Sekarang ini kerajaan melalui Kemnterian Kesihatan Malaysia sudah pun menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok hanya bermula pada paras harga RM7 sejak 1 September 2012 dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket selepas mereka menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. Dan ini hasilnya….
Harga Rokok Naik 2012 : Apa Matlamat Kerajaan Dengan Dasar Terbaru Ini?
- mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutama oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah
- membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.
Apa yang kita boleh lihat di sini setiap kali kerajaan mahu bercerita mengenai usaha mereka membendung gejala merokok yang berlebihan dalam masyarakat negara ini, caranya….hanyalah naik, naik dan menaikkan lagi harga rokok di Malaysia. Selesai masalah? Inilah antara alasan yang acapkali digunakan bagi mengurangkan bilangan perokok di negara kita. Terus terang kami katakan, kami tidak pernah merasakan yang sebenarnya kerajaan ikhlas dalam usaha membendung gejala merokok di Malaysia.
Kenapa kami katakan begitu? Ini kerana walaupun alasan untuk mengurangkan bilangan perokok digunakan apabila kerajaan mahu menaikkan harga rokok di Malaysia, tetapi hakikat yang perlu diterima sebenarnya faedahnya masih banyak berbalik kepada kerajaan dengan mengenakan cukai tinggi dalam industri ini. Dan kami sama sekali tidak menafikan jikalau mahu mengenaikan cukai kepada perokok, silakan tetapi ini bukanlah langkah yang terbaik untuk mengatasi permasalahan ini.
- Adakah dengan menaikkan cukai bakal mengurangkan bilangan perokok di Malaysia? Benarkah?
- Adakah selama ini cukai kereta dinaikkan sangat tinggi di Malaysia disebabkan mahu mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan raya dengan harapan lebih ramai rakyat Malaysia menggunapakai perkhidmatan awam ke tempat kerja contohnya? Tetapi hakikatnya apa yang berlaku sekarang ini?
Mengenakan cukai tinggi bukanlah penyelesaian yang terbaik. Apa yang kami perhatikan trend ini dah berulangkali terjadi. Walaupun ada yang mengatakan mahu berhenti merokok disebabkan harga naik, berapa ramai yang berjaya? 1 bulan? 2 bulan? Atau……..??
Hakikatnya hari ini walaupun harga naik tinggi mana sekalipun, akan muncul akhirnya perokok lain. Manakala perokok tegar pula akan mencari jalan alternatif lain untuk mendapatkan bekalan pada harga yang berpatutan termasuklah mendapatkan rokok seludup. Akhirnya permasalahan ini tidak ada kesudahannya. Pimai Pimai Tang Tu juga. Dan langkah kerajaan mengawal bilangan perokok di Malaysia sangat tidak tepat….
Harga Rokok Naik 2012 : Tidak Tepat!! Kenapa?
- Sebabnya mudah sahaja. Hari ini bekalan rokok boleh dapat dengan mudah. Perokok boleh dapatkan di mana sahaja. Kalau anda nak beli susu anak? Kena pergi ke farmasi, pasaraya besar. Rokok semua orang jual. Di atas rak, di dalam laci mereka. Persoalannya apa yang kerajaan boleh lakukan dalam membendung gejala ini? Cadangan kami adalah dnegan cara menghadkan penjualan rokok pada tempat-tempat tertentu sahaja. Mengapa tidak? Mustahil? Jikalau arak boleh dilaksanakan undang-undang ini, rokok pun boleh.
- Menghadkan penjualan 20 batang minimum membuatkan kalangan perokok yang ada di sini ketawa terbahak-bahak. Mengapa? Sebenarnya ada 2 perkara atau masalah sahaja yang membuatkan perokok akan menjadi takut adan cemas. Pertama, bekalan rokok habis ditangan mereka. Kedua, rokok ada tetapi lighter pula hilang. Datang pula idea pelaksanaan kerajaan meletekkan had penjualan dinaikkan kepada 20 batang rokok sekali beli. Apa akan jadi kepada perokok ini? Bekalan mereka sentiasa cukup untuk sehari contohnya. Sedangkan kalau dilihatkan tabiat perokok ini mudah sahaja, selagi rokok ada ditangan mereka selagi itulah mereka akan terus menghisap rokok.
- Selama ini kerajaan merasakan dengan menghadkan iklan-iklan rokok di kaca televisyen dan media-media massa yang lain, kempen mengurangkan bilangan perokok telah berjaya. Benarkah? Cuba turun dan perhatikan di tempat kalangan ramai perokok melepak. Contohnya di kedai makan dan juga kedai runcit. Almari yang paling besar dan paling cantik itulah adalah rak jualan rokok. Siap ada poster, ada gambar koboi, ada gambar gunung dan slogan yang membuatkan rasa cool merokok. Cadangan kami buatkan akta supaya display-display seperti itu dihapuskan. Berani?
Jikalau kita menjenguk apa yang kerajaan negara lain telah lakukan sekarang ini termasuklah kerajaan Australia di mana mereka baru sahaja meluluskan akta yang memaksa semua pengeluar rokok menggunakan kotak standard yang sangat generik dan tidak menarik perhatian langsung kepada bakal pembeli rokok.
Langkah ini amat ditentang oleh pengeluar rokok kerana dengan penggunaan warna yang sama pada semua kotak rokok, menyukarkan langkah pemasaran jenama rokok dapat dilakukan dan ketika ini sedang dibantah keras.
Tetapi sebenarnya itu adalah langkah berani yang diambil oleh kerajaan Australia dan sepatutnya dapat dicontohi oleh kerajaan kita Malaysia. Persoalannya sekarang ini adakah kerajaan berani menanggung risiko syarikat-syarikat pengeluar rokok tutup kilang di Malaysia dan bukak kilang di tempat lain?
Itu adalah sesuatu yang kami rasa kerajaan perlu beranikan diri untuk lawan dan tidak perlu takut kepada perminataan syarikat-syarikat ini kerana kita semua sedia maklum, kesihatan rakyat jauh lebih penting berbanding kutipan cukai. Apa pandangan perokok dn pembaca Berita Semasa semua? Ada cadangan daripada anda?



{ 97 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
aahhh tipu je sume neh..krajaan penipu..klu x djual nye rokok kat m”sia neh,ekonomi down aa plak nnti..sumber utama tuh kan..ahahahah!!!
*yg dmaksud kn adalah ekonomi kroni2 Be End lar..kah kah kah!!
haaa baru jer aku buat entry KEBAIKAN MEROKOK BAIK BACA….
dalam buruk ada baik jugak ehh ..eheheheh
emmm semua negara mengalamai masaalah yang sama
Kalau naik susah juga…. nak berhenti hati masih belum mahu… mahyal-mahallah, rokok seludup kan banyak!!
buat macam Singapore je.. satu kotak 20 DOLLAR.. tengok ko hisap semput ke tak..
brapa ramai yg mati, lumpuh, cacat, hilang upaya di usia muda kerana merokok di banding dgn penunggang motosikal..? patut motosikal di letakkan pelekat “Amaran Menunggang Motosikal Membahayakan Diri”- kena faham penghisap rokok bukan orang kaya..itu saja nikmat bagi mereka..biarkanlah begitu saja..klau ia bahaya Haramkan saja..mcm Nakotik lain..No import No Tanam No Jual..siapa berani keluarkan gazzete..
aku dapat rasakan bila Pakatan haram memerintah negara nanti
arak dan penjualan rokok makin berleluasa
mesti punya, inikan core bisnes Cina DAP dalam usaha memusnahkan bangsa Melayu nnt
Jangan salahkan bangsa lain, dalam Al Quran telah tertera… sesatu bangsa itu sahaja yang dapat mengubah bangsa itu.. Teruknya kita adalah sebab kita, bukan sebab orang lain. Jika kita masuk neraka pun sebab kita, bukan sebab orang lain. Nah tak gitu, yang abik rokok pun tangan kita… masakan tangan orang lain.
btol semua bangsa ada buat salah tp jgn lah kita gaduh2 sesama bangsa..
yalah….
Aik, melayu hisap rokok hang salahkan cina? Apa pasai? Ada cina tu paksa hang hisap rokok? Ada dia letak senapang paksa hang beli rokok? Ada depa ugut anak2 hang suruh depa isap rokok? Pikir la dulu kawan sebelum hang bagi pendapat hang yang tak bernas tu. Awat orang melayu takdak syer ka dalam syarikat rokok, dalam mengiklankan rokok, dalam mengedarkan rokok, dalam menjual rokok? Pikir2kanlah… Jangan hina bangsa lain kalau tak mau bangsa sendiri dihina…
bab rokok ni, elok la naik. biaq org pembangkang ketaq lutut x dapat merokok. kerajaan buat kempen baik pun nak dibangkang.
hairan aku, ada jugak bodoh yang percayakononnya harga rumah terlalu mahal. nak terpengaruh agenda pembangkang agak2 la. dah naik gaji, belajar la bersyukur. mana ikrar setia pada negara? jangan derhaka pada pemimpin. apa2pon saya amat bangga dengan pejuang Islam yang berjihad semasa Anwar nak bagi tazkirah di masjid Kedah baru2 ni. seoarang pemimpin yang baik takkan masuk masjid untuk berpolitik
HANYA MAMPU TERSENYUM TANPA DAPAT BERKATA APA2 LG…KEBODOHAN YG JELAS NYATA…HAHAHA
ko ni mansor…pendapat ko ni memalukan org2 umno jer lah !
siapa pun merokok…! apa bangsa dan keturunan pun merokok..!
pasal apa pasal merokok pun ko nak sebut pasal bangsa plak…! carilah alasan yg logik..!
jangan tunjukkan kedungguan ko tu ! nanti marah plak jamil baharom tu !
Saya cadangkan agar rokok hanya dijual di kelinik2 kerajaan/hospital selepas mendapat prekpsi dari doktor agar perokok yang hanya betul2 ‘layak’ sahaja yang boleh beli…ini akan menjadikan perokok merasa malu untuk membeli sebab, setiap kali nak beli kena dengar ‘ceramah’ terlebih dahulu dari doktor.
inilah cadangan paling lawak yang pernah didengar
klu doktor pun merokok….sama2 la berkokok
ustaz pun merokok.. he3
dah terang2 rokok tu haram.. kan dah keluar fatwa rokok tu haram..
kenapa tak dilaksanakan.. ??
kalo orang islam beli dan hisap rokok memang dah boleh tangkap dah..
wat macam arak dan judi tu ha.. tak de la orang islam nak beli..
setakat naik harga macam ni.. orang still sama je merokok.. naik la sampai RM20 sekalipun.. tetap ada yang beli.. no point..
Bang, jika dikuatkuasa fatwa org islam hisap rokok kena tangkap alamatnya pilihanraya nanti kita tengok sapa yang kalah. Krj tak akan berani keluar fatwa kalau tidak menyebelahi mereka, walaupun fatwa itu dikeluarkan oleh para ulama. Sebenarnya semua parti politik yg ada sekarang hanya guna ulama untuk kepentingan politik bukan untuk agama, ulama pula tak berani nak lawan dan akhirnya jadilah ulama seperti ular dalam semak yang akhirnya mati begitu sahaja tanpa sebarang sumbangan untuk agama sendiri. Perkara yg wajar adalah haramkan rokok di Malaysia seperti mana krj mengharamkan najis dadah. Kepada pengimport, penjual dan pengguna gunakan akta najis dadah (hukuman mati mandatori). Jika najis dadah, membunuh hanya org yang memang nak mati tetapi rokok membunuh org yg nak hidup hingga mati secara senyap (itu lebih bahaya). Fikirkanlah
dadah haram pn masih ramai yg isap dadah..
aii…pasal rokok pun ko nak politikkan..?
hukum gantung pasal dadah pun org tak hiraukan..inikan plak hanya rokok….!
jual lah harga berapa pun..pecandu2 rokok tetap akan beusaha utk membelinya…!
ini semua pada hati dan sikap…
kalau btol2 ikhlas nak membasmi atau mengurangkannya sebenarnya hal ni dah lama bleh buat..!
tapi kalau wang dan kuasa menguasai diri..hal2 baik biasanya ditolak tepi…
bagi kes ini ada pro dan kontra nyerr. cntohnyerr cukai yang dikenakan itu boleh digunakan utk membeli ubat utk perokok-perokok ini kembali.. kontra nyerr plak ini bukan cara terbaik utk menhentikan perbuatan merokok ini. pendapat sye plak kita gunakan hasil cukai rokok ini utk diberikan subsidi kepada ubat-ubat berhenti merokok spt, niquitin, rokok elektrik dan sbginyerr.. ramai yg cbe b’enti merokok tpi pyah jdi nilah jlan t’baik utk bantu mereka yg mahu berubah..
isikan jer mercun bola dalam batang2 rokok tu..!
mungkin lepas tu ramai perokok termasuk saya akan berhati2 bila nak merokok ! kih kih
Mansor ni mulut tak jaga langsong…apa sekarang ni arak dan rokok serta maksiat tak beleluasa ke…ko buat maksiat tak sedar diri…mulut macam longkang dan jamban…prajudis orang lain..keluarga sendiri tak terurus nak mengata pemimpin pulak..ini jenis bukan maknusia kata P.Ramle..spesis kot
Apa la korang ni..nk naik harga pn salah ka. Mmg aku bukan seorang perokok tp itulah salah satu cara nk kurangkan perokok dari terus membeli rokok. biar naik tinggi pn x apa cukai rokok ni, sekurang2nya dpt jg kita kurangkn % perokok2 ni.
Satu yg paling aku x suka adalah asap rokok yg boleh jejaskan kesihatan selain baunya yg sangat kuat..
Renung2kan..
saya sangat bersetuju dengan artikel di atas.
Niat kononnya untuk menggalakkan rakyat berhenti hanyalah topeng semata-mata
Aku rasa penjawat awam pasti sokong harga cukai rokok naik, sebab kalau cukai naik pendapatan negara bertambah… bila dah bertambah dapat la mereka bonos raya setengah bulan yabedabedu
emmm ok lah jwpn tu.. he3
aku tak pernah pun dengar berita orang yang merokok di tempat terlarang di didenda@ditangkap pihak berkuasa.. penguatkuasaan je dah lemah, yang lain lagi la x jalan.. sebab tu la sampah banyak bersepah..
TAK SAMPAI HATI NAK KELUARKAN DENDA SEBAB YG NAK MENDENDA PUN PEROKOK..!
DIA TAU BETAPA SYAHDU NYA BILA SEDUT ASAP ROKOK..!
DIA JUGA TAU APA BAHANA NYE JIKA PUTUS ROKOK !
NAK DENDA CAMANE..?
NAFAS DIA PUN BAU ROKOK..!
DALAM POKET DIA PUN ADA ROKOK..!
Letih aku baca komen korg ni..cuba la pandang 1 isu tu secara menyeluruh..mende ni bukan psl isu politik. Pokok pangkalnya dari individu tu sendiri. Sikap dan kehendak org utk mengubah sesuatu. Namun pihak kerajaan mmg seharusnya buat tindakan lebih drastik bukan setakat naikkan harga. orang kalo dh ketagih, letak harga rm100 sekotak pon beli jugak. Better larang dari diimport.
kalau harga tinggi mmby makin banyak lah rokok2 seludup… kalu rendah ramai pulak yg jdi penghisap rkok.. susah2
tiru mcm saya..suke isap cerut,rokok paip dan sisha..x bahaye kn ksihatan..kah kah kah!!
Buku mana kau baca kata hisap cerut, sisha dsb. tak merosakkan kesihatan?
buku lima…kah kah kah
aku pk … sebab byk lambakan rokok tiruan/seludup kat m’sia nih ….
kalau naikkan sekotak rokok harganya dalam RM20 pun , si perokok pun tak amik kisah sebab ada rokok tiruan/seludup … ada beza ka ???
penguatkuasaan lemah !!!
mmg diakui penguatkuasaan lemah.sbbnya kerajaan terlalu manjakan rakyat.jd rakyat naik lemak..
xpayah nk haramkan rokok la.tgk mercun tu.walaupun haram,masih ramai main mercun.tu pn msim perayaan skali dua je sthun..hampir setiap rumah melayu dan cina main mercun musim raya..nk kerajaan tegas ke?ramai yg masuk lokap.kesian..kerajaan gak kena hentam klu tegas sgt..rakyat yg patutnya ikut arahan kerajaan,klu dah haram tu jgn la buat…
nk haramkan rokok pula?xpayah la…naikkan harga dah cukup baik tu..
Sebagai perokok tegar, aku rasa kalau naikkan harga rokok Rm1-RM2 je, macam tak tercapai je matlamat untuk kurangkan perokok dengan cara naikkan harga rokok ni. Sebab perokok rasa masih mampu lagi membeli rokok dengan penambahan hanya Rm1-RM2 je.
Kurang-kurang, kalau nak naikkan, naikkan lah RM10-RM20 dari harga asal terus.
aku perokok tegar…
aku dah mula nak tanam beberapa pokok tembakau kat belakang rumah akau….
aku nak buat stok…!
buat persiapan sebab mana lah tau kalau kalau pemerintah bn akan insaf dan akan haramkan terus impot tembakau dan rokok…!
jadi tembakau yg aku akan tanam sebagai persediaan jika tiada penjualan rokok…!
isap lah apa pon…tak salah jangan isap anu dalam botol sudah….kalo tak ada orang isap rokok tak dapat kutip cukai tinggi..kalo tak arak tak dapat kutip cukai tinggi..kalo tak ada kedai judi tak dapat kutip cukai tinggi…nanti nak bagi frim, brim, trim,merim,krim,drim, mrim.flim,polim,tak ada duit pulak nak bagi rakyat…korang bukan tak tahu…kerajaan kita kayaraya…
btol2
aku bukan perokok.tp abg2 aku dah berenti merokok.kwn2 pn ada gak yg berenti merokok..sebabnya yg utama HARGA MAHAL.selain tu sbb kesihatan dan family..yg xberenti merokok tu sbb gaji besar..so,pd pendapat aku harga rokok tinggi boleh kurangkan bilangan perokok tegar.setiap kali harga naik skurg2nya 20% akn cuba berenti dan 10% akn dpt berenti terus..
yg terus merokok ni org kaya je..xkacau org pendapatan kecil yg xmampu merokok.biar mrk terus merokok dan dpt penyakit.kerajaan dpt cukai dr perbelanjaan org kaya,xkacau duit org pendapatan rendah..
setuju harga dinaikkan.lg tinggi lg bagus.
persoalan;
1. undang2 kawalan merokok, berapa org dah kena denda dan berapa byk dah kutip? duit yg dah dikutip tu nak buat apa?
2. dah fatwa haram, tp napa gov hanya haramkan penjualan kpd budak2 kecik jer? rasanya fatwa tu x cakap haram utk budak bawah 18 tahun nrasanya.
3. naik harga, bagus & x bagus. bagus sbb org pikir byk kali sblm bakar duit termasuk bini & anak2. akhirnya dgn sendiri dia berenti. tp katakan tahun depan gaji dia naik tp anak x tambah, bukan ke dah ada duit lebih utk joli rokok? rokok balik la dia. x bagus sbb yg ketagih kronik tu buat apa pun x jalan nyer..akhirnya bo sebabkan rumahtangga runtuh. cuba check ngan majlis agama, dlm reramai pasangan yg bercerai..berapa ramai laki dia x merokok?
solat jap…nanti sambung lagi.
4.
soalnya berlambak rokok tak bercukai yg dijual lingkungan RM 2.50 sekotak 20 batang.
buat cam spore, setiap batang print label cukai sudah dibayar. sesiapa yg hisap rokok tanpa cukai, cekup dan sumbat dalam lokap.
simpan 3 hari pastu lepaskan. tengok, mesti ramai yang tak berani nak isap rokok seludup lagi.
Persoalan gak…dr mana datang rokok x bercukai ni? Rokok tiruan? Selalu lalu tiruan (macam CD ke windows ke) mesti company tu cepat2 ambik tindakannya. Tp ni diam jer. Nak tau? Sykt rokok tu sendiri yg seludup untung pun msh dpt kat depa gak.
4. Korang pernah tgk ceo & pemegang saham terbesar dalam Sykt rokok? Huh….kurang mesti paham kalu dah tgk nanti. Dpt aku simpulkan gomen skang ni buat undang2 bak lepaskan betuk ditangga. Kalu x ambik tindakan langsung Kam x buat keje…lagi pun…naikkan harga rokok ni yg sengsara perokok…yg ada niat nak berenti dah bo mulakan. Tp yg untung company rokok & exec. P.s diorg ni ada bau2 bacang ngan gomen gak.
Merokok haram, jual rokok haram, buat rokok haram
blogger2 hisap rokok…
pak imam pun hisap rokok…
Cukai tinggi pun dapat share kat rakyat 1Malaysia balik….
Yg tak merokok, alim ulama pun nak dirosakkan.. makan duit share
Bila orang alim berkupiah songkok hisap rokok, makin ramai perokok2
1Rokok Rakyat Didahulukan Cukai Diutamakan
jawapannya ada pada PAS insyaAllah
apa hal jawapannya pada PAS pulak..?
PAS bolih suruh perokok berhenti merokok ker…?
siapa PAS tu ?
kih kih kih…merapu tak tentu pasal….!
elok ko kayuh basikal lah pagi2 ni…kasi segar sikit otak tu…!
naik harga mcmne pon, kalo da mmg perokok tegar tetap akan beli hah…
cuba sekotak 50 hinggit, ko ingat tegar camno pun layu beb, menggigil tangan nak beli.
HARGA ROKOK MAHAL mesti ada ROKOK SELUDUP mcm labuan masih RM1-3 ROKOK murah , nak sihat? nak hidup lama? kena berusaha berhenti .. sbb rokok ni bahayakan kesihatan tapi masalah rokok ni .. bekas rokok tu jadi sampah *_* kalau mcm singapore.. apa mcm ? tapi malaysia ni .. suka hati kamula mau buang mana..
Hisap rokok was the best moment I ever had…syokkkkkkk..feelllll….releaseeee……….but now no more…I sudah quit > 2 years….feel losssss…
But; just becouse of…anak2 dah makin membesar….tunjukkan sedikit habit yang baik…
Thus…evebody happy…even I fell losssss
hei !!!
tolong lah..tolong lah !!
tolong lah kempen supaya rakyat banyakkan merokok..!
bila laris rokok..bila ramai perokok maka makin banyaklah pemerintah dapat income…!
pasal sakit…pasal nak mati tu biarlahh…! lantak lah..!
ko nak mati sorang lantak la, tak payah nak ajak orang lain sekali, sengal
Orang merokok ni sebenarnya jiwa mereka kacau, tak tenang. Tak kira le mat rempit ke, ustaz ke.
Aku ada kawan perokok tegar, dia kata hanya orang bodoh saja yang merokok. Cubale perokok-perokok semua fikirkan statement kawan aku ni.
PEMERINTAH SEPATUTNYA MEMINTA PENGELUAR2 ROKOK MEMBERI EXTRA SETIAP KOTAK ROKOK YG TERJUAL MESTI DI BERI FREE SEKOTAK…IA SEBAGAI MENGHARGAI PEROKOK2 SEBAB MASIH TIDAK SAYANGKAN NYAWA WALAU PUN BERMACAM2 KEMPEN HENTIKAN MEROKOK TELAH DIBUAT TAPI MEREKA MASIH TERUS MEROKOK !
katakan ‘TAK NAK’ pada kempen hentikan merokok !
mau ke kerajaan buat apa yang dipaparkan tu.. hilang sumber pendapatan besar tu. Lagi satu kotak buruk camana pun kalau dah namanya rokok, mesti ada pembeli punya
satu ketika dulu dalam kenangan hendak dijadikan cerita, masa kami belajar disebuah universiti yang semamang ada nama, tersebut la kisah, pas abih kuliah ajer, group kami nie la lepak kat tangga fakulti isap rokok. Boleh dikatakan, muka kami nie la perokok kat fakulti. sehingga la tiba disatu masa, semua perokok telah behenti. memang benar la kata pensyair, kuasa cinta mengatasi segala-galanya.
Orang pertama sekali behenti, Wan saiful Nizam budak terengganu, bila dia jumpa awek yang study kat fakulti sebelah, budak akaun. dia sanggup behenti rokok dalam masa seminggu bro. bila lepak tengok bola kat Restoran Safiah. dah tak isap rokok dah. kalo tanya jugak, awek dia tak suka orang rokok nih.
orang kedua behenti, eddy budak sarawak, fakulti gas, dia nie pulak boleh kami selalu sebut dewa gitar coz dia boleh bawak itu lagu metalica, gun n roses. Bila jumpa budak fakulti sebelah jugak, dia dah start behenti rokok. dia cakap awek boleh lari kalo dia rokok.
Orang ketiga, lagi drastic, dia nie mat game dan kaki lepak CC aje,nama dia ramon, budak sabah, pagi gi jumpa awek kat fakulti sebelah jugak, petang dah behenti rokok.
Lama-lama group rokok dah makin kurang, bebudak nie dah mula gi library ajer. siang malam berkepit. Adoi. benar la kata pujangga, kuasa cinta mengatasi sesuatu keadaan.
Bebudak fakulti sebelah nie bukan apa, tahap ayu dia boleh mencairkan jiwa yang sememangnya rock kapak. Senyuman ajer sudah boleh meluruhkan hati ooo. Cuba korang tengok awek kerja bank, semua cun cun bro.
Kalo ada awek awek, wife-wife, mereka ini jugak memainkan peranan sebenarnya pada lelaki. Ibarat kata sastera, kekuatan lelaki itu kerana berdirinya teguh seorang wanita dibelakangnya, lebih lebih lagi dengan kuasa cinta dan kasih sayang.
Aku? aku pun jumpa budak fakulti sebelah…hu hu…dah jadik orang rumah dah pun.
Apa yang boleh diperkatakan lagi kerana semua manusia perlukan cinta. auwww.
ye la tu. kalo sebelum kawin si pompuan bagi warning boleh la, tapi kalo dah kawin baru nak bagi warning, x jalan jugak bro..
bangang betoi berenti rokok sbb pompuan tapi ok la utk kesihatan. Bangang pun takpe.
i prefer pusi than rokok…hik..hikkk
kahkahkah… patut la aku lambat bini.. sebab aku tak suka awek tunjuj eksen suruh aku berhenti merokok.. biar aku tak de awek. asal aku merokok.. bodo berhenti merokok sebab pompuan. kelak pompuan tinggal.. isap rokok balik.. sebab buang tensen… kahkahkah
valuation….boring baca komen awak.mesti nak bagitau kat sini yang wife you tu cun.Betul tak..Menyampah
i suke isap rokok arab
kasik try isap rokok melayu tgk.ingt rokok arab je ke power?
hahahaha!
isap rokok org putih lg besar.
roko cina sama india ada satu filter….
itu filter kasi tapis itu kulat2…banya kotor…citt !!!
kih kih kih…
dan panjang….
Valuation; aku teringat la zaman kat fakulti dulu…cuma aku terus lepak kat tepi tangga dan hisap rokok walaupun tersangkut kat awek sama fakulti (dah jd bini + 4 anak dah).
Hanya lepas anak ke 4, baru henti merokok (after 20 years membakar duit dan dada).
Rugi berhenti rokok; tapi untuk..bini lagi sayang + anak lagi sayang…that is “LOVE” ………..
betol tu, nikmat dunia bila ditinggalkan amat dirasakan walaupun dah lebih 5 thn berhenti.
kesannya dada lebih sihat tapi yang tak best berat badan makin naik coz selera makan makin bagus.
aku pun berenti isap rokok bila pak lah naikkan harga rokok. strategi ni berkesan utk orang yang ada otak.
kalau yg otak lembu tu tak dapat nak tolong, sanggup berlapar janji mulut berasap.
kerajaan patut naikkan hingga 50 ringgit satu kotak, baru padan penagih tegar rokok ni, biar dia orang menggelupur !
Betul…dalam byk2 tanaman…tembakau x perlu dipagar….lembu kambing x makan tembakau sebab tau bahaya….sapa yg ada otak? Lembu @ perokok? Jun mare
Fakta atau tidak, merokok tu membahaya kesihatan diri dan orang sekeliling
my tips
-dun smoke when strees. u’ll be coming a chain smoker.
-go for a good brands. cheaper…more intoxication.
-take a half puff n throw. d heavy nicotine at d half bottom is damaging.
-drink coffee after smoking…caffeine is a good deterrent to nicotine.
-find a girl frined of wife who hate d foul smell of ur smoking mouth. u cant stand their bla…bla….bla.
ni hanya akan menyebabkan lambakan penyeludupan rokak shj..lg mhl harga rokok lg byk rokok seludup masuk..pastu rampasan plak blaku..bla bla bla
apa nk jadi pun x tau laaaa
Cukai rokok kerajaan ambil, berapa jumlah cukai rokok setahun dikenakan olih kerajaan, semestinya berjuta ringgit hasil cukai, akan tetapi kerajaan juga mengcegah dan menaikan harga rokok, demi kesihatan masyarakat dan rakyat malaysia, sememangnya bagus kempen berkenaan supaya rakyat malaysia ini hidup dalam keadaan kesihatan yang baik, kalau betul betul nak cegah rakyat malaysia menghisap rokok, (HARAMKAN TANAMAN TEMBAKAU, TUTUP KILANG ROKOK) ini baru betul,walau pun kerajaan menaikan harga rokok, rakyat tetap beli, dengan harga RM.10.00 pun rakyat beli, naikkan harga RM.30.00 sekali pun rakyat tetap akan beli, haramkan tanaman tembakau, usahakan komoditi tanaman yang lain selain dari tembakau, sedangkan daun ketum pun orang cari,inilah dia puncanya, yg terbaik (TUTUP KILANG ROKOK)
saya rasa dunia ni dah terlalu sempit, manusia dah begitu ramai, dah tak ada tempat manusia nak tinggal,jadi eloklah ramai sikit rakyat malaysia hisap rokok biar cepat mati, kan elok, tak payah buka kilang rokok.
Apa dosa sesorang perokok?sehingga ditekan,dihina.golongan perokok bukan orang gila..cuma penagih rokok.. bukan penagih dadah, dan juga bukan penagih rasuah atau seks.. brsmbng….
Huh..kalu fatwa kata haram…aka dosa la tu.
antara dosa merokok meletakkan diri dalam bahaya yg nyata.merokok tu mendatangkan penyakit.nk ckp mudah,rokok menganiaya tubuh badan..xbersyukur dgn nikmat kesihatan..Allah bg paru2,jantung,hati kat kamu dgn sempurna,sihat.knp kamu menzaliminya dgn memusnahkan nikmat Allah bg?
kalau di.naik tak guna juga perokok akan beli juga sekarang banyak beraleh rokok seberang kerana harganya jauh lagi murah
klu x silap,dulu pernah baca artikal pasal sejarah manusia paling panjang umur dlm dunia,manusia ini seorang penghisap rokok…
Aku setuju, perokok tak semestinya mati cepat, dan non-perokok tak semesti tak dapat kanser…jangan persoal kebarangkalian (%).
Aku berhenti merokok kerana kasih sayang…pada anak2 dan isteri…dan juga nasihat ibunda…………
dah terang2 merokok tu difatwakan haram…masih merokok juga tanggunglah sendiri..merokok tu bererti mencemarkan udara yg brsih menjadi kotor.dengn sbb udara yg kotor,,..penghidu udara yg lain menjadi mangsa kesakitan paru2..tmbah lgi si penghidu menghidap penykit kronik..asma..sebagainya..so perokok2 u all tanggungla dosa tu..hnya pandangan..
orang nak hisap rokok biar lah….yang sibuk sangat jaga hal orang tu pasal ape….bukan nya pakai duit poket korang pon….dasar suka jaga tepi kain orang…tak hisap rokok pon nak mampos..mampos jugak…tak hisap rokok pon tak jugak simpan duit…berhutang jugak…memang jenis puaka2 alam…menyibuk aje
..perokok mmg menyusahkan orang lain..nk benapas pun susah kalu kt restoran..asik hidu asap rokok aje..aku cdgkan kite bahagi dua dunia nie..sebelah untuk smoker sebelah lagi utk non smoker..aku rasa belah smoker tu mesti cepat pupus..hahahha…
Saya merupakaan perokok yang tegar… Kalau tak dapat merokok satu hari saya tak boleh buat kerja. Macam-macam dah saya lakukan untuk buang tabiat buruk saya ni.. Tapi masih tak berjaya. Saya rela membeli rokok daripada membeli makanan. Saya tahu ramai yang berkeadaan seperti saya di luar sana. Orang seperti kami tidak terkesan dengan kenaikan harga rokok yang tinggi. Kami tetap akan membeli. Namun ini akan memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga. Sekirannya ini terjadi, maka hasrat kerajaan untuk membentuk negara yang bebas kemiskinan adalah sukar. Pihak yang bertenggungjawab perlu mencari alternatif lain selain dari menjadikan faktor kesihatan sebagai alasan untuk menaikan harga rokok.
Sepertimana negara-negara maju yang lain, mereka mengeluarkan sendiri rokok untuk keperluan rakyat mereka dengan kadar kandungan nakotin dan bahan2 kimia di tahap yang minimum dan dijual pada harga yang rendah, manakala kadar harga rokok dari luar di kenakan harga yang tinggi.
Kerajaan harus sedar bahawa kenaikan harga rokok bukan sahaja membebankan rakyat malah ianya turut memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan berikutan perokok beralih kepada rokok2 putih yang diseludup dari luar.
Aku seorang perokok tegar. kalau harga rokok naik 20.00 sekalipun aku tetap beli jugak. Dah lama dah aku nak berhenti.. Tapi tak boleh. Hasrat kerjaan nak kurangkan perokok aku sokong benar, Tapi boleh ke..? kalau kerajaan naikkan harga rokok, orang macam aku ni taklah terkesan sangat.. Yang kesianya orang2 yang berpendapatan rendah. Pihak kerajaan perlu sedar bahawa perokok2 yang ada di Malaysia ni 90% bukan orang kaya. Mereka ni semua berpendapatan rendah dan sederhana je.. Kalau kerajaan naikkan lagi ia akan memberi kesan terhadap perbelanjaan rumah dan kesihatan.
Perokok2 macam aku ni susah dah nak berhenti. Klu tak dapat rokok tak boleh buat keja. Kalau tengah2 bulan bila duit dah takda terpaksalah bertukar kepada rokok putih yang harga dia cukup murah. Tapi kerajaan perlu ingat, rokok nilah yang banyak buat orang2 mati muda.
Kerajaan tak boleh menjadikan faktor kesihatan sebagai alasan nak naikkan harga rokok. Dah berapa lama kempen ni berjalan. namun sampai sekarang bilangan perokok bukan berkurang, tapi bertambah lagi adalah.
Aku cadangkan kerajaan ikut cara negara-negara maju yang lain. Kerajaan boleh naikkan harga rokok import sampai 100.00 pun takpa. Tapi kerajaan keluarkan sendiri rokok yang mana kadar kandungan nakotin dan bahan2 kimia lain dikurangkan hingga tahap yang minimum. Lagi baik kerajaan cari mekanisma lain seperti mencipta rokok yang mampu membuatkan perokok berhenti merokok.
kita pandai menyalahkan kerajaan saja, cuba muhasabah diri kita semua,siapa yg tak betulnya….. takde org nak letak parang kat tengkuk kita suruh beli rokok, melainkan kita yg nak beli, termasuk lah kami ni….hihihi..
naikkan jer rokok sampai 50%. biar golongan yang mampu jer beli n terus merokok. manakala golongan yang tak mapu akan berhenti membeli kerana sedar duit boleh digunakan ke arah lain. biar golongan yang mampu membayar tax yang bnyak yang nnti boleh diguna pakai golongan tidak mampu. adil kn. huhu ^^
Tak kan memberi mudarat la apa pun yg.jenis bangsa makhluk ni,termasuk rokok. Bukan rokok yang mematikan, Allah yang mematikan. Keyakinan ini yang perlu ada sebagai org. Islam. Seperti bukan ubat yang menyembuhkan, Allah yg.menyembuhkan penyakit,kalau ada pegangan ini,ok la tauhid. Tapi aku bkn.nk.menggalakkan pula org.merokok kerana merokok ni membazir,dpt.rasa dgn.bau je,kenyang pun tidak. Agama kata apa tentang pembazir? ‘ Sesungguhnya pembazir itu saudara syaithan’, kalau rokok seludup murah berharga rm 3 pun masih membazir,sebulan dah rm 90. Apa boleh buat dgn.rm 90 kat keluarga,kalau beli beras dah dpt.35 kilo,dah blh.support 7 org sebulan. Masalah kelaparan tk.timbul kan? Jadi pandai2 la menimbang di dlm.perjalanan hidup dunia ini.
Apa nak banding beras dgn rokok, orang hisap rokok makan nasi 2 kali sehari agaknya orang tk hisap rokok makan nasi 4 kali sehari kot..tu sebab orang kita montel montel. Apa tak cerita pembaziran beli lipstick, pemutih muka, prepaid telephone utk anak2.
Pasal harga rokok naik lah duit kita mengalir keluar ke luar negara utk beli rokok seludup..siapa yg rugi kerajaan atau perokok miskin.