2 kali ceo meletakkan jawatan, ni mungkin sbb tekanan yg xdpt diterima semasa nk handle projek mega ni.. just my 2 cent :peace

2 danzaimar October 26, 2009 at 1:41 am

betul cam john cakap..mesti ada perkara disebalik ni yang menyebabkan sampai 2 CEO letak jawatan.. :curiga

3 Pak Awang October 26, 2009 at 4:53 am

Ini tak lain tak bukan
banyak sangat campur tangan politik
orang profesional macam mereka
mana suka keja mereka selalu kena kacau

4 zualliz October 31, 2009 at 5:36 pm

maybe betul cam john jimat & pak awang cakap..
harga rumah kat sana mesti ada campur tangan orang politik..ye la, bab duit kan? orang bisnes mana suka..
lagi 1, pemimpin sekarang patut teruskan visi dan apa yang telah dilakukan oleh pemimpin dulu..baru x tergendala apa yang dah dilaksanakan..
kalau x..banyak visi, tapi lagi banyak yang gagal.. :merajuk

5 safar November 5, 2009 at 1:14 pm

Sipa suka pisang berbuah dua kali.kalau nak letak jawatan.tunggulah semua urusan diselesaikan.macam nak lepas tangan je.

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: