Harga Proton Kekal “Kukuh” Walaupun AFTA Dilaksanakan

by Admin [ Master G ] on September 29, 2009

in Berita Automatif

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Pelaksanaan AFTA ini sebenarnya bukan berkisar pada automatif sahaja. Tapi ianya meliputi semua produk. Kalau ubat buatan US lebih murah dari ubat buatan malaysia. Pastinya ramai antara  yang akan membeli ubat-buatan US ni. Apa lagi kalau komponen automotif dari buatan Thailand ni memang murah bermula dari tayar (brigdestone) sampai la ke komponen engin.

Pada pengamatan saya, perlaksanaan AFTA sangat-sangat perlu untuk menarik pelabur dari luar datang menjalankan pelaburan di negara kita. Samada kita nak cuba menyangkalnya atau tidak, kenyataan sekarang ini banyak pelabur luar telah keluar untuk melabur di Malaysia. Beberapa syarikat gergasi dari luar. Boleh disebut sebilangan kecil sahaja seperti Philips Penang, Seagate, Sony (R&D), Black & Decker, Motorola Seremban. Semua kilang ini ditutup di Malaysia dan dibuka untuk pembuatannya samaada di China atau di Vietnam.Yela….buat apa mereka mahu melabur di sini, jika pulangan yang diperolehi tidak setimpal

AFTA memang tidak menjamin harga kereta menjunam jatuh.  Jika ini berlaku, kacau bilau pasaran terutamanya kereta terpakai dan juga masalah pinjaman biaya kereta yang belum lunas. Harga kereta tetap naik mengikut kadar kenaikan biasa, seperti setiap perlancaran model baru ataupun perubahan kosmetik dan aksesori.  Tapi yang penting ialah harga kereta setara untuk yang sekelas.  Waja 1.6 (RM 65k) sepatutnya tidak terlalu jauh lebih rendah dari Sentra 1.6 (RM 100k), Corolla 1.6 (RM 105k).  Barulah kita lebih bebas menggunakan hak kita sebagai pengguna.  Dalam keadaan sekarang kita seolah-olah secara tidak langsung diarahkan ke arah proton.

Tambahan pula proton kini dipunyai oleh Petronas. Petronas secara logiknya secara tidak langsung adalah milik semua warga Malaysia.  Walau bagaimanapun kebenaran anggapan seperti ini perlu perbincangan lanjut, khususnya dalam situasi ketika ini. Yang nyata kalau Petronas terus mengabaikan tanggungjawab rakyat ini, generasi akan datang pasti mengutuk mereka jika mereka terus dibuai dengan mimpi tanpa menghiraukan sensitiviti rakyat Malaysia.

Dalam pada masa yang sama tempoh hari, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, cukai rokok dan arak tidak akan diturunkan walaupun AFTA dilaksanakan sepenuhnya dan semua negara yang menyertai perjanjian berkenaan telah menyatakan persetujuan mereka. Beliau berkata, kesemua negara terbabit bebas untuk melaksanakan cukai bagi memastikan barangan sensitif terbabit tidak diperdagangkan sewenangnya kerana ia akan memberikan kesan terhadap masyarakat.

“Ada beberapa perkara yang termasuk barang-barang sensitif ini tidak turun seperti beras, dalam konteks negara kita tiada siapa yang boleh import beras kecuali Bernas.

“Barangan yang sensitif lain seperti arak dan rokok juga tidak akan diturunkan dan ia telah dibincangkan antara negara-negara ASEAN dan telah dipersetujui.

“Cukai tembakau tidak diturunkan sebab kita tidak mahu galakkan orang ramai merokok begitu juga dengan arak,” katanya.

Pelaksanaan AFTA akan dilakukan sepenuhnya oleh enam negara asal ASEAN bermula 1 Januari tahun depan apabila kebanyakan duti import dimansuhkan. ASEAN khususnya Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand atau ASEAN-6 telah mencatatkan kemajuan yang signifikan dalam mengurang dan menghapuskan tarif menerusi Skim Keutamaan Sama Rata (CEPT) dalam usaha mewujudkan AFTA. Manakala negara ASEAN seperti Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam akan menurunkan tarif import sepenuhnya pada 2015.

Bagi pelaksanaan AFTA, Malaysia menghapuskan duti import terhadap 2,123 produk. Mustapa berkata, ia perlu dilaksanakan kerana pelabur lebih cenderung melihat pasaran serantau yang lebih besar berbanding pasaran sesebuah negara. Tapi malangnya kedudukan Proton selepas pelaksanaan AFTA, pengeluar kereta nasional tersebut masih dilindungi kerana tidak kesemua duti dihapuskan.

“Proton isu berasingan tetapi kita masih ada duti yang belum dihapuskan untuk melindungi Proton dan Dasar Automatif Negara,” katanya.

Saya yakin mereka, Proton dan Perodua sedang(sepatutnya telah) merancang langkah seterusnya untuk terus bertapak kukuh dalam industri automotif. Saya tidak ingin melihat proton dan produa terus gagal dalam industri ini tapi dalam pada masa yang sama mereka perlu melakukan perubahan drastik supaya mampu bersaing dengan kereta luar. Sudah 20 tahun diberikan perlindungan dan keistimewaan tetapi masih lagi takut untuk bersaing secara bebas dengan produk kereta import.  What’s wrong with Proton? Sehingga kini berita harian AFTA menjadi “satu ingauan” ngeri bagi mereka dan masih kekal takut untuk bersaing. Bukanlah niat saya untuk mengutuk atau mahu mempersendakan tahap industri automatif di negara ini. Tapi jika berterusan dengan cara ini, maka akan berterusan rakyat dipaksa untuk “menumpang” industri yang makin lelah ini.

P/S : Jikalau tidak mahu turun harga proton tidak mengapa. Tiba-tiba saya terfikir kembali kata-kata terfikir kembali apabila mendengar pandangan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed ini……..

“Cukai tembakau tidak diturunkan sebab kita tidak mahu galakkan orang ramai merokok begitu juga dengan arak,” katanya

Agaknya harga proton tidak mahu diturunkan sebab mereka tidak mahu orang ramai menggunakan kereta Malaysia.

PP/S : Kereta import kekalkan tax tinggi boleh dimaafkan lagi.  Yang penting turunkan harga kereta proton untuk mengurangkan beban bulanan rakyat membayar kereta selama 9 tahun. Di Arab Saudi kereta Waja Campro 1.6 dua kali ganda lebih murah utk rakyat Saudi walaupun selepas dikira kos pengangkutan dengan kapal laut.

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Harga Kereta Turun, AFTA Malaysia Dilaksanakan Mac 2010?
  2. Rancangan Naza-Peugeot Lancarkan Projek Kereta Termurah?
  3. [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
  4. (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal Tahun 2011
  5. [SENGIT] Penjualan Proton Exora VS Perodua Alza
  6. (Coming Soon) Model Terbaru Kereta Proton Hybrid


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 24 comments… read them below or add one }

1 titan September 29, 2009 at 12:55 pm

haha..biasalah tu. nak murah…buat kereta sendiri..

2 Admin [ Master G ] September 30, 2009 at 3:04 am

Dalam keadaan sekarang ini, pengguna tidak diberikan ruang untuk membuat pilihan…..
bro pakai kete apa skang?

3 JohnJimat October 1, 2009 at 4:58 pm

setuju gn artikel ni.. pasal rokok lak, dorng takmo turunkan sbb duit byk masuk kt situ kan :)

4 danzaimar October 2, 2009 at 5:52 pm

Menarik post ni..satu info yang sgt berguna..memang tak dinafikan AFTA ni bertujuan untuk menarik pelabur asing ke dalam negara, namun, mampukah produk tempatan menyaingi produk luar kalau lebih murah??emmmm :curiga

5 yazidsalikan October 2, 2009 at 7:26 pm

teknologi yang dipakai oleh MAlaysia masih tidak dapat menjangkau lagi tenologi mereka seperti negara2 lain.. jika harga proton lebih murah, apa lagi yang boleh dijadikan backup untuk memantapkan ekonomi negara? jika kita tak beli kereta ni, sapa lagi? jika arab saudi, proton dijual dengan lebih mahal, siapa yang akan beli kereta kita? ini adalah satu strategi untuk malaysia mendaptkan hasil daripada rakyat malaysia dan luar negara.. kita seharusnya sedar akan perubhan yang berlaku setiap hari.. kita mesti mengubah mindset agar sntiasa membuat perubahan kepada diri sendiri. alhamdulillah, bnyak jutawan internet dari MAlaysia, apa salahnya kita mencari rezeki dari sini, dan beli barang buatan Malaysia banyak2 dan berilah cadangan kepada Malaysia agar menaikkan lagi kualiti Kereta agar rayat berpuas hati.. kita berhak bersuara kerana kita di negara demonstrasi. :peace

6 Pak Awang October 4, 2009 at 12:15 pm

Bukan apa bro
kalu nak bisnes dnegan rakyat sendiri
kenalah produk tu kasi elok sikit
kalau rasa tak elok n taks etanding dnegan yang lain
juallah murah
ini tidak, jual mahal
tapi produk cm hampeh :serabut

7 nonon October 5, 2009 at 6:12 am

patutlah…memang takkan murah dah harga kereta…kena kumpul duit banyak-banyak dulu baru boleh pakai kereta…

8 Pak Awang October 5, 2009 at 7:17 am

Pakai MyV aja
hehe…master G tanya aku ker?

9 Pak Awang October 5, 2009 at 7:19 am

aaaaaaaaa…ah
rokok dengar cite nak naik harga
betul ker yang aku dengar
tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :gila

10 zualliz October 5, 2009 at 7:39 am

betul2..kadang2 orang kata produk buatan tempatan ni tak sehebat produk buatan luar negara..
orang x kisah beli mahal, janji berkualiti berbanding beli yang murah tapi hampeh..
tapi, lagi bagus kalau harga murah dan berkualiti..confirm lagi laku :senyumkambing

11 JohnJimat October 5, 2009 at 10:50 am

dalam berita kuar die nk naikkan harge rokok.. rasenyer da naikkan kot.. xtau la, sbb sy pun isap rokok murah je, fhm2 la mknyenyer tu huhhu.. makin kaye la mereka ni ek.. :)

12 JohnJimat October 5, 2009 at 10:52 am

betul tu baik beli kereta toyota ke honda ke yg jauh lebih kerkualiti dari kereta proton yg dijual kt negara kte.. harge pun xde la beza sgt lagipun tahan lame.. kereta proton ni klu kene bola org2 duk main pun kemek woo..

13 wan2911 October 5, 2009 at 4:04 pm

rokok naek 30-40sen klu x silap, kan bagus klu naek rm30-rm40 tros, pastu banteras rokok seludup seefektif yg mungkin. insyaAllah ruang udara malaysia ni akan bebas dari asap rokok yg memudaratkan tu :gila

14 wan2911 October 5, 2009 at 4:08 pm

taw xpe…yang penting kene bersihkan dulu pemimpin2 yang korup, baru la negara akan lebih produktif n dapat besaeng dngn negara maju yang laen.
p/s, aku plan nk angkat pegeot, bukan aku xnk beli kete buatan sndiri, tapi aku sebagai pengguna nkkn brgngan yg memuaskn n berkualiti.

15 wan2911 October 5, 2009 at 4:09 pm

kalau murah n berkualiti…sy mesti pileyy.. :peace :joget

16 JohnJimat October 5, 2009 at 7:27 pm

eh tak boleh camtu.. kene simpati gak kat perokok.. org yg tak merokok tak tau rasenyer klu tak isap rokok,dan mereka takkan tau payahnyer nk berhenti.. cuba yg xisap rokok tu xminum ai seharian, haus x?cmtu ler si perokok, bukan mudah. lagipun klu nk berhenti tak bleh mengejut, kene slow2 seperti disarankan doktor…

17 JohnJimat October 5, 2009 at 7:28 pm

xyah la beli kereta proton kat malaysia, klu nk sgt kereta proton gi beli kat luar negara.. bro nk beli pegeot?ok la tu..

18 Mat Nuat October 10, 2009 at 1:08 am

Sememangnya teknologi kita dalam bidang automotif belum lagi dapat mencapai tahap seiring dengan negara maju diluar sana.

Promosi Harga Proton di Arab Saudi Murah!!apa keistimewaan orang arab sebenarnya ni?mari kita jengah sat kat blog pak omaq:

http://www.omaq.org/v3/2009/10/03/promosi-harga-proton-di-arab-saudi/

19 satsuma November 26, 2009 at 10:29 am

:ketawamanja aku bukan tak sokong kereta proton…tapi kualiti tu biarlah ikut standart :ketawamanja .. kalau chasis dan engine jer maju….body cam tin coca cola… lebih bek ko jual kereta tanpa body… :ketawamanja

tapi itulah….nak kayo cepat sangat…….rakyat di belakangkan , syarikat proton plak makin kayo…dan makin di u”tamak” kan :ketawamanja

20 wok long wok dogol January 19, 2010 at 5:43 pm

nasiblah hidup di malaysia income kecil pakai barang semua mahal walaupun made ini malaysia…………………… :nangis :nangis :nangis :nangis :nangis :nangis :nangis :nangis :nangis :nangis

21 Pak Awang January 19, 2010 at 6:23 pm

Tapi wok long wok dogol, negara kita masih antara yang termurah banding Zimbabwe, Burma dan Kemboja :ketawamanja

22 mesticun January 19, 2010 at 10:07 pm

Beli kereta proton ni dekat luar negara.kata rakyat didahulukan.harga kereta proton ni di Arab Saudi lebih murah.untunglah kalau beli disana.

23 mesticun January 19, 2010 at 10:12 pm

Siap ada kelab lagi tu Pak Arab di Arab Saudi.kira hebatlah kereta proton.mungkin kereta atau rekebentuknya ada kena dengan keadaan sekeliling di sana. :berangan :berangan :berangan

24 aman February 22, 2010 at 8:39 pm

hahahah kalau harga proton makin murah makin ramai rakyat malaysia akan beli…..gaji kat sini pun bukan tinggi sangat…tentu ramai rakyat marhain guna proton dan duit yang mereka jimatkan dapat digunakan kepada perkara2 lain pula

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: