
Seperti dalam artikel sebelum, saya ada mengeluarkan artikel yang mana terdapat desas desus kenaikan harga gula. Dan sekarang ini, ia sudah pun menjadi realiti yang mana untuk tahun baru 2010 ini, kerajaan telah pun mengambil keputusan untuk menaikkan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram bermula 12 tengah malam tadi.
Ini bermaknanya harga terkini gula adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak. Sebab? Katanya ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia. Ini antara alasan yang diberikan oleh kerajanĀ Mungkinkah harga kuih-kuih tradisional di Malaysia, makanan dan minuman di kedai akan juga mengalami kenaikan harga?

Yang bagusnya, rakyat Malaysia mungkin boleh mengurangkan kadar penggunaan gula dalam kehidupan seharian. Kenaikan harga gula ini juga bersama-sama dengan kenaikan harga rokok. Dahla mahal, penyakit pula dapat bila pengambilan tidak dikawal. Semuanya pilihan ditangan pengguna iaitu rakyat Malaysia sendiri.
P/S : Bilangan rakyat Malaysia yang mengidap penyakit kencing manis mungkin akan berkurang, maklumla, harga gula dah tak macam dulu. Agak-agak selepas ini barang apa lagi yang naik ye? Sama-sama kita nantikan…..
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [TERKINI] Harga Gula Malaysia Akan Naik Tidak Lama Lagi?
- [BERHENTILAH] Harga Rokok Naik 30 Hingga 40 sen
- [HOT] Harga Minyak Naik Tahun Depan Ikut Harga Pasaran Dunia!!
- Malaysia Bakal Naik Harga Minyak RON 97
- [HATI-HATI] Harga Barang Naik !! Ada Cadangan?
- (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik?


{ 6 comments… read them below or add one }
1.Penyakit akan jauh
2.Sukar untuk memasak sebab gula dah naik.Ada yang miskin dan ada yang kaya,fikir2 kan la.
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.