Sudah banyak kharbar angin diperkatakan tentang kenaikan harga minyak di Malaysia.Ini adalah akibat dari pergolakan politik di negara Timur Tengah seperti Mesir, Tunisia, Bahrain, Maghribi dan Libya.Namun, benarkah pergolakan yang berlaku ini dapat mempengaruhi kenaikan harga minyak di Malaysia?
Dengan harga minyak yang sudah melepasi $ US 100 setong, adakah sebenarnya ianya memberi lebih banyak keuntungan kepada Petronas, atau sebaliknya? Di bawah adalah petikan wawancara bersama Tun Daim Zainuddin, yang bercakap mengenai situasi politik dan ekonomi yang bakal berlaku di negara timur bergolak itu.
TUN DAIM: Saya rasa masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai situasi di Timur Tengah ini. Bagi negara-negara yang bergolak seperti Tunisia, Mesir, Yemen, Bahrain dan Maghribi, proses perubahan dan peralihan masih berterusan. Tapi setakat yang dapat kita baca sekarang, lanskap politik di sana akan berubah.
Bagaimana bertukarnya tergantung kepada siapa atau pihak mana akhirnya yang akan menguasai kerajaan di negara-negara itu. Apabila semua keadaan di sana tenang semula, saya jangka persoalan negara bebas untuk Palestin akan menjadi agenda utama. Kita harap persoalan itu dapat diselesaikan segera supaya sebuah negara Palestin yang berdaulat dapat dilahirkan.
Dan jika salah satu punca utama keresahan rakyat di Timur Tengah iaitu Palestin jadi reda, potensi negara-negara Teluk dan lingkungan Arab itu, baik dari segi politik ataupun ekonomi, akan lebih terserlah. Soal kebebasan dan hak asasi manusia, saya kira bukan penyebab utama kepada pergolakan di Timur Tengah. Yang lebih penting ialah soal kelembapan ekonomi, peluang pekerjaan dan pembangunan serta kurangnya infrastruktur yang asas dan moden. Revolusi bermula dari Tunisia. Sebelum krisis kewangan, Tunisia tidak menghadapi apa-apa masalah. Rakyat sanggup mengorbankan kebebasan, hak asasi manusia, dan sebagainya. Selagi ekonomi kukuh.
Apabila ekonomi menurun, kebanyakan rakyat kehilangan pekerjaan. Sebelum ini, mereka boleh berlari ke Eropah tetapi sekarang pintu itu sudah tertutup. Mereka harus hidup untuk mengisi perut yang kosong. Tetapi apabila mereka melihat pemimpin, isteri dan keluarga mereka hidup dengan penuh mewahnya dengan mengguna jet persendirian untuk membawa makanan dari Eropah dihidangkan kepada sahabat handai, mereka tidak dapat menerima pembaziran dan juga kemewahan di hadapan mereka.
Pemimpin dan keluarga tidak peduli kesengsaraan disekeliling mereka dan tidak membantu sehingga rakyat membangun memberontak. Sama juga dengan Mesir dan Libya. Negara telah menjadi hak peribadi di mana pertukaran kuasa pemimpin-pemimpin hendak serahkan kepada anak-anak mereka. Kita ingin melihat Timur Tengah bertukar menjadi lebih baik dan pemimpin-pemimpin berkhidmat kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan Amerika Syarikat.
Diktator-diktator ini hidup dengan bantuan dari Amerika yang telah memberi rasuah supaya Israel selamat di atas kesengsaraan rakyat Palestin.Tetapi bagi Malaysia, kita kena melihat dari sudut ekonomi. Harga minyak akan naik buat masa terdekat. Inflasi akan berlaku. Kita harus bersiap sedia kerana ini akan melembapkan pertumbuhan ekonomi. Ini lebih mustahak kepada kita. Kerajaan harus merancang supaya rakyat tidak merana.
Adakah ini “hint” kenaikan harga minyak akan berlaku sedikit masa lagi di Malaysia? Ada banyak pendapat mengenai kelebihan dan kekurangan yang berlaku jika minyak dinaikkan lagi harganya. Apa pendapat anda pula sekiranya berlaku lagi kenaikan harga minyak dalam masa terdekat ini?

{ 81 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
still alasan yang sama..kenaikan disebabkan..harga minyak dunia nai..bencana..bla..bla..bla..bosan..naik ajele
minyak nak naik disebabkan oleh harga dunia naik??? come on bro.. malaysia pun negara pengeluar minyak.. patutnya malaysia la untung dr kenaikan harga minyak.. so apa kes nak naikkan jugak. alasan harga minyak naik sbb harga minyak dunia naik hanya boleh digunakan oleh negara2 yg tk ada minyak mcm singapore, thailand tu.. bukan kita malaysia yg negara pengeluar minyak , bahkan pengeluar minyak terbaik dunia jenis sweet claude..
Tengok tajuk buat rasa nak Naik HANGINN dan Naik HANTUUU!! Kalau dah bagi “clue” tu, biasanya akan pasti terjadi.
benda camni bule dijangka dimalaysia…walaupn kita pengeluar minyak…minyak akan naik…tp yg merunsingkan ialah barang2 disekelling minyak…kalo brg2 itu naik…mmmg sakit le….mmg lg susah la nk idup untuk org2 dibawah…org2 kt atas akan same je….
To Mahfuz,
fikiran mu terlalu sempit.
22 sama sempit fikiran
saya sokong minyak naik…. senang skit nak ‘tumbang’ nnt
rata-rata rakyat malaysia tidak dapat menerima kenaikan harga minyak..bukan kerana mereka ini membangkang,atau dari pembangkang..tetapi mereka ini berfikir..dalam taraf hidup rakyat malaysia kini,tidak lagi menizinkan hafga minyak naik..
mungkin ada sekumpulan manusia yang menghalalkan kenaikan harga minyak sebab mereka tidak merasainya,mereka tak pakai kereta,ke tempat kerja naik basikal..
atas alasan apa sekalipun minyak tak boleh dinaikkan,sebab kita pengeluar minyak yang termahal,selain itu dasar automotif kita sudah cukup2 membebankan rakyat,manakala golongan pemimpin sedia ada di bantu dan disara
tunggu je pengumuman lepas pilihanraya sarawak ni….
betul tu,harga minyak naik ikutkn kita dh untung sbb kita pengeluar minyak,bukan pengimport minyak nk ikut harga global..
kita bakor,kita bakor…
klu mnyak naik,gaji naik,ok laa 2..ni gaji xnaik,brng naik harga,minyk pn naik,kita naik agin je laa…hahaha
Tak apa biar harga minyak naik….sebab kerajaan BN akan menang besar bila PRu 13 nanti…sebab kita yang undi mereka….jadi kalo harga minyak naik apa kita nak marah dan nak naik hangin….sebab kita yang bagi mereka mandet supaya harga minyak naik……Petronas tu agak aku lah…. samada betul ke cakap aku!!! atau tak betul…..jangan marah pulak!!!….aku bukan pandai pon cuma aku musykil lah….aku ingatlah Petronas tu bukan nya pengeluar minyak di Malaysia…tetapi Petronas adalah Pembeli minyak Utama Malaysia….sebab itu harga minyak Naik aje sepanjang tahun kat Malaysia….kalo tak caye korang tunggu harga MINYAK PASTI NAIK sama harga rokok……..huhhuhuhuhu……sebab masa kau pergi ke Brunei….harag minyak petrol dia macam tu je…tak naik2…..walaopon harga minyak dunia naik ……oh..naik ke…naik ke….naik ke…..
nak wat camne dah barang naik. tapi kualiti servis pon mesti naik gak.
Nak naik…naiklah….aku dah boring…..tak payah nak tunggu Praya Dun Swak ke 10 atau PRU 13 ….tak caya kita tunggu 16.04.2011 ni…aku dah masak dgn mentaliti rakyat Sarawak …..63 kerusi DUN milik Bn dari keseluruhan 71 kerusi….apakah akan bertambah????….lagi pun tiada isu yg menarik perhatian yg akan menggugatkan kerusi2 sedia ada….naik aje minyak tu …rakyat tak marah….sume rakyat baik2….naik pun kena beli juga…tak sanggup nak jln kaki….naik sebelum pilihanraya dikira satu tindakan berani….tapi naik selepas pilihanraya dikira pengecut…..yg aku pasti kalo naik pun kebiasaannya selepas menang pilihanrayalah nampaknya…..bila minyak naik…barang2 pun ikut naik ….yg aku tahu gaji kakitangan akan dinaikkan…bonus pun jangan lupa …. lebih sikit pasal nak hantar kat org tua kat kpg….pasal dia org pun menyokong kjaan…macam ni senario poliik Malaysia…pusing2 ke situ juga….macam main sorong papan tarik papan….hulur …tarik balik….hulur…tarik balik…macam pemberian tak ikhlas….sebab rakyat beli minyak, bayar harga barangan2 dan lain2 cas perkhidmatan yg naik tu pun tak ikhlas….terpaksa kerna nak idup…maka kerajaan pun terpaksalah juga demi kesinambungan pemerintahan….sambil bagi…sambil tarik….dengar lagu KERNA TERPAKSA le rakyat woiiiiii….
Naik kan jer lerrr…ade banyak lg cara nk rembat duit rakyat CARI tapi biar msk akal senang nak kelentong rakyat.
boring aku citer pasai minyak ni…nak jadi ape, jadi la…aku akan undi PR
nampk benor menipunye BN ni..
kite bakor, kite bakor je…
klu boleh jgnlah naik,sebab klu harga minyak naik barang keperluan harian kan naik juga, semputlah klu mcamni,nanti klu tak perang , dah o.k semua,mana harga brg turun balik!.
kalau mahu cerita hal petroleum nie, tanyalah org yg lebih tahu. jgn main redah je cakap macam cari minyak nie macam toreh getah kat ladang.
Ada yang mengatakan kenapa tidak kita terus sahaja mencari gali?
Mohd. Hassan: Kos operasi telah meningkat. Kos penggerudian naik 200 peratus. Kos mencari dan kos pembangunan (medan minyak) juga meningkat dalam tempoh satu hingga dua tahun ini. Ini kos yang ditanggung hari ini. Sekiranya harga (minyak) kekal tidak mengapa tetapi jika harga jatuh, anda akan menanggung kerugian, ia tidak lagi menguntungkan dari segi (skala) ekonomi. Beberapa projek (dalam industri minyak dan gas global) telah ditangguhkan kerana kenaikan kos ini. Ia merupakan kitaran jangka masa panjang. Jika dilihat daripada penangguhan projek, kita akan menyaksikan pembekalan berkurangan dan permintaan akan meningkat.
Alaaaaaa kawan kelapa sawit kait pakai sabit jer pun boleh timbul masalah kat malaysia ni.Pd hal malaysia pgeluar utama minyak kelapa sawit.Mah Mah, Mak yam,Mak timah entah2 mak ko pun sama merungut nak bli minyak masak,minyak masak xde kat pasar raya.Apeeeeee kes
Memang nak naik..Tapi tunggu lepas pilihanraya la..
Memang patut pun mase pilihraya kuar duit banyak nanti cover balik lepas pilihan raye apa susah
Aku suka point ni
Alaaaaaa kawan kelapa sawit kait pakai sabit jer pun boleh timbul masalah kat malaysia ni.
Dasar BN penipu …!
…..lepas tu staf ptronas dpt bonus 8,10 bulan…..sip blagak lg ,stf gov kena ngok..
Jgn ko org lupa pulak sape tukang pengaitnya…mat Indon leeee…. sbb gaji murah ckit….
ko memang bai, men hentam je..hehe..ko pergi keja pakai basikal tiga roda ke bai..huhu
mat teropong : ckp baik sket… main hembus jer ko he… lempang muka ko…
yeahhhhh…truskn usaha ‘anda’ utk naikkn lg hrg myk..biar rakyat trus tertekan. klau x naikkn nnt xde modal nk bg “gula-gula” time PRU sarawak.huhu
minyak nek wit gula gula pun naik kot.
bro prrr..mana ad staf petronas dapat 8,10 bukan bro…gaji kami dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.(selepas era tan sri hassan marican lagi teruk)so mcmana gaji keje kerajaan mcmtula gaji kami..
ha3..lawak la ko ni…ko kje ngn petronas ke @ kje kat stesen mnyak ptronas…nk tipu mcm ko sorang je kje ptronas…
malaysia oooh malaysia ape dah nak jd ni makin bercelaruuuuuuuuu.
Ptt dpt PM br ni(kira br)makin sukses tp ni x makin serabut
Kalo kerajaan itu telus apasal perlu “gula-gula”rakyat time PRU dah tentu rakyat pilih kalo kerajaan tu betul.Ni mesti kes slalu tipu rakyat tu yg jd sebaliknyeeeee……
Berti HARGA MINYAK NAIK bkn khabar angin ler niiii
Hampehhhhhhhhh tul kerajaan
kaki2 komen semua ni mesti org bisnes nie. power2 nih…
siapa pernah kerja dgn syarikat oil field? terutama sekali carigali minyak?..
cer cite skit
Masuk akal ke x?
HARGA AYAM NAIK,HARGA TELUR NAIK,HARGA GULA NAIK,HARGA KICAP NAIK,HARGA SOS NAIK,HARGA MAGGI NAIKKKKKKKKKKK
tak kan nak umum satu2 kot marah,merungut,mencarut le orang ramai.
Tu biar Ah Kau,Ah seng,Ah Khong yang umumkan alasan dorang ni mesti pasal kos pghantaran naik HARGA MINYAK NAIK.
Kerajaan cuma perlu umumkan satu barang jer x banyak tuuuu
HARGA MINYAK NAIK alasan perang dan masalah ditimur tengah.
Alasan tu umpama KESEMPATAN DALAM KESULITAN.
Perggggggg hebat begeliga otak dorang ptt ler tpilih dan dpilih
Tu dia…
Itu bukan kenaikan harga minyak tapi penyelarasan harga….. maklulah mengikut kenaikan harga minyak dipasaran dunia. Minyak di Msia lebih murah berbanding dgn negara2 jiran srpt Indonesia, Thailand, Singapura. (alasan yang digunakan setiap kali berlaku kenaikan harga minyak)….Aku dah bosan-aku dah bosan-AKU DAH BOSAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! AKUUUUUUUUUUUUU DAHHHHHHHHH BOSANNNNNNNNN!!!!!!!aghxgansdjkskdhdhdjjakaksxxjhhhrf.
OK TUNGGU LEPAS PIHIHAN RAYA SARAWAK….. tak percaya2 ndbsdhfbsdmsdnvfhjshdfwwwwwwwwwwhkxfjerwgucdshchxcgnsdfc11t63.
aku sarankn kerajaan naik la harga minyak tinggi2…RM5.00 seliter..aku suka bila minyak tinggi,barang mahal.so, ramai rakyat akan jd panas baran.ha!! time tu la umno dpt digulingkan.cpt la naik.aku tak sabar da nie!
maklumlah mengikut kenaikan harga minyak dipasaran dunia. Minyak di Msia lebih murah berbanding dgn negara2 jiran srpt Indonesia, Thailand, Singapura.
Hang dengaq rakyat kalate,terangganu n brunei ada dpt subsidi minyak betoq ker?
konpemla petronas bakal untung berpuluh2 billion lagi..baru r bangga sket..ekonomi makin stabil, taraf idop meningkat, pendapatan kasar dalam negara meningkat, negara kayaa, rakyat plak idop mcm nak mampussss..ptuihhh!!
Dalam menentukan Gross Domestic Product atau singkatannya GDP, “Government Spending” berkadar terus dengan GDP. “Government Spending” meliputi berbagai-bagai kelas termasuk pembangunan infrastruktur dan kebajikan ataupun dipanggil subsidi.
Jika kerajaan ingin membangunkan infrastruktur diwaktu kos-kos pengeluaran semakin meningkat disebabkan kenaikan harga minyak dipasaran, maka sudah tentu kos-kos membangunkan infrastruktur juga meningkat. Oleh itu, kerajaan juga terpaksa bayar lebih kepada kontraktor-kontraktor yang terlibat membangunkan infrastruktur. Dalam situasi ini, kerajaan akan kehilangan kepercayaan dari rakyat kerana harga barangan yang meningkat, bahkan terpaksa membayar kos yang lebih tinggi untuk membangunkan infrastruktur.
Tetapi, jika kerajaan memberi subsidi untuk mengurangkan harga minyak dipasaran, sudah tentu kos-kos pengeluaran juga menurun dan secara tidak langsung kos-kos membangunkan infrastruktur juga menurun. Dalam situasi ini kerajaan akan mendapat sokongan dari rakyat, kerana harga barangan yang lebih murah selain itu, kerajaan juga boleh membangunkan infrastruktur dengan kos yang lebih murah. Situasi ini dipanggil menang-menang yang dipopularkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Harga barangan yang murah akan meningkatkan kuasa beli pengguna walaupun pendapatan pengguna tidak seberapa dan ianya tentu meningkat aktiviti-aktiviti ekonomi.
Mmg minyak naik lepas nie…benda ni dh diramal lama dh sejak thun 2000 lg…
Selain faktor tak stabilnya Asia Barat, faktor lain adalah minyak Arab Saudi yg bakal habis beberapa bulan lg….
Tgk la buku ‘Twilight at The Desert’ tulisan Matt Simmons,dh ramal minyak Arab Saudi sampai puncak ‘peak oil’ sekitar thun 2008-2012…rizab minyak Arab Saudi tuh tak adjust dr thun 1969 lg..so siap sedia la!!
Kalo minyak naik, harga minyak cecah $300-500 pertong…kalo translate dlm ringgit hari nie, harga RON95 antara RM4-10seliter!!
Aku rasa kalo ikut rizab minyak Msia, kerajaan mampu lg tanggung subsidi minyak lg…tapi sebab ‘BEBALNYA’ Mahathir & regu kuat dia yg ckp kat atas tu (Daim Zainudin), Hutang Kerajaan Msia penah cecah RM400billion pada thun 1998 dlu…tu yg Msia bangkrap thun 1998 dlu…sbb hutang byk sgt!!
Tgk pulak hutang yg dibayar kerajaan pd tempoh 1999-2010
Kononnya org kagum sgt projek2 mahathir,tp hakikatnya projek2 mahathir tak mendatangkan hasil pun malah merugikan, kena korek duit lain la nk bayar hutang balik…..so Paklah dan Najib terpaksa jadi ‘pencacai’ bayar hutang ‘warisan’ Mahathir tu…haha..nak CEKAU duit mana lg?!?
YES,
duit subsidi minyak la…kalo tidak seksa la anak cucu kita nk tanggung hutang mahathir selama 7ketrunan!!!
Tu la zaman 90an dlu masa mewah, mahathir meminjam pastu berboros2 nk tunjuk Msia kaya, bila dh masuk zaman susah thun 2000, hutang dh banyak, nak tanggung subsidi lg…mmg rabak la!!!
So siap sedia la harga minyak RON95 pd RM10seliter sbb kerajaan tak mampu lg bg subsidi, kalo marah semua tau sapa yg perlu disalahkan!! Hahah
aku sokong harga minyak naik…coz nanti xlaku kereta proton,rakyat pun memberontak cepat gulingkan kerajaan,BN pun boleh terkubur bumi malaysia…dapat air free,PTPTN pun mangsuh,,kekayaan malaysia di bahagi sama adil,syarikat kongsesi tol pun kerajaan baru take over..agar xboleh buat keuntungan melampau…aku sokong naik banyak sikit rm10/seliter@RM50/selitter.ke…
Aku sokong harga minyak naik..kalo naik biarlah sampai RM 5.00 seliter….sebab lepas tu ramai lah yang buang anak kat dalam tong sampah…dan dalam tandas…..
Apakah kategori miskin bandar. Dulu kalau kat kampong , jika tiada duit nk beli sayur, aku gi kutip paku pakis kat tepi hutan.. Jalan bawah pokok kelapa, kalau jumpa kelapa tua ,boleh bawak balik.. Ambil buloh pancing gi sungai , kais tanah , cari cacing buat umpan… Semua ni dah lepas untuk makan tengahari.. Ikan sungai goreng berkuahkan sayur lemak paku… umur waktu tu lingkungan 13 tahun dah pandai cari makan… La ni aku terpikir pulak cam mana ya mereka yg nk hidup dalam bandar kalau setakat gaji 1500 kebawah dengan anak berderet… rumah sewa.. belanja sekolah anak lagi… bayar tambang bas sekolah, makan hari hari, duit air /elektrik, kalau kat kampong boleh juga buat kerja cam aku buat dulu, ni kat bandar… Lor patut ler mereka korek tong sampah… kalau ada kotak, botol , tin, besi buruk… Pak meteri ada survey ker benda ni….Rancangan bersama mu tu aku tengok adalah realiti kehidupan. Tapi dari sudut lain pulak aku anggap mana-mana wakil rakyat atau JKKK yg kuar dalam rancangan tersebut gagal kerana bila dah kuar tv baru terhegih-hegih nk hulur bantuan padahal itu adalah kawasan YB tersebut. Implikasi dari kenaikan harga minyak, ianya juga akan menaikan keseluruhan harga barang makanan. Bila harga makan melambung, duit tak ada nak beli makanan dan akhirnya jenayah meningkat… Besi tutup longkang hilang… besi penyidai hilang… Cuba buat kajian mengenai miskin bandar dengan kesan kenaikan harga minyak… Yang masih bertahan mungkin mereka yg masih ada lagi simpanan upah tampal poster pada PMU ke 12 dulu…. dan ada lagi stok yg di sogok sewaktu nk berkempen dulu…
..yup aku sokong gak minyak naik….jangan lah naik sikit2..naik terus banyak2 ….nanti kita tengok ler PRU13 nanti…byk ler negeri akan tumpang kat Pakatan rakyat nanti……
bagi aku laa…cukup2 setuju minyak naik, lagi tinggi lagi baik, biar padan muka semua org termasuk la pakcik2 , makcik kat Felda,kat kg , org asli kat serawak(Deposit tetap BN) yg menyusahkan org. ramai. Pastu lagi baru PR cepat naik…..kahkahkah..kui kui. Kasi bogel habis……………mereka yg otak kat kepala Kotel.
Saya berdoa moga Allah bukakan pintu hati dan benak mereka yang membuat keputusan negara ini supaya takutkan ancaman azab Allah dan berubah atau mohon Allah Azza Wajalla gantikan pemimpin yang beriman dan takutkan Allah.
Berdoa keadilan masih tetap wujud untuk semua umat Islam dan umat manusia walaupun injustice dan inbalance secara kasar nampak seperti menimbusi segenap kebaikan sekarang.
Kalo minyak naik sampai $500pertong….pakcik makcik FELDA pn untung…sbb harga sawit atau getah setara dgn harga minyak…harga sawit @ getah selalu ikut harga minyak…
Tgk mcm thun 2008 dlu, masa harga minyak $147.5pertong….harga minyak sawit pn naik RM4400per tan…masa myk $50pertong…harga myk sawit hanya sekitar RM2000per tan je..
Kalo masa biasa peneroka hanya dpt RM1500…tp kalo minyak jd RM10seliter,peneroka boleh dpt RM7500-9000 sebulan…so dieorg tak terjejas pn…semua org tau komoditi mcm sawit getah tu ‘inflation hedge’ @ pelindung inflasi..sama la mcm emas jugak…
wahai penulis anak felda….nampaknya anak felda mat indon kot…mareee pulak….biasalah gaji dia org murah lagi dari pekerja tempatan…yg ko naik angin pasal…..ha..ha..haa..nak lempang org konon…macam negara ni tak de undang2…tak pasal2 ko meringkuk dlm lokap….mungkin sasilah ko dari indon ….apa salahnya gaji dia org kecil tapi halal….yg ko ni melompat macam monyet ni kenape…. bengal punya anak felda….bukan sume tapi yg sorang ni aje ada bengap ckit……
AKU SESANGAT LAH SOKONG !!!!!! 110%% SOKONG!!
lebih baik jadi gelandangan,nanti NGO bagi makan,tak payah fikir beli atau bayar bil apa2. Baik naikkan harga minyak sekarang,jgn tangguh2,klu bos aku marah sebab lambat dtg kerja alasannya senang je, kereta dah dijual ,aku tak mampu beli minyak.
Itu rancangan pak menteri bodek rakyat lerrr.Tolong org pun nak tayang2
Mcm mana gaji kerjaan bgtulah gaji kami?? Brp ko dpt bonus thn lepas????????????
Cubalah BS siar berita yg dapat membantu dlm memajukan negara selaras dgn visi dan misi wawasan 2020.
CUBA FAHAMI KESUSAHAN YANG DITANGGUNG OLEH RAKYAT WAHAI KERAJAAN.
naik RM200 seliter pon kami beli…. bangau oh bangau….
Naik la tinggi langit pun…kami akan tetap undi BN!!!! kata pencacai……
hAI pak Hj,
Pak Hj. apa khabar?
sihat ke tak?
Dah makan ke belum?
Pak Hj. tak berwawasan lg ke?
Pak Hj. nak wawasan macam mane?
pak haji..slama nie bs sampaikan berita bohong ke..cuba pak haji bg cth sikit nk berita camner ntuk disampaikan…tak pun pak haji tgk berita kat tv jela..mgkn sesuai ngn selera pak haji kot..
bkn bohong, cuma kurang tepat. pakcik skrg dah kaya sbb pakcik jual minyak. ini lah cara kerajaan tolong bumiputra. lagi pun bangsa2 lain di m’sia dah semakin kurang, habis tu sapa lagi kita nak tindas? hahahah
Ramai2 pegi Haji pakai pakej gelap dan haram yg ade kuar kat tv dan surat khabar br sorang ni jer yg dah mengaku HAHAHAAAAAAA
perghhhhh…..mesti pak Hj. banyak duit ni.
Amcm pak Hj.? kite dua taruh bola perlawanan suku akhir liga juara-juara akan datang ni.Ade berani?Saya pun banyak duit,saya Tauke balak…
Hebat Tun JEBAT
Ni
Berjela-jela cakap sampai ke hal Timur Tengah.
Yang terjadi kat Timur Tengah tu xpayah ler berjela cakap,banyak sumber lg yang boleh dipercayai untuk rakyat meggikuti perkembangan ditimur tengah.
Yang ko bercakap berjela-jela pasal timur tengah last2 cakap nak naik kan harga minyak:; PoRaaaaaaaaaaaaaa…
Tak baik bro….ko nak bawa tuan hj Seman bertaruh….tuan hj tu title org baik2 mana le boleh bawa berjudi….tak boleh makan duit haram…..ko tu pulak bukan tokeh balak….aku rase tokeh kicap pun tarak….kalo tokeh balak dia tak sibuk mende2 remeh temeh kat dlm blog ni…..kayu batak pun ko tak kenal…….boleh blah luuuuuuu…..
ok gak idea tu. tapi pakcik tak bet sikit2 sbb pakcik byk duit. dah menang nanti jgn lupa tunaikan rukun islam ke-5 tau.
Tompok2 taik Unta ler kO
Minda tak berkembang
Per ingat tauke2 x ikut perkembangan ke…
Ingat tauke2 pikir pasl untung jer ke
Lu ade tanah ade hutan ke? meh bg wa balun
Tengok tauke balak x tauke ….
Kesian2 org mcm ko ni ler jenis org merempat kat negara sendiri
Entah2 ade tanah ke xde mamat ni kat negara sendiri
bro….habis semua hutan nak kebas…ha…ha..haaa…sorry le…. tanah aku sampai sekarang pun lu tak boleh sapu….yg penting aku tak makan duit haram….silap tekaan kau…aku ade rumah ade tanah sume cukup…aku tak merempat di bumi malaysia…kalau ko ni tokeh balak alhamdulillah….jgn sapu balak haram udahlah…jgn sampai anak bini mak bapak makan dari hasil duit haram….pk2lahhhhh…
hj ape pulak ni….nasihat org pakai duit pertaruhan judi utk naik haji…aku rase ni pak hj lalokkkkkk……buang aje title hj tu…memalukan….
tu lah anak muda… bila menyindir, tak paham. bila berterus terang, marah. buang lah sikap keji saudara tu dulu yer. belajarlah rajin2.
ohhh..macam tu ke….sorry tn hj…tarik balik kata2 saya…maaflah…jgn maree…nanti xde kawan sy nak bercakaran…maafffffff…..
kita sudah kena tepat jam 12mlm ini..huhuhu
Yes mmg Petrol RON 97 naik 20 sen lagi 12.00 malam tadi
dia tu bkn staf petronas…dia keje stesen mnyak petronas…nk tipu mcm dia sorang je kje ptronas…
MINTAK KERAJAAN BAGI LIST KT RAKYAT…DARI MANA KITE IMPORT….
BERAPA PERATUS YG KITE IMPORT…..X KN EFFECT SGT SAMPAI 2.70…
KITA PENGELUAR MINYAK BRO….APEHAL BNDING GN SIGAPORE…BODOH
kt jgak prngeluar minyak kelapa sawit dunia. knp harga kelapa sawit skrg tggi
sbbnya penawaran ngan pengeluaran. minyak kt ni x bnyk . nak supply 1 malaysia pun x ckup. minyak kt ni grade A. so kt jual minyak kt kt luar ,untung dr jualan minyak tu wat bli minyak kualiti grade biasa. kt bli minyak tu pun pkai harga dunia jgak. pastu syarikat2 minyak dr ngara luar cnth shell esso dan lain la , x kan dia nak jual dgn harga dlm malaysia ni, baik dia jual kt negara lain yg ikut pasaran dunia, dalam hal ni la kerajaan byr subsidi pd syrikat minyak ni dgn harga pasaran dunia. yg rugi rakyat yang untung syrikat minyak luar negara.